javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, July 23, 2010

Perlindungan dan Manusia

Saat iman kita terasa kuat, lalu kita tinggalkan dunia, maka kita yakin Allah adalah pelindung kita.
Saat iman kita terasa lemah, samada kita tinggalkan dunia atau mmg tk mampu mencapainya, kita jadikan perbuatan jahat dan dosa-dosa silam sebagai perlindungan....kita jadikan dosa-dosa sbg alasan kita tak mampu memperolehi dunia.
Sebab kita tak mahu jiwa kita terluka, dan dengan itu kita akan berpuas hati dengan segala apa yang berlaku dan kita tak akan menyesal. Kita yakin terhadap balasan. Setiap sesuatu ada balasan.

Maka bilalah kita akan menghadapi segala masalah dengan berani?
maka bilakah akan tiba masanya kita akan menyesal, mengakui kesilapan dan belajar dari kesilapan?

Bagaimanakah perlindungan itu boleh berbeza mengikut kesesuaian diri sendiri...bukankah sang pelindung tak sepatutnya berubah?

Mungkin sang pelindung dalam kedua-dua situasi masih sama, dan tak pernah berubah. Yakin dan bersalah...tapi masih percaya. Huhuh. Kebiadaban manusia mengkagumkan dan mempersona akal fikiran.





Bercerita tentang manusia...ada manusia yang mampu buat anda marah, sedih dan kadang-kadang tersenyum sepanjang hari.

Syukur buat Tuhan! Terima kasih manusia!

Tuesday, July 20, 2010

Kata Selembar Kertas Seputih Salju ~ Khalil Gibran





Kata selembar kertas seputih salju,”Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh sesuatu yang kotor.”

Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani mendekatinya. Pensil-pensil beraneka warna pun mendengarnya, dan mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya -suci dan murni- dan kosong.

~ Khalil Gibran



Sekarang masa untuk memberi pendapat. Orang putih panggil insight. Kalau beri pendapat untuk novel orang biasa panggil bedah buku. Setakat bincang pasal buku pun nak panggil bedah, saya dah bosan tengok orang bedah-bedah orang sampai keluar usus segala. (Ayat poyo)

Saya adalah tinta botol. Saya harap kawan-kawan saya adalah pensil-pensil beraneka warna. Semoga kita tak akan berjumpa langsung dalam hidup kita orang yang seperti kertas putih tersebut.

Tapi mungkin ada orang yang betul-betul baik. Mungkin ujub tak ada tempat dalam hati mereka. Atau saya hanya membesar-besarkan cerita. Saya baru sahaja terlintas satu blog, rasanya sebaya dengan saya dan mengkaji sejarah. Saya dapat rasakan yang beliau seorang intelektual yang gempak. Ciri-ciri intelektual? Ada kaitan juga la dengan sumber dan plagiarism...tapi bukan di sini saya akan cerita. Tak tahu nak cerita atau tidak. Dari tulisannya saya merasakan beliau memang seorang muslimah solehah, tapi still dia masih cakap, "Perhubungan : "Biarlah segala-galanya digaris dengan cinta dan keredhaan-NYA". Future husband ? , I'll just can say "Be Solehah first before you wanna find a Soleh husband."

Dia tak cakap orang lain nak menceduk hasil tarbiyah dia ke apa. Haish, kalau macam dia pun masih belum solehah, nampaknya saya memang tinta hitam. Memang tinta botol yang hitam. By the way tinta itu maksudnya dakwat.

Sunday, July 18, 2010

Perempuan cantik dan perpaduan.

Sekiranya segala aspek dalam hidup gagal, saya merasakan perkara paling akhir yang tinggal
adalah perpaduan. Saya percayakan perpaduan. Sekiranya seseorang itu kehabisan ikhtiar, saya harap perpaduan, atau persaudaraan masih ada untuk jadi jalan menuju ke destinasi.

Ketuhanan dan kemanusiaan. Semua manusia harus tunduk pada Tuhan, mengabdi kepada-Nya. Kemanusiaan dan perpaduan berkait rapat. Maka, perpaduan berkait rapat dengan pengabdian kepada Tuhan.

Memang kalau satu dunia tidak tunduk kepada Tuhan, maka kita tidak harus turut serta. Namun peraturan Tuhan, pembinaan empayar adalah melalui perpaduan, nabi dibangkitakan di bawah perlindungan kaumnya dan macam-macam lagi.

