javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, July 10, 2011

Munajat

Sedang mencari hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku.
Hati tak tenang.
Mungkin disebabkan dosa-dosa yang menghitamkan hati,
hati jadi gelisah tak tentu hala.
Munajat kepada Tuhan tidak sekhusyuk mana pun.
Ujian yang berlaku, harap mematangkan kita.
Ujian, seperti juga perbandingan-perbandingan di dalam Al-Quran,
adalah cubaan. Dengan cubaan itu ada orang akan disesatkan, akan ada juga orang bertambah iman mereka.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang makin bertambah iman mereka.




Susah sangat ke nak hidup?
Dunia memang kompleks, tapi keimanan tak sepatutnya kompleks.

Kurniakanlah hati yang lembut, yang pasrah, yang tunduk kepada Tuhan.
Yang mencintai Tuhan. Yang tak akan sekali-kali berlaku lantang di hadapan Tuhan.

Negeri abadi itu adalah kerajaan yang luas. Keinginan-keinginan akan terpenuhi.
Persoalan-persoalan akan terjawab. Mata tidak akan salah memandang lagi, hati tidak akan resah lagi.
Di sisi Tuhan kemuliaan dan kekuatan. Di sisi Tuhan perbendaharaan yang sangat luas.
Tuhan mengetahui segala yang ghaib, hakikat dan tujuan penciptaan benda-benda.
Yang berkehendak, memilih siapakah yang beroleh hidayah dan siapa pun yang tidak.
Pencipta yang menciptakan syurga, juga menciptakan neraka.

Dibangkitkan untuk manusia seorang rasul, manusia sempurna yang dikasihi.
Mengajarkan kepada kita tentang Al-Quran, membersihkan kita, mengajar kita bagaimana untuk hidup.

Haruslah kita mensyukuri segala-galanya.
Nikmat iman, nikmat islam. Nikmat hidup, keluarga, rezeki.
Nikmat keamanan.
Nikmat pengetahuan.
.......kita tidak mampu senaraikan segala nikmat yang ada.

Manusia pelupa, lemah, tamak.
Namun ketaksempurnaan manusia juga adalah sebahagian daripada penciptaan manusia yang sebaik-baik kejadian.
Mungkin dengan kelemahan, manusia akan kembali menghadap Tuhan.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Kami tak nampak, tak percaya diri.
Dan boleh jadi apa yang kami pegang adalah bayangan semata-mata.

Semoga sentiasa cool, walaupun hati bergelojak. Inilah saatnya, untuk rasa nikmat tenang di saat sekeliling menjadi kacau.

Saturday, July 9, 2011

Keamanan

Ini hanyalah entri yang bersinambungkan entri sebelum ini, iaitu kekacauan.

Saya baru sahaja selepas menonton satu (dua sebenarnya) video di youtube, dan saya sangat gembira.
Pasal perbincangan ilmiah.

Ini video dia.





Respek.
Saya memang respek.
Saya suka semua orang dalam video ni, Ustaz Fadhlan, Xifunassir, Dr. Asri, even interrogators pun. Penganjur, juga Brother Hafiz Firdaus. Dan kalau tak silap saya nampak Anam budak czech, entahlah, mungkin saya salah nampak. Saya juga rasa macam nampak Kak Ayu juga.

Saya dengan ini memang mencuci tanganlah dengan perselisihan pendapat.
Saya rasa kalaulah dalam dunia ini semua orang yang berselisih pendapat, kemudian berbincang seperti mereka di atas, dengan menggunakan dalil-dalil yang ada, perah otak apa semua....insyaAllah dunia ini akan aman.

BERSIH ada betulnya, BERSIH juga ada salahnya. Terpulang pada kemampuan analitikal setiap individu.
Jujur saya katakan, pendapat saya sedikit berubah dan tak sama macam yang sebelum ini, tapi saya tak nak tulis perkara yang saya pegang. Huhuh. Sebab pendapat saya tak penting, kalau anda hendak memiliki pendapat, anda cari sendiri, rujuk pada sumber yang betul. Tengok video di atas, buat kesimpulan sendiri. Senang je. ^^

Thursday, July 7, 2011

Kekacauan

Bersih

Jika anda adalah orang saya pernah bagi link-link BERSIH yang serupa macam kat segmen Bersih ini, ketahuilah bahawa saya tak tujukan segmen ini untuk anda. Segmen ini adalah untuk orang-orang yang saya kenal dan mereka tidak tahu. Dan bila saya cakap anda, ertinya awak. Sebab saya pernah bagi link2 di bawah kat anda seorang sahaja.

Ok, first thing first. Saya tak biasa bercakap soal politik di khalayak ramai, dan kalau ikutkan saya tak hendak pun masukkan entri-entri tentang UMNO, PAS, PKR atau DAP dalam blog saya.

Tidak semua orang boleh berfikir, dan tidak semua orang  have what it takes to be a leader



Tapi kali ini, saya rasa saya perlu menulis. Sebab mungkin ada yang tak tahu, jadi di sini saya nak beritahu. Saya tahu pun sebab ada kawan saya beritahu, kalau tidak, saya sampai bila-bila pun tak tahu juga.


