javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, December 22, 2009

Iradah

Akan aku kukuhkan iradah
agar sekeliling akan merasainya
lalu tunduk pada ketentuan-Mu.

Tuhan, saya perlukan hati itu.
Hati yang tidak takut dan tidak sedih.

Tuhan,
kurniakan daku kekuatan
yang menyamai seribu
dan bantuan dari langit berupa tiga ribu malaikat
lalu saat ujian datang menggetarkan hati
dengan izin-Mu Tuhan,
hati ini akan bersabar
hati ini juga akan terisi dengan takwa
maka tenangkanlah hati ini
dan gembirakanlah ia
dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda!

Saturday, December 19, 2009

Tolong

Tolong

Saya sangat marah. Jiwa saya kacau.
Adakah manusia boleh mati kerana kemarahan?

Semoga fikiran sentiasa dipenuhi dengan-Nya
biarpun jasad dikongkong daripada mengabdi.

Tolong,
tolong bukakan pintu itu.

Jika pintu sememangnya terbuka,
maka hilangkanlah kabus
sembuhkanlah penglihatan hamba yang buta.

Tolong,
tolong penuhkan diri hamba dengan cinta
yang menjalar dalam seluruh urat nadi
yang mencengkam darah daging.

Atau hamba perlu melalui kesakitan untuk memperolehnya?

Saya manusia pelik
yang menjalani hidup
dalam huru-hara dunia

Hamba tak dapat berpaling lagi
tapi apa yang harus hamba lakukan?

Tolong,
tolong jernihkan fikiran hamba dengan kebenaran.
Jernihkan dengan pengetahuan tentang-Mu
tentang kerajaan-Mu
tentang asal-usul
tentang...
segala-galanya.

atau

Tolong,
tolong leburkan diri hamba
biar ketiadaan hamba jadi saksi kewujudan-Mu.

Tuesday, December 8, 2009

Kompleks Permata Pintar

Pada pendapat saya, idea menubuhkan program permata pintar adalah sesuatu yang menarik. Saya tidak pasti sama ada ini agenda untuk menjadikan Malaysia sebuah yang digeruni musuh ataupun tidak, tapi ini adalah idea yang jika dilaksanakan dengan baik akan membawa banyak kebaikan kepada Malaysia.

Idea ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini pun, pada zaman tamadun islam sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah, suatu pelan khas telah dilaksanakan. Diambilnya beberapa orang kanak-kanak terpilih termasuklah kanak-kanak beragama Kristian (walaupun pemerintahan ketika itu adalah berpayungkan islam) untuk dilatih dan mereka sangat rapat dengan khalifah ketika itu.
Mereka diajar pelbagai perkara, dan setelah itu mereka sama ada akan diserapkan ke dalam Janissari ( tentera elit) ataupun untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan.

Mereka yang terlatih dengan betul dan didik dengan baik akan mampu membawa kemajuan dan keamanan kepada rakyat.

Justeru, saya amat berharap program permata pintar akan melahirkan genius-genius yang holistik, dalam erti kata lain tidak melupakan kekuatan kerohanian dan nilai moral di samping memiliki kepintaran yang mengkagumkan.

Antara kata-kata yang ingin saya petik :

"Saya lihat kanak-kanak yang menyertai program ini telah menunjukkan kebolehan memberangsangkan termasuk tahu memecah kod rahsia dan saya yakin mereka boleh menjadi saintis yang bekerja dalam perisikan tentera."

"Terdapat di kalangan mereka yang sudah tahu bagaimana hendak mereka bentuk 'roller coaster' robot dan juga mengkaji bagaimana taufan terhasil yang amat berguna bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca," kata Najib.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Permata Pintar, berikut adalah link-link yang dapat saya temui. Link-link tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa.

Kompleks Permata Pintar

233 pusat Permata akan dibuka tahun depan - Ahmad Maslan


Kanak-kanak pintar aset berharga - Rosmah

RM100 juta untuk program Permata

Keperluan untuk Berfikir

Baru-baru ini ada berlaku pemilihan untuk MSA di Volgograd ini. Saya sangat teruja semasa mendengar ucapan oleh Nava, dan bagi saya Nava adalah antara seorang ahli fikir yang kata-katanya harus diambil perhatian. Ya, dia sepatutnya lebih banyak bercakap. Haha.

Saya juga turut teruja apabila membaca satu petikan akhbar, dan ternyata kita masih ada menteri yang mampu berfikir dengan baik di Malaysia.

Saya petik :

Liberalisasikan minda Melayu

Oleh AHMAD HUSNI HANADZLAH


Ahmad Husni Hanadzlah (empat dari kiri) memukul beduk sewaktu merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (tiga dari kiri) di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

ADALAH tepat apabila persidangan Dunia Melayu Dunia Islam setiap tahun membentangkan hal-ehwal ekonomi, pendidikan, dakwah, belia, pelancongan, wanita, sosiobudaya, sains, teknologi dan inovasi. Semuanya adalah perkara yang amat penting untuk kita bergerak maju bagi melonjakkan lagi taraf tamadun dunia Melayu dan Islam.

Persidangan ini juga penting dalam menjana buah fikiran dan pertukaran pendapat serta secara langsung mengeratkan silaturahim.

Tamadun Melayu Islam mula bertapak di bumi Semenanjung Melayu secara formal apabila Parameswara menganut agama Islam pada 1414. Parameswara yang sebelumnya beragama Hindu kemudiannya memakai gelaran Sultan Iskandar Shah dan melangsungkan perkahwinan dengan puteri Sultan Pasai. Di situlah bermulanya perikatan rasmi dunia Melayu di Malaysia dan taliannya dengan kesultanan Melayu sekarang di negara Indonesia moden.

Namun begitu, sejarah intelektual Melayu yang tinggi telah wujud jauh sebelum itu. Telah terdapat tradisi penulisan hikayat Melayu sebelum tertubuhnya kerajaan Melaka, seperti Hikayat Bayan Budiman. Ia dikatakan yang tertua dalam korpus hikayat-hikayat klasik kita. Hikayat ini sekarang diterima sebagai satu daripada teks penting dalam sejarah kesasterawanan Melayu.

Kesemua 70 cerita dalam hikayat itu ditulis dalam bahasa Sanskrit. Versi itu kemudiannya diterjemah ke bahasa Parsi sebelum dialih bahasa kepada bahasa Melayu pada 1371. Oleh kerana teks hikayat ini tidak mengandungi sebarang istilah berkaitan bahasa istana, boleh disimpulkan ia adalah hasil persekitaran perdagangan dan bukannya bangsawan. Ini adalah unik.

Kita boleh mengambil iktibar dari sejarah Hikayat Bayan Budiman. Dari hasil usaha perdagangan, penterjemah hikayat ini, Kadi Hassan, mengambil ilmu bahasa dari dua alam, alam Melayu dan alam Parsi. Kadi Hassan menghasilkan hikayat yang sekarang ini disanjung dengan menimba ilmu dari budaya tamadun yang asing daripada dirinya.

Sejak jatuhnya pemerintahan Empayar Melaka dan merosot pula pengaruh kesultanan-kesultanan Melayu lama di Nusantara ini, kita dibelenggu oleh penjajah. Tamadun Melayu tidak berganjak selama 400 tahun. Selama itu jugalah bangsa Melayu tidak mendirikan sebarang pusat pengajian tinggi mahupun perdagangan utama. Sesungguhnya, tiada perubahan ketara di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu mengikut arus perubahan zaman sepanjang waktu itu.

Sesungguhnya, kemajuan dan pembangunan tamadun Melayu hanya dapat dibangunkan kembali apabila Malaysia dan Indonesia, secara utamanya, merdeka setelah tamat Perang Dunia Kedua.

Dari situlah bermulanya titik perjuangan nasionalisme kita dalam mengorak langkah untuk menghidupkan kemajuan bangsa. Bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi di dalam semua aspek kehidupan, dunia dan akhirat.

Seperti juga Tuan Kadi Hassan 700 dahulu, kita sekarang sedaya boleh menimba ilmu dari mana sudut dan segi, maupun dari bangsa asing dan juga sesama kita, berganding bahu untuk mengukuhkan kedudukan kita secara menyeluruh.

Orang Melayu telah melalui dua ombak revolusi minda di dalam 1,000 tahun ini. Pertama, semasa orang Melayu secara keseluruhannya memeluk agama Islam dan kedua, apabila kita mengalami proses peralihan zaman dari masyarakat berasaskan ekonomi pertanian ke yang berekonomi industri moden.

Pada hemat saya, proses revolusi minda yang kedua ini kita masih di tiga suku perjalanan, belum lagi selesai. Masih terdapat orang kita yang tidak mahu menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

Memandangkan keadaan sebegini, bagaimanakah bangsa Melayu harus meredah cabaran dunia di abad 21 sedangkan bangsabangsa maju telah melalui revolusi industrinya sejak 150 tahun lalu?

Belum sempat minda kita menyelami sepenuhnya arus gelombang revolusi zaman industri moden, didatangi pula arus zaman ekonomi pasca-industri moden berteraskan pengetahuan dan informasi. Apa yang pasti, peralihan zaman tidak menunggu kita.

Kita harus bertanya bagaimanakah Kadi Hassan, yang hidup 700 tahun lalu boleh memecahkan minda dari apa yang norma dari komunitinya, dari persekitaran perdagangan dan bukan golongan bangsawan, dari kalangan yang saya kira masih ramai buta huruf dan tiada berpelajaran, dapat akalnya fasih dan menulis di dalam bahasa yang asing.

Bagaimana mindanya boleh berkembang sebegitu, menghasilkan karya agung dari zaman yang serba kekurangan itu?

Sejauh mana tahap ketinggian sesuatu tamadun itu diukur secara amnya dengan karya seni dan ciptaan sains dan teknologi yang dihasilkan.

Ini adalah kerana input paling utama untuk sebarang rekaan datangnya tidak lain dari kebijaksanaan minda karyawan itu juga.

Karya kesenian yang dinobatkan sebagai karya agung pula adalah kerana hasil ciptaan itu membuktikan keunggulan minda karyawan tersebut. Karya yang dihasilkan adalah groundbreaking, tiada contoh sebelum itu.

Seharusnya seseorang karyawan agung datang dari suatu keluarga ataupun masyarakat yang tidak "kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang".

