javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, December 31, 2011

Masjid Lenkoranskaya



Semoga hati tak sakit.
Dan jikalau hati itu sakit sekalipun,
mudah-mudahan masjid menjadi tempat Tuhan merawat hati yang sakit itu.


*************************************************************************************************************

Di bawah akan saya ceritakan perjalanan saya dari center ke masjid. Selalunya kami pergi masjid pun hanya pada hari Jumaat. Jarang atau tak pernah rasanya saya dengar ada pelajar pergi ke masjid tersebut bukan pada hari Jumaat atau hari cuti, sebab jadual kelas yang sibuk serta kedudukan masjid yang agak jauh dari center (pusat bandar).

Berdasarkan peta di bawah, masjid terletak lebih kurang 6-7km dari pusat bandar. Anggap sahaja pusat bandar itu tertulis Komsomolskaya.

Klik untuk tengok lebih jelas


Kebiasaannya kami pergi ke masjid dengan menaiki bas bernombor 88∊. Boleh juga naik 89, tapi dia akan berhenti di simpang jalan, kena jalan lebih jauh. Atau boleh menaiki mashrut 88, cuma jarang dapat dan tambangnya lebih mahal berbanding menaiki bas. Selalunya kami tunggu bas 88 di stesen bas berhadapan Zhar Pizza, (jika sempat, makan dulu) tapi untuk Jumaat kali ini saya dan rakan-rakan pergi menunggu bas di Vokzal (stesen keretapi) setelah menyantap di Riviera.

Vokzal

Suasana dalam bas. Saya berjaya duduk di 'seat' yang tinggi, jadi chances  untuk beri tempat duduk kepada nenek rendah, sebab dia bukan boleh panjat pun. haha jahat 

kasih sayang ibu dan anak

berjalan ke arah masjid

nampak tak 'minaret' masjid? oh kubah masjid

kalau cuaca lembab, tanah akan jadi macam lumpur



ada daging halal dijual di sini

jualan buku-buku agama, perfume pun ada

masjid sedang dinaik taraf. Renovation.

Tingkat tengah, terletak di antara tingkat ats dan tingkat bawah tanah


Ada tempat duduk untuk warga tua di suatu sudut

Hazrat Elias sedang memberikan khutbah.
video


Sedang nak lintas jalan ke tempat menunggu mashrut untuk pulang ke rumah

Lelaki-lelaki kacak. Kegagahan diukur dengan ketebalan jambang.

Kalau anda perasan dalam peta nombor dua di atas, ada tanda biru yang saya anggap itulah kedudukan masjid (maaf saya seorang yang fail coordination). Jika kami mahu pulang, kami akan lintas beberapa rumah untuk pergi ke line kuning yang lagi satu. Kemudian kami akan berjalan agak jauh, sambil bersembang dengan rakan-rakan....hinggalah kami sampai ke jalan besar untuk menunggu mashrut.

Apa ye kenangan-kenangan best di masjid ini? Hmm. Memang dah jadi satu tradisi agaknya, senior-senior akan bawa junior yang baru sampai di Volgograd ke masjid ini untuk memperkenalkan mereka dengan masjid. Saya pun tak ketinggalan. Saya junior yang menurut tunjuk ajar senior. Hah. Senior-senior masa itu memang best, ada Abang (Jimi, Syuk, Husein, Senpai, Zam, Zul dan lain-lain lagi) yang memberikan beberapa nasihat.

Kawan saya selalu cakap, junior memang selalu pandang tinggi kat senior. Mungkin ini memang hukum alam kot. Kalau saya sebagai senior dipandang tinggi pun, (dan itu pun kalau), maka saya boleh katakan tidak ada sebab khusus. Itu hanyalah lumrah.

Di masjid ini juga saya pernah menguruskan satu projek Kelab Umno Volgograd, majlis 'Sirih Pulang ke Gagang', bagi meraikan senior-senior yang bakal pulang ke Malaysia. Saya terfikir pun majlis ini sebab saya suka sangat dengan beberapa orang senior perempuan ni yang duduk serumah dan nampak baik (saya katakan nampak sebab semua orang ada baik buruknya, dan mereka adalah orang). Lagipun mereka, senior-senior tahun itu banyak berjasa kepada komuniti Volgo. Namun projek itu jugalah yang mungkin menjadi salah satu sebab kenapa bekas Timbalan saya nak letak jawatan dan langsung tak approve request facebook saya. Huh. Agaknya saya terlalu mendesak kot.

Saya masih ingat lagi pertama kali saya bersolat hari raya di masjid ini. Biasa di Malaysia, rakaat kedua solat sunat hari raya, kita bertakbir banyak-banyak tu baru kita mulakan baca Al-Fatihah kan? Tapi di sini takbir banyak-banyak tu SELEPAS habis baca surah. Saya apa lagi, dah sebut takbir saya terus rukuk, padahal diorang tengah takbir angkat tangan je. haha. Saya digelakkan oleh Falah kalau tak silap, juga seorang senior. Tahun berikutnya ataupun solat sunat hari raya yang berikutnya, saya menanam azam yang tebal untuk tidak melakukan kesilapan sama. Dan untuk kali kedua, saya juga masih melakukan kesilapan sama. Saya manusia tak belajar dari kesilapan. Tapi lepas-lepas tu, mereka dah tukar balik rasanya, melaksanakan seperti yang di Malaysia amalkan kalau saya tak silap.

