javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, April 30, 2010

Perjalanan Masa, Persoalan dan Jawapan.

Rasa ragu-ragu untuk menulis, jadi dah lama tak menulis. Bagaimana boleh menulis? Kita selalu menulis tapi jiwa kita kosong dan kering kontang. Kita banyak bercakap tapi kita sendiri tak faham apa yang kita cakapkan.

Tapi saya ingin terus menulis, dan saya harap kalau saya tak faham sekarang saya akan faham kemudian. Allah akan bantu kita untuk faham dan laksanakan apa yang kita cakap kalau kita berusaha untuk jadi lebih baik.

Saya baru-baru ini cuba menguruskan sebuah majlis untuk 6th year. Maka atas inisiatif sendiri saya pun turut sama membantu 1st year yang ditugaskan untuk membuat slide show dengan mencari gambar-gambar tambahan. Saya secara tidak rasminya menjadi seorang stalker.

Dan saya dapat melihat wajah anak-anak muda yang kini sudah pun tua dan akan bergelar doktor tidak lama lagi. Akan jadi graduan lepasan universiti. Di sebalik gambar-gambar ada kisahnya yang tersendiri dan sebagai manusia perasaan ingin tahu membuatkan kepala saya penuh dengan persoalan...yang cuba saya cari jawapannya.

Saya bersyukur saya buat keputusan yang tepat dengan menapis dahulu gambar-gambar tersebut kerana jika tidak, pastilah sekarang ini saya akan rasa bersalah yang amat. Jika ikutkan perasaan ingin sahaja letakkan semuanya biar gempak. Biar menarik. Tapi persoalan yang ada dalam kepala saya, rasa ragu-ragu buat saya mencari-cari jawapannya. Saya menemui jawapan yang saya mahu dan saya berpuas hati. Jawapan yang saya temukan membuatkan saya terpanggil untuk melihat diri sendiri.


Saya tumpang gembira buat semua orang yang sudah tahu apa yang mereka cari. Bagaimana untuk menghadapi masa depan. Perasaan ini jugalah yang saya rasa apabila melihat ustaz-ustaz, ustazah-ustazah. Saya nampak pada diri mereka matlamat hidup yang jelas, pendirian yang teguh dan ketenangan yang mengasyikkan. Saya nampak pada diri saya pula terumbang-ambing antara masa depan yang kelam dan masa depan yang cerah.

Maka kata-kata yang pernah saya tulis ini saya petik balik :

Masa itu adalah masa yang paling seronok dalam hidup. Anda takkan kisah senang atau susah. Anda sentiasa mencemburui orang lain yang turut mencari. Anda akan rasa gembira sekalipun anda menerima ujian yang paling berat dalam hidup. Anda sedar anda adalah orang yang paling lemah dalam dunia, maka bagaimana sekalipun orang memperlakukan anda, anda takkan peduli.
Anda hanya tahu satu perkara. Dia. Lalu anda lupa segala-galanya. Anda adalah orang yang paling bodoh dalam dunia, tak tahu perkembangan semasa. Saat orang lain berhati-hati di hadapan penguasa, anda boleh tidur nyenyak di hadapan mereka. Saat itu anda rasa anda dianugerahi kekuatan yang luar biasa.

Saya tak ingin percaya yang saya ditakdirkan hanya untuk merindui masa itu. Saya ingin masa itu adalah seluruh kehidupan saya yang singkat ini.




Sebab saya sampai sekarang masih fikir saya yang dulu lebih baik. Tapi mungkin juga saya tak tahu yang mana sebenarnya lebih baik untuk saya kerana kata Tuhan :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Saya yang dulu, tak tahu banyak perkara. Tapi saya yakin saya buat sehabis baik bergelut untuk mengatasi kejahatan. Agama ini memang segala-galanya tentang pergelutan, bak kata Tariq Ramadan " Islam is about struggle". Jadi saya rasa yang dulu lebih baik sebab saya bergelut, berbanding sekarang hanya tahu menyerah dan kalah dengan mudah.

Itu sahaja. Saya malas komen banyak, tak menarik.

Jika anda nampak perbezaan antara baik dan buruk, dan anda benar-benar sukakan kebaikan dan sangat bencikan kejahatan ianya adalah sesuatu yang baik. Baik dan buruk itu kita tahu berpandukan Al-Quran dan sunnah. Saat seluruh manusia lain mentakrif kehidupan songsang adalah baik, kita tak harus terikut-ikut. Seorang muslim, seorang mukmin takkan mudah hanyut dengan masalah picisan seperti ini.


Tentang persoalan dan jawapan, saya di sini menyarankan kepada semua orang untuk mula bertanya dan menyoal terhadap apa sahaja yang dirasakan perlu dalam hidup ini. Tidak salah bertanya atau melontarkan persoalan dalam agama, ianya lebih teruk jika anda hanya mendiamkan diri.

Sekiranya anda bertanya dengan tulus dari hati yang paling dalam menginginkan jawapan, anda pasti akan jumpa jawapannya. Saya dah alaminya banyak kali, dan bila saya jumpa jawapannya...rasa puas hati dan sangat gembira. Kerana penantian saya itu tak sia-sia.

Allah Tuhan kita, Dia adalah Petunjuk. Dia tak akan mensia-siakan orang yang percaya dan berharap kepada-Nya.