Kesimpulan ini membawa saya terfikir, dari pengalaman Malaysia, betapa ironiknya sejak pelancaran Dasar Ekonomi Baru, mengapa tiada karya hasil kesenian sastera yang boleh sekurang-kurangnya dianggap setanding dengan hasil kalam penulis-penulis pra-Dasar Ekonomi Baru seperti Za'aba, Hamka, Shahnon Ahmad dan Usman Awang? Boleh dikatakan juga tiada filem yang setanding berdiri setinggi karya filem sebelum 1970.

Apakah orang Melayu leka dengan kemewahan dan kesenangan hingga tumpul minda untuk menghasilkan karya tinggi budayanya? Apakah yang boleh kita tunjuk kepada dunia puncak tanda mercu pencapaian minda Melayu setelah 40 tahun terlancarnya DEB?

Usaha perluasan minda Melayu harus dipertingkatkan. Tiada guna jika kita mencurahkan kekayaan jika tidak dipergunakan secara produktif.

Dengan hanya ilmu, peningkatan tamadun sesuatu masyarakat itu diperolehi. Kekayaan itu pula tidak dibazirkan begitu sahaja.

Mungkin setahun dua atau tiga kali kita terbaca di surat khabar kisah seseorang di negara ini kehilangan wang kerana terpedaya dengan umpanan duit disimpan di dalam sebuah "peti ajaib" akan "bercambah".

Janganlah kerana berkehendakkan kekayaan cepat, kita menjadi rakus. Masa depan yang gemilang hanya dapat digenggam dengan penguasaan ilmu dalam ribuan bidang dan bahasa. Ilmu hanya akan bersemayam di dalam minda yang terbuka luas. Marilah kita runtuhkan pagar minda yang bertembokkan kesangsian dan kerisauan, mahu dinding beralaskan bantal empuk keselesaan. Liberalisasikanlah minda dari segala kemelut. Bukalah ruang, isikan dengan ilmu yang membawa kepada tamadun baru.

Sebenarnya kita tiada pilihan lain. Tidak munasabah untuk kita berundur ke zaman ekonomi pertanian, tidak semudah kita balik ke kampung di hari lebaran untuk menikmati nostalgia sehari dua gaya hidup yang bebas dari hiruk-pikuk bandar raya yang deras lagi laju. Kita tiada pilihan selain dari terus mara. Maka, liberalisasikanlah minda kita.

DATUK AHMAD HUSNI HANADZLAH ialah Menteri Kewangan Kedua

Sunday, November 29, 2009

"Kisah Dari Langit"

Ini sebuah puisi bertemakan tentang korban.




bukan legenda
tapi kisah dimensi rahsia
datangnya dari langit
melalui perkhabaran sang nabi

contohi Ibrahim!
khalilullah!
yang santun, yang berani
yang taatkan Tuhan
contohi Ismail!
yang tulus ikhlas tawar diri jadi korban

hari itu Ismail diganti kibasy
hari itu
jadi peringatan seluruh umat.


************************************************************

terangkan kepada aku hai penyembelih
haiwan sembelihan itukah yang hendak diberi
kepada Tuhan Penberi Rezeki?
terangkan kepada aku hai dermawan
harta yang kau infakkan itu
untuk Tuhan Maha Kaya kah?

Bukan darah dan haiwan itu yang akan sampai kepada Tuhan,
tapi amal ikhlas bertunjangkan takwa.
Segala-galanya telah ada di sisi-Nya;
seluruh perbendaharaan langit dan bumi -
maka persembahkanlah keikhlasanmu sahaja.

ah, aku juga tidak tahu apa erti pengorbanan
tanyakan kepada ahli balaghah
mereka beri istilah dan terminologi
udhiyah, taqarrub ilallah
deskripsi dan takrifan tak lebih dari omongan
selalu berlayar di permukaan
buat kita lupa kedalaman lautan
maka bergeraklah,
kerana kita tak perlukan alasan lagi.


Tuhan mengajar kita
melupakan diri sendiri
memenuhi kehendak yang dipuja semata-mata
bersikap setia, tidak berpaling
jadi hamba yang sejati
tidak menyembah selain Dia
hidup dan mati kerana-Nya
sentiasa memuji-Nya
mengakui kesalahan dan kelemahan sendiri
berbuat baik sesama manusia
membantu mereka yang memerlukan


bila masanya telah tiba
Tuhan sendiri
akan berikan jawapan
makna pengorbanan.







p/s :terima kasih dan syabas diucapkan kepada razi dan rakan-rakan kerana mendeklamasi puisi ini.
saya dah kata tak payah sebut nama, nak sebut juga. ish3.

Sunday, November 22, 2009

Ketua Kampung "Utopia"

Ahmad seorang lelaki biasa yang lengkap pancainderanya - tidak cacat ataupun mempunyai apa-apa penyakit yang kronik atau sangat membimbangkan. Entah bagaimana, tiba-tiba dia dipilih untuk jadi ketua kampung. Ya, dilantik itu semuanya termasuk dalam perancangan Tuhan. Dia mengangkat sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, Dia menghinakan sesiapa juga yang Dia kehendaki. Dan tidak ada sesiapa pun yang mampu mengatakan jika Ahmad dipilih itu adalah sebagai hadiah dari Tuhan, sebagai ujian ataupun pembalasan dari Tuhan.

Mengapa pembalasan? Kerana apabila sesebuah kaum hendak dihancurkan, maka akan diangkat orang yang zalim untuk jadi pemimpin. Nah, Tuhan yang memiliki kehendak bisa melakukan apa sahaja yang Dia mahu, tapi Dia juga miliki kasih sayang yang amat luas. Maka jika benar-benar sesebuah kaum ingin dihancurkan, itu semua adalah kerana betapa besarnya kesalahan yang dibuat oleh sesebuah kaum itu.

Itu kisah tentang pembalasan. Hendak dijadikan cerita, Ahmad itu seorang yang agak selekeh, penampilan yang tidak berapa kemas dan suka tersengih macam kerang busuk. Pelantikan Ahmad sebagai ketua kampung sangat membuatkan hati Kasim, seorang penduduk kampung tidak senang.

"Macamana dia boleh jadi ketua kampung? Aku lebih sistematik, berkaliber. Aku sangat tersusun, penampilan aku kemas...tak macam budak hingusan tuh!"

Tidak kurang juga kawan-kawan Ahmad sendiri - Raja dan Hazman. Atau penggunaan 'kawan' itu kurang tepat mungkin, sebab kawan tak akan meninggalkan kawan yang lain, tidak akan merendah-rendahkan kawannya.

"Haah la, aku pun tak sangka dia boleh jadi ketua kampung".

"Ala, Ahmad tuh aku boleh tumbuk je...aku boleh marah-marah je la. No problemo lah".

Ahmad sedar setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya. Dia bukan bodoh untuk tidak faham. Dia juga bukan manusia jiwa batu yang tak terkena kesan kata-kata 'kawan' dan anak buahnya sendiri.

Seorang ahli falsafah tua yang memerhati keadaan kampung itu pun pada suatu hari bertanya kepada anak muda itu.

"Hai anak muda, apa yang buat hati sedih? berhentilah bersedih anak muda, raut wajahmu hanya membuatkan jantung atuk terasa lemah..."

"Atuk,saya sedih sebab terkenangkan apa yang berlaku ke atas saya. Saya sedar, saya bukanlah ketua kampung yang terbaik untuk mereka, saya manusia tak berbudi pekerti..."

"Hai anak muda, belajarlah tentang tawadhuk, nescaya kata-kata mereka tak akan beri kesan..."

"Atuk, saya faham benar bahawa setiap manusia harus menundukkan ego mereka sendiri. Kalau diikutkan saya ingin sekali sampai tahap pergantungan saya kepada Tuhan itu begitu tinggi sehinggakan kalau saya diludah, kepala saya dipijak ataupun badan saya dibaling najis pun hati saya tak akan berpaling daripada Tuhan, Tuhanlah Yang Maha Besar, Tuhanlah Yang Maha Agung.

Tapi atuk sendiri tengoklah saya, adakah saya sudah mencapai tahap itu? Saya jauh atuk, meskipun Tuhan itu sentiasa dekat dengan kita. Lagipun, bukankah seseorang itu perlu menghormati dan mematuhi pemimpinnya bila dia tak menyeleweng daipada ajaran agama?

Saya bencikan konflik, saya bencikan pergaduhan. Maka saya taruk topeng 'kerang busuk' saya kerana saya beranggapan dengan itu saya akan dapat hindari konflik dengan orang ramai. Saya kurang kemas sebab saya sangat bencikan sistem. Saya adalah orang yang suka memberontak. Dan saya tak dapat menerima kenapa saya harus berpakaian khusus untuk menggembirakan hati orang lain...bukankah cukup jika tidak membawa mudharat atau penyakit kepada orang lain?

Saya tidak ingin orang pandang tinggi kepada saya, namun saya juga tidak harapkan saya dihina atau dipandang rendah. Saya tak berpelajaran tinggi, tapi sekurang-kurangnya saya tahu semua orang ada maruah. Maka mereka tak sepatutnya calarkan maruah orang lain!"

" Baiklah kalau begitu, nak. Atuk pun dah kehilangan soalan lagi. Boleh atuk duduk di sini?"

Maka atuk itu pun duduklah bersama-sama anak muda itu. Sekurang-kurangnya mereka ada masing-masing sebagai kawan.

******************************************************************************************

Pidato Saidina Abu Bakar r.a ketika dilantik menjadi pemimpin umat Islam selepas kewafatan Rasulullah saw.

“Saudara-saudara, aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik di antara kamu semua. Untuk itu, jika aku berbuat baik, bantulah aku. Jika aku berbuat salah, luruskanlah aku. Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan penipuan itu adalah pengkhianatan.

Janganlah di antara kamu meninggalkan jihad, sebab kaum yang meninggalkan jihad akan ditimpa kehinaan daripada Allah swt. Patuhilah kalian kepadaku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya. Jika aku menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka tidak ada kewajipan bagi kalian untuk menghormati dan mematuhi aku…”

Wednesday, November 18, 2009

....

Sayalah yang bersalah kerana telah berpaling.
Maka saya pun kehilangan perasaan, jiwa kosong dan tak rasa apa-apa.

