javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, June 20, 2012

GOS Exam


Sebenarnya mungkin ejaan tajuk adalah tidak tepat. GOS datangnya dari perkataan 'gosudarstva' dalam bahasa Rusia yang bermaksud kerajaan. Di sini, final year student akan ada national exam (gosudarstvenni ekzamien) sebelum boleh layak bergelar doktor.

Disebabkan kami juga adalah pelajar di Rusia, walaupun kami pelajar asing, kami juga perlu melalui peperiksaan tersebut. Dan exam itu semua berjalan dalam bahasa Rusia. Bila memikirkan masa lampau, dapat menjawab dalam bahasa Rusia kira-kira asalnya adalah sesuatu yang agak mustahil, untuk sebut semua term2 medik dalam bahasa asing, ditambah lagi pengetahuan teori (saya) yang agak lemah (dulu-dulu)....tapi akhirnya dapat juga saya lalui, alhamdulillah.....kuikuikui

Memang betul macam tak percaya. Belajar untuk baca buku Rusia pun mula masa 5th year, masa 4th year cikgu-cikgu yang berbahasa Inggeris masih ramai lagi...masuk 5th year baru mula di'basuh' dengan mendengar perkataan Rusia hampir setiap hari (cycle). Tapi memang ada je cikgu yang still semangat nak cakap English lagi.

Sridni Bal or Average Mark

'Legend' yang biasa saya dengar ketika senior-senior menghadapi final year adalah - "ala, markah korang memang dah ada pun untuk GOS exam. Dia ikut carry mark la (average mark)."

Cakap macam senang je. Ceh. Jangan percaya sangat cakap orang ni, cakap-cakap macam ni la yang buat saya tak study awal-awal menjejakkan kaki ke sini, sebab dengar cikgu senang la, tak payah study pun konfem lulus lah dan macam-macam lagi. zzzzzzz.

Saya tak tahu average mark memainkan peranan besar atau tidak, tapi ia bukan 100% faktor yang menentukan apa yang bakal anda dapat dalam exam. Banyak lagi faktor lain yang terlibat seperti, dapat jawab dengan cikgu apa, tahap ilmu dalam dada, kebolehan berbahasa Rusia, kebolehan nampak yakin ke, nationality - pelajar dari negara mana, dan mungkin juga appearance anda, kacak/lebam-kat-mata-sebab-gila-study/berhingus pun boleh jadi faktor juga.

Sridni Bal saya adalah....jeng jeng jeng...3.88. Di Rusia, sistem pemarkahan bagi setiap test atau exam, ada markah 2, 3, 4 dan 5. 2 bermaksud fail, manakala 5 adalah sangat cemerlang. Jadinya, markah saya 3.88 bermakna saya selalu gila dapat 4, sekali sekala sahaja dapat 5 (dalam 3-4 kali je kot) dan bilangan markah 3 yang saya peroleh lebih banyak dari bilangan saya dapat 5.

Sebenarnya saya selalu rasa saya antara pelajar-pelajar lemah, tetapi selepas melalui exam ini, dan tengok pelajar-pelajar lain, budak-budak Malaysian, budak-budak dari negara India, dan mungkin juga dari negara lain seperti Kazakhstan, Israel ke, Kenya ke...saya rasa tak adalah teruk sangat markah saya ni sebenarnya...hahaha. Apa-apa pun saya sangat gembira menjadi average. Sangat. ^^

Ok sebenarnya dah rasa penat menulis.


5 hari exam, 5 bahagian.

GOS exam berlangsung selama hampir 15hari sahaja, dan ada 5 hari exam. Exam pertama, obejktif/MCQ. Exam kedua. ketiga dan keempat - practical skills dan teori/first aid untuk subjek O&G (Obstetrics and gynecology), Surgery dan Therapy. Exam kelima, exam yang diberi masa lebih sikit berbanding exam-exam lain, adalah zadacha/short cases di mana anda akan diberikan 4 soalan berbentuk short history case merangkumi O&G, Surgery, Therapy dan yang keempat - tak tentu; boleh dapat Ophtalmology, ENT, Tuberculosis, Oncology,Infection dan macam-macam lagi.


Summary

Exam pertama, MCQ - mesti la gelabah sebab kami perlu study 2200 soalan MCQ, dalam dewan kena jawab 100 soalan dalam masa 1 jam setengah. Saya tak pernah dapat habiskan 2200 soalan tu pun, selalu training kat internet, laman web universiti jawab 100 soalan. Tapi masa hari exam, soalan-soalan yang biasa saya jawab dalam training tak keluar sangat pun, so macam gelabah. Siap dah terfikir aduhai malunya kena sambung lagi setahun kat Volgo, jatuh imej aku kat junior, tak ada duit nak bayar dan bla bla bla....padahal mungkin universiti tak kesah pun MCQ kitorang. Ada kes, seorang budak dari China tu dia cakap dengan cikgu dia tak tahu, lepas tu main tekan semua jawapan sampai habis, still boleh lepas lagi. Rasa macam tak berguna pulak study betul-betul untuk MCQ.

Exam kedua, O&G - jawab dengan Elena Pavlovna yang dikatakan cikgu yang selalu ada problem dengan pelajar. Tapi saya tak cuak sangat mungkin sebab saya tengok dia macam ok je. Masa saya jawab dengan dia, dia memang buat saya macam tak tahu apa-apa la. Siap tanya lagi, "siapa cikgu awak dulu?" Saya jawab, Margarita Viktorovna. "Pelajar Margarita tapi tak boleh jawab soalan ni?" aaaaaaaaaaaaa malunya saya (sambil buat mata terbeliak sket). Tapi dia baik je, bagi clue dan buat saya macam budak tadika...sebut sepatah-sepatah sampai saya boleh teka habis jawapan "Ad...? nex....?" Adnexectomy!!
Dia bagi 4, lepas tu dia cakap saya kena improve knowledge. Ceh, alhamdulillah, ingat dapat 3. Dengarnya ada budak Malaysian lain yang jawab dengan dia pun dapat nasihat macam tu jugak.

Exam ketiga, Surgery - subjek yang saya memang blur jenis-jenis operation yang ada apa semua. Rasa betul-betul belajar surgery pun masa last semester sebab dapat Vasili, cikgu yang dikatakan cikgu paling psycho kat Volgo. (kecoh lebih je sebenarnya, setiap kali dapat cikgu susah, itulah cikgu paling psycho kat Volgo) Tapi last-last jawab masa exam dengan cikgu senang. So tak ada apa yang menarik sangat. Ada budak lain dapat dengan cikgu susah, siap dapat markah 3 dan amaran kemungkinan untuk fail.

Exam keempat, Therapy - untuk exam therapy dan surgery, kami kena jumpa pesakit, tanya dia segala benda kemudian letak diagnosis. Untuk Therapy ni, saya susah sikit, salah jawab ubat, awal-awal lagi dah dapat markah 3 untuk history case patient. Mmg down la...dah tulis banyak ubat pun dapat 3? Nasib jawab teori bukan dengan cikgu tu, dengar cerita budak yang jawab dengan cikgu tu masa exam memang kena psycho...lama gila. Saya jawab dengan cikgu tua, apa dia cakap masa explain soalan saya, saya pun tak dengar sangat. Tengok muka dia macam nak tak nak je dengar saya jawab. Saya fikir, hai cikgu ni...dah tengok markah 3 untuk history case saya, tengok average mark saya 3.8 je, takkan nak bagi 3 terus. Last-last cikgu tu cakap, "ah layanlah saya bagi awak 4". whooaaa. cool.