Thursday, December 29, 2011

Terkait



Kita selalu minat sesuatu yang terkait dengan kehidupan atau diri kita sendiri. Sesuatu yang kita boleh 'relate'. Namun, untuk sesuatu yang asing buat kita, kita selalunya berasa takut.

Kita tengok movie, baca novel, dengar cerita orang lain, dan kita makin tenggelam dalam kisah-kisah itu apabila kita dapat mencari hubungkait diri kita dengan salah satu watak dalam cerita itu. Finding the connections.

Tapi itu tidak bermakna yang kita langsung tak tertarik dengan perkara yang tidak berkaitan dengan kita. Kita tertarik, tapi ianya hanya setakat itu agaknya. Berminat untuk sementara waktu. Sedangkan yang selalu terkait dengan diri kita, sampai mati pun perkara itu akan selalu terlintas dalam fikiran kita, atau terngiang-ngiang di telinga kita.

Contohnya :

sapu sampah

beza ruang sebelum dan selepas

makan biskut dengan milo

HAHAHA. Familiar? Kalau tak familiar buat anda, maknanya anda tak pernah sapu sampah guna penyodok, anda tak pernah keluarkan barang dari peti ais yang penuh dan masukkannya kembali serta anda tak pernah celup biskut dalam milo.

Happiness

Saya sedang cuba menghabiskan satu buku yang pernah saya beli. Dah setahun lebih saya ada buku Museum of Innocence, oleh Orhan Pamuk, tapi tak pernah nak cuba habiskan. Untuk hari ini dan semalam, saya rasa dah berjaya baca dalam 150 mukasurat. Sikit? Aaa lantakla, yang penting itu satu kemajuan buat saya.

Definition of happiness?
Family, children, and good company,
Even if you're not happy - even when you're having your worst day you live your life as if you are. All sorrows fade away when you're surrounded by your family.

Ok bila baca balik memang rasa translation dia (novel asal adalah dalam bahasa Turki) macam cacat, tapi tak kisahlah, janji point dia sampai. Hidup sebenarnya kalau simple dan mudah macam definisi 'happiness' di atas, kita dah boleh selesaikan banyak perkara dah. Kepala otak kita tak akan serabut lagi.


Ombak Rindu



Alahai cinta syahdu la sangat. Semuanya macam kebetulan!!! Kena langgar la, jadi GRo la, rupa-rupanya bukan anak kandung la dan sebagainya. Jangan marah peminat-peminat Ombak Rindu sekalian. Saja provoke.

Hmm. Biasa je movie ni. Mungkin overrated. Saya sebenarnya sepanjang tengok cerita ni, kondem je....lambatla pergerakan cerita, tak feel la watak-watak dalam cerita ni, Lisa Surihani asyik jerit la.....nak-nak pulak bila ada kawan saya yang lagi satu puji habis-habisan cerita ini. Heh. Makin saya mendengar pujian itu, makin nak cari kesalahan cerita ini.

Kebaikan cerita ini pulak. Maya karin ayu bertudung. Lol.
Kebanyakan cerita atau filem cenderung untuk membahagikan watak dengan jelas - baik atau jahat. Cerita-cerita yang macam itu, bagi saya, dah lapuk. Ombak rindu bukan jenis cerita itu, sebab setiap watak ada baik buruknya. Saya rasa kita semua perlu mula melihat orang sebagai orang - yang memiliki sisi baik dan sisi jahat. Dan kita tak perlu lagi nak justifikasikan setiap perkara. Hanya sebab kita nak seorang itu nampak baik di mata kita, kita fikirkan sebab-sebab yang mem'boleh'kan dia memiliki ciri-ciri jahat. Hanya sebab kita benci gila kat seseorang itu, semua perkara baik yang dia lakukan, kita katakan ada niat terselindung, atau ada sebab-sebab tertentu.

Tak penat ke?

Tuesday, December 27, 2011

Menulis Untuk Memandaikan Masyarakat



Saya1 : Menulis untuk memandaikan masyarakat. Saya mahu mereka berjaya, selamat dalam hidup. Saya harap pengalaman-pengalaman saya, fikiran-fikiran saya, boleh memberikan contoh kepada mereka.

Saya2 : hmm. Don't think so high of yourself. Kau ni tak berfikir ke? Macam mana kau boleh pandaikan masyarakat kalau kau tak pandai, macam mana kau nak masyarakat atau dunia hidup teratur kalau hidup kau sendiri tak teratur....dan, kenapa kau berlagak nak mampus sangat ni?

Hahaha. Cukup itu sahaja untuk monolog dalaman kali ini. Saya masih berfikir-fikir, apakah harus saya hentikan sahaja 'link' twitter, facebook dengan blog? Kadang-kadang nak ramai orang baca, kadang-kadang rasa segan pulak kalau orang baca (introverted side). Tapi adakah kalau tak ada seorang pun baca, saya tidak akan menulis? Tidak, saya tidak akan berhenti kecuali sebab dua perkara - sibuk dan malas. Ok obviously kalau ada orang ugut akan bunuh orang lain jika saya tak berhenti menulis, saya terpaksa berhenti menulis sebab saya tak nak ada orang mati sebab saya.




I love this quote by Virginia Woolf: "Every secret of a writer's soul, every experience of his life, every quality of his mind is written large in his works..."


I think Virginia Woolf intended for writers to understand that their work reflects who they are, where they have been, and what they will become.