Masa itu adalah masa yang paling seronok dalam hidup. Anda takkan kisah senang atau susah. Anda sentiasa mencemburui orang lain yang turut mencari. Anda akan rasa gembira sekalipun anda menerima ujian yang paling berat dalam hidup. Anda sedar anda adalah orang yang paling lemah dalam dunia, maka bagaimana sekalipun orang memperlakukan anda, anda takkan peduli.
Anda hanya tahu satu perkara. Dia. Lalu anda lupa segala-galanya. Anda adalah orang yang paling bodoh dalam dunia, tak tahu perkembangan semasa. Saat orang lain berhati-hati di hadapan penguasa, anda boleh tidur nyenyak di hadapan mereka. Saat itu anda rasa anda dianugerahi kekuatan yang luar biasa.

Saya tak ingin percaya yang saya ditakdirkan hanya untuk merindui masa itu. Saya ingin masa itu adalah seluruh kehidupan saya yang singkat ini.

Saturday, November 7, 2009

Heaven Where True Love Goes - Cat Stevens

This guy, he is one of the truth seeker. And if we try to look back at all of his songs...his songs actually lead us to whom he is now.


The moment you walked inside my door
I knew that I need not look no more,
I've seen many other souls before - ah but,
Heaven must've programmed you

The moment you fell inside my dreams
I realized all I had not seen,
I've seen many other souls before - ah but,
Heaven must've programmed you.

Oh will you? Will you? Will you?
I go where True Love goes,
I go where True Love goes
I go where True Love goes,
I go where True Love goes

And if you walk along and if you lose your way,
Don't forget the one who gave you this today

Follow True Love, follow True Love,
Follow True Love, follow True Love

Oh will you? Will you? Will you?
I go where True Love goes,
I go where True Love goes
I go where True Love goes,
I go where True Love goes

And if a storm should come and if you face away,
That may be the chance for you to be safe
And if you make it through the trouble and the pain,
That may be the time for you to know his name

The moment you walked inside my door
I knew that I need not look no more,
I've seen many other souls before - ah but,
Heaven must've programmed you

The moment you fell inside my dreams
I realized all I had not seen,
I've seen many other souls before - ah but,
Heaven must've programmed you.

The moment you said "I will"
I knew that this love was real,
And that my faith was seen - oh
Heaven must've programmed you

The moment I looked into your eyes
I knew that they told no lies,
There would be no good byes - Ah
'cause Heaven must've programmed you

I go where True Love goes,
I go where True Love goes
I go where True Love goes,
I go where True Love goes

Monday, November 2, 2009

Bebas

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman, "Masuklah ke negeri ini (Baitulmaqdis), maka makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu. Dan masukilah pintu gerbangnya sambil membungkuk, dan katakanlah, "Bebaskanlah kami (dari dosa-dosa kami)" nescaya Kami ampuni kesalahan-kesalahanmu. Dan Kami akan menambah kurnia bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

(Al-Baqarah : 58)


Bebaskanlah kami.

Monday, October 26, 2009

Hati #2


Hati adalah dimensi rahsia yang sangat sulit untuk difahami. Ianya berlapis-lapis dan anda tak akan tahu apa yang akan anda temui dalam hati anda, seiring dengan peredaran masa.

Saya pernah menulis tentang hati sebelum ini. Sila rujuk Hati #1.




Kata Jalaluddin,

Dunia tersembunyi memiliki awan dan hujan,
tetapi dalam jenis yang berbeza.
Langit dan cahaya mataharinya, juga berbeza.
Ini nampak nyata,
hanya untuk orang yang berbudi halus –
mereka yang tidak tertipu oleh kesempurnaan dunia yang semu.

Bagaimanakah keadaan sebenar dalam hati anda? Adakah tengah hujan? Atau terang benderang disinari cahaya matahari? Atau mungkin ianya adalah kegelapan yang membutakan?

Orang pernah kata, bagi kebanyakan orang, hati adalah berbeza dengan diri anda sendiri.
Saat anda gembira, hati anda menangis.
Saat anda sedih, hati anda berasa tenang.

Kata Ali,

Manusia ini sekarang sedang tidur. Bila mati tiba, barulah mereka terjaga.

Persoalan hati adalah sesuatu yang menarik. Sentiasa buat saya teruja. Apa ada dalam hati saya? Apa ada dalam hati anda? Hati siapa lagi kuat? Hati itu kuat?

Inilah sebabnya kenapa saya suka Bleach – Kurosaki Ichigo, Hollow Ichigo dan Zangetsu, pedang kepunyaan Ichigo. Tak lupa juga kepada dunia dalam hati Ichigo. Zangetsu sukakan tumbuh-tumbuhan, tapi malangnya dalam dunia itu hanyalah bangunan yang seakan-akan hendak runtuh.






Wednesday, October 21, 2009

Terbaik

1.Saya kata,

"Manusia tak perlu jadi yang terbaik dalam hidup orang lain.
Manusia hanya perlu jadi yang terbaik dalam hidup masing-masing."


2.Ini adalah ucapan atau kata-kata biasa si kalah agar dia tak lagi berasa sedih dengan kekalahannya sendiri. Agar dia dibenarkan untuk berputus asa.

3.Ianya tak ada bezanya dengan satu petikan kata-kata seperti di bawah:-

Saya petik,

"The way to succeed is to double your failure rate. Failure is the opportunity to begin again more intelligently."

4.Dengan ayat ini semua orang kini memiliki alasan untuk kalah.

5.Walau bagaimanapun, boleh jadi kata-kata tersebut diucapkan oleh orang yang faham, dan kini berada pada tahap kefahaman paling tinggi, iaitu penyerahan.

6.Saya kata lagi,

"Dan bila kita tak mampu jadi seperti apa yang kita benar-benar mahukan,
maka saatnya telah tiba untuk mengakui kelemahan sendiri.
Kerana hanya dengan mengakui kelemahan maka manusia akan ditunjukkan jalan.
Kemudian manusia akan dianugerahkan kekuatan yang dengannya dia bisa menembusi langit."

7. Tapi sehingga kini saya belum dianugerahi kekuatan yang membolehkan saya menembusi langit. Kerana saya adalah si kalah itu.

Tuesday, October 13, 2009

Berehat

Hati itu sakit, dan dia perlu berehat.
Tak tahu bila akan sembuh.

Jadi saya letak dua petikan kata-kata,

Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes helps me and sometimes opposes me.
-Imam Al-Ghazali

May God steal from you all that steals you away from Him.
-Rabi’a al-’Adawiyya


p/s : juga sedang menunggu Charter For Compassion Karen Armstrong, nak tengok jadi ke tak. Selamat bercuti...~lalalala~~

Monday, October 12, 2009

Personality test

I've found this test last week. Very interesting. Very-very interesting.

Click http://haleonline.com/psychtest/

With me posting this thing up is like showing all my weaknesses (and my strength of course), so i feel kind of worried. But never mind la, this test is not necessarily true, so if someone wants to sabotage me then let it be.

You're an INFP
INFP

[The Idealist];(The Healers)

You focus deeply on your values and devote your life to chasing ideals... you often draw people together around a common purpose and work to find a place for each person within the group. You're creative and seek new ideas and possibilities. You quietly push for what's important to you, and rarely give up. You might be somewhat gentle or have a good sense of humor, you could be hard to get to know and overlooked by others...you like to make the world more in line with your vision of perfection.

If you're a teenager, you probably have a bit of a rebellious streak. You might argue with others who hold different values than yourself..you probably have a small close-knit group of friends...you can relax around these pals and be pretty entertaining, since you see the world in a different and special way... that's why your posts on the Storm Palace are so great!

Inner harmony is the most important thing to you. You're sensitive and loyal. You have a strong sense of honor concerning your personal values. You'd rather communicate your feelings in writing...

You do best in a flexible situation where the teacher/collegue takes a personal interest in you...you like to interact with your peers, but not TOO much ...you have both creativity and flexibility, and you like that about yourself....you don't get bogged down by details...your job must be fun and it must be meaningful to you....you don't wanna feel conspicuous so you'll sell yourself short just to avoid the spotlight...

You can be a gentle and subtle leader...being indirect and inclusive of others...you don't confront people head-on, but rather work with 'em to get the job done....you lead with your values in mind and let these guide you...you don't like conflict, so you don't confront situations directly.. you'd rather wait for a situation to work itself out....

Leisure and kickin' back is really important to you. sometimes it is hard to separate work from play, huh? when you find a new recreational pursuit, you do a lot of reading up on it...most of your leisure things are done alone, like reading, listening to music, and even BBSing....when you want to be sociable, you can be very charming and outgoing..

Love is a very deep commitment to you...it's not easily attained...you probably pick out flaws or are disappointed when he or she doesn't match up to your ideal as to what love should be like...first dates are very well set up to make sure everything is taken care of so it can be "just right." you might have a hard time sharing feelings about others...you tell so many feelings inside that you forget to tell your partner that you love 'em or whatever....

If the relationship goes bad, you take it to heart, but probably don't tell many others about it....you have a tendency to overreact, huh? Other things to watch for...don't get so caught up in your dreams that you don't consider others' points-of-view...you might not adjust your vision to the facts of a situation...you may need a "reality check" once in a while... also, don't try to please everyone and be so hesitant to criticize... don't delay projects 'cause you're holding out for perfection...it's not gonna come...don't get overly critical because no one matches your perfect ideals... you could lash out and it could get ugly.

INFP: "I Never Find Perfection"

walla!

also another link where you can go if u find this interesting :
http://www.personalitypage.com/info.html

and actually all thanks to adibah najihah for sharing about this in her blog. Go and visit her if you're interested! - a small, active girl which can motivates others "The Inspirers" =p

Perempuan

Kalau manusia boleh lepaskan segala-galanya, pasti mereka akan jadi seperti malaikat.
Tidak, mereka akan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada malaikat.

Seorang tua bertanya kepada seorang pemuda, " Ke mana kamu hendak pergi? Rambut kamu kusut, pakaian kamu berdebu. Wajah kamu kelihatan sangat sedih.."

" Biar tahu sekalipun hakikat kepalsuan dunia dan seisinya, namun perempuan begitu menarik di mata hamba.


Ah, perhatikan. Dalam kitab suci itu tidak pernah sekalipun menceritakan tentang kecantikan perempuan, tapi yang diberitahu hanyalah sifat-sifat mereka.

Diceritakan tentang Hawa, pasangan kepada Adam, manusia pertama di dunia.
Diceritakan tentang Zulaikha, yang mendalam cintanya terhadap Yusuf.
Diceritakan tentang Balqis, ratu bijaksana yang menerima ajakan Sulaiman kepada kebenaran.
Diceritakan tentang Asiah, isteri Firaun yang beriman sekalipun hidup dalam kemewahan.
Diceritakan tentang Safura, puteri Syuaib yang sopan santun lagi beruntung menjadi isteri Musa.
Diceritakan tentang Maryam, yang sentiasa menjaga kesuciannya, ibu Isa yang dilahirkan tanpa ada ayah.

