javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, September 27, 2009

Percaya Pada Keajaiban


Mempunyai keyakinan, atau percaya itu tampaknya seperti orang bodoh, tak menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk berfikir. Tapi dalam sesetengah keadaan, percaya adalah sesuatu yang lebih tinggi nilainya daripada akal fikiran.

Kita berfikir menggunakan akal, namun percaya itu dengan hati.

Dimensi rahsia itu tak pernah, dan tak akan dicapai oleh akal sampai bila-bila pun.

313 orang-orang yang percaya telah menewaskan 1000 orang, sedangkan 1000 orang itu bilangannya ramai dan lengkap dengan persenjataan.

Mungkin ini juga satu isyarat daripada Tuhan, keajaiban boleh berlaku. Perkara yang mustahil boleh jadi tak mustahil. Namun terpulang samada ingin percaya ataupun tidak.





Mempunyai keyakinan, atau jadi salah seorang yang percaya itu tampaknya seperti orang bodoh. Namun dalam sesetengah perkara, percaya itu lebih tinggi nilainya daripada akal fikiran.

Sunday, September 20, 2009

Ramadhan pun berakhir

"Ramadan pun berakhir, membuatkan orang-orang yang mencintainya berasa sedih. Sangat sedih.

Dan buat diri sendiri, berakhirnya Ramadan adalah........ ah, Ramadan tinggalkan saya yang menyesal tak sudah sendiri di sini.

Saya telah meninggalkannya waktu dia datang dan membuka pintu-pintu peluang. Maka untuk hari ini dia pergi tak menoleh pun kepada hati yang masih hitam dan sesat.

Bersedihlah orang-orang yang berharap,
" Ya Allah, sampaikanlah aku kepada Ramadan yang berikutnya".

Kesedihan seperti itu adalah milik orang lain, tapi penyesalan adalah hadiah,ya, balasan yang sewajarnya untuk saya", kata manusia buta itu.

Dan melangkahlah si buta itu melalui hari-hari yang mendatang - dan kosong.

Saturday, September 19, 2009

Gadoh : A story about us

Some even say that this movie is a must watch for all Malaysians.



From the official website;

"Gadoh is a 70-minute feature film that explores our perception of identity and challenges our hatred of the “other”.

This film is directed by Brenda Danker and Namron and produced by Big Pictures Production for KOMAS, a Malaysian human rights organisation.

Gadoh tells a story of a group of teenagers who fought each other along racial lines; a cycle of hatred and violence further escalated by their environment and school system.

What was to be a quick resolution to improve the school’s bad image, was taken as an opportunity for one teacher who believed that real change was possible. She ropes in the help of an old friend and reluctant maverick theater activist for this arduous task.

Is there hope amidst the cycle of discrimination that surrounds us?

Watch Gadoh for their story, and what it may very well tell us about ourselves."


Watching this movie is kind of refreshing. Seldom i found movies which made me smiled at the prejudice, made me worried as i discovered this movie is somehow dangerous to be exposed to the public because of their outspoken criticism.

When i say it's refreshing, i mean that this movie will evoke some reactions. For those who support 1 Malaysia or racial unity whatsoever will be satisfied (maybe) while for racists, they will be angered.

I really love it when they use direct-hit dialogues :

“Saya paling tak suka orang Cina! Dia ingat diorang bagus,pijak orang Melayu”

“Orang Melayu bodoh,belajar tak pandai pun boleh masuk universiti”

“Saya tak suka sekolah ini sebab sekolah ini bodoh! “

"Orang Cina makan babi. Pengotor. Berak tak pernah basuh!"


So taunting. Yet, using foul languages is forbidden and should not be one of our cultures.

Overall i consider this movie to be an 'ideologising' one. The ideology is, encouraging people to change their perspectives, to promote Malaysian race through theatres. Obviously. Have a look at Azman's dialog :

“ Kadang –kadang kita hidup ini bukan untuk bersenang lenang sahaja, aku buat ini untuk bangsa aku, Bangsa MALAYSIA”

Cikgu Ann :

"Pihak sekolah dah tubuhkan satu kelab teater untuk memperbaiki jati diri kamu semua".


About the casts?

I never met all the casts or watch them in any series or drama on the television before. They are from the theatres, only those who follow theatres know them.

However three figures managed to catch my attention - Namron, Zahiril Adzim and Fared Ayam.

My comments :

1. Watching Namron makes me 'meremang bulu roma'. Don't know why, but i just can't watch him. And uneasiness towards him finally blend into regrets after i watch one of the 15Malaysia videos, featuring Namron and Malay prostitutes. And i will not promote the link here, forever, as a sign of boycott.

2.Fared Ayam. He appeared on the television recently, together with Zahiril Adzim. Long hair, curly. Wearing glasses. He looks like a professor in art. Also, like Namron, participating in various videos. i don't like it when he wears girl's dress. The theme of that video? - freedom. Whatever.