Through an understanding of ourselves and becoming comfortable in our own skins, the process of writing becomes more spontaneous and uninhibited. When we comprehend our unique writing gifts, we are aided in creating great stories. We become more confident the more we accept and know ourselves.


When we tune into our needs and desires, we are more apt to free ourselves to use material from our own lives and the lives of those who enrich us. Our characters become richer and more complex as we open ourselves up to all that we know about the human condition.
-Lisa Collazo

Yup, tulisan mencerminkan diri seseorang. Saya membaca, dan banyak jenis tulisan yang ada. Ada tulisan yang suka cerita pasal gosip, ada pasal kehidupan sehariannya (makan minum tidur), ada tentang falsafah dan sebagainya. Kebanyakan mereka, mereka akan mengkhususkan kepada satu perkara, contohnya islamik sahaja atau gosip pasal artis je memanjang. Saya tahu saya tak boleh jadi itu. Blog ini MEMANG bukan blog dakwah. Bukan blog untuk SUAP orang dengan apa yang saya fikir betul. Saya harap semua orang tak percaya bulat-bulat apa yang penulis-penulis blog di luar sana cakap, dan itu termasuklah juga tulisan saya.

Ok. Di blog ini, saya akan kemukakan fakta/ dalil...dalam masa yang sama saya juga akan mempunyai pandangan saya sendiri tentang banyak perkara. Saya harap anda dapat bezakannya. Saya akan cuba untuk TIDAK memberikan pandangan saya langsung dalam bab-bab memutuskan hukum-hakam dalam agama, sebaliknya saya hanya akan mempersembahkan fakta/hujah yang ada, berserta sumber-sumbernya. Mungkin saya akan meletakkan dalil-dalil bahawa merokok itu haram, berzina itu haram, mencuri itu haram, membunuh itu haram....tapi itu tidak bermakna yang saya adalah seorang yang tidak merokok, tidak berzina, mencuri ataupun membunuh. Juga jika saya melakukan perbuatan-perbuatan tersebut, itu semua tidak bermakna yang perbuatan itu adalah halal ataupun dibolehkan.

***************************************************************************************************************

(jika saya letak tanda *****, itu bermakna kita sudah pun masuk topik lain)

Pada hari isnin yang lepas, saya menghadiri kelas Bahasa Rusia untuk kali yang terakhir. Dalam sesi pembelajaran tersebut, cikgu meminta para pelajar mengenang kembali saat-saat yang sukar dilupakan sepanjang belajar Bahasa Rusia. Saya rasa cadangan cikgu itu sedikit sebanyak membuat saya terfikir tentang banyak perkara - Zoya Fedorovna, sakit jantung, ada cikgu yang meninggal dunia, kenangan gelabah naik masyrut dan sebagainya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, saya teringat perbualan saya dengan kawan saya.

Kawan : Kau tak rasa kita makin lama makin dah nak tamat belajar ke? Mula-mula lecture dah habis, tak akan ada lecture dah lepas ni. Sekarang dah tak akan ada Russian Class. Sedar-sedar nanti dah grad.

Saya : Shoot! haah lah. Habis camne ni seh, aku rasa macam tak belajar apa-apa 6tahun kat sini. Sedih gila..

Saya tahu saya perlu menghargai tahun terakhir ini. Jika tidak saya akan menyesal dah grad nanti. Namun demikian, apa yang saya perlu buat supaya saya tak menyesal di kemudian hari? Any idea?

Salah satu idea saya adalah, saya akan ambil gambar tempat-tempat saya belajar dan tulis nota atau cerita tentangnya, kemudian letak dalam blog. Saya harap saya akan berasa puas dengan aktiviti tersebut. Aktiviti tersebut akan saya laksanakan dalam waktu cuti winter selepas peperiksaan. Ada orang ajak saya pergi melancong ke Sochi, bermain ski, dalam 3-4hari. Patutkah saya pergi?

Berkaitan dengan blog ini pula, saya merancang untuk menulis atau 'punlish' 3-4 post/entri setiap minggu, dan akan ada topik-topik tertentu (bukannya setiap hari cerita tentang benda sama...itu akan membuatkan saya bosan). Topik-topik tersebut merangkumi :

- medik
- ekonomi
- review buku
- review filem/video
- orang-orang yang saya kagumi
- kisah-kisah lama, MRSM dll
- rusia; tempat, orang, binatang, cuaca, kelas, pengangkutan dan macam-macam lagi
- relationships, feeling-feeling, i feel you feel, laki perempuan

Sebenarnya saya rasa orang bukan nak baca pun apa saya tulis. Ramai nak tengok gambar je, contohnya ada gambar pasal autopsi. Ceh. Superficial. Lol.











Sunday, December 25, 2011

Tun Dr Mahathir atasi krisis kewangan

Dr Mahathir atasi krisis kewangan
Oleh Nor Mohamed Yakcop

MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina, pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini.

Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Dr Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara berkembang maju dan bertenaga, dan kini berada pada landasannya untuk menjadi negara maju. Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.

Ia bermula pada 29 September 1997, apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya. Beliau berada di Cuba pada ketika itu, dan secara berseloroh, saya bertanya, adakah saya harus menemuinya di sana!

Saya diberitahu, bukan secara berseloroh, bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau. Saya segera berlepas ke Argentina, dan tiba pada 1 Oktober.

Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberi penjelasan memuaskan. Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan dijual, perbezaan "tawaran" dan "penawaran" serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik. Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh mendalam.

Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan itu untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata: "Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok." Saya kembali ke bilik saya, tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi.

Laporan

Saya menyerahkan laporan itu padanya sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan itu dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu, dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia. Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya.

Pada awal 1998, Dr Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr Mahathir meneliti nota-nota itu, dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat. Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah.

Dr Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB. Saya menyediakan laporan dan Dr Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB.

Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah itu, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai.

Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat pada kadar terlebih nilai.

Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap), yang dilaksanakan pada 1 September 1998, sering dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh Dr Mahathir.

Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan, di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat - cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru.

Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik. Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya.

Meneliti

Selama lebih setahun lepas langkah 1 September 1998 itu, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu - sekurang-kurangnya dua jam sehari - bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu. Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajam.

Tempoh 1997/98 adalah, mengikut parafrasa Charles Dickens, masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik - anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas!

Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya. Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala, walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian. Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya.

Saya ingin menambah dua lagi perkara. Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr Mahathir bukan saja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga.

Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.

Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu - kita turunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu.

Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah tinggi. Apabila syarikat jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar.

Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat. Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma akan membayar cukai korporat, dengan itu mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal. Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara, yang membawa kepada pusingan masalah kedua.

Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)

Thursday, December 22, 2011

Nyanyian Budak Comel



Terserempak dengan video-video ini di youtube. Sangat comel!



Video kecik-kecik dah ade suara sedap di atas mempunyai 4 part, dan kalau anda berminat hendak mendengarnya, silakan cari sendiri.

Kemudian terjumpa video ini pula, video seorang abang (yang juga kanak-kanak comel) mengajar adiknya belajar mengaji.



Abang itu sangat garang tapi dalam keadaan yang lain dia sangat baik hati kat adiknya itu!!

Persoalan

Kadang-kadang di minda saya bermain pelbagai persoalan. Saya tahu saya perlu menjauhkan diri daripada alat-alat muzik, (dan ini mengikut apa yang saya yakini) namun bagaimana pula dengan nyanyian? Bagi saya nyanyian adalah naik turun suara, yang mempunyai irama tertentu. FIKIR saya, selagi tidak ada perkara yang mengharamkannya (kata-kata lucah, kesat, syirik dll) atau dalil yang mengharamkannya (Al-quran, sunnah-hadis) maka tidak ada masalah.

Sebab bukan apa. Semalam saya ada menonton satu video, (dirakam dari Tv Al-Hijrah) tentang bermusafir mengikut sunnah nabi. Di dalamnya ada disebutkan bahawa adalah sunnah nabi mendengar nyanyian ketika bermusafir. Nyanyian itu dikenali dengan 'Al-Huda'.



Namun tidak disebut secara jelas dalam video itu akan apakah bentuk nyanyian tersebut.

Dalam artikel Hukum Nyanyian dan Hiburan (http://drmaza.com/home/?p=1187) tulisan Dr Asri menyebutkan :

Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi s.a.w yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah baginda. Nabi s.a.w tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membenteras hiburan habis-habisan. Bantahan Abu Bakr ditolak oleh Nabi s.a.w secara berhikmah.


Ada sesetengah pandangan yang cuba menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak menolak dakwaan Abu Bakr bahawa nyanyian suara syaitan, cumanya hanya diizinkan disebabkan hari raya. Penghujahan seperti ini tidak kukuh. Sebabnya, apakah jika nyanyian suara syaitan maka pada hari raya ia tidak menjadi suara syaitan lagi dan selepas itu kembali menjadi suara syaitan semula?! Atau apakah pada hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr. Suara syaitan sepatutnya bukan dikaitkan dengan hari dan waktu, tetapi dengan isi kandungan!.

Tapi melihat kepada penjelasan dalam Islam QA (http://islamqa.info/en/ref/5000/sing), ditulis :

Some of them use as evidence the hadeeth about the singing of the two young girls, which we have discussed above, but we will quote what Ibn al-Qayyim (may Allaah have mercy on him) said, because it is valuable:


I am amazed that you quote as evidence for allowing listening to sophisticated songs the report which we mentioned about how two young girls who were below the age of puberty sang to a young woman on the day of Eid some verses of Arab poetry about bravery in war and other noble characteristics. How can you compare this to that? What is strange is that this hadeeth is one of the strongest proofs against them. The greatest speaker of the truth [Abu Bakr al-Siddeeq] called them musical instruments of the Shaytaan, and the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) approved of that appellation, but he made an exception in the case of these two young girls who had not yet reached the age of responsibility and the words of whose songs could not corrupt anyone who listened to them. Can this be used as evidence to allow what you do and what you know of listening (to music) which includes (bad) things which are not hidden?! Subhaan Allaah! How people can be led astray! (Madaarij al-Saalikeen, 1/493).

Perkara tentang nyanyian ada juga disebut namun dalam petikan yang pendek dalam blog fiqh-sunnah ketika membincangkan Walimatul Urus : antara yang sunnah dan yang ditokok tambah:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Akan muncul dari umatku beberapa kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamar (minuman keras), dan alat-alat muzik...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)


Di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu menjelaskan dengan tegas bahawa muzik dan nyanyian adalah termasuk perkara yang tidak berguna.