Exam kelima, zadacha/clinical cases - ada masa lebih kurang 6 hari untuk mantapkan persediaan selepas exam keempat. Exam lain selang masa 1-2 hari je. 2 hari sebelum exam saya dah macam cacing kepanasan. Saya ulangkaji pun macam tengok-tengok je selak soalan, ugh, selalu tanya diri sendiri, ingat ke semua ni? Alhamdulillah dapat jawab dengan 'trio' tiga orang cikgu yang bagi saya baik...Therapy -Rogova, (muka dia macam sejuk mata memandang sket walaupun mak orang), Surgery - cikgu perempuan tua, mungkin 50-an, O&G - Margarita Viktorovna. Margarita cakap macam ni, "kenapa awak macam tak tahu sangat ni pasal o&G? saya kalau boleh tak nak bagi markah 3, sebab ni GOS exam, kalau awak boleh jawab soalan saya ni, saya bagi awak 4." Saya terjawab salah soalan tu....tapi dia baik jugak, masa dengar keputusan diumumkan, rupa-rupanya dia still letak markah 4. huahuahuahua

Ok, itu sahaja. Dua hari lagi akan ada Hari Graduasi, harap reduplah time tuh. Malas rasanya nak berpeluh-peluh.

Selamat meneruskan perjuangan anda semua.


Saturday, June 16, 2012

Countdown


Hari tu saya cakap dengan seseorang, saya memang dah nak berhenti update blog ini lagi.
Muktamad and decided.

Satu post dah pun dibuat, tinggal lagi 2 post yang dirancang....dan mungkin satu lagi sebagai penutup cerita. Asal-asalnya nak tukar alamat blog je, lepas tu still update dan dirahsiakan, tapi nanti takut ada jugak orang try google dan jumpa. Tak apalah, saya biar sahajalah blog ini. Saya buat blog baru tempat saya boleh tulis sesuka hati. Dan tak ada orang kenal.

Tiga kali lagi.

Bertemu dengan Jin






Di atas adalah gambar saya, Kuzman dan Hop (a.k.a Fadhli). Tak pernah-pernah ada kawan saya yang semangat nak hantar saya pergi Volgograd, Rusia di airport sebelum ni, jadi saya rasa terharu + kekok sket. Saya memang tak ramai kawan sangat pun agaknya...atau saya memang jenis yang 'detach' dari orang lain.

Kuzman, ketua asrama saya sewaktu di MRSM kuala Klawang,Negeri sembilan. Hop sekali dengan saya di MRSMKK dan MRSM jasin. Dia suka pakai seluar londeh dulu, tu sebab orang panggil dia hop. Bajet hoppers. LOL.

Antara ayat-ayat hop yang saya masih ingat sampai sekarang, dia pernah cakap kat saya, "Aku tenang dowh tengok ko Maher...ko macam ada aura tenang.." LOL. Bajet habis mamat ni, entah-entah ko cakap macam tu kat semua orang...hahaha

Dan dia jugaklah yang selalu lepak kat bilik saya dan terbaca rahsia saya minat kat siapa. Macam haram. Sampai sekarang pun dia boleh kenakan saya lagi.

Kuzman, dia pulak pernah cakap macam ni kat saya, "kau je lah antara orang yang rapat dengan aku. Satu sekolah ban aku masa mrsmkk dulu, ko rilek je kawan dengan aku.."

Untuk Kuzman, aku nak cakap, "Aku tak tau pun ko kena ban atau ramai orang tak suka ko. Ko bukan siap jadi ketua asrama lagi ke? Apa yang di'ban' nyer.....aku biasa aje pun dengan semua orang...aku rasa aku selalu buat hal sendiri ada la..."

Dalam dunia ni, kalau kita ada at least tiga orang kawan yang selalu dengan kita dari kecik sampai tua nanti, itu adalah sesuatu yang sangat berharga dan boleh kata kita dah dapat semua keseronokan dunia.
Tak ingat siapa cakap. Kawan ribu-ribu di facebook, itu tak bermakna apa-apa pun.


******************************************************************************************************************

Intro

Satu benda yang saya yakin saya tak pernah sebut sepanjang tulisan saya di dalam blog ini adalah, di MRSM KK, dari tingkatan 2 hingga tingkatan 3, saya memegang jawatan sebagai biro agama dalam badan wakil pelajar (BWP).

Saya datang bukan dari latar belakang keluarga yang islamik sangat. Tapi saya berminat dalam bab-bab agama, dan cuba nak jadi lebih baik. Kebetulan, niat saya itu membuatkan saya terkedepan sedikit berbanding orang lain (nampak baik), maka saya pun berjaya jadi biro agama.

Kalau ada masa dalam seluruh kehidupan saya yang paling saya suka, itulah masanya. Masih tak tercemar sangat, dan berusaha memperjuangkan diri dan masyarakat ke arah lebih baik. Namun kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lampau.


Baiklah, saya akan memulakan cerita saya.

Maka sekitar tahun 2003, ketika saya berada di tingkatan 3, mrsmkk digemparkan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi-jadi. Ada yang mengaitkannya dengan kemasukan pelajar-pelajar non-muslim - cina, india (sebelum ini hanya untuk pelajar bumiputra sahaja) ke mrsmkk. Adapun mrsmkk memang terkenal sebagai satu tempat yang agak keras. Macam-macam cerita sebenarnya yang telah diwariskan turun temurun.

Antara gangguan yang semakin menjadi-jadi itu adalah, di asrama puteri, seorang pelajar dikatakan telah melihat bebola api berterbangan yang berkeupayaan menembusi dinding sesuka hati.

'Pagar' asrama

Kes itu mendapat perhatian seluruh sekolah. Maka tindakan pun diambil. Cadangnya nak minta Dato' Harun Din dari Darus Syifaa' untuk memagar kawasan. Tapi last-last, proses 'memagar' kawasan dilakukakn oleh pelajar sendiri di bawah tunjuk ajar ustaz.

Sebelum itu saya hendak mengingatkan, saya hanya menceritakan, segala amalan-amalan yang ada kaitan di dalam cerita ini tidak bermakna ia sahih, mungkin boleh jadi bidaah, khurafat dan sebagainya, jadi sila buat kajian sendiri.

Bagaimana proses memagar kawasan itu dilakukan?

Setiap pelajar tertentu, biasanya rakan surau iaitu ajk saya selaku biro agama, termasuk saya sendiri, diberikan beras, garam dan diajar untuk membacakan ayat-ayat tertentu kemudian ditabur di setiap sudut dalam bilik-bilik yang terdapat di asrama. Setelah semua itu dilakukan, ada pelajar-pelajar yang mengambil inisiatif untuk azan pula di asrama.

Namun adakah gangguan tersebut berhenti?
tidak.

Ada yang kata, kitorang salah step. Kitorang patut azan dulu di asrama kasi halau keluar hantu/jin barulah pagar. Ini tidak, pagar dulu mestilah terkurung dalam tuh. Aduh.


Kemuncak kejadian.


Kejadian mencapai kemuncaknya apabila di asrama putera, seorang rakan batch saya, Amir mengaku telah dirasuk hantu/jin.

Dia kerap dirasuk, dan setiap kali dirasuk, untuk 'fix' dia supaya tidak bergerak dari tempatnya memerlukan kekuatan lebih kurang 10 orang pelajar. Saya pun terlibat jugak menyumbangkan kekuatan, tapi saya hanya letak tangan bodoh-bodoh sahajalah. Dan kejadian ini berulang beberapa kali.

Pernah juga beberapa kali, ketika dirasuk, Amir (Jin/hantu) akan memberikan nama-nama pelajar lelaki yang bakal jadi sasaran untuk dirasuk seterusnya. Ternyata, cerita-cerita berkaitan gangguan ini menjadi lebih seronok dan mungkin menakutkan untuk didengar pelajar-pelajar.

Saya pula, dengan bajet tahunya, setelah berbincang dengan pelajar-pelajar lain telah mengambil beberapa tindakan bersama-sama ketua asrama iaitu Kuzman. Antaranya adalah, kami berpendapat bahawa adanya hantu di asrama adalah disebabkan komik-komik dan patung-patung (pujaan non-muslim ataupun jenis bantal peluk) yang ada di asrama. Maka diarahkan benda-benda tersebut untuk dikumpulkan di tengah-tengah asrama. Benda-benda tersebut kemudian diletakkan di luar pintu asrama. Jadi selepas itu, ramailah yang jadikan tempat itu sebagai tempat lepak untuk membaca komik. Ceh.

