javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, December 22, 2009

Iradah

Akan aku kukuhkan iradah
agar sekeliling akan merasainya
lalu tunduk pada ketentuan-Mu.

Tuhan, saya perlukan hati itu.
Hati yang tidak takut dan tidak sedih.

Tuhan,
kurniakan daku kekuatan
yang menyamai seribu
dan bantuan dari langit berupa tiga ribu malaikat
lalu saat ujian datang menggetarkan hati
dengan izin-Mu Tuhan,
hati ini akan bersabar
hati ini juga akan terisi dengan takwa
maka tenangkanlah hati ini
dan gembirakanlah ia
dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda!

2 comments:

Anonymous said...

kamu perlu hati
yang tidak takut?
yang tidak sedih?
kamu pohonkan iradah kekuatan
kamu inginkan pertolongan bantuan

hairan...

sudahkah kamu melangkah?
sudahkah kamu berlari?
atau masih sekadar berdiri
mencari arah mana untuk lari
memikir tunggangan apa untuk dikenderaai...
mengharap punya seketul hati
yg berani..

melangkahlah
maka kau akan punya hati yg berani
berlarilah
maka hatimu tidak akan takut lagi
menangislah
akan hilang sedih di hati..

"barangsiapa orang yang Allah mahukan kebaikan padanya, Allah ujinya dengan kesusahan..."
HR Al-Bukhari

Pengembara said...

anonymous, saya suka nada awak.

Nasib baik awak tak berhenti setakat berasa hairan sahaja tapi sebaliknya turut menyertakan nasihat, jika tidak pastilah saya akan menghentam anda habis-habisan. gurau je.

jadi persoalannya sekarang, macamana nak tau kta dh melangkah atau belum? sudah berlari atau belum?