Untuk perbahasan lebih lanjut berkenaan persoalan muzik dan nyanyi-nyanyian ini, dipersilakan merujuk kitab karya Imam Ibnul Qayyim, bertajuk Ighaatsatul Lahfan atau Syaikh al-Albani, bertajuk Tahriim Alath ath-Tharb, dan kitab syaikh al-Albani ini telah ada terjemahannya.



Kesimpulan

Saya harap anda akan mempunyai masa untuk membacanya, dan saya mencadangkan untuk membaca dua link di bawah iaitu :

1. Hukum Nyanyian dan Hiburan (http://drmaza.com/home/?p=1187)
2. Islam QA (http://islamqa.info/en/ref/5000/sing)
3. Bolehkah Wanita Berdakwah dengan Nasyid

Yup, kalau anda jumpa sumber lain juga, silakan baca dan kaji. Kemudian anda sendiri pilih, bagaimana yang semestinya.

edited : hmm. dlm hidup ini, semua orang dipenuhi dosa.

Wednesday, December 21, 2011

Autopsy, bedah mayat



PERHATIAN : Jangan scroll ke bawah atau tengok gambar-gambar ini atau baca post ini jika anda lemah semangat. Atau anda mengandung. Atau anda budak bawah umur. Atau macam-macam lagi.

Intro

Hari ini pergi 'morgue', tempat simpan mayat yang terletak lebih jauh dari kelas Infection di Kirovski. Dari tempat saya, Ploshad Lenin memerlukan masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai di sana dengan menaiki bas. Tempat tersebut terletak di Krasnoarmeiski Raion/Region.

Di bawah ini mungkin ada gambar-gambar yang tak proper juga. Mungkin saya telah pun 'breached' confidentiality sebagai seorang pelajar, saya tak pasti. Yang pastinya nanti, semasa jadi doktor pelatih hospital di Malaysia, sah-sah jika saya buat macam ini saya akan dikenakan tindakan.

Walau bagaimanapun, kalau difikir-fikirkan balik, kalau anda cuba google search image, safe search off dan taip 'cadaver' atau 'autopsy' dalam carian anda, ini jugalah gambar yang akan keluar dalam carian anda.

Namun jika anda menentang keras juga saya letakkan gambar-gambar ini, anda boleh hantar komen anda berupa nasihat yang baik, jika nasihat anda relevan, saya dengan senang hatinya akan men'delete' gambar-gambar tersebut.

Ok saya tarik balik keputusan saya untuk upload gambar-gambar tertentu yang menunjukkan muka dan tubuh badan mayat sepenuhnya, samada lelaki dan perempuan. Jadi gambar-gambar yang saya akan upload di bawah tidak akan didelete sama sekali.

Krasnoarmeiski Raion (area berhampiran kilang)

lalu di celah-celah kawasan perumahan

akan cuba cari maksudnya kemudian




pegang jantung

jantung




otak 

Cikgu kata bagi orang yang sudah tua, memang akan kita jumpa selaput yang agak keputihan pada otak, celah-celahan otak (sulcus, gyrus). Dan kalau seseorang itu alcoholic, keseluruhan otak akan ada selaput itu. Warna biru yang jelas kelihatan menunjukkan patient mempunyai high intracranial pressure.

bahagian dalam jantung





Perkara Menarik dan Kesan terhadap Hidup seorang Pelajar

Antara benda yang paling signifikan adalah bau mayat. Pada pendapat saya, mayat yang dibedah hari ini adalah mayat biasa, bukannya mayat yang dah seminggu terbiar, (kemudian baru orang sedar) yang pastinya memiliki bau yang tersangat busuk. Namun bau mayat biasa ini sudah cukup untuk bertahan hingga ke petang dan terasa di tekak.

Bercerita tentang kesan. Ianya membuatkan kita terfikir, jasad yang tidak bernyawa yang berada di atas meja itu sebenarnya adalah jasad bernyawa, mungkin jika tidak beberapa jam lepas pun, mungkin 1-2 hari lepas. (ok nice, esok saya tanya cikgu dah berapa lama mayat tu ada). Adakah kita perasan tentang hal ini?

Saya tak rasa pelajar-pelajar yang ikut serta tengok autopsy itu terlalu fikir sangat tentang mayat itu, termasuklah saya. Balik rumah budak-budak ni dah start main game, main gitar ke, buka video ceramah agama, baiki paip yang tersumbat di bilik air, hidupkan sistem pemanas air dalam bilik air atau mungkin juga menjalankan tugas memasak pada petang itu.

Saya rasa mungkin sebab kita tak merasakan ada kaitan dengan mayat itu, kita tak kenal, jadi kita tak rasa apa-apa sangat. Macam mana kalau mayat yang kita bedah tadi itu adalah orang-orang yang kita kenal? Mungkin kita tak dapat tidur seminggu.

Apa yang boleh saya katakan di sini adalah, apabila menjadi doktor nanti, semua doktor akan mengalami kematian seorang pesakit yang dia sendiri rawat. Jika doktor tersebut boleh cakap yang dia tak rasa apa-apa, saya boleh cakap yang doktor tersebut memang nak tak nak agaknya rawat pesakit tersebut. Berlagak poyo je lebih. Dia mungkin rasa dirinya macho dan hebat, namun bagi saya itu adalah perkara yang memalukan sebab dia tidak mempunyai empati.