Sunday, April 18, 2010

Bodoh


Manusia memang bodoh, dan masing-masing ada kebodohan sendiri. Kita adalah manusia. Ada kebodohan yang bersifat peribadi (sekadar luahan perasaan) seperti :


a) bodoh, suruh buat laporan pun susah. Nak duit, tapi tak nak buat laporan. Padahal buat case history yang jauh lebih susah boleh pula buat dan siapkan.

b) bodoh, nak urus akaun facebook bagi alasan sampai beribu.

c) bodoh, sebab hanya tunggu duit, dividen tanpa buat apa-apa kerja padahal orang lain sibuk berhempas pulas.

d) bodoh sebab tak pernah cuba nak faham keburukan kerenah birokrasi dan untuk itu sanggup menyusahkan orang lain.






Ada juga kebodohan yang kita biasa buat :

1. Kita bodoh sebab buat banyak dosa dan berulang kali buat kesalahan.

2. Kita bodoh bila mengaku cinta Tuhan sedangkan kita sebenarnya tak layak dan belum benar-benar mencintai-Nya.

3. Kita bodoh bila tak sedar segala-galanya dalam pengetahuan Tuhan. "Kebebasan memilih" (yang sebenarnya tak ada) yang diberikan kepada manusia buat manusia fikir mereka boleh ubah masa depan.

4. Kita bodoh sebab mudah tertipu dengan kesenangan duniawi. Perempuan cantik dengan muka cantik dan badan cantik dan tangan cantik dan kaki cantik dan..

5. Kita bodoh bila kita rasa ingin 'berkapel' hanya sebab tengok orang lain 'kapel'.

6. Kita bodoh bila ingat setelah mengeluarkan pernyataan "Kami bukan kapel" dah boleh menghalalkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan. Kononnya platonik tanpa cinta.

7. Kita bodoh sebab kita tak punya pendirian yang teguh. Kita pakai tudung tapi dalam satu-satu masa kita nampakkan jambul rambut kita atau kita pakai tudung yang jarang. Kita pakai stokin kaki dan sarung tangan tapi kita dengan mudah menanggalkannya tanpa rasa segan untuk perkara remeh (eg mengukur b.p. sendiri?)

8. Kita bodoh sebab satu masa, kita betul-betul ingin berubah jadi lebih baik dengan semangat yang berkobar-kobar namun kemudiannya kita kembali jadi hina dengan dosa dan kita jadi lebih teruk daripada binatang.

9. Kita bodoh sebab kita sibuk bercakap-cakap tentang batasan lelaki dan perempuan padahal kita gembira dengan rutin harian kita untuk tengok filem-filem, program realiti tv yang menonjolkan kebebasan, hedonism, kelucahan, rakus, liar dan bengap. Kita bangga kita jadi penonton setia.



10. Kita bodoh sebab kita selalu emosional dengan membabi-buta. Kita dengan membabi-buta gembira dan bersemangat bila adik usrah/mad'u/mutarabbi dengar cakap kita, jadi baik seolah-olah itulah jasa kita tapi apabila mereka jauhkan diri, tak dengar cakap kita, kita dengan membabi-buta jauhkan diri dan bermasam muka. Kita kata, "Awal-awal lagi saya dah agak dah orangnya memang macam tu", "Orang tu memang tak boleh harap", dan segala macam lagi. Segala-galanya dengan membabi-buta.

11. Kita bodoh bila kita suka buat anggapan tentang orang lain. Ianya tak jadi masalah bila bersangka baik atau berwaspada, tapi bila ianya tidak elok itu namanya prasangka. Kita tak wajar fikir kita boleh tarik orang dengan duit/makanan/game/perempuan/lelaki/bantal busuk/botol susu/aiskrim.

Dan akhir sekali anda sangat jelas bodoh bila guna perkataan bodoh dengan begitu berlambak sekali.

Sunday, April 11, 2010

Bidadari

menjemput bidadari oleh Epicentrum

Bila yakin telah tiba,
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Lagu ni best giler!
pertama kali dengar masa melawat blog seorang doktor...http://jojar.blogspot.com/


Sekarang, siapakah yang dimaksudkan dengan bidadari dalam lagu ini? Jika diperhatikan mungkin ditujukan kepada wanita solehah yang berada di dunia. Diberikan contoh Zulaikha dan Yusuf, Adam dan Hawa. Tentang seseorang yang cuba mencari diri sendiri sebelum menemukan bidadari...menuju Tuhan. Ini lebih menepati lagu tersebut.

Boleh jadi juga bidadari yang dimaksudkan adalah bidadari syurga, hadiah buat pemuda yang dah menemukan diri mereka sendiri. Teringat saya kepada karangan Harun Yahya, tentang balasan syurga. Syurga itu pun pada hakikatnya bukanlah matlamat tertinggi, bahkan orang yang memasuki syurga masih mempunyai perjalanan mereka - mensyukuri anugerah Tuhan dan kemudian apabila saatnya telah tiba, untuk menatap wajah Tuhan. Tapi seperti biasa, kita tak boleh membayangkan zat Tuhan. Tidak boleh sama sekali. Tidak ada yang serupa denganNya.

Saya juga teringat tentang karangan Fariduddin Attar, Musyawarah Burung tentang bagaimana manusia yang sudah mati, perjalanan mereka menuju Tuhan tidak terhenti. Manusia diibaratkan seperti seekor burung di dalam peti yang tertutup. Apabila manusia itu mati barulah peti itu terbuka dan burung itu akan memulakan perjalanannya. Maka adalah penting untuk manusia menyediakan bekal dan keinginan untuk bertemu Tuhan - kerana itulah yang akan menggerakkan burung tersebut. Andai berputus asa, maka burung tak akan dapat terbang sama sekali.



Akhir sekali, persoalan yang masih berlegar-legar di kepala saya adalah...adakah seseorang itu harus berusaha sampai menemukan hakikat diri sendiri baharulah boleh menjemput bidadari ataupun tidak?