Ada juga masanya, buat majlis bacaan yasin beramai-ramai. (Saya yang sekarang ini pasti akan mengatakan perkara itu bidaah). Saya la yang ketuai bacaan itu, di masa-masa lain, ajk saya pula. Fuh, poyo habis. Gangguan masih lagi berlaku.


Ustaz Kamal, sewaktu mengajar dalam kelas saya pernah memberitahu, kalau nak cuba berdialog dengan jin, bacalah surah Al-Jin. Saya pun berbincang dengan Kuzman, dan kami mengambil keputusan untuk membaca surah Al-Jin bersama-sama pada suatu malam (dalam pkul 12tgh malam). Tempatnya memang special sikit. Suatu kawasan yang terletak antara asrama putera dan blok akademik (kelas), ada satu batu besar.

Batu besar.

Kebiasaanya untuk sesuatu bangunan itu dibina, ia mestilah simetri kan? Sistem parit patut dibuat lurus tanpa bengkang-bengkok. tetapi, di kawasan batu itu, parit dibina melencong sedikit. Secara lojiknya, boleh sahaja batu itu dicabut dan diisi dengan simen ke kalau ada lubang yang besar, tapi perkara itu tidak dapat dilakukan. Dikatakan bahawa batu tersebut menutup satu lubang terowong yang amat luas yang menghubungkan ke bukit tempat pelajar-pelajar biasa bersukan. Diceritakan lagi bahawa terowong itu adalah tempat tentera-tentera Jepun pancung dan siksa orang.

Jadi kami pun duduk. Setelah rasa tenang sedikit, kami pun baca surah Al-Jin. Meliar juga mata saya tengok sekeliling, mana la tau jumpa apa-apa. Habis surah Al-Jin dibaca, kami memandang sekeliling. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Kami berdebar-debar. Tidak puas hati, Kuzman ajak saya pergi ke tengah-tengah blok akademik.

Di bawah cahaya bulan (kalau tak silap), Kuzman pun menepuk tanah dan menjerit,
"Hai jin, keluarlah kamu!!!"

tahi!!!. Meremang betul bulu roma waktu tu. 'Kejadah ko berani sangat ni Kuzman', hati saya berbisik.

Kalau tak silap, kami ada pacak kayu juga kat tengah-tengah tu. Tapi bila saya cerita balik kat Kuzman, dia tak ingat pun. Entahlah. Lepas pacak kayu tu,tunggu punya tunggu, bayang jin pun tak nampak.


Mengadukan kepada ustaz

Saya pun tanyalah ustaz balik, kenapa tak ada apa-apa pun yang berlaku? Ustaz kata kena baca surah Al-Jin tu sorang-sorang la, baca berdua buat apa. Ugh. Saya beritahu Kuzman apa Ustaz kamal cakap, dan akhirnya, kami mengambil keputusan malas nak buat. hahaha. ke takut.

Itulah ceritanya. Cerita ni macam tergantung kan? Cerita ini berlaku dekat-dekat kami nak musim exam PMR. Amir yang kerap dirasuk itu alhamdulillah selamat juga menduduki PMR. Jadi setelah itu kami pun terus meneruskan kehidupan kami masing-masing di tempat lain sebab mrsmkk hanya ada sampai form 3 sahaja.

MRSM Kuala Klawang tetap dalam kenangan. Itu tak masuk lagi cerita/gosip/kabar angin geng tertentu (apon/lembut) yang dikatakan tengok video lucah gay di asrama. Bongok betullah siapa yang buat cerita..haha.

Friday, June 15, 2012

selesai


Syukur

Alhamdulillah sebab dah habis final exam. Habis sudah pengajian selama 6 tahun di VSMU ini. Segala turun naik, saat-saat mendebarkan, tekanan, suka duka berkaitan pembelajaran di universiti dah pun berakhir.

Perancangan

Ada beberapa perkara nak buat di blog ini. Pertama, seorang kawan lama Kuzman suruh buat tulisan cerita pasal pengalaman panggil jin di MRSM KK. Kedua, nak buat video (bodoh2 sahaja) 6 tahun di VSMU dalam masa 1-3minit. Letak semua gambar dalam satu video lepas tu fast forward laju-laju. Ketiga, buat entri pasal exam. Cerita selok beloknya apa semua....

Kemudian, saya akan berhenti update dalam blog ini lagi. Harap maklum.


Hipokrit

Sedang belajar untuk jadi hipokrit. Memang sesuatu perbuatan yang dibenci, tapi.......ah lantaklah. Bila seseorang itu melakukan sesuatu, dia seharusnya berani untuk menerima kesannya. Jadi hipokrit. Cakap tak serupa bikin. Menipu. Dan untuk kali ini, alasannya adalah perlindungan. Menjadikan topeng-topeng sebagai perlindungan.
Jangan mencontohi saya. Kadang-kadang, orang kalau jadi baik sangat ni, lagi sakit akibatnya.


Pesanan

Saya akan cuba ingat pesanan seorang member ni. Hariz. Kalau kau cuba hendak memahami sesuatu perkara yang kompleks, ada dua akibatnya. Yang satu adalah gila, manakala yang satu lagi adalah lebih teruk daripada gila.

Wednesday, June 13, 2012

siapa


kalaulah kita dengan mudah boleh tahu siapa
apa agaknya kesan pada kita?

kerahsiaan, kemisterian memang sentiasa mengkagumkan.
keikhlasan lebih kerap datang dari sesuatu yang rahsia,
dan kalaulah kita tahu siapa,
mungkin jika tidak banyak sekalipun, kita pasti boleh
memberikan sedikit penghargaan kita bukan?

sebab kesetiaan, digabungkan dengan kerahsiaan, adalah sesuatu yang patut dihormati dan dikagumi. dalam banyak perkara.

buat yang macam lems sket, ini adalah entri penghargaan kepada pengunjung setia, mungkin juga kipas-susah-mati blog ini.
at least adalah kot dua tiga orang. huahuahuahuahuahua
sampai bila-bila pun tetap jadi misteri agaknya.

Saturday, June 9, 2012

ubat


kalau sesuatu itu adalah ubat,
bagi penyakit yang selalu merosakkan hidup seseorang
mudah-mudahan,
diilhamkan kepadanya untuk tetap menghargai kebaikan ubat itu
walau apa pun yang berlaku.

yang telah menenggelamkan
yang melemahkan
yang menjadi alasan untuk segala kehilangan
yang buat putus asa
yang menghilangkan keyakinan
yang merosakkan hubungan dengan orang lain

di dunia ini, dari hujung timur ke hujung barat
wujudkah ubat itu?
ubat yang menyembuhkan segala yang sakit.

pesakit, apabila kehabisan ikhtiar
akan menghadapi hidup dengan sikap acuh tak acuh sahaja.

kalau suatu hari nanti
apabila pesakit telah menemukan ubatnya
mudah-mudahan pesakit tidak akan lupa diri
dan dalam keadaan yang lebih teruk,
memberikan kutukan-kutukan pula kepada ubatnya.

Wednesday, June 6, 2012

perang






tetiba je video semut.

Tuesday, June 5, 2012

penamat Kitab Cinta


Saya memang suka sangat dengan drama kitab cinta ni. Tapi entah macam mana, saya tak habis tengok, seingat saya, saya tengok sampai episod second last atau pun episod last, yang penamatnya tergantung.

Rupa-rupanya ada telemovie yang dikatakan merupakan kesinambungan dari drama Kitab Cinta yang ditayangkan di TV Al-Hijrah itu. Telemovie tersebut memakan masa 1jam setengah. Memang best. Lantak la orang nak kata apa dengan ending tersebut, tapi telemovie tersebut berjaya buat saya rasa 1jam setengah tu macam beberapa minit sahaja.