Tapi mungkin lain halnya dengan doktor yang berada di bahagian kecemasan. Setiap hari patient yang tunggu mati je masuk, lepas dah buat segala benda, pam jantung ke, cucuk sana cucuk sini....mati di hadapannya, mungkin memang betullah doktor tersebut akan lali dengan kematian.

Monday, December 19, 2011

Cycle Forensik. Derma Organ.



Untuk hari ini, bermulalah cycle baru iaitu cycle forensik. Saya tidak tahu apa itu cycle sehinggalah saya merasainya bermula tahun keempat pengajian. Senang cerita, perbezaan cycle dengan jadual kelas 1st-3rd year adalah anda hanya belajar satu subjek sahaja setiap hari untuk satu tempoh tertentu. Tak perlu lagi belajar 3-4 subjek sehari untuk setiap hari dengan 3-4 orang cikgu.

Ini adalah cycle terakhir sebelum habis sem untuk tahun ini. Setelah penat lelah seminggu dengan Cikgu 'Armenian' untuk cycle infection yang berfokuskan pada differential diagnosis, sekarang masa untuk berasa lega. Mana tak penat lelahnya? 3hari terakhir cycle tersebut, elok-elok sebelum ni 5tahun belajar medik tak pernah buat study group yang proper, 3hari tersebut kami mula membuat study group. Tak adalah study group sangat, cuma nak kurangkan kerja membuat nota sahaja. Apa-apa pun, cycle tersebut sudah tamat.

Dikatakan cycle forensik adalah cycle paling rileks untuk sem ini, siap ada yang tak datang lagi a.k.a tuang kelas. Namun ada juga group yang didenda kerana berita perbuatan mereka ponteng sampai ke pihak atasan.

Ini baru hari pertama. Cikgu comel, dan saya look forward untuk belajar forensik dengan dia. Lol niat dah salah. Cikgu tu dah agak berumur lagipun. Hari pertama, dia menunjukkan gambar-gambar ngeri kemalangan kereta dan juga video bagaimana autopsy (bedah mayat) dibuat di Rusia.




Di bawah adalah gambar-gambar carian google yang lebih kurang sama ngerinya dengan gambar yang ditunjukkan kepada kami.





Maaflah letak gambar 18SG di sini. Tapi memang gambar-gambar macam inilah yang ditunjukkan kepada kami. Mungkin ada antara kita yang dah biasa tengok filem-filem ganas dan ngeri seperti Final Destination, Saw, Hostel, Texas Chainsaw Massacre dan sebagainya; tapi itu hanyalah filem. Kita hanya menghadap skrin. Kita tak bau, kita tak sentuh, kita tak rasakan aura sebenar situasi-situasi tersebut. Nak-nak pulak kalau kita tengok cerita tersebut beramai-ramai di siang hari.

Mengikut cerita cikgu, kalau tak silap saya gambar-gambar kemalangan yang ditunjukkan itu berlaku di jalan yang memang kami biasa gunakan pergi kelas. Siapa boleh sangka, jalan yang pada waktu siangnya itu sibuk pada malamnya boleh jadi kubur buat beberapa orang. Tambahan pula, Volgograd adalah bandar yang agak kampung, bukannya betul-betul bandar macam KL atau Moscow pun.


Derma Organ.

Sedang kami melihat video autopsy itu, topik derma organ tiba-tiba muncul.

"Orang Cina ramai yang mendaftar jadi penderma organ", kata seorang rakan berbangsa Cina.
"U pun daftar la", sampuk seorang lagi.
"Uish, I tak tahu lagi nak daftar atau tak...." balas rakan itu kembali.

Saya pun ada juga tambah, "Eh, bagus la derma organ..dapat pahala kot! Selagi orang yang kau derma tu masih hidup, buat benda baik..."
Tapi dicelah oleh rakan lain pula, "Kalau tak silap aku, aku ada jugak baca pasal benda ni dari sudt pandangan islam. Aku lebih ikut pendapat yang kata tak boleh derma organ..."

Hmm. Kena tengok balik ni. Kalau sah-sah tak boleh, disebabkan dalil-dalil yang kukuh, tak apalah, lupakan sahaja lah niat baik itu. Banyak lagi benda baik lain yang boleh dibuat.

Jadi saya pun google. Ada DUA pendapat dalam hal ini, BOLEH dan TIDAK BOLEH. Terus klik satu link pertama dan jawapan yang saya dapat ialah, TIDAK BOLEH.

1. Link yang mengatakan tidak boleh adalah ini - Hukum Derma Organ

Antara hujah yang digunakan adalah,

Hukum pemindahan organ bagi penderma yang telah mati. Hukum pendermaan organ bagi penderma yang telah mati adalah haram sama sekali. Ini adalah kerana, tubuh si mati bukanlah hak dirinya lagi ataupun warisnya, melainkan haknya kembali kepada Allah. Oleh itu, adalah haram untuk melakukan pewarisan mana-mana organ untuk didermakan setelah meninggal. Selain itu, Islam telah mewajibkan penghormatan terhadap mayat dan mengharamkan penganiayaan terhadapnya, di mana dosanya sama seperti menganiaya orang yang masih hidup. Daripada A’isyah RA, Rasulullah telah bersabda:

“Memecahkan tulang mayat itu adalah sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].


2. Pendapat yang mengatakan BOLEH. Saya mencari lagi dan kemudian jumpa link-link lain yang berkaitan. Diingatkan bahawa, saya menggunakan perkataan BOLEH dan TIDAK BOLEH adalah untuk memudahkan keadaan walaupun penggunaannya agak tidak tepat.