3.Zahiril Adzim. "Nama yang sedang meningkat naik", said Fared Ayam. No comment about that, but i knew a girl who quotes sayings of Zahiril Adzim and put it in her blog. And you know what? I don't like him because girls think he is handsome, one of the macho guys and he really likes to control macho. What a pain. Lol.

That's all. Prejudice for now.

Wednesday, September 16, 2009

Orang baik dan orang jahat

1. Masalah dengan orang baik ialah kadang-kadang mereka rasa lebih baik daripada orang lain. Tidak, orang yang merasa dirinya baik bukanlah seorang yang baik.

2. Masalah dengan orang jahat pula ialah mereka bodoh, sentiasa melakukan dosa berulang kali.

3. Ada pula di antara kita yang senang berada di tengah-tengah; tidak jahat sangat atau tidak baik sangat. Kalau begitu tak ada bezanya dengan seorang yang berdosa, yang sentiasa berfikir,

"Apa yang aku lakukan boleh dimaafkan lagi. Ada orang lain yang jauh lebih jahat daripada aku"

Apa kamu tak pernah dengar?

Boleh jadi Tuhan akan memasukkan kamu ke syurga hanya kerana satu kebaikan kecil yang kamu lakukan. Boleh jadi juga Tuhan akan menghantar kamu ke neraka hanya kerana satu kejahatan kecil yang kamu lakukan.

Satu perkara mungkin nampak kecil di mata manusia, tapi boleh jadi satu perkara besar di hadapan Tuhan.


4. Orang yang melakukan dosa, hati mereka mula hitam.

Bila hati sudah terlalu hitam, cahaya pun tak dapat menembusi hati. Ilmu adalah cahaya.

Orang yang melakukan dosa, jika putus asa daripada mengharap rahmat Tuhan, akan semakin tenggelam dalam dosa.

Tak ingat ke kisah pembunuh 99 orang manusia? Kemudian menjadikan seorang pendeta sebagai yang ke-100? Kalau bukanlah kerana rahmat Tuhan, pastilah dia termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.


5. Perkiraan Tuhan yang amat terliti, tak sampai rasanya akal hamba hendak memahaminya.

Sunday, September 13, 2009

Perempuan 'Psiko'

Anda tak salah baca. Saya betul-betul nak bercerita tentang perempuan yang 'psiko'.

Perkataan psiko berasal dari perkataan Greek 'psyche' yang bermaksud minda atau jiwa. Selalunya perkataan ini digunakan untuk orang yang mengalami masalah psikologi atau 'hilang hubungan dengan dunia sebenar' (sumber:wikipedia).

Psiko mula digunakan dengan meluas terutamanya oleh golongan muda yang sukakan bahasa-bahasa gempak, bombastic dan suka mengikuti perkembangan semasa. Antara perkataan-perkataan yang kalau-anda-tak-tahu-anda-bukan-remaja ialah bajet, poyo, potong stim, apon, dan lain-lain lagi. Penggunaan 'psiko' terlalu meluas sehingga saya pun pernah dilabel sebagai psiko.



Berdasarkan pengalaman saya, psiko juga digunakan apabila seseorang itu dikatakan dapat memberi ancaman kepada orang lain. Tahap psiko yang paling tinggi ialah apabila orang sekeliling mengubah gelaran psiko itu kepada 'mental'.

90% daripada orang-orang 'mental' tidak dapat diselamatkan lagi.

Baik, berhenti berleter. Saya persembahkan dua kes perempuan psiko - perempuan yang buat saya rasa terancam.

Kes 1

Saya menghadiri sebuah program berdekatan dengan LCCT. Pada suatu pagi, saya pergi ke LCCT tersebut untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM.

Saya beratur di belakang dua orang pramugari. Sila ambil perhatian, ketika itu saya berbaju Melayu merah dan berjambang. Pramugari yang sudah mengeluarkan duit kemudian berdiri di belakang rakannya, berhampiran dengan saya. Sambil mengibas-ngibaskan tangannya, dia pun berkata,

"La, patutlah panas. Ada Tok Imam kat sini rupanya".

Erk. Saya hanya mampu menelan air liur. Saya agak risau, adakah saya mengeluarkan haba tak seperti manusia normal? Mungkin saya perlu membeli sebuah termometer selepas ini.


Kes 2

Tempat : dalam LRT. Saya sedang duduk, menunggu LRT tersebut tiba di Sentul. Di hadapan sebelah kiri, berdekatan dengan pintu ada dua orang gadis remaja. Seorang Cina dan seorang Melayu. Mereka nampaknya berkawan baik. Mungkin inilah kesan daripada satu Malaysia : persefahaman.

Dua atau tiga stesen sebelum Sentul. Salah seorang daripada mereka hendak turun. Lalu mereka pun mencium pipi masing-masing (atau sekadar melaga-lagakan pipi, ah, saya tak perasan sebab rabun).

Cina : Eh, ada orang tengok la (sebab kita mesra sangat macam ni)
Melayu : Biarlah dia nak tengok. Apa salahnya? (sambil kedua-dua orang itu memandang saya)

Aduh, tolong sikit. Jangan perasan sangat. Kalau dah sampai menghalang pandangan saya melalui tingkap, apa kejadahnya? Tahulah nak promosikan racial unity tapi tak perlulah sampai nak menjeling-jeling kat orang lain.