Watak Aaron Aziz yang tiba-tiba muncul. Wali yang dari awal cerita sampai habis macam hampagas [hampa + tong gas] (tetapi tetap jadi watak kesukaan..lol). Salah seorang penonton memberikan komen di youtube, "ha, baguslah watak aaron aziz muncul, biar nur fazura dengan dia je. Penat aku tengok Wali ni.."




Dan macam biasalah, kalau kita suka jalan ceritanya, lagu yang keluar pada waktu-waktu tertentu akan mempunyai 'effect' yang lebih dahsyat daripada biasa. Nak pulak lagu tu dah lama tak dengar. memang gila.

Yang tersisa
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Diiringi dua puisi
Tentang lara hati...


Ok best. Selamat tinggal kitab cinta.


Monday, June 4, 2012

semakin hampir


exam dah habis dua, ada lagi tiga akan menyusul.

Semoga Allah mempermudahkan.

Kita pun tidak tahu apa yang ada di luar sana, sesudah segalanya ini berakhir, tapi kita, tetaplah berharap Allah membantu kita untuk melepasi ujian-ujian ini.

Final exam ni, macam UPSR, PMR, SPM. Kadang-kadang memori-memori exam lepas dalam seluruh hidup diusahakan untuk terlintas dalam kepala, supaya boleh mencari-cari teknik paling baik dan juga ketenangan hati yang paling tinggi. Mencari-cari titik keyakinan. Supaya tak rasa risau atau gelabah sangat.

Pergh. Serius tak bajet cikgu boleh bagi markah macam tadi. Ini yang buat rasa semangat nak belajar untuk exam seterusnya pulak ni. (dan semangat, janganlah hilang. juga jangan tinggi sangat, kalau tak nanti buat orang rasa nak main game dan tengok movie)

Wednesday, May 30, 2012

kambing



kambing, takutkan air.
lebih senang dengan kepanasan dari segala yang sejuk.
tak ada siapa pun yang boleh memastikannya dengan tepat,
adakah ia suatu bentuk balasan ataupun penyucian?
kalau ingin jadi manusia, maka kambing harus miliki kesabaran.

mungkin kena google adakah kambing juga mengalami sakit perut?

********************************************************************************************

mode gelabah nak exam. ugh.
rasa sangat ketinggalan berbanding orang lain.

Friday, May 25, 2012

beard dan penapisan

saya terbaca satu komen di tumblr:

"How can I stop being so "man-crazy" (lol), as in not being all obsessive with good-looking men and things of that sort. What do you think is the best way to lessen that and calm down? -- Also when attending Islamic Events what would be your advice in keeping it calm and collected with seeing bearded beautiful brothers(lowering the gaze, etc), &just to focus on the lecture. I know, I sound CRAZY."


memang tergelak setelah membaca komen tersebut.

Atas semangat ingin tahu, saya cubalah 'google' apakah pandangan perempuan sebenarnya kepada lelaki berjambang ni. The responses are mixed, ada yang suka ada yang tak suka. Tak pasti mana satu majoriti.

(haha. rasa janggal menulis perkara ini dengan nada yang serius dan tampak intelektual)

***********************************************************************************************

penapisan.


Sebelum pergi lebih jauh dalam hal ini, saya ingin menceritakan kepada kalian akan proses penapisan. Proses penapisan adalah proses untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dengan menyingkirkan sesuatu yang kita tidak mahu. Boleh faham?

Penapisan yang berlaku secara 'natural'/semulajadi adalah penapisan yang terbaik. Saya tidaklah menentang habis-habisan proses penapisan yang dilakukan dengan terancang oleh manusia. Namun dalam proses penapisan yang manusia lakukan, kita kena tengok balik ciri-ciri yang digunakan untuk menapis orang lain. Adakah ia semata-mata rekaan manusia ataupun memang sudah tertulis dalam kitab suci dan hadis? Sebab kadang-kadang hanya dengan menggunakan beberapa ciri-ciri tertentu sahaja kita rasa kita sudah boleh menghukum tahap kefahaman/kekuatan/kebaikan orang lain secara umumnya. Bagi saya, itu tidak tepat.


Penapisan yang berlaku secara natural/semula jadi, boleh kita lihat dengan banyak di sekeliling kita.

seorang lelaki yang sukakan perempuan seksi dan mendedahkan banyak benda, pasti akan teragak-agak menerima seorang gadis bertudung dan menutup aurat. Di sini, tudung dan pakaian yang menutup aurat itu menapis lelaki-lelaki yang ada. Jadi yang tinggal adalah lelaki-lelaki yang sukakan perempuan yang menjaga aurat mereka. (perlu diingatkan juga, mungkin masih ada lelaki-lelaki tersebut yang sukakan perempuan seksi cuma mereka masih mampu berfikir yang mana lebih baik).

Saya juga suka untuk memberikan contoh berkaitan proses baitul muslim. Dalam sesetengah proses, dua orang, muslim dan muslimah yang tidak pernah berkenalan rapat,tidak pernah berhubung secara rahsia antara satu sama lain, dipertemukan atau dipasangkan oleh ustaz ataupun orang tengah. Itu adalah satu penapisan. Contohnya, menapis orang-orang yang tidak mempunyai pergantungan yang tinggi kepada Allah. Sebab ramai yang tidak berani menggunakan proses tersebut adalah disebabkan kalau 'join', maka tak boleh lagi ada pilihan lain, ataupun tak dapat kenal betul-betul pasangan yang lagi satu (sebab tak boleh berkomunikasi dengan bebas). Hanya yang betul-betul tinggi harapnya pada Allah je yang join. (Atau mungkin yang jenis sangat desperate. LOL.) Program ini juga dapat menapis orang yang nak mendirikan rumahtangga betul-betul atas dasar agama, dan dalam kes-kes tertentu, hendak dipertemukan dengan orang yang sama fikrah atau jemaah. (saya tidak mengatakan proses ini tidak ada cacat cela langsung dan juga tidak menolak adanya kemungkinan cara lain yang betul dan syar'ie)

Proses penapisan akan menjauhkan diri kita daripada apa yang kita tidak kehendaki, dan mendekatkan diri kita dengan apa yang kita senangi.

Banyak lagi contoh lain.

Keenganan kita untuk menghadiri majlis-majlis hiburan akan mengelakkan diri kita dari berkenalan dengan kawan-kawan yang suka hiburan.

Menyatakan sesuatu pendirian kita akan menarik orang-orang yang mempunyai pendirian yang sama dengan kita dan menjauhkan orang-orang yang tidak sama pendirian dengan kita.

*********************************************************************************************************

beard.


Jadi berbalik kepada kes jambang/janggut (beard), maka proses penapisan juga berlaku di sini. Seorang pemuda X, setelah melakukan kajian yang terperinci, maka dia dapati wajib untuk memelihara janggut/jambang (beard). Tidak dibenarkan mencukur. Maka dia pun berusaha untuk mengikuti apa yang ditetapkan oleh Allah dan rasulNya. Walaupun demikian, tak semua orang menyukai tindakannya(ada yang suka juga, obviously). Misalnya ada kawan-kawan perempuan/lelaki yang tak suka dengan jambang pemuda itu, dan menjauhi diri mereka daripadanya. Mungkin mereka melihat bahawa memiliki jambang adalah sesuatu yang selekeh. Mungkin jika setelah diberitahu tentang dalil-dalilnya sekalipun, mereka tetap tidak senang dengan hal itu. Jadi kehilangan mereka, kawan-kawan kepada pemuda X itu, actually, it's not even a loss. It's a gift. Sebab apabila mereka memperlekehkan jambangnya, bererti mereka juga sebenarnya menolak kepercayaan pemuda itu. Memikirkan bahawa kepercayaan terhadap sesuatu adalah lebih besar dan berharga, maka kehilangan perkara lain sepatutnya tidak ada apa-apa harga. Kalau saya pun yang jadi pemuda itu, saya memang tidak hendak ada apa-apa kaitan dengan orang yang memperlekehkan kepercayaan saya.