Tentang isteri Lut dan Nuh yang derhaka.
Tentang isteri Abu Lahab penyebar fitnah.

Tapi masih kecantikan yang jadi ukuran?

Pandang hati itu, bukan luarannya.

Sehingga kata-kata ini menjadi sebati dengan hati sendiri,
maka hamba akan terus melangkah tak ada arah tujuan, terumbang ambing...," jawab si pemuda itu. Tempat yang ditujunya tak diketahui, tapi mungkin apa yang dia cari sebenarnya berada di tempat langkahnya terhenti. Yang penting sekarang adalah untuk terus melangkah.

Saturday, October 10, 2009

Seorang veterinar tua



Suatu hari saya pergi ke sebuah pasaraya - Super Man namanya.
Kebiasaannya saya akan pergi terus ke bahagian utama, tempat barang-barang runcit atau barang-barang dapur dijual, tapi untuk kali ini saya membelok sedikit ke kanan. Mula-mula sebab tertarik dengan kedai handset, nak tengok juga ada iphone 3G 16GB atau iphone 3G [S] 16GB, tapi malangnya tak ada. Kalau ada pun macamlah saya nak beli. Saya memang tak ada duit.

Saya berjalan terus. Saya membelek-belek sebuah tupperware yang terletak di luar sebuah kedai plastik. 75rubel (RM1 ~ 8.6rubel), harga yang agak, urm, saya tak tau mahal atau tidak. Tupperware petak segi empat tepat.

Fikir saya, "Bagus jugak kalau ada tupperware macam ni. Boleh guna untuk bawak bekal pergi kelas. Boleh jimat, tak payah nak beli makanan luar lagi nanti".

Macam itulah biasanya, bercita-cita tinggi dan jarang sekali sesuatu itu menjadi kenyataan. Mungkin sebab saya terlalu berfikir. Tapi kamu tahu tidak, sesuatu kejayaan itu bermula dengan impian!

Saya menoleh ke arah sebuah kedai souvenir, kedai perhiasan. Beberapa langkah lagi untuk masuk ke dalam kedai tersebut, saya ditegur dari arah,...err...tepi. Haah, tepi.

"Kamu orang india eh?" tanya seorang makcik dalam bahasa Rusia.

"Eh, taklah. Saya orang Malaysia".

"Bagus tak tempat kamu tu? Kalau saya berpeluang saya ingat nak pergi berhijrah ke sana.

Kamu belajar apa kat sini? Medik eh? Saya dulu seorang veterinar. Kamu tahu tak, negara Rusia adalah sebuah negara yang tak berguna."

"Erk". Kenapa? Rasanya macam semua ok. (Maksud saya ok bagi rakyat sini, boleh hidup. Contohnya macam tuan rumah saya yang dengan gembiranya pernah cerita dia pergi bercuti di Turki musim panas yang lepas)

"Walaupun saya veterinar, tapi masa perang dulu saya pun ada tolong ubat orang juga. Saya tak minta balasan yang lumayan pun dengan mengubati orang lain. Tapi sekarang kamu tahu apa saya dapat sekarang? Hanya 2500 rubel sahaja sebagai pencen."

"2500 rubel untuk sebulan?".

"Haah, 2500rubel untuk sebulan. Kamu fikir 2500rubel boleh buat apa?" Mata makcik itu sudah mula berair. Ah makcik ni, makcik ni nak duit ke? Saya tertanya-tanya dalam hati.


Gambar hiasan

"Jadi makcik buat apa sekarang? Kerja apa?"

"Makcik berniaga.." Saya menjeling ke arah dua guni besar yang sedang dia pegang. Apa kandungan guni itu saya pun tak tahu.

Orang yang lalu lalang kadang-kadang menjeling juga ke arah saya dan makcik itu. Kakak yang berada dalam kedai souvenir itu pun turut menjeling ke arah saya (atau saya hanya perasan). Saya tidak pasti sama ada hendak pergi begitu sahaja atau terus menunggu, kerana saya ingin mendengar lebih lanjut cerita makcik itu.

"Masa zaman komunis dulu lagi elok. Mereka bagi rumah kat semua orang. Makan cukup. Tapi sekarang? Saya bukan orang luar, saya rakyat Rusia sendiri. Tapi tengoklah apa yang Rusia buat kat rakyat mereka sendiri!

Kamu ada lagi berapa tahun kat sini?"

"Tiga tahun lagi".

"Kalau macam tu kamu belajarlah sampai tamat". Dan makcik itu pun terus meninggalkan saya.

Saya tercegat sebentar. Makcik itu tak minta duit pun, sebaliknya dia terus pergi. Mungkin kekecewaan dia terhadap Rusia terlalu besar sehingga dia perlu menceritakan kepada orang lain.

Saya tidak jadi untuk melawat kedai souvenir. Saya terus pergi ke bahagian utama - Man, untuk membeli aiskrim.

Saya, tak dapat berbuat apa-apa pun. Mungkin saya pengecut. Mungkin saya adalah orang yang tidak boleh diharap, atau malas. Mungkin.

Sunday, September 27, 2009

Percaya Pada Keajaiban


Mempunyai keyakinan, atau percaya itu tampaknya seperti orang bodoh, tak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk berfikir. Tapi dalam sesetengah keadaan, percaya adalah sesuatu yang lebih tinggi nilainya daripada akal fikiran.

Kita berfikir menggunakan akal, namun percaya itu dengan hati.

Dimensi rahsia itu tak pernah, dan tak akan dicapai oleh akal sampai bila-bila pun.

313 orang-orang yang percaya telah menewaskan 1000 orang, sedangkan 1000 orang itu bilangannya ramai dan lengkap dengan persenjataan.

Mungkin ini juga satu isyarat daripada Tuhan, keajaiban boleh berlaku. Perkara yang mustahil boleh jadi tak mustahil. Namun terpulang samada ingin percaya ataupun tidak.





Mempunyai keyakinan, atau jadi salah seorang yang percaya itu tampaknya seperti orang bodoh. Namun dalam sesetengah perkara, percaya itu lebih tinggi nilainya daripada akal fikiran.

Monday, September 21, 2009

Ramadhan pun berakhir

"Ramadan pun berakhir, membuatkan orang-orang yang mencintainya berasa sedih. Sangat sedih.

Dan buat diri sendiri, berakhirnya Ramadan adalah........ ah, Ramadan tinggalkan saya yang menyesal tak sudah sendiri di sini.

Saya telah meninggalkannya waktu dia datang dan membuka pintu-pintu peluang. Maka untuk hari ini dia pergi tak menoleh pun kepada hati yang masih hitam dan sesat.

Bersedihlah orang-orang yang berharap,
" Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadan yang berikutnya".

Kesedihan seperti itu adalah milik orang lain, tapi penyesalan adalah hadiah,ya, balasan yang sewajarnya untuk saya", kata manusia buta itu.

Dan melangkahlah si buta itu melalui hari-hari yang mendatang - dan kosong.

Saturday, September 19, 2009

Gadoh : A story about us

Some even say that this movie is a must watch for all Malaysians.



From the official website;

"Gadoh is a 70-minute feature film that explores our perception of identity and challenges our hatred of the “other”.

This film is directed by Brenda Danker and Namron and produced by Big Pictures Production for KOMAS, a Malaysian human rights organisation.

Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.

What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.

Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?

Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves."


Watching this movie is kind of refreshing. Seldom i found movies which made me smiled at the prejudice, made me worried as i discovered this movie is somehow dangerous to be exposed to the public because of their outspoken criticism.

When i say it's refreshing, i mean that this movie will evoke some reactions. For those who support 1 Malaysia or racial unity whatsoever will be satisfied (maybe) while for racists, they will be angered.

I really love it when they use direct-hit dialogues :

“Saya paling tak suka orang Cina! Dia ingat diorang bagus,pijak orang Melayu”

“Orang Melayu bodoh,belajar tak pandai pun boleh masuk universiti”

“Saya tak suka sekolah ini sebab sekolah ini bodoh! “

"Orang Cina makan babi. Pengotor. Berak tak pernah basuh!"


So taunting. Yet, using foul languages is forbidden and should not be one of our cultures.

Overall i consider this movie to be an 'ideologising' one. The ideology is, encouraging people to change their perspectives, to promote Malaysian race through theatres. Obviously. Have a look at Azman's dialog :

“ Kadang –kadang kita hidup ini bukan untuk bersenang lenang sahaja, aku buat ini untuk bangsa aku, Bangsa MALAYSIA”

Cikgu Ann :

"Pihak sekolah dah tubuhkan satu kelab teater untuk memperbaiki jati diri kamu semua".


About the casts?

I never met all the casts or watch them in any series or drama on the television before. They are from the theatres, only those who follow theatres know them.

However three figures managed to catch my attention - Namron, Zahiril Adzim and Fared Ayam.

My comments :

1. Watching Namron makes me 'meremang bulu roma'. Don't know why, but i just can't watch him. And uneasiness towards him finally blend into regrets after i watch one of the 15Malaysia videos, featuring Namron and Malay prostitutes. And i will not promote the link here, forever, as a sign of boycott.

2.Fared Ayam. He appeared on the television recently, together with Zahiril Adzim. Long hair, curly. Wearing glasses. He looks like a professor in art. Also, like Namron, participating in various videos. i don't like it when he wears girl's dress. The theme of that video? - freedom. Whatever.

3.Zahiril Adzim. "Nama yang sedang meningkat naik", said Fared Ayam. No comment about that, but i knew a girl who quotes sayings of Zahiril Adzim and put it in her blog. And you know what? I don't like him because girls think he is handsome, one of the macho guys and he really likes to control macho. What a pain. Lol.

That's all. Prejudice for now.

Wednesday, September 16, 2009

Orang baik dan orang jahat

1. Masalah dengan orang baik ialah kadang-kadang mereka rasa lebih baik daripada orang lain. Tidak, orang yang merasa dirinya baik bukanlah seorang yang baik.

2. Masalah dengan orang jahat pula ialah mereka bodoh, sentiasa melakukan dosa berulang kali.

3. Ada pula di antara kita yang senang berada di tengah-tengah; tidak jahat sangat atau tidak baik sangat. Kalau begitu tak ada bezanya dengan seorang yang berdosa, yang sentiasa berfikir,

"Apa yang aku lakukan boleh dimaafkan lagi. Ada orang lain yang jauh lebih jahat daripada aku"

Apa kamu tak pernah dengar?