Saya cuba buat bodoh sehingga seorang lagi gadis tersebut turun di stesen berikutnya. ugh.

Saturday, September 12, 2009

Hujan

Hari ini hujan. Ah, seronoknya.

Ingin buka jendela kemudian hirup udara segar.

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya tiba2 mereka menjadi gembira.

Hujan seolah-olahnya jadi penghubung antara bumi dan langit. Hujan itu anugerah. Namun ia juga boleh jadi dugaan.




Hujan makin lebat.

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian)
aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu). Dan (ingatlah ketika)
Ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya
dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati
kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan).


Kadang pohon-pohon bergoyang ditiup angin, kadang pohon-pohon itu khusyuk berdiri, menghormati anugerah.

Awan mendung menghilang dan langit mula cerah membiru. Matahari pun muncul kembali.

Thursday, September 10, 2009

Pelangi

Tuhan hidup, dan tidak mati.
Tuhan yang memiliki keindahan, menciptakan pelangi untuk kita. Kita - aku, kamu dan mereka.

Tuhan hilangkan matahari, kemudian Dia turunkan hujan. Rupa-rupanya Dia nak bagi kita pelangi. Ini semua orang biasa dengar. Sentiasalah berfikir, semua perkara mesti ada tujuan. Bahawa penciptaan langit dan bumi bukanlah sesuatu yang sia-sia dan tidak bermakna.

Kata Fariduddin Attar, kagumilah hasil karya Tuhan meskipun Dia sendiri memandang itu semua sebagai tiada.

Betul bukan? Kewujudan adalah milik Tuhan, yang ada pada kita adalah...kosong. Ketiadaan.

Apa manusia tak ingat manusia pernah alami waktu itu? Waktu manusia masih sesuatu yang tak dapat disebut? Tak ada nama?
Namun tiba-tiba manusia jadi penentang, menentang Pencipta.



Dari cahaya putih terserak tujuh warna dan terbentuklah pelangi. Manusia juga seperti pelangi, miliki warna tersendiri. Manusia itu merah, hijau, biru dan kadang-kadang ungu.

Sedar asal usul sendiri, memahami orang lain. Dengan itu kita akan bentuk pelangi yang indah!

Wednesday, September 9, 2009

Ingin Jadi Terkenal

"Wah, bestnya dapat jadi macam dia. Mana-mana pergi semua orang kenal. Dapat jumpa macam-macam orang.."


"Sudah, lupakan. Jangan harap. Kamu tak akan dikenali. Ya, tidak akan terkenal sampai bila-bila pun."


"Eh, mustahil. Nabi-nabi dikenali ramai. Khalifah yang empat itu pun terkenal juga, apa"


"Kau kata mereka dikenali hanya sebab kau mengenali mereka. Hakikatnya waktu ini orang ramai lebih mengenali artis-artis cantik, lelaki-lelaki kacak, orang-orang yang hartawan, dan ah, banyak lagi. Masih nak nafikan lagi?

Mereka terkenal, sentiasa senyum di hadapan lensa kamera. Teruja dalam perbualan, senang dan gembira.

Syurga itu dipagari dengan benda-benda yang menyakitkan, memberatkan hati..bukan perkara-perkara yang menyenangkan an-nafs.

Akhir zaman, orang-orang baik tak akan dikenali lagi. Jadi rahsia yang tersimpan rapi.

Nilai-nilai yang baik akan jadi suatu macam keganjilan. Janggal."


"Ah, kau hanya cemburu. Sebenarnya kau pun ingin jadi seperti mereka bukan? Kau banyak bercakap, dan setiap kali kau bercakap seolah-olah api yang akan keluar dari mulutmu; betapa kau ingin menggambarkan kebencian kau terhadap dunia. Tapi betul ke?

Hanya seorang pembeli sahaja yang akan mencela barang yang hendak dibelinya."


Terkesima. Lalu tersenyum.

Dan berkatalah dalam hati, "Mudah-mudahan Tuhan akan mencabut cinta dunia dari dalam hatiku, dan mudah-mudahan Dia akan ampunkan segala kesalahanku. Aku percaya, tuhanku tidak akan membiarkan fitnah bermaharajalela di muka bumi. Agar suatu hari nanti Dia isikan keimanan yang sebenar dalam hati para hamba-Nya yang tetap sabar mendirikan solat, menunaikan zakat dan mengerjakan amal kebaikan."

Wednesday, September 2, 2009

Mula

1. Kita sememangnya sangat sukar untuk hidup di dunia ini lagi. Terlalu banyak perkara yang menarik kita untuk terus tinggal di sini.

2. Kita tak pernah tahu macam mana takdir Tuhan tu dilaksanakan, tapi pastinya ia penuh rahsia buat mereka yang ingin pasrahkan segala-galanya kepada Tuhan.