Bila fikir-fikir balik, bagus juga ada jambang sebenarnya (tiba-tiba nak menjiwai watak pemuda tersebut). Katakanlah majoriti perempuan tidak sukakan jambang, maka itu akan lebih memudahkan seseorang lelaki itu untuk menjaga dirinya. Tak ada pun orang yang hendak rapat atau berani menjeling-jeling. Kalau pandang pun, pandangan yang menghina. Masalah hanya akan timbul sekiranya perkara yang berlaku adalah sebaliknya; jambang tersebut bukan sahaja menarik perhatian orang ramai bahkan memikat ramai orang, termasuklah lelaki. maka itu memang masalah.

Akhir cerita, setiap sesuatu yang telah diperintahkan atau disyariatkan, pasti ada hikmahnya. Dan salah satu hikmahnya mungkin, adalah kesan penapisan.
Berpegang dengan islam pasti tidak akan tersasar atau tersilap. Hidup akan lebih tenang, walaupun ujiannya mungkin banyak. Hanya bila kita mencari-cari yang selain itu, barulah kita menemukan pelbagai kekecewaan dan kesusahan dalam hidup kita.

p.s : antara link-link yang menarik saya jumpa dalam proses saya nak mencari jawapan.

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20120404141014AAiRC1q
http://in.answers.yahoo.com/question/index?qid=20091015213105AAJiUbK

niqab, tak sama dengan hijab. hukumnya pun berbeza.

Thursday, May 24, 2012

seorang kakak yang baik dan HA


baru lepas mendengar nasihat-nasihat yang baik dari seorang kakak.
dikatakan bahawa kakak ini dahulunya adalah seorang selebriti.
selalunya, di negeri-negeri orang putih, seorang muslim akan memanggil seorang muslimah sebagai 'sister' yang bermaksud kakak/adik perempuan, walaupun mereka tak ada pertalian darah.

kakak itu best. melihat dan mendengar dia bercakap, saya menyedari bahawa menghafal ayat-ayat Quran tertentu, kemudian menuturkannya dalam bahasa Arab ketika menyampaikan nasihat, mempunyai kesan yang ajaib kepada pendengar. (salahkan diri sendiri kalau tak tersentuh dengar ayat-ayat Al-Quran)

saya tidak tahu apakah kecenderungan politik kakak itu. tapi apa yang saya tahu, nasihatnya benar dan bersifat umum - nak ajak orang kepada islam, untuk jadi manusia yang lebih baik. masing-masing ada perjalanan hidup sendiri. kakak itu juga ada perjalanannya sendiri. berubah dari jahat kepada baik, dari tidak tahu kepada tahu adalah satu perjalanan juga.

kalau ikhlas dan jujur, dengan izin Allah, Dia akan tunjukkan jalan.

mula utamakan baca Al-Quran, dan lihat tafsirnya balik. Menghafal ayat-ayat yang rasa best, dan menuturkannya pada diri sendiri di saat yang sesuai dan juga ketika menasihati orang lain sepatutnya menjadi matlamat setiap muslim.

kita sudah terlalu ramai orang yang mengulas isu-isu semasa dan ghairah memetik dalil2 dan nas2. orang-orang yang mengajak kepada islam, Al-Quran dan sunnah, membantu kita mendalami ilmu agama tanpa ada sebarang niat politik (spt bermatlamatkan menjatuhkan pemerintah atau meramaikan ahli jemaah) masih lagi sedikit.

***************************************************************************************************

mula rimas dengan HA. kejadah kau ghairah sangat nak ubah negara dengan undi dan asyik-asyik nak mengulas pasal isu semasa. sikit-sikit nak ulas. ada kes, tak pergi langsung event tu pun dah boleh yakin nak ulas banyak.

ugh.

inilah perbezaannya kakak itu dengan HA.






Tuesday, May 22, 2012

tegas dan percaya


tegas.

ini kisah berkaitan surat layang yang saya terima daripada beberapa orang. ok bukan surat layang, cuma nota-nota kecil dari kawan-kawan.

ada kata-kata semangat, ada juga teguran. ajaibnya, rata-rata teguran itu berkisar tentang satu perkara, seolah-olah mereka berkomplot untuk menyebutkan hal yang sama; iaitu perlunya saya lebih bersikap tegas dalam menyampaikan sesuatu.

yup, itu bukan komplot pun, tapi sesuatu yang jelas, yang ramai orang boleh nampak.

melihat ke belakang, tak tahu apa puncanya saya tak berani bersikap tegas. mungkin ada faktor personaliti saya sendiri. mungkin ada faktor latar belakang keluarga juga.

kalau ada konflik, saya rasa sayalah orang yang paling mudah terkesan sekali. sensitif.
melihat dari pengalaman pula, sudah ada beberapa kali, bila saya nyatakan sesuatu, perkara tersebut telah meretakkan hubungan saya dengan orang yang rapat dengan saya.

sikap tidak berani menyatakan pendirian adalah tidak elok. lebih teruk lagi, sifat suka mengkaji/menyelidik, menambahkan lagi perkara-perkara dalam hidup yang memerlukan kita untuk berpendirian tegas. dalam kebanyakan perkara, tidak ada jalan tengah lagi.

bercakap di khalayak, dan mengeluarkan isi-isi atau hujah adalah lebih senang. tapi bila melibatkan perbalahan atau yang mampu memecah-belahkan orang ramai, jadi kaku.

mungkin, masalah ini akan terus menghantui. entah bila nak berhenti agaknya.

****************************************************************************************************

percaya.

lepas tengok satu cerita dari barat, berkaitan persaingan antara dua orang agen perisik.
best sebab penuh aksi dan jenaka, tapi penamatnya meresahkan. juga orang bukan barang untuk direbut.

bagaimana kalau orang yang kita percaya mempunyai kisah silam yang hitam. tak ada siapa yang nak judge, tapi pastinya sesetengah kisah silam akan terlintas sekali sekala kan dalam kepala masing-masing.
percaya Tuhan, patut lebih besar lagi dari percaya manusia.

kepercayaan kita kepada sesama manusia, kepercayaan kita sendiri kepada Tuhan, tak perlulah manusia nak mengujinya atau menduga-duga. Tuhan akan mengujinya bila-bila yang Dia mahu, dan saya secara peribadinya pun tak ingin diuji oleh manusia lain.

tapi salah satu ciri yang saya suka, dan harapnya kekallah pada saya, apabila sesuatu masalah itu sudah dikira selesai, bila saya dah tak ada apa-apa kaitan lagi, walau sakit macam mana pun, boleh buat macam tak ada apa-apa. In certain cases, siap boleh lupa lagi.

ada artikel ni, kepercayaan = kesetiaan + keikhlasan. best. dah lama dah baca, baru nak promote hari ni.


Saturday, May 19, 2012

aku ada, kau ada


Entah macam mana boleh terjumpa trailer movie ini. Sebelum tu terjumpa lagu bersama yang dinyanyikan oleh Shaheizy Sam dan Yana  Shamsuddin.

Inilah masalahnya dengan youtube yang mudah melekakan orang lain. padahal masalah sendiri sebab mudah sangat menekan segala link yang ada di internet



Kalau tak silap, jalan ceritanya begini. Watak utama dalam cerita itu, Shaheizy Sam adalah orang yang akan muntah setiap kali berhadapan dengan orang yang menarik perhatian dia.

Dua orang pelakon itu, pada pandangan saya, mereka ada 'chemistry'.

Memang obses. sehingga tengok trailer berulang kali Tapi cerita ini masih belum keluar di pawagam, apatah lagi versi cetak rompak punya.



Masalah dengan muzik atau lagu pula ialah perkara-perkara seperti inilah yang memprovokasi perasaan manusia, lebih dari apa yang sebenarnya.

Yup, ianya ironi.
I am iron man.




Thursday, May 17, 2012

cerita Korea dan kecoh


Masalah kalau conton Korea adalah,
ianya macam trigger perasaan orang.
Memori-memori yang mungkin berada dalam 'repressed state' akan boleh muncul balik.
Haih.