Sekali lagi, saya sangat sukakan perpaduan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Dan ini cerita yang saya dengar daripada seorang rakan saya.

"Petang tadi saya diajak pergi makan sushi. Sebelum itu kena pergi jogging. Suruh datang awal, saya lambat. Suruh jogging, saya jalan kaki. Saya memang mempunyai masalah mengikut peraturan. Seorang penjenayah.

Nak dijadikan cerita, orang kata perempuan di sini memang cantik. Menurut pemerhatian saya, kebanyakan yang saya temui hanyalah makcik-makcik yang pendek dan gemuk. Secara teorinya, majoriti perempuan di sini akan jadi seperti mereka beberapa tahun akan datang. Namun perempuan cantik masih ada. Tak ditemui waktu siang, tapi mungkin boleh jumpa di restoran mahal seperti sushi pada hujung minggu (sushi mahal cam haram) ataupun pada waktu malam. Siang untuk makcik-makcik, malam untuk anak-anak muda. Punyalah pelik.

Cantik menurut takrifan saya (setelah dipengaruhi oleh Barat dan negara-negara Asia Timur seperti Jepun, Korea dan China) adalah muka cantik, kulit licin dan putih, rambut lurus, kurus dan ramping, dan sederhana tinggi. Di Malaysia nak jumpa perempuan cantik boleh kata susah, kalau cantik biasanya memang samada jadi pelakon, artis, model atau pengacara tv. Habis cerita.
Tapi di Malaysia juga ada perempuan yang beragama islam. Muslimah. Mereka pakai tudung. Mereka jaga kelakuan mereka. Mereka jaga pergaulan. Mereka mungkin tak cantik, tapi mereka tahu apa akidah dan kepercayaan mereka. Mereka faham konsep harga diri dan maruah, sopan santun dan sifat malu yang sebenar.

Sekalipun penghargaan tidak diberikan untuk kecantikan mereka tapi penghormatan adalah selayaknya untuk mereka. Jika diselak kembali buku sejarah, even masyarakat bukan muslim yang hidup di bawah naungan empayar islam pun ada yang turut memakai tudung. Sebab apa? Sebab kagum dengan penghormatan yang diberikan kepada muslimah-muslimah. Jadi nak cakap kat lelaki-lelaki kat luar sana, kalau buka topik perempuan yang mana cantik, tak payah cerita la, sampai bila pun tak habis :- masing-masing dengan takrifan sendiri, tapi janganlah lupa untuk guna otak dan berikan penghormatan yang sewajarnya kepada muslimah-muslimah. Dan anda pun pastinya bersetuju bukan yang merekalah 'wife material' yang sebenar, bukan perempuan cantik macam model iklan yang kadang-kadang kita terjumpa, atau tak pernah terjumpa pun seumur hidup kita.

Kemudian teruskan hidup masing-masing. Lelaki yang suka cuci mata survey permpuan cantik tak usah bermimpi nak dapat 'wife material' melainkan dia kena bersihkan diri dia dahulu. Dan perempuan yang dahlah tak cantik, karakteristik muslimah pun fail, lagilah tak tahu nak cakap apa. Pandai-pandailah. "

jadi pengajaran yang saya dapat dari cerita kawan saya di atas dan untuk kena tajuk artikel picisan ini - perempuan cantik boleh jadi simbol perpaduan, tetapi perpaduan tersebut takkan bertahan lama.

Friday, July 16, 2010

Semoga

Semoga datang sesuatu yang mampu buat saya terpukul
dan bangun balik.

Oh, terasa seperti orang bodoh yang tertipu pula sebab
hanya menunggu tanpa berusaha.

Maaf, saya sudah terlalu keras untuk berfikir apa-apa.
Nampak seperti jumud, tetapi seperti tiada apa pun yang saya jumudkan.

Dan saat ini saya berfikir, mungkin sekiranya tiba-tiba dunia saya berubah 180 darjah, maka saya akan mula melihat dari sudut yang baru, dan penghidupan yang baru.
Tapi mampukah saya untuk menerima atau menghadapi dugaan sebegitu?

Berapa banyak benda-benda yang tak dapat dibayangkan berlaku dalam kehidupan sendiri ada di sekeliling....jadi gila, kena kanser, kebuluran, hilang tangan.
Rupa-rupanya benda-benda tersebut untuk direnungkan sesaat dua saat. Selepas itu boleh kembali kepada kehidupan biasa. Begitulah. Kehidupan sebuah robot.