Boleh jadi Tuhan akan memasukkan kamu ke syurga hanya kerana satu kebaikan kecil yang kamu lakukan. Boleh jadi juga Tuhan akan menghantar kamu ke neraka hanya kerana satu kejahatan kecil yang kamu lakukan.

Satu perkara mungkin nampak kecil di mata manusia, tapi boleh jadi satu perkara besar di hadapan Tuhan.


4. Orang yang melakukan dosa, hati mereka mula hitam.

Bila hati sudah terlalu hitam, cahaya pun tak dapat menembusi hati. Ilmu adalah cahaya.

Orang yang melakukan dosa, jika putus asa daripada mengharap rahmat Tuhan, akan semakin tenggelam dalam dosa.

Tak ingat ke kisah pembunuh 99 orang manusia? Kemudian menjadikan seorang pendeta sebagai yang ke-100? Kalau bukanlah kerana rahmat Tuhan, pastilah dia termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.


5. Perkiraan Tuhan yang amat terliti, tak sampai rasanya akal hamba hendak memahaminya.

Monday, September 14, 2009

Perempuan 'Psiko'

Anda tak salah baca. Saya betul-betul nak bercerita tentang perempuan yang 'psiko'.

Perkataan psiko berasal dari perkataan Greek 'psyche' yang bermaksud minda atau jiwa. Selalunya perkataan ini digunakan untuk orang yang mengalami masalah psikologi atau 'hilang hubungan dengan dunia sebenar' (sumber:wikipedia).

Psiko mula digunakan dengan meluas terutamanya oleh golongan muda yang sukakan bahasa-bahasa gempak, bombastic dan suka mengikuti perkembangan semasa. Antara perkataan-perkataan yang kalau-anda-tak-tahu-anda-bukan-remaja ialah bajet, poyo, potong stim, apon, dan lain-lain lagi. Penggunaan 'psiko' terlalu meluas sehingga saya pun pernah dilabel sebagai psiko.



Berdasarkan pengalaman saya, psiko juga digunakan apabila seseorang itu dikatakan dapat memberi ancaman kepada orang lain. Tahap psiko yang paling tinggi ialah apabila orang sekeliling mengubah gelaran psiko itu kepada 'mental'.

90% daripada orang-orang 'mental' tidak dapat diselamatkan lagi.

Baik, berhenti berleter. Saya persembahkan dua kes perempuan psiko - perempuan yang buat saya rasa terancam.

Kes 1

Saya menghadiri sebuah program berdekatan dengan LCCT. Pada suatu pagi, saya pergi ke LCCT tersebut untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM.

Saya beratur di belakang dua orang pramugari. Sila ambil perhatian, ketika itu saya berbaju Melayu merah dan berjambang. Pramugari yang sudah mengeluarkan duit kemudian berdiri di belakang rakannya, berhampiran dengan saya. Sambil mengibas-ngibaskan tangannya, dia pun berkata,

"La, patutlah panas. Ada Tok Imam kat sini rupanya".

Erk. Saya hanya mampu menelan air liur. Saya agak risau, adakah saya mengeluarkan haba tak seperti manusia normal? Mungkin saya perlu membeli sebuah termometer selepas ini.


Kes 2

Tempat : dalam LRT. Saya sedang duduk, menunggu LRT tersebut tiba di Sentul. Di hadapan sebelah kiri, berdekatan dengan pintu ada dua orang gadis remaja. Seorang Cina dan seorang Melayu. Mereka nampaknya berkawan baik. Mungkin inilah kesan daripada satu Malaysia : persefahaman.

Dua atau tiga stesen sebelum Sentul. Salah seorang daripada mereka hendak turun. Lalu mereka pun mencium pipi masing-masing (atau sekadar melaga-lagakan pipi, ah, saya tak perasan sebab rabun).

Cina : Eh, ada orang tengok la (sebab kita mesra sangat macam ni)
Melayu : Biarlah dia nak tengok. Apa salahnya? (sambil kedua-dua orang itu memandang saya)

Aduh, tolong sikit. Jangan perasan sangat. Kalau dah sampai menghalang pandangan saya melalui tingkap, apa kejadahnya? Tahulah nak promosikan racial unity tapi tak perlulah sampai nak menjeling-jeling kat orang lain.

Saya cuba buat bodoh sehingga seorang lagi gadis tersebut turun di stesen berikutnya. ugh.

Saturday, September 12, 2009

Hujan

Hari ini hujan. Ah, seronoknya.

Ingin buka jendela kemudian hirup udara segar.

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya tiba2 mereka menjadi gembira.

Hujan seolah-olahnya jadi penghubung antara bumi dan langit. Hujan itu anugerah. Namun ia juga boleh jadi dugaan.




Hujan makin lebat.

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian)
aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika)
Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya
dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati
kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).


Kadang pohon-pohon bergoyang ditiup angin, kadang pohon-pohon itu khusyuk berdiri, menghormati anugerah.

Awan mendung menghilang dan langit mula cerah membiru. Matahari pun muncul kembali.

Thursday, September 10, 2009

Pelangi

Tuhan hidup, dan tidak mati.
Tuhan yang memiliki keindahan, menciptakan pelangi untuk kita. Kita - aku, kamu dan mereka.

Tuhan hilangkan matahari, kemudian Dia turunkan hujan. Rupa-rupanya Dia nak bagi kita pelangi. Ini semua orang biasa dengar. Sentiasalah berfikir, semua perkara mesti ada tujuan. Bahawa penciptaan langit dan bumi bukanlah sesuatu yang sia-sia dan tidak bermakna.

Kata Fariduddin Attar, kagumilah hasil karya Tuhan meskipun Dia sendiri memandang itu semua sebagai tiada.

Betul bukan? Kewujudan adalah milik Tuhan, yang ada pada kita adalah...kosong. Ketiadaan.

Apa manusia tak ingat manusia pernah alami waktu itu? Waktu manusia masih sesuatu yang tak dapat disebut? Tak ada nama?
Namun tiba-tiba manusia jadi penentang, menentang Pencipta.



Dari cahaya putih terserak tujuh warna dan terbentuklah pelangi. Manusia juga seperti pelangi, miliki warna tersendiri. Manusia itu merah, hijau, biru dan kadang-kadang ungu.

Sedar asal usul sendiri, memahami orang lain. Dengan itu kita akan bentuk pelangi yang indah!

Wednesday, September 9, 2009

Ingin Jadi Terkenal

"Wah, bestnya dapat jadi macam dia. Mana-mana pergi semua orang kenal. Dapat jumpa macam-macam orang.."


"Sudah, lupakan. Jangan harap. Kamu tak akan dikenali. Ya, tidak akan terkenal sampai bila-bila pun."


"Eh, mustahil. Nabi-nabi dikenali ramai. Khalifah yang empat itu pun terkenal juga, apa"


"Kau kata mereka dikenali hanya sebab kau mengenali mereka. Hakikatnya waktu ini orang ramai lebih mengenali artis-artis cantik, lelaki-lelaki kacak, orang-orang yang hartawan, dan ah, banyak lagi. Masih nak nafikan lagi?

Mereka terkenal, sentiasa senyum di hadapan lensa kamera. Teruja dalam perbualan, senang dan gembira.

Syurga itu dipagari dengan benda-benda yang menyakitkan, memberatkan hati..bukan perkara-perkara yang menyenangkan an-nafs.

Akhir zaman, orang-orang baik tak akan dikenali lagi. Jadi rahsia yang tersimpan rapi.

Nilai-nilai yang baik akan jadi suatu macam keganjilan. Janggal."


"Ah, kau hanya cemburu. Sebenarnya kau pun ingin jadi seperti mereka bukan? Kau banyak bercakap, dan setiap kali kau bercakap seolah-olah api yang akan keluar dari mulutmu; betapa kau ingin menggambarkan kebencian kau terhadap dunia. Tapi betul ke?

Hanya seorang pembeli sahaja yang akan mencela barang yang hendak dibelinya."


Terkesima. Lalu tersenyum.

Dan berkatalah dalam hati, "Mudah-mudahan Tuhan akan mencabut cinta dunia dari dalam hatiku, dan mudah-mudahan Dia akan ampunkan segala kesalahanku. Aku percaya, tuhanku tidak akan membiarkan fitnah bermaharajalela di muka bumi. Agar suatu hari nanti Dia isikan keimanan yang sebenar dalam hati para hamba-Nya yang tetap sabar mendirikan solat, menunaikan zakat dan mengerjakan amal kebaikan."

Wednesday, September 2, 2009

Mula

1. Kita sememangnya sangat sukar untuk hidup di dunia ini lagi. Terlalu banyak perkara yang menarik kita untuk terus tinggal di sini.

2. Kita tak pernah tahu macam mana takdir Tuhan tu dilaksanakan, tapi pastinya ia penuh rahsia buat mereka yang ingin pasrahkan segala-galanya kepada Tuhan.

Thursday, June 11, 2009

Cita-cita dan Harapan....

bayangkan ini:

Kamu berada dalam satu kelompok manusia. Dan kamu semua sedang berkhemah. Ya, berkhemah - terpulang, perkhemahan itu mungkin di tengah-tengah padang pasir, dalam hutan belantara ataupun di sebuah tempat yang penuh salji. Unggun api dinyalakan di merata tempat. Malam itu tenang, dan bintang-bintang bergemerlapan di angkasa.


Dawud Wharnsby, Yusuf Islam, dan Zain Bikha (atau Sami Yusuf, jika anda mahu) sedang menyanyikan lagu-lagu pembakar semangat kalian. Nouman Ali Khan kemudiannya membentangkan kepada kalian ayat-ayat Al-Quran,kitab mukjizat yang telah kalian semua hafalkan elok-elok. Lalu hati kalian menjadi bertambah yakin, keimanan pun tertancap kukuh.

Perhatian kamu teralih pula kepada tiga figura, yang masing-masing bergilir-gilir dengan suara yang lantang menerangkan sesuatu. Kamu dapat mendengar suara mereka, walaupun antara mereka dan kamu ada ratusan barisan manusia lain yang turut mendengar dengan penuh perhatian apa yang ingin disampaikan oleh tiga figura itu. Kamu mengira, suara tiga figura yang lantang itu mampu sahaja didengar lagi ratusan baris ke belakang, walaupun itu bukanlah suatu perkara yang lojik untuk zaman yang lepas.