Saya bagi link untuk anda baca. Pencari ilmu, pencari kebenaran tolonglah klik. Yang tak nak tahu, malas nak ambil tahu, nak je saya maki kenapa tak nak ambil tahu...tapi mana boleh kita maki-maki orang kan, jadi lu pikirlah sendiri...huhuhu.

http://ibnabiashim89.blogspot.com/search/label/Khawarij
http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/06/polemik-demonstrasi-racun-yang-disangka.html
http://mashoori.wordpress.com/2011/05/10/demonstrasi-dan-akidah/

Antara point-point penting SEBELUM dan SESUDAH anda baca link di atas :

- Sebagai orang islam, perintah Allah, perintah Rasul adalah sesuatu yang wajib kita laksanakan. Larangan Allah dan Rasul adalah sesuatu yang wajib kita tinggalkan. Janganlah kita cuba menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.

- Kita umat islam. Kita pegang Al-Quran dan hadis. Kalau kita masih tak kenal ayat Al-Quran tu macam mana, hadis tu macam mana, kita kena belajar balik. Dalami ilmu.

- Kita bukan ulama. Dan janganlah kita cuba mengeluarkan pendapat sendiri, mentafsir hadis dan ayat Al-Quran sesuka hati. Apa yang jelas, jelas. Kalau tak disebut dengan jelas dalam Al-Quran dan hadis, baharulah ada ruang untuk khilaf.

- Memang kita manusia yang selalu buat silap. Larangan kita langgar, perintah kita abaikan. Tapi JANGAN SEKALI-KALI kita memberikan alasan-alasan semata-mata untuk membolehkan atau memberikan justifikasi terhadap perbuatan salah kita. Seperti menolak hukum hudud misalnya, mengatakan hukum hudud hanya untuk zaman Nabi adalah bertentangan dengan ajaran islam yang sebenar. Seperti juga soal solat. Allah suruh kita solat, Nabi tunjuk macam mana nak solat, kita ikut je kan? Kita tak kata zaman dulu tak sibuk macam sekarang, jadi tak payah solat. JANGAN. Benda tersebut boleh mengeluarkan kita daripada agama islam.

- Langkah pertama untuk kita memperbaiki kesalahan kita, adalah menyedari kesalahan kita. Selama kita mencari-cari alasan dan tidak mengakui kesalahan kita, maka selamanya kita tidak akan pernah berubah. Sebab kita percaya kita betul. Kita degil, kita keras kepala. Makanya sila berusaha bezakan yang benar dan yang salah. Dan akui kesilapan kita. Sebab mengakui kesalahan adalah pintu pertama dalam nak memperbaiki diri sendiri.


Benda selain bersih

Apa benda selain bersih? Banyak lagi nak cerita.

Tentang musim panas yang membakar kita. Membakar segala-galanya - kesabaran kita, keimanan kita.
Shamelessness. Dan juga distorted definition of real beauty. Semoga Allah membantu kita untuk nampak kepalsuan benda-benda.

Kita akan diuji dan diuji. Dilatih. Tapi kita mesti redha dengan ujian, jika tidak Allah akan murka. Suatu masa nanti, dengan izin Tuhan, kita akan sampai pada tahap ujian yang sebelum ini kita tak expect pun kita boleh lepas. Dah tentu, semuanya dengan pertolongan Allah. Allah, Tuhan yang Memiliki Keagungan, Sebaik-baik Pengurus. Yang Maha Sabar. Yang Lemah Lembut. Yang Pengampun.



Kepada-Nya kita adukan sesalan kita.
Kepada-Nya kita ajukan permintaan dan permohonan, kita adukan kelemahan-kelemahan kita.
Kita miskin, sedangkan Dia Tuhan Yang Maha Kaya.
Kita sakit, sedangkan Dia Tuhan Yang Maha Kuat, Tuhan Yang Memiliki Kerajaan langit dan bumi.
Kita tak punya apa-apa, Tuhan punyai segalanya.
maka bertawakkallah kita kepada-Nya, dan cukuplah Allah bagi kita.

Setiap kali solat kita memujinya, Tuhan Sekalian Alam. Lord of The Worlds. Kita memohon daripada-Nya akan keinginan-keinginan kita, harapan-harapan kita. Kita minta ditunjuki jalan yang lurus. Kita pohon petunjuk, kita pohon pertolongan daripada-Nya.

Kemudian, bersangka baiklah dengan Allah. Allah tidak akan mensia-siakan permohonan hamba-Nya.

Sakit

Kalau kawan kita sakit, keluarga, jiran tetangga ke atau tak kisahlah sesiapa pun yang termasuk dalam orang-orang yang kita sayangi, maka doakanlah mereka dengan doa ini


Boleh juga rujuk link ini : http://abdurrahman.org/seerah/riyad/06/chap145.htm

Jika kita sakit, semoga Allah membersihkan dosa-dosa kita.


Kitab Cinta

Kitab Cinta memang best. Anda boleh pergi ke blog ini untuk membaca penuh puisi yang ada dibacakan dalam drama tersebut.

http://norashikinrahmat.blogspot.com/2011/06/puisi-cinta-seorang-gembala-rindu.html

Kat sini saya hanya petik beberapa sahaja, iaitu :

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku namun saat ini, kau juga adalah penyakitku.




Maka, biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita.
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, menghadap dan bersujud.
Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya.
Dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati,
kerana cinta buatNya akan kekal abadi.


Salam dari Gembala Rindu, Wali.

~~Dari Kitab Cinta.