*******************************************************************************************

Lepak di bilik member kejap tadi.
Seorang kawan tengah baca tafsir al-Quran, atas niat nak share, dia pun sebut,

"Dan maafkanlah mereka, dan biarkanlah mereka."

Zasss. Ayat tu mudah je.
Termenung sejenak.

"Agakla kan. Sekarang ni aku asyik tengok video, fb, tumblr...dengar orang cakap itu ini, hujah itu ini....no wonder la serabut sangat. kalau baca Al-Quran, baca tafsir je, pun dah cukup bagus. Lagi tenang. Kata-kata manusia, mestilah tak dapat dibandingkan langsung dengan kata-kata Tuhan."

Mungkin lepas ni, tak buka dah fb, tak nak buka tumblr lagi. Dan youtube. Mungkin dah malas baca blog orang lain lepas ni.
Bolehlah fokus kat ujian pulak sekarang.

Kawan lain pula masuk dalam bilik, nak sambung penjelasan dan nasihat dia.

"Sebenarnya, lagi elok kalau kau baca je buku-buku ulama' tu terus. Senang. bagi aku, blog, video, memang boleh serabutkan kepala otak. Semua orang nak tegakkan hujah masing-masing, main petik sesuka hati je, padahal huraian dia cerita pasal benda lain. Bila kau baca buku, kau boleh dapat gambaran penuh. Lagi elok lagi, berguru. Tapi kat malaysia nanti lah.."

Betul juga tu.

lari dari semua benda lain, tulis kat blog sendiri juga best. tak ada orang kacau. dan tak berhasrat nak sebut perkara-perkara berkaitan agama sangat kat sini. ini bukan blog ilmiah, tapi blog seorang gamerz. Nak belajar ilmu agama dari seorang gamerz ke? Tak kan. Cari sendiri lah sumber ilmu yang betul. 

kata-kata


Berapa banyak kata-kata yang selalu berlegar dalam minda kita,
yang telah kita tulis, hanya untuk disimpan pada saat-saat akhirnya,
atas sebab mampu merosakkan.

Hasrat hati.
Jika dinyatakan hasrat-hasrat, maka mungkin akan hancurlah keikhlasan.
jangan meminta cepat untuk perkara yang Dia ingin lambatkan, dan jangan meminta lambat untuk perkara yang Dia ingin cepatkan.
Sesuatu itu, kalau kita biarkan berjalan sendiri, di samping kita memenuhi hak-hak atau tanggungjawab yang ada pada kita, usaha-usaha kita; maka Allah sendiri akan menentukan hasilnya, apakah kita sudah bersedia ataupun tidak.

Dalam dunia ini, ada benda yang perlu kita fokus.
Maka fokus hal itu dan jangan memperdulikan yang lain lagi.
Bila telah mantap, yang lain akan menyusul dengan sendirinya.

Mendoakan yang terbaik untuk semua orang.

Monday, May 7, 2012

Kerbau dan Hujan



Adalah kerbau yang selalu mengimpikan datangnya hujan.





Wednesday, May 2, 2012

Projek BM : Intro - Persoalan Nikah, Khitbah dan Ikhtilat


Perhubungan dan Batasan Antara Lelaki Perempuan
I am a Muslim Arab youth. I got to know a Muslim girl of Arab origin who lives overseas, through the internet. It was – and still is – a relationship within the limits of the laws of Allaah, because, praise be to Allaah, I fear Allaah a great deal. I love her and she loves me because she is a committed Muslim girl, and she also fears Allaah. Our love is for the sake of Allaah, in sha Allaah.
I proposed marriage to her, and she accepted and agreed, and I praised Allaah for answering my du’aa’ by blessing me with a righteous wife, especially since I have wanted to get married and settle down for a number of years. She told her mother, who is a non-Arab, and she agreed at first, because her father had been away from them from a while. Her father recently returned, and she was happy, but he had come to tell his daughter to get ready to marry a man from her father’s country, without asking his daughter’s opinion of the prospective groom. She is afraid of him because he beats her sometimes, and she sometimes says that he is crazy; may Allaah guide us and him.
She told me that she does not want to marry this man and that she wants to marry me, and I told her the same thing. She said to me: What do you think of marrying me in secret, then we tell her father what has happened. She is over 18 years of age.




I asked a sister for her hand in marriage on-line and we talk to each other casually on the internet; is it allowed to speak to her even though I am not able to get married until I graduate (in 3 years).
was salamu alaykum



Well a year from now one of my friend, a girl, had introduced me to one of her online brother..and we have been talkin online for about a year now. Its not like we have ever talked about anything indecent, we talk in a well respected manner, and he sometimes jokes around,too. We both are aware of our religion..and we know how it is haraam to have girlfriends or boyfriends. But over time we both hav grown interested in each other.. and he has told me that he wants to marry me, but right now is too soon, i m only 16 and will be 17 in 2 months... the situation is too hard to explain...and i am really confused on what should be done..and what shouldnt. I really dont want to do anything that is Haraam or isnt right.. and i do have faith in Allah..that if he is good for me oneday we will be together... So i just needed some advice on this.. is talkin to a non-mahram guy online wrong?.. And this is the only way we know each other which is through internet...we havent met..but we have seen each other's pictures.. Well i hope all this makes sense to you..and you will be able to help me out here, cause right now i really need it.. i have been lookin through ur site and trying to learn more about our religion..and it is mashallah a good source.. but me still confused..about this situation... we havent done anything wrong..just talk online.. and hoping that Allah will guide us to be together... but the question that keeps coming up on my mind is if Islaamicaly is all this acceptable.. i have talked to other ppl..and he has talked to people too..and some say its wrong...and some say its ok as long as our niyyat is good and we havent done anything wrong.
please give me some advice here..thank you.. khuda hafiz


What is more stable in Islam, a love marriage or an arranged marriage?


Is love that ends in marriage haraam?.

I am a young man and fell in love with our neighbour’s daughter. That went on for two years without her knowing and without me telling her or anyone among my family, and without me meeting her. I was hoping that she would become my wife. Then I had a car accident that left me with extensive injuries and I became almost disabled. I was very worried because the dream that I had of marrying that girl seemed to be slipping away, then suddenly m my sister asked me to tell her frankly what was worrying me, and I told her what was on my mind. My sister said to me: I am going to tell her of your love for her and after that she can choose. The surprise was that she also loved me, and we began to exchange messages of love via my sister (messages that were, by Allaah, noble and chaste). After two years I proposed marriage to her and she agreed, praise be to Allaah. After one year we got married and we lived happily, and during that period I only saw her from afar, because they are our neighbours and we would meet by accident. I never spoke to her except on the wedding night. I have heard that because of our love for one another we have committed a sin. Is this correct? What is the expiation for that sin?.

I am a 24 years old girl. I fell in love, no dates, no meetings involved, pure love to a pure religious person. He promised to marry me and asked me to wait for him as his circumstances are difficult. I do not remember that he called me more than once. I asked him not to call me; because I feel this is wrong, although I love him. I felt that our love started going in the direction, he agreed to this feeling, and respected my opinion. He just sends me E-mails every so often via internet, so that I know his news. We have been in this love relationship for one year. I know this person and his family, and they know us well as well. I love him for Allah’s sake and sure he loves me as well. The problem is that I started receiving proposals, about 8 so far. Every time I refuse because I promised to wait for him. Now I am confused, is what I am doing halal or haram? I pray, Alhamdulillah, all obligatory and optional prayers, and pray qiyaam in the night as well; I fear I lose my good deeds because of what I am doing. Is a pure chaste love haram? Is my love to him halal or haram?.


I am a sister, who usually logs in to Paltalk and then goes to the Islamic rooms so that I may gain some knowledge related to our religion. Sometimes while I am in one of those Islamic rooms in Paltalk,a muslim brother(looking for a wife) in the room asks me to have a private written chat with him so that we get to know one another. Some of the questions he asks me are: where i live, my age, whether i am married(by the way I am not married), if I am planning to get marry, whether I live with my parents, and so on. My problem is, I don't know whether I am allowed(Islamicly) to give non-muharim brother those kinds of informations which related to me.
Is it really SIN to talk to a brother in writing ??.