Link-link yang berkaitan adalah :
http://islamqa.info/en/ref/107690
http://islamqa.info/en/ref/49711
Ustaz Zaharuddin
PDF Penjelasan MUIS berkaitan Derma Organ

Hampir kesemua link-link itu kandungannya adalah sama antara satu sama lain, boleh dianggap selaras. Maka untuk mudahkan cerita saya akan terus petik tulisan Ustaz Zaharuddin sebab ianya Bahasa Melayu. Kalau hendak baca bahasa Inggeris, boleh tekan link islamqa, dan juga pdf MUIS tersebut (ada versi English juga di dalamnya).

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.


b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.


c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.


d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM


e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.


f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.


g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.


h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.



Persoalan-persoalan yang timbul

1. Mana sumbernya? Main ikut sedap mulut je...
Isu derma organ adalah isu baru atau kontemporari. Namun begitu, pendapat-pendapat yang membolehkan ini telah dikeluarkan oleh pelbagai Majlis Fatwa seperti Majma’ Al-Fiqh Al-Islami, Majlis Tertinggi Ulama di Riyadh, Fatwa Mufti Mesir, Dr Muhammad Syed Tantawi, Majlis Fatwa Kuwait, Fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, Malaysia dan lain-lain lagi.

2. Ditulis di situ bahawa organ yang dibolehkan derma adalah yang jika kita derma akan dapat menyelamatkan hidup pesakit, seperti jantung. Bermakna mendermakan kornea (mata) adalah tidak boleh?
Kalau kita lihat balik ulasan di website UZAR, dinyatakan bahawa HARAM untuk penderma yang masih hidup mendermakan dua-dua belah mata. Namun terdapat perselisihan bagi pendermaan sebelah mata sahaja. Itu bagi yang masih hidup. Kalau yang masih hidup pun, masih ada ruang untuk berselisih pendapat mendermakan sebelah mata, pada pendapat saya (baca : PENDAPAT SAYA SEMATA-MATA), apalah salahnya jika si mati ingin mendermakan matanya kepada orang lain.

Tolong perbetulkan saya jika saya salah. Saya rasa bahannya terlalu banyak sehinggakan saya tidak dapat mencari sumbernya yang tepat, namun ini adalah apa yang saya faham daripada pembacaan tersebut.

3. Bolehkah menderma kepada orang bukan islam?
Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai umat islam tidak mendaftar menjadi seorang penderma. Berdasarkan pembacaan saya, ianya dibolehkan. Saya petik satu bahagian dari buku keluaran MUIS itu:

Rasulullah S.A.W. diutuskan kepada alam semesta sebagai rahmatan lil
aalamin, rahmat bagi seluruh alam, kepada semua umat manusia, samada
yang beragama Islam, atau bukan Islam. Islam mengajar umatnya berbuat
baik dan bersifat ihsan kepada semua makhluk ciptaan Tuhan, apatah
lagi kepada manusia yang memerlukan bantuan. Ini termasuk bantuan
yang boleh diberikan kepada orang yang bukan Islam yang hidup damai
dan sejahtera dengan umat Islam.

Jadinya Boleh. Namun ada pula yang kata, kalau kita bagi organ kepada orang bukan islam, kita juga perlu tanggung dosanya. Pernyataan ini adalah tidak valid sama sekali. Ini juga diulas dalam buku MUIS itu. Niat kita adalah untuk membantu orang yang di dalam kesusahan, dan urusan agama seseorang itu adalah urusannya dengan Tuhannya.

Saya petik :

Tanggapan bahawa seseorang yang telah menderma organnya akan
dianggap sebagai bersubahat dan menanggung dosa apabila didapati
bahawa penerima organnya melibatkan diri dalam perkara yang dilarang
Islam adalah tidak benar. Jika penerima organ membawa kemudaratan
kepada diri sendiri hingga menyebabkan kerosakan organ yang diterima,
atau secara umunya melakukan perkara-perkara yang dilarang Islam,
dosanya akan ditanggung sendiri tanpa melibatkan mereka yang telah
mendermakan organ kepadanya.


Allah S.W.T telah berfirman:
Maksudnya: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap
seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan
seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang
lain (bahkan dosa usahanya sahaja).”
 Al-An’am, ayat 16

Masih ingatkah kita dengan kisah nabi Muhammad berdakwah di Taif? Namun begitu masyarakat di sana tidak menerimanya malah mencederakan Nabi, hinggakan darah Nabi mengalir dan bergenang dalam kasut baginda. Malaikat menawarkan untuk menindihkan Taif dengan dua gunung namun Nabi menolaknya, bahkan berharap agar dari mereka akan lahir keturunan yang memeluk agama Islam.

Kisah penuh boleh dilihat di video ini :



Doa Nabi Muhammad (saw) yang merupakan doa yang sangat menarik dalam seluruh sirah Nabi :


"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah kepada siapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkam aku ataukah kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan-Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku azab-Mu kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya upaya melainkan dengan Engkau"

p.s : Saya yakin kisah di atas adaalh kisah yang sahih. Sheikh Yasir Qadhi was born in Houston, Texas and completed his primary and secondary education in Jeddah, Saudi Arabia. He graduated with a B.Sc. in Chemical Engineering from the University of Houston, after which he was accepted as a student at the Islamic University of Madinah. After completing a diploma in Arabic, he graduated with a B.A. from the College of Hadith and Islamic Sciences. Thereafter, he completed a M.A. in Islamic Theology from the College of Dawah.