Tiga figura itu, kamu memang kenal benar mereka.
Hamza Yusuf, Zaid Shakir dan seorang pakcik yang pakar sejarah, Tareq Suwaidan. Apa yang mereka cakapkan tidak ada bezanya seperti apa yang Hassan Al-Banna, Sayid Qutb dan Al-Maududi akan katakan, jika mereka masih hidup. Mereka ingin mengajak kamu semua kembali kepada Allah, kepada Rasul, Muhammad s.a.w. dan kepada Al-Quran yang kamu pegang itu. Antara kata-kata mereka yang terus terlekat dalam hati kamu :




"If our faith is strong, and if our ethics and moral are uncompromising, we will impact on the times that we live in and not be moved along blindly by the spirit, and the movements and currents of those very times."

"The adaab of loooking at this creation is to see the creator behind the creation. Don't see any other than Allah s.w.t. He is fa'alullima yurid. He is Al-Khaliq. He is Ar-Raziq. He is Al-Bari'. He is Al-Jabbar. He is Al-Mu'izz. He is Al-Muzill. He is Al-Muhyi. He is Al-Mumit."

"If u take a stand, Allah will give you strength.
And if Allah is standing with you, no one can stand against you."

"People, do love each other for the sake of Allah, they come together from many different tribes and people and clans, from many different lands....to remember Allah s.w.t."




Barisan itu terdiri dari pelbagai jenis manusia, ada di antara mereka yang tak pernah terlintas pun pada fikiran kamu, yang kamu akan berpeluang bertemu dengan mereka. Mengamati warna kulit, kamu dapati ada warna putih, hitam, sawo matang, kuning langsat dan merah. Mata mereka - biru, hijau, coklat, kelabu, perang dan hazel. Pandangan mereka semuanya tertumpu kepada tiga figura itu.

Untuk zaman yang lepas, kamu mengenali mereka dan memanggil mereka berdasarkan tanah kelahiran mereka : Afrika, Zimbabwe, Iraq, Iran, Malaysia, Indonesia, Kanada, Jepun, China, India dan juga kadang-kadang melalui bangsa mereka Cina, India, Melayu, Arab, Asli, negro, Red Indians - tapi tidak lagi untuk ketika ini. Kamu memanggil mereka dengan nama gelaran baik-baik yang melambangkan kekuatan, menggambarkan betapa besarnya jiwa mereka, yang kamu dan rakan-rakan kamu berikan kepada mereka seperti Singa Padang Pasir, Pedang Langit, Harimau Belang dan Bigfoot Negara Salji(tolong jangan gelak) dan banyak lagi nama-nama lain yang gah maknanya.

Musuh-musuh kamu tertanya-tanya, "mampukah kelompok kecil kamu ini memusnahkan kami dan taghut?" (taghut = berhala, kejahatan, syaitan)

Kamu memang faham benar apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh taghut. Kamu pun teringat kata-kata saudara kamu Harun Yahya, yang menceritakan kepada kamu tentang Freemason, Knights Templar...Nama-nama pertubuhan rahsia dunia seperti Illuminati, Skulls and Bones sudah tidak asing lagi buat kamu.

Inilah sebabnya mengapa kamu tak boleh kalah dalam perjuangan ini. Kamu mewakili manusia untuk memerangi tipu daya dan kejahatan dunia. Di tangan kamulah terletak makna sebenar kemanusiaan, bukannya di tangan orang lain yang semata-mata berdalilkan liberalisme, rasionalisme yang hakikatnya juga berasal dari taghut itu sendiri.

"Sejak bilakah bilangan ramai itu melambangkan kekuatan buat kami kaum muslimin?
Sekalipun bilangan kami kecil, kami sama sekali tidak lemah!" Kamu yakin benar dengan kata-kata Tuhan dalam Al-Quran:




"....padahal kekuatan itu hanya bagi Allah, Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui"
(QS Al-Munafiqun 69:8)




Serta-merta kamu pun teringat akan isteri, anak-anak kamu yang masih kecil, ibu bapa kamu yang tua dan adik-adik kamu yang sedang berada di kampung halaman. Kamu pun teringat firman Tuhan yang berbunyi :




"Dan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !".
(QS An-Nisa' 4:75)




Air mata kamu menitis, tapi cepat-cepat diseka kembali. Yang pastinya, bukan kamu seorang sahaja yang sedang mengalami perasaan seperti itu. Perasaan yang sama juga turut dirasai oleh setiap manusia yang sedang berada bersama-sama dengan kamu ketika itu.

Kelompok manusia itu pun bersurai. Mereka kembali ke khemah masing-masing, sementara ada yang berjaga untuk mengawal keselamatan kamu semua, saudara mereka sendiri. Sementara yang berada di dalam khemah, mereka pun tidur. Ada yang tidak tidur, tapi terus bangun mendirikan solat malam. Setelah beberapa waktu, mereka yang tidur tadinya itu, bangun dan turut mendirikan solat malam. Sekiranya kamu berada di langit ketika itu, pasti kamu pun akan mendengar suara-suara mereka berbisik dalam doa mereka.

**************************************************************************
Pagi itu, hening.

Seperti yang diarahkan oleh panglima perang, kamu semua akan pergi menggempur musuh, berdasarkan strategi yang telah dirancang.


Tak ada siapa pun yang sedar bahawa dalam kalangan kamu ada pahlawan-pahlawan:-

seperti Al-Baraa bin Malik Al-Anshari yang sanggup jarinya tinggal tulang demi menyelamatkan saudaranya dari cangkuk panas Kebun Maut tentera Parsi;

seperti Usamah bin Zaid yang tetap berkeras untuk turut berjuang walaupun ketika itu dia masih kecil; dan

seperti Abdullah Al-Jahsy Al-Asady yang sebelum pergi berperang dia telah berdoa kepada Allah agar ditemukan dengan musuh ganas lagi buas yang kemudiannya akan memotong hidung dan telinganya - agar kelak dia boleh menjadikan hidung dan telinganya itu sebagai saksi di hadapan Tuhan.

Atau mungkin ada antara kamu yang buta seperti Abdullah bin Ummu Makhtum tapi tetap pergi berperang?




Tak siapa pun yang tahu, lebih-lebih lagi kamu yang hanya percaya ini semua adalah angan-angan dan imaginasi, dan tak berani berbuat apa-apa pun.




.'.p/s : sumber rujukan akan diletakkan dalam post berikutnya....di maherilham.blogspot.com

Wednesday, June 3, 2009

Kehairanan

apakah yang menggerakkan hati mereka itu untuk begitu mencintai mati? untuk zaman ini, perkara ini mengelirukan dan menghairankan. sehinggakan jika anda bertanya kepada mereka, ada yang akan menjawab,

"perasaan apakah ini, diri sendiri pun tidak tahu.
airmata sentiasa hampir sahaja ingin tumpah memikirkannya. Hatilah yang mendesak, lalu tubuh pun bergerak. rasanya, setiap yang berpisah pasti ingin menemukan jalan pulang. perpisahan menimbulkan kerinduan. hati benar-benar meyakini, tempat yang sebenar bagi diri itu bukanlah di sini."

Selamat menikmati lagu untuk kali ini (buat julung-julung kalinya saya letakkan lagu dalam blog ini).



juga sebagai bonus (ekeleh..gelabah giler mamat nih) :

Thursday, May 28, 2009

Cerita tentang Kupu-kupu

Dipetik dari mantiq At-Tayr (Musyawarah Burung) , karangan Faridu'd-Din Abu Hamid Muhammad bin Ibrahim,

Suatu malam, kawanan kupu-kupu berkumpul, disiksa hasrat hendak menyatukan diri dengan lilin. Kata mereka, "Kita harus mengutus salah satu dari kita yang akan membawa keterangan pada kita tentang sasaran cinta yang hendak kita cari itu."



Maka salah seekor di antaranya berangkat dan tiba di sebuah puri, dan di dalam puri itu ia melihat cahaya sebatang lilin. Ia pun kembali, dan sesuai dengan pengertian yang diperolehnya, ia menceritakan apa yang telah dilihatnya. Tetapi kupu-kupu arif yang mengetuai pertemuan itu menyatakan pendapatnya bahwa utusan itu tak mengerti apa-apa tentang lilin.

Maka kupu-kupu lain pun pergi ke sana pula. Ia menyentuh nyala lilin itu dengan hujung sayapnya, tetapi panas pun menghalaukannya. Oleh karena laporannya tak lebih memuaskan dari laporan yang pertama, maka kupu-kupu yang ketiga pun pergi pula. Yang seekor ini, karena dimabuk cinta, melontarkan diri ke dalam nyala lilin itu; dengan kaki depannya ia berpaut pada nyala lilin itu dan menyatukan dirinya dengan senang pada lilin itu. Dipeluknya lilin itu sepenuhnya, dan badannya pun menjadi semerah api.

Kupu-kupu arif, yang mengawasi dari jauh, melihat bahwa nyala lilin dan kupu-kupu utusan itu tampak satu, dan katanya, "Ia telah dapat mengetahui apa yang ingin diketahuinya; tetapi hanya dia yang tahu, dan tak ada yang dapat menuturkannya."



Cerita tentang kupu-kupu ini adalah sebahagian sahaja daripada banyak cerita yang terdapat dalam Musyawarah Burung itu. Membaca cerita tentang kupu-kupu, masing-masing akan mempunyai tafsiran yang tersendiri. Namun apa yang hendak disampaikan tak ada bezanya dengan yang ingin disampaikan oleh Al-Ghazali, Rumi, Ibrahim bin Adham dan Rabiatul Adawiyah. Ada orang yang membacanya akan melihat seekor kupu-kupu yang bodoh - tak lebih dari itu. Ada yang membacanya mengkagumi cinta sang kupu-kupu pada lilin. Ada pula yang lain akan memahami bahawa, kadang-kadang, yang sudah pun sampai kepada tujuannya, takkan bisa mengungkapkan rahsia-rahsianya kepada yang masih belum sampai kepada tujuan mereka. Kupu-kupukah yang memang ingin ditonjolkan oleh Fariduddin, atau sifat manusia?

Ahli-ahli sastera menganggap beliau penyair hebat dan kebanyakan manusia pun cubalah untuk menjadi sepertinya tanpa memahami makna tersirat di sebalik kata-katanya. Lalu jadilah karya-karya ahli sastera kosong tak berjiwa, ditambah sangkaan yang mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang sama dengan kata-kata penyair hebat itu.