I have a cousin (daughter of my maternal aunt) who seems to be religiously committed and of good character, but I do not know much about her personality and outlook on life, or how well we would get along. I used the internet as a means to get to know her, whilst being very careful to adhere to proper etiquette, especially since we come from a conservative family. Praise be to Allaah, I reached the decision to marry her in sha Allah, but it may take two years or more until I am ready, because I am still a student in the last year of university.
My question is: Is what I did permissible? Especially since it went on for nearly a year, because the customs of marriage in our society do not allow one partner to get to know the character of the other until they get engaged, but after that if it becomes clear that the two are not compatible and they cancel the engagement, that will lead to problems and severing of family ties. I feel worried about what I did and I am afraid that it may be considered a sin or an act of treachery. It is permissible to continue our correspondence until I come and propose marriage to her?.


I am a girl who believes in Allaah and His Messenger. Is it permissible for me to correspond with a young man through what is known as the “Pen pal corner”?.

i have a question thats bothering me alot for a while now..and i recently got divorce about a year now and i have no kids, its been a year now. my question is since i didnt' knew the guy before i got married and i got married to hum coz my parents thought he was nice for me..now since it happened with me i thought it would be nice if i know somebody before i get married not in a sense of dating but just talking and knowing whether he is a right person or wrong.. the point is i dont' want to hurt myself or end uplike this again so my question is does islam allows a girl to pick the guy and marriage i want some information regarding this.. i would appreciate your help

Internet relationships

She is afraid that her marriage may not be successful because she got to know him before marriage

I am a young Arab man who lives according to our Arab traditions, or what is known as a good attitude and etiquette, but this commitment has nothing to do with adhering to Islamic teachings, because in our country adhering to tradition does not contradict listening to music, mixing, dealing with riba-based banks and so on. I proposed marriage to a girl in the same environment that I am living in, and her family have been friends of my family for a long time. They all approved of the marriage since they know that we are both of good character. But my problem, unfortunately, started when I began to read about the rules on marriage in Islam and I started to reduce mixing and to pray regularly in the mosque and let my beard grow and not deal with riba-based banks and not listen to music and so on. Now both families are regarding me as an extremist, except those on whom Allaah has mercy, and they started to make this girl afraid of me, even though she loves me very much and has told them all about that many times. The girl wants to be committed but she is not able to do some things such as wearing niqaab or covering the face. So she too regards these things as signs of extremism in religion, as her family do.
Should I forget about this girl who is of good character and proper etiquette and who is keen to pray and recite the adhkaar of the Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him) and is trying to be committed, and who loves me and tells others of that, and does not want to lose me, but she is unable to do some things that have to do with religion, such as covering her face, and look for someone else who is committed but whose family and behaviour I do not know and my judgement of her will be only according to what I hear from those who know her family and behaviour?


Can muslim guy and girl could go out on a date before their marriage? If they do then what would be the consequences of that? What does Islam says about going out before marriage?

I read the hadiths about the prophet peace be upon him allowing the man to see the woman before deciding whether to marry her or not. My questions is, what exactelly is the person allowed to see exactelly?
Is he allowed to see her hair (entire head) ?


Tentang Khitbah / Pertunangan
What is the concept of engagement in Islam. Usually an engagement party is one in which the fiance/fiancee exchange rings. Is this the prescribed method in the shariah?.

Is it forbidden for muslims to declare the engagement (alkhotoba)? If yes, who are the people supposed to know about the engagement?
Are Close friends allowed to know about it??.


A year ago I proposed marriage to a girl and we reached an agreement on all issues, but the engagement has now gone on for a long time. Now I want to do the marriage contract, but her family are refusing and they say that she is still studying, and I have to wait three years until she finishes her studies in the university, then we can get married.
I do not know whether it is haraam for the engagement to last so long or not. I appreciate your website.


Does a brother has any legal bond on a sister he has intentions to Marry? What I actually mean is: a brother is interested in a sister and wants to marry her, however, another brother wants to marry her also but he does not want to engage her as yet (Kitbah). because one brother wants to marry the sister does that mean that the other brother should stay away?

Konsep saya tentang cinta
http://islamqa.info/en/ref/82941/love


Sunday, April 29, 2012

Hubungan Rakyat dengan Pemerintah

Saya mengambil peluang ini untuk kongsikan dengan pembaca blog ini tentang penerangan yang saya kira akan jadi sesuatu yang sangat berharga bagi semua yang masih keliru. Dengan ini kita tidak akan menoleh ke belakang lagi, dan kita boleh teruskan hidup kita tanpa ragu-ragu lagi. Biar satu dunia mengatakan kita salah, seandainya kita berpegang kepada apa yang Allah kata, apa yang Rasul kata, tidak ada sebab lagi untuk kita ragu-ragu dengan apa yang kita percaya.

diambil dari http://abuaqif.blogspot.com/2012/03/hubungan-rakyat-dengan-pemerintah.html

****************************************************************************************************************

HUBUNGAN RAKYAT DENGAN PEMERINTAH

Abu Omar, Idris bin Sulaiman
Idrissulaiman@yahoo.com


1. TUNTUTAN SUPAYA UMAT ISLAM BERSATU & LARANGAN BERPECAH-BELAH

Firman Allah:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan jangan kamu bercerai-berai” (Surah: Al-Imraan, 103)

Firman Allah:

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbalah; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah dan kekuatan kamu akan hilang; dan bersabarlah; sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.” (Surah: Al-Anfaal, 46)

Firman Allah:

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعاً كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Dan janganlah kamu tergolong dalam golongan orang-orang musyrikin. (Iaitu) mereka yang telah memecah-belahkan agama mereka dan menjadi berpuak-puak; setiap puak berbangga dengan apa yang ada padanya.” (Surah: Al-Rum, 31-32)

Firman Allah:

وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيماً فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka turutilah ia; dan jangan kamu turuti jalan-jalan (yang selainnya), kerana ia (jalan-jalan itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.” (Surah: Al-An’am, 153)


2. KEWAJIPAN BERSATU DI BAWAH SEORANG PEMERINTAH NEGARA

Firman Allah:

﴿ أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ ﴾

“Taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri (pemerintah) daripada kalangan kamu.” (Surah: Al-Nisaa’, 59)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

مَنْ أطَاعَنِي فَقَدْ أطَاعَ اللهَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللهَ، وَمَنْ يُطِعِ الأَمِيرَ فَقَدْ أطَاعَنِي، وَمَنْ يَعصِ الأميرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Barangsiapa mentaatiku dia telah mentaati Allah, dan barangsiapa derhaka terhadapku dia telah derhaka terhadap Allah; dan barangsiapa yang mentaati pemerintahnya dia telah mentaatiku, dan barangsiapa yang derhaka terhadap pemerintahnya dia telah derhaka terhadapku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿ مَنْ رَأى مِنْ أمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرُ عَلَيْهِ فَإنَّهُ مَنْ فَارَقَ الجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ، إلا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً ﴾

“Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya pada pemerintahnya hendaklah dia bersabar terhadapnya; sesungguhnya barangsiapa yang keluar daripada jemaah (orang Islam) sebanyak sejengkal, lalu dia mati, dia telah mati dalam keadaan jahiliah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Mati dalam keadaan jahiliah bererti mati dalam kesesatan dan bukan jatuh kafir" (Ibnu Hajar, Fathulbari).