Friday, December 16, 2011

Letting it Go dan Rahsia Ruh



Saya ada baca tentang artikel SuhaibWebb yang kalau tak silap saya Imam Suhaib Webb ni isterinya orang malaysia, dan dalam satu talk dia, dia boleh selitkan lagi kisah roti canai dengan kedai mamak.

Namun kehadiran artikel itu sedikit sebanyak menambah atau jika tidak menambah pun mengingatkan saya tentang perkara yang perlu saya utamakan balik dalam hidup ini.

Saya akan petik.

Letting Go
http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/character/letting-go/


‎"Letting go does not mean giving up or justifying wrongs. It means you are willing to continue the race with all the lessons learned, without carrying the emotional load with you." - @Muslema Purmul


" the nafs wants us to hold on dearly to all the emotions that can make us a slave to it. Letting go is about freeing our souls so we can run to Allah (swt), feeling secure, loved, and in control in the presence of al-Mawlaa, al-Wadud, and al-Qaadir. May Allah (swt) allow us to let go of that which slows us down in the race to Him, and may He make us of the strong believers."

Wednesday, December 14, 2011

Love and Hate

Makin banyak yang kita tahu, pandangan atau perasaan kita akan berubah.

Semakin suka, ataupun semakin benci.

Bila suka, rasa berdebar-debar. Rasa kebergantungan. Tak senang duduk. Salah tingkah sentiasa.

Bila benci, harap tak dengar langsung apa-apa berkaitan hal itu. Sebut sahaja apa-apa yang berkaitan, telinga terasa panas.

Tapi apalah beza suka dan benci itu, dengan bezanya langit dan bumi, bezanya air dan api, siang dan malam, jauh dekat,cantik hodoh, panas sejuk.

Sebab langit dan bumi hanyalah jasad samawi.
Sebab air dan api hanyalah elemen.
Siang malam hanyalah waktu.
Jauh dekat hanyalah jarak.
Cantik hodoh hanyalah rupa paras.
Panas sejuk adalah suhu.

Dan suka serta benci hanyalah perasaan.



Wabak Global. Panic. Fear and Greed.



"Buy when there's blood in the streets, even if the blood is your own."
-Baron Rothschild


Tengok movie "Contagion" dan baca satu blog orang cerita pasal krisis ekonomi yang bakal berlaku hari ini. Setelah difikir-fikirkan, kedua-duanya membawa tema yang sama, kedua-duanya berkait rapat dengan emosi dan 'behaviour' manusia.

Saturday, December 10, 2011

Senarai Kuih Muih di Malaysia


Alang-alang tak ada kerja, jadi eloklah mengisi masa lapang dengan mengenali kuih-kuih tradisional, kuih muih tempatan ataupun ada kuih muih melayu. Di sini saya akan sertakan gambar sekali bagi memudahkan kita ingat dan kenal dengan pasti.

Sebenarnya masih berlambak kuih di luar sana yang masih belum kita cuba, namun biarlah kita bermula dengan kuih yang biasa kita makan ataupun kita suka. Kita adalah apa yang kita makan, maka, haruslah kita tahu apa yang kita makan.

Kuih Cara

Monday, December 5, 2011

Dien Athlichniki


Saya rasa semua orang ada masalah ini. Ada sesuatu perkara, benda atau seseorang dalam hidup anda, apabila anda teringat atau terlihatnya, atau mungkin tersentuhnya.....akan 'trigger' satu perasaan sakit dari sudut hati yang paling dalam. Luka yang tak terubat.

(kata-kata di atas tak ada kaitan dengan tajuk post ini)

***********************************************************************************************

Petang Khamis, satu rumah tak ada air. Lepas tu kecoh nak makan mana, macam mana nak masak dan sebagainya. Ada yang mencadangkan supaya call Restoran halal "Caihana", tapi akhirnya tak ada orang pun nak call. Nak cuba cari nombor pun tak mampu. Ah, serabut betul. Setiap kali nak tempah makanan luar, mesti tak jadi.
Apa susah beb, google je boleh dapat la. Saya google, jumpa banyak restoran - Yakitoria, Frant Ell, Rusters, dan Zhar Pizza. Decide Zhar Pizza dan kami pun tempah 2 papan pizza dan kentang goreng.

Sunday, December 4, 2011

Ironi

Kadang-kadang kita nak sangat sesuatu tapi ia bertentangan dengan apa yang kita percaya atau pegang, maka kita perlu lupakannya.

Tapi dalam masa yang sama, kita juga ada membuat kesalahan-kesalahan yang bertentangan dengan peraturan-peraturan kita pegang ataupun percayakan.

Ianya ironi. Jadi, adakah kita perlu memilih untuk tidak hiraukan lagi peraturan-peraturan, kepercayaan yang kita pegang setelah membuat kajian terperinci LALU mengikut kehendak-kehendak kita yang tak mampu terhindar dari berbuat kesalahan itu?

"Cukuplah aku dengan kesalahan-kesalahan ini. Dan aku tidak bercadang untuk menambah lagi kesalahan yang sedia ada. Aku juga pasti lebih senang seandainya suatu masa nanti aku langsung tak mempunyai kesalahan, walaupun ini mungkin hanyalah harapan".