Cerita yang ingin disampaikan oleh Fariduddin adalah cerita betul. Cerita yang sepatutnya perlu difahami oleh setiap manusia. Ah, pedulikan samada kau ahli sastera atau tidak, meminati puisi ataupun tidak. Cerita ini harus difahami semuanya. Fahamilah apa yang ingin disampaikannya, dan rujuklah al-Quran dan sunnah - kau takkan menemui percanggahan, jika kau benar-benar memahaminya. Bahkan, fahaman kau terhadap kata-kata Tuhan akan meningkat, dan akan lebih tersentuh hati membacakannya.

Bacalah. Dengar dan perhatikan baik-baik.

Friday, May 22, 2009

Bila pertolongan Tuhan itu akan tiba?

Hidup ini tak mudah. Orang-orang yang percaya, sentiasa mengharapkan pertemuan dengan Tuhan mereka. Mereka tak takut mati, sebaliknya, mereka berjuang untuk mati. Mati mempertemukan mereka dengan Tuhan mereka.

Mereka yang mencari, mula kepenatan kerana yang dicari tak kunjung-kunjung tiba.
Orang yang berusaha untuk menjadi pencinta, selalu merenung diri. Ternyata, diri masih belum lagi jadi seorang pencinta yang sejati. Sentiasa serba salah. Manusia sentiasa bertanya. Manusia sentiasa ingin lagi dan lagi, dengan cara tanpa bersusah payah.

Manusia ingin jalan mudah. Adakah di sana jalan mudah?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum
sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang
yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan
(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh
ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh kepada ugama Allah).

(Al-Baqarah 2: 214)

Kalau begitu tetapkanlah hati kami untuk terus bersabar dan berpegang teguh dalam agama-Mu.

Friday, May 15, 2009

13 Mei(May) 1969 : Sejarah Hitam rakyat Malaysia

Saya ingin menulis ini sejak dua hari yang lepas, tapi saya ada hal lain yang lebih penting.

Sejarah besar telah berlaku pada hari 13 Mei, 40 tahun yang lalu. Malangnya, sejarah itu adalah sejarah hitam, dan menimbulkan kegusaran bagi sesiapa sahaja yang ingin bercakap tentangnya.
Bagi generasi muda seperti saya (dan tak pernah nak membaca pasal benda ini) tidak mendengar apa-apa melainkan cerita-cerita dari mulut orang lain. Itupun jika ada yang berani bercerita. Tidak dapat dinafikan juga ada antara cerita tersebut adalah dongeng semata-mata.




Mereka yang melupakan sejarah akan dikutuk untuk melakukan kesalahan yang sama.
(George Santayana)




Oleh itu kita tidak seharusnya lupa akan sejarah, dan menjadikannya sesuatu yang 'taboo' untuk dibincangkan. Jika tidak, hal ini akan menjadi seperti api dalam sekam yang bila-bila masa sahaja boleh mengancam kita sendiri. Saya ingin mengingatkan, jika beginilah keadaannya maka amaran yang akan disampaikan dengan jelas kepada selurauh rakyat Malaysia, samada setuju atau tidak - peristiwa 13 Mei tidak mustahil akan berulang lagi.

Untuk itu kita seharusnya mengadakan perbincangan untuk mempelajari kesilapan-kesilapan yang telah lalu agar dengan itu kita tidak akan mengulanginya lagi. Tapi ingat, perbincangan tentang hal-hal seperti ini tidaklah seharusnya berdasarkan emosi. Kerana apa yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 adalah jelas berpunca dari pergolakan emosi yang tidak terkawal.

Makanya, perbincangan itu seharusnya dilandaskan kepada fakta-fakta dan pemikiran yang rasional. Dalam pentafsiran sejarah, biarpun setelah dibentangkan dengan fakta-fakta, kita tidak akan dapat lari daripada mempunyai pandangan sendiri terhadap perkara yang berlaku. Pandangan seperti ini dinamakan bias atau kecondongan. Bias tidak boleh dijadikan perkara utama yang harus ditekankan kepada kita. Sebaliknya yang harus ditekankan kepada kita adalah pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah dan matlamat kita yang paling utama iaitu kebaikan itu sendiri.



Sumber dari Wikipedia : antara dongeng dan realiti?

Saya tidak dapat menafikan melalui Wikipedia kita dapat mengetahui secara kasar tentang apa yang berlaku pada hari itu. Tapi terdapat banyak perkara-perkara yang tidak pasti yang disebutkan dalam penerangannya. Perkataan-perkataan seperti 'dikatakan', 'ada pula pendapat yang menyatakan' , 'terdapat cerita-cerita lain' boleh dijumpai dengan banyaknya dalam artikel tersebut.

Juga ayat-ayat exaggerating seperti :
Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial).
....seperti dalam filem lama Cina.

Namun secara jelasnya kita boleh mengambil pengajaran bahawa khabar-khabar angin, berita-berita yang tidak pasti kebenarannya adalah antara sebab yang mencetuskan pertumpahan darah pada 13 Mei.

13 Mei merupakan satu kebanggaan.

Dipetik dari laman blog nooryahaya, dalam artikel

13 Mei 1969; The Kampung Baru Stories

"Violence and death, when you’ve familiar with it, becomes thrilling. The clash and the chase for your enemies actually becomes fun. You are not afraid of death any more,” said Alang.

Satu ucapan bodoh yang tak boleh diterima akal manusia yang sihat. Seperti mana perkataan 'gila talak' digunakan secara meluas dengan penuh emosi, saya seperti itu juga ingin sahaja mengatakan kepadanya 'gila darah'. Bukan orang-orang seperti ini yang harus dibawa berbincang, jika dia mampu berbangga dengan pembunuhan manusia lain.

Kepincangan politik yang berasal dari pemimpin-pemimpin yang bodoh.

Menurut dari pelbagai sumber, Melayu, Cina dan India lebih erat hubungannya sebelum 13 Mei berbanding selepas tragedi berdarah itu. Dan diingatkan, kawasan utama berlakunya pertumpahan darah itu adalah di Kuala Lumpur. Di kampung-kampung, Melayu, Cina dan India adalah rapat dan tiada masalah. Mereka boleh hidup dalam suasana toleransi. Anda boleh baca kisah-kisah tersebut dalam blog paling mantap di bawah, tetapi walau bagaimanapun kesemuanya adalah cerita dari mulut. Anda sendiri yang harus menilai betul atau tidak.

Mengapa saya sebut kepincangan politik? Dan dari pemimpin-pemimpin yang bodoh pula?
Anda boleh rujuk laman Malaysian Bar dalam artikel yang bertajuk

The tragedy of May 13, 1969 (dipetik dari The Sun)

Berdasarkan apa yang ditulis itu, apa yang boleh saya katakan ialah UMNO tidak seharusnya menuding jari kepada MCA. Perbuatan itu mencemarkan konsep kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama lain. Apa yang dibuat oleh Gerakan, dengan menganjurkan perarakan kemenangan juga adalah tidak patut. Perbuatan itu seperti mencurah minyak ke dalam api, membuatkan keadaan makin huru-hara. Dan kebodohan lagi, perarakan yang kedua tidak harus wujud sama sekali sebagai tujuan membalas. Kita patut kembali ke meja rundingan.

Kita sememangnya harus belajar dari sejarah.

Blog paling mantap yang pernah saya jumpa

Saya benar-benar tertarik kepada corak pemikiran yang ditunjukkan oleh seorang penulis blog ini berkaitan Peristiwa 13 Mei. Saya sarankan agar anda baca apa yang beliau tulis, termasuklah komen-komen oleh pembaca yang di bawah itu juga. Namun anda tidak perlu membacanya jika anda :-
1)Tak boleh berfikir dengan baik, gila misalnya.
2)Anda seorang yang konservatif, ortodoks iaitu bila anda telah bertekad hanya akan memandang, membaca sesuatu yang anda pegang selama ini sahaja, contohnya kata-kata mak dan ayah anda, atau kawan baik anda semata-mata. Mengikut kamus Bahasa Melayu (ciptaan seorang hamba Allah) perbuatan itu ditakrifkan sebagai dungu.

Rasanya yang menulis itu orang Cina, menggunakan nama Jee. Kalian, kalau hendak jadi pencari kebenaran, perhatikan sifat-sifat yang ada pada Jee, bagaimana dia dengan ikhlasnya bertanya dan berbincang.

Saya ingin juga memetik satu komen yang dihantar kepada Anas Zubedy dalam aritkelnya A book to unite Malaysians

BornMalaysian said...

Anas, how about the politicians, community leaders and opinion shapers like yourself propose that May 13 becomes a public holiday in Malaysia, called Unity Day, a special day that celebrates all things Malaysian. A day of celebration of Malaysian culture, art, innovations, talks by Malaysian experts, concerts, movies, exhibitions, food fairs, etc. A day for Malaysians to reaffirm its commitment to 1Malaysia. A day for reflection on the lessons of history so that we can move forward together as one. A day for all Malaysians to mingle, interact and celebrate our unique cultural diversity. It could even become a tourist attraction like Oktoberfest in Germany! I hope that I will live long enough to see Unity Day take place in Malaysia.

Happy May 13!

P.S. Studies show that racial discrimination is largely caused by lack of education and lack of interaction between people of different racial and cultural backgrounds. Studies show that people with neighbours of a different race and culture are much less likely to be racists.

Malaysia sebenarnya adalah rumah bagi Melayu, Cina dan India.

Sejarah yang akan,pasti berlaku (khas buat orang-orang beriman)

Sejarah ditakrifkan sebagai pembelajaran mengenai masa lampau. Namun apa maksud saya apabila saya mengatakan sesuatu yang akan berlaku itu juga dipanggil sejarah?
Saya kira semua kita yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat akan bersetuju dengan pernyataan saya ini : Allah mengetahui yang awal dan yang akhir. Allah mengetahui segalanya, dari sekecil-kecil benda hingga ke sebesar-besar perkara.

Bagaimana pula jika saya katakan, jika Allah mengetahui segala-galanya, maka ia bermakna dalam pandangan Tuhan, masa lalu, sekarang ini dan masa datang telahpun berlaku. Segala-galanya telah ada dalam pengetahuan Tuhan, telahpun berlaku dalam pandangan Tuhan. Susah nak terima? Ingat, takrifan manusia terhadap masa tidaklah sama dengan apa erti masa bagi Tuhan sendiri.

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu
(As-Sajdah 32:5)

Saya akan menjelaskannya dalam post yang lain. Buat masa ini, cukuplah jika kita berpegang dengan ayat Al-Quran ini. Maka, perkara yang ingin saya sampaikan adalah, Allah mengetahui apa-apa yang akan berlaku, dan Dia menurunkan wahyu iaitu Al-Quran kepada Rasul-Nya Muhammad. Dalamnya Dia menceritakan kisah-kisah akan apa yang berlaku (menurut definisi masa kita) kesudahan-kesudahan bagi pelbagai jenis manusia pada hari akhirat nanti - orang-orang yang beriman, ingkar, fasik, munafik, yang bertaubat mensucikan diri, yang berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah, orang-orang yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah perbuatan jahat dan sebagainya.

Maka hal ini sepatutnya jadi renungan buat kita. Jika sebelum ini kita diajar melihat sejarah (sesuatu yang telah berlaku) agar dengan itu kita ambil pengajaran, maka mengapa tidak kali ini kita sekali lagi memerhatikan 'sejarah' (dalam pandangan Tuhan) dalam Al-Quran yang menurut kita belum lagi berlaku. Tidakkah kita diberi peluang yang sangat berharga untuk bersiap sedia? Tapi benarlah kata Tuhan, sedikit sekali di antara kita yang bersyukur.

Ingat, kita dengan orang-orang yang tidak mempercayai Tuhan dan hari Akhirat itu tidak pernah sama.

Sunday, May 10, 2009

Emak

Post ini adalah khas untuk emak, saya nak juga cerita pasal ayah tapi nanti panjang sangat pula, nak kena fikir cerita lain lagi, kita buat cerita pasal ayah masa Hari Bapa ataupun hari lahir ayah nanti.



Emak adalah anugerah dari Tuhan.

Hari ini hari lahir emak saya. Kebetulan pula hari ini juga merupakan hari ibu.
Maka saya mengambil kesempatan ini ingin mengimbas kembali saat-saya saya bersama dengan emak.

Emak saya seorang cikgu. Saya berbangga mak saya adalah cikgu. Mak saya ajar banyak subjek : Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sedikit sebanyak saya pun terdorong untuk tahu banyak benda seperti itu. Mak saya juga selalu ajar saya melukis sebelum saya periksa Pendidikan Seni. Mak pandai melukis. Cantik. Saya juga pernah melihat lukisan emak masa di maktab perguruan - mak boleh lukis Donald Duck dengan lawa sekali.

Saya bangga emak saya cikgu, tapi kebanggaan itu tak semestinya hanya kerana mak kita cikgu. Kalau mak kita seorang nelayan atau tukang jahit sekalipun, kita sewajarnya tetap juga bisa menyatakan, " Aku bangga ibuku seorang nelayan. Ibuku pandai menangkap ikan."

Pernah dalam perjalanan hendak menghantar saya ke sekolah dengan menaiki kereta, emak kata kepada saya, " Along ni macam mak masa kecik-kecik dulu - jadi wakil baca sajak, wakil untuk pidato, syarahan..."

Saya tak ingat apa yang saya cakap selepas itu dengan mak. Mungkin saya cakap "Oh ye ker?" Tapi yang pastinya, Tuhan sajalah yang tahu dalam hati saya penuh dengan rasa bangga. 'Along anak emak...yeah!'

Ada suatu masa, sewaktu saya masih kecil, mak saya selalu membawa saya dan adik saya ikut bersamanya mengagihkan barang Nutrimetics (mak saya ejen Nutrimetics, sesiapa yang berminat boleh hubungi kami. Tinggalkan Avon). Perjalanan tersebut selalu bermasalah. Tapi masalahnya bukan pada barang kosmetik tersebut, tapi pada kami. Entah kenapa, kami adik beradik selalu jadi macam anjing dengan kucing. Lagak kami tak ubahnya seperti anak-anak kucing yang bergomol antara satu sama lain. Saya tak ingat sama ada waktu itu kami nampak jahat atau comel bila bergaduh, saya sudah lupa. Comel kot. Tapi mak tetap sabar melayan kerenah kami.

Kebiasaannya, emak lah yang lebih dekat dengan kita, dalam hal-hal yang membabitkan luahan-luahan perasaan ni.

Semasa kita demam, muntah-muntah, emak menjaga kita. Atas kebijaksanaan Tuhan, adanya emak di sisi membuatkan kita lega. Yang sakit pun beransur sembuh.

Saya juga teringat akan kisah saya dengan kerengga. Ini bukan kisah saya digigit kerengga. Ini kisah saya terpengaruh dengan seorang rakan yang menunjukkan keseronokan manangkap kerengga atau labah-labah kecil dan kemudiannya memasukkan ke dalam bekas kaset. Bunyinya seronok, dan melakukannya juga seronok. Tapi seingat saya, emaklah yang menasihati saya. Katanya, "Macamana nanti kalau kat akhirat Allah akan buat kita pulak yang kena tangkap dengan kerengga gergasi?" Malam itu, saya menangis. Saya minta bantuan emak untuk melepaskan kerengga tersebut sebab saya dah ada atas katil double-decker dan nak tidur dah masa itu.

Dan banyak lagi kisah yang terkait tentang emak. Sesetengah kisah itu saya lupa, setelah berlalu beberapa waktu. Sememangnya, lupa akan kisah yang lepas itu sesuatu yang menyedihkan. Walaupun demikian, moga-moga kita tidak akan lupa bahawa emak telah banyak berkorban untuk kita.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa baginda Nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki lalu bertanya kepada baginda s.a.w yang bermaksud:
“Siapakah orang yang patut aku berbuat baik?. Rasulullah s.a.w menjawab ibumu. Kemudian siapa lagi?, ibumu. Kemudian siapa lagi?,ibumu.Kemudian siapa lagi?, bapamu,kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya."

Semoga Allah akan sentiasa mengilhamkan kepada kita bagaimana untuk mensyukuri nikmatNya.

Friday, May 8, 2009

Perempuan Berkalung Sorban

engkau, kawanku, tak perlu gusar.
jika Allah telah mentakdirkan pertemuan, maka Dia akan menunjukkan jalan, dan menentukan bahawa apa pun yang berlaku, pertemuan tersebut tetap akan berlangsung sebagaimana mestinya.




Mungkin sorban di sini adalah serban menurut Bahasa Malaysia. Perempuan Berkalung Sorban adalah tajuk sebuah filem Indonesia (mereka omongin, ini film religi). Sedikit 'preview' tentang cerita tersebut:

Ini adalah sebuah kisah pengorbanan seorang perempuan, Seorang anak kyai Salafiah sekaligus seorang ibu dan isteri. Anissa (Revalina S Temat), seorang perempuan dengan pendirian kuat, cantik dan cerdas. Anissa hidup dalam lingkungan keluarga kyai di pesantren Salafiah putri Al Huda, Jawa Timur yang konservatif. Baginya ilmu sejati dan benar hanyalah Qur’an, Hadist dan Sunnah. Buku modern dianggap menyimpang.

Dalam pesantren Salafiah putri Al Huda diajarkan bagaimana menjadi seorang perempuan muslim dimana pelajaran itu membuat Anissa beranggapan bahwa Islam membela laki-laki, perempuan sangat lemah dan tidak seimbang.

Tapi protes Anissa selalu dianggap rengekan anak kecil. Hanya Khudori (Oka Antara), paman dari pihak Ibu, yang selalu menemani Anissa. Menghiburnya sekaligus menyajikan ‘dunia’ yang lain bagi Anissa. Diam-diam Anissa menaruh hati kepada Khudori. Tapi cinta itu tidak terbalas karena Khudori menyadari dirinya masih ada hubungan dekat dengan keluarga Kyai Hanan (Joshua Pandelaky), sekalipun bukan sedarah. Hal itu membuat Khudori selalu mencoba membunuh cintanya. Sampai akhirnya Khudori melanjutkan sekolah ke Kairo. Secara diam-diam Anissa mendaftarkan kuliah ke Jogja dan diterima tapi Kyai Hanan tidak mengijinkan, dengan alasan bisa menimbulkan fitnah, ketika seorang perempuan belum menikah berada sendirian jauh dari orang tua. Anissa merengek dan protes dengan alasan ayahnya.

Akhirnya Anissa malah dinikahkan dengan Samsudin (Reza Rahadian), seorang anak Kyai dari pesantren Salaf terbesar di Jawa Timur. Sekalipun hati Anissa berontak, tapi pernikahan itu dilangsungkan juga. Kenyataan Samsudin menikah lagi dengan Kalsum (Francine Roosenda). Harapan untuk menjadi perempuan muslimah yang mandiri bagi Anissa seketika runtuh

Dalam kiprahnya itu, Anissa dipertemukan lagi dengan Khudori. Keduanya masih sama-sama mencintai.…

Apakah cinta Anissa dan Khudori berakhir di pernikahan? Bagaimana hubungan Anissa dan kedua orang tuanya dan Samsudin suaminya? Apakah Anissa dapat menjadi muslimah seperti yang diinginkan orang tuanya?

Saksikan di bioskop-bioskop mulai 15 Januari 2009


Secara peribadinya, saya suka filem ini. Tapi kebiasaannya benda yang saya suka, orang lain tak berapa nak suka sangat, mungkin sebab citarasa saya yang pelik.
Kalau berminat juga nak tengok cerita ini, sukalah saya untuk memetik kata daripada seseorang yang sudah menontonnya - "lihatlah dengan teliti, perhatikan akan apa yang hendak disampaikannya. Tak semua orang akan faham melihat cerita ini".

Saya suka filem ini kerana jalan ceritanya yang berlainan dibandingkan dengan Ayat-ayat Cinta, misalnya. Saya suka melihat suasana(bi'ah) pesantren yang digambarkan dalam filem ini. Saya suka lakonan Anissa - watak Alya dalam Bawang Putih Bawang Merah. Saya lebih suka kalau filem ini ditonton oleh ramai orang, dan membuatkan mereka faham betapa indahnya Agama Islam itu. Saya harap orang ramai tidak akan salah faham lagi terhadap agama ini.

Saya kira watak-watak seperti Kiyai yang terlalu keras dan tidak fahami agama sepenuhnya, bekas pelajar pesantren yang telah hanyut oleh dunia, watak anak Kiyai yang biadab dan juga watak perempuan yang kadang-kadang sanggup melakukan apa sahaja demi cinta walaupun mencemar maruahnya sendiri harus diambil iktibar.

Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang diberi kefahaman dalam agama oleh Allah.