Pada pendapat saya, idea menubuhkan program permata pintar adalah sesuatu yang menarik. Saya tidak pasti sama ada ini agenda untuk menjadikan Malaysia sebuah yang digeruni musuh ataupun tidak, tapi ini adalah idea yang jika dilaksanakan dengan baik akan membawa banyak kebaikan kepada Malaysia.
Idea ini bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini pun, pada zaman tamadun islam sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah, suatu pelan khas telah dilaksanakan. Diambilnya beberapa orang kanak-kanak terpilih termasuklah kanak-kanak beragama Kristian (walaupun pemerintahan ketika itu adalah berpayungkan islam) untuk dilatih dan mereka sangat rapat dengan khalifah ketika itu.
Mereka diajar pelbagai perkara, dan setelah itu mereka sama ada akan diserapkan ke dalam Janissari ( tentera elit) ataupun untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan.
Mereka yang terlatih dengan betul dan didik dengan baik akan mampu membawa kemajuan dan keamanan kepada rakyat.
Justeru, saya amat berharap program permata pintar akan melahirkan genius-genius yang holistik, dalam erti kata lain tidak melupakan kekuatan kerohanian dan nilai moral di samping memiliki kepintaran yang mengkagumkan.
Antara kata-kata yang ingin saya petik :
"Saya lihat kanak-kanak yang menyertai program ini telah menunjukkan kebolehan memberangsangkan termasuk tahu memecah kod rahsia dan saya yakin mereka boleh menjadi saintis yang bekerja dalam perisikan tentera."
"Terdapat di kalangan mereka yang sudah tahu bagaimana hendak mereka bentuk 'roller coaster' robot dan juga mengkaji bagaimana taufan terhasil yang amat berguna bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca," kata Najib.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Permata Pintar, berikut adalah link-link yang dapat saya temui. Link-link tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa.
Kompleks Permata Pintar
233 pusat Permata akan dibuka tahun depan - Ahmad Maslan
Kanak-kanak pintar aset berharga - Rosmah
RM100 juta untuk program Permata
No comments:
Post a Comment