3. TAAT KEPADA PEMERINTAH WALAUPUN MEREKA TIDAK LAYAK

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ﴾

“Hendaklah kamu dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang (rambut) kepalanya umpama (buah) kismis.” (Riwayat Bukhari)


4. TAAT KEPADA PEMERINTAH WALAUPUN MEREKA ZALIM

Seperti tidak berhukum dengan hukum Allah, menyeleweng, rasuah, mengaut harta kekayaan negara, sekular ataupun membunuh rakyat (sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Hajjaj bin Yusof pada zaman Ibnu Omar t & Al-Makmun, Al-Muktasim dan Al-Wathiq pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

سَأَلَ سَلَمَةُ بْنُ يَزِيدَ الْجُعْفِيُّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ قَامَتْ عَلَيْنَا أُمَرَاءُ يَسْأَلُونَا حَقَّهُمْ وَيَمْنَعُونَا حَقَّنَا فَمَا تَأْمُرُنَا فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ سَأَلَهُ فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ وَقَالَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ

“Salamah bin Yazid Al-Ju’fi t bertanya kepada Rasulullah r dan berkata: Wahai Nabi Allah, bagaimana sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan? Baginda berpaling daripadanya. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah bersabda, “Hendaklah kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggungjawab kamu.” (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿ يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جِثْمَانِ إِنْسٍ ﴾ قَالَ حُذَيْفَةَ : قُلْتُ : كَيْفَ أصْنَعُ يَا رَسُولُ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ ؟ قَالَ ﴿ تَسْمَعْ وَتُطِيعَ الأمِيرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ﴾

“Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka lelaki yang hati mereka (seperti) hati syaitan dalam badan manusia.” Berkata Huzaifah (perawi hadis): Saya bertanya: Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku berdepan dengannya? Sabda Baginda: “Engkau dengar dan patuh terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Kamu dengar dan patuh.” (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿ ألا مَنْ وُلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ، فَرَآهُ يَأتِي شَيْئاً مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ، فَلْيَكْرَه مَا يَأتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ، وَلا يَنْزَعَنَّ يَداً مِنْ طَاعَة ﴾

“Barangsiapa daripada kalangan kamu yang diperintah oleh pemerintah yang dilihat melakukan hal-hal kemaksiatan, maka hendaklah dia membenci kemaksiatan itu dan jangan (pula) dia menarik tangan ketaatannya.” (Riwayat Muslim)

5. TIDAK ADA APA JUA ALASAN MEMBOLEHKAN MENENTANG KERAJAAN

Walaupun undang-undang manusia (taghut) membenarkan; atas alasan amar makruf nahi mungkar, menghalang/menentang kezaliman, ingin islah (melakukan pembaikan) dan seumpamanya.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿مَنْ خَلَعَ يَداً مِنْ طَاعَةٍ لَقِيَ اللهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا حُجَّةَ لَهُ ، وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ في عُنُقِهِ بَيْعَةٌ ، مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً﴾

“Barangsiapa yang menarik tangan ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barangsiapa yang mati tanpa bai’ah (sumpah taat setia kepada pemerintah) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah.” (Riwayat Muslim)


6. KETAATAN HANYA DALAM PERKARA MAKRUF

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿عَلَى المَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيمَا أحَبَّ وكَرِهَ ، إلا أنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيةٍ ، فَإنْ أُمِرَ بِمَعْصِيةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ ﴾

“Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan patuh dalam perkara yang disukai dan yang dibenci, kecuali jika disuruh melakukan maksiat; sekiranya disuruh melakukan maksiat maka tidak ada ketaataan (dalam hal kemaksiatan itu).” (Riwayat Muslim)


7. LARANGAN MENGEJI PEMERINTAH

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿ مَنْ أهانَ سُلطَانَ اللهِ في الأرْضِ أَهَانَهُ الله ﴾

“Barangsiapa yang menghina pemerintah (yang dilantik) Allah di atas muka bumi, Allah akan menghina dia.” (Hadis Hasan, Riwayat Al-Tirmizi)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

لاَ تَسُبُّوا أُمَرَاءَكُمْ وَلاَ تَغِشُّوهُمْ وَلاَ تُبْغِضُوْهُمْ وَاتَّقُوا اللهَ وَاصْبِرُوا فَإِنَّ الأَمْرَ قَرِيبٌ

"Janganlah kalian mencela pemimpin kalian, jangan pula berbuat curang dan membenci mereka. Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, karena sesungguhnya urusan itu dekat" (Hadits shahih, Riwayat Ibnu Abi Ashim)

Berkata Abu Al-Dardaa’:

“Sesungguhnya tanda awal kemunafikan seseorang itu adalah dengan dia mengeji pemerintahnya.” (Riwayat Muslim)


8. TIDAK MEMBUKA AIB MEREKA DI KHALAYAK RAMAI

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِذِي سُلْطَانٍ فَلَا يُبْدِهِ عَلَانِيَةً، وَلَكِنْ يَأْخُذُ بِيَدِهِ فَيَخْلُوا بِهِ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلَّا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ

“Barangsiapa ingin menasihati pemerintah maka janganlah dia melakukannya secara terbuka, sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (pemerintah itu) dan (menasihatnya secara) tertutup; sekiranya dia menerimanya maka itu yang diinginkan dan jika tidak, maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ibnu Abi Al-Asim dalam Kitab Al-Sunnahnya. Disahihkan oleh Sy. Albani)


9. WAJIB MEMPERTAHANKAN PEMERINTAH

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿إِنَّهُ سَيَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كانَ﴾

“Akan timbul kerosakan dan kejahatan, maka barangsiapa yang ingin memecah-belahkan perpaduan Umat ini, hendaklah kamu memenggalnya dengan pedang walau sesiapapun dia.” (Riwayat Muslim)


10. KENYATAAN PARA ULAMA

Berkata Imam Ahmad r.h:

وَمَنْ خَرَجَ عَلى إِمَامٍ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَقَدْ كَانُوا اجْتَمعُوا عَلَيْهِ وَأقَرُّوا بِالخِلافَةِ بِأَيّ وَجْهٍ كَانَ بِالرِّضَا أَو الْغَلَبَة فَقَدْ شَقَّ هَذَا الْخَارِجُ عَصَا الْمُسْلِمِينَ وَخَالَفَ الْآثَارُ عَنْ رَسُولِ اللهِ فَإِنْ مَاتَ الْخَارِجُ عَلَيْهِ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Barangsiapa keluar menentang pemerintah orang Islam yang telah dipersetujui dan telah dilantik menjadi khalifah dengan apa jua cara; sama ada dengan redha atau terpaksa; sesungguhnya orang yang menentang itu telah keluar dari jemaah orang Islam serta menyelisihi Sunnah Rasulullah, dan sekiranya dia mati, dia mati dalam keadaan jahiliah.” (Usul Al-Sunnah oleh Imam Ahmad)

Berkata Imam Al-Nawawi r.h:

لَا تُنَازِعُوا وُلَاةَ الْأُمُورَ فِي وِلَايَتِهِمْ وَلَا تَعْتَرِضُوا عَلَيْهِمْ إِلَّا أَنْ تَرَوْا مِنْهُمْ مُنْكَرًا مُحَقَّقًا تَعْلَمُونَهُ مِنْ قَوَاعِدِ الْإِسْلَامِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَأَنْكِرُوهُ عَلَيْهِمْ وَقُولُوا بِالْحَقِّ حَيْثُ مَا كُنْتُمْ ، وَأَمَّا الْخُرُوجُ عَلَيْهِمْ وَقِتَالُهُمْ فَحَرَامٌ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ وَإِنْ كَانُوا فَسَقَةً ظَالِمِينَ وَقَدْ تَظَاهَرَتِ الْأَحَادِيثُ بِمَعْنَى مَا ذَكَرْتُهُ وَأَجْمَعَ أَهْلُ السُّنَّةِ أَنَّهُ لَا يَنْعَزِلُ السُّلْطَانُ بِالْفِسْقِ

“Jangan kamu menyelisihi pemerintah dalam urusan pemerintahan mereka dan jangan kamu membangkang mereka, kecuali jika kamu melihat suatu kemungkaran yang pasti berdasarkan kaedah-kaedah Islam. Jika kamu melihat begitu, hendaklah kamu mengingkarinya serta berkata yang hak di mana jua kamu berada. Adapun menentang mereka serta memerangi mereka, ia adalah haram menurut ijmak (persepakatan) Umat Islam walaupun mereka fasik dan zalim. Hadis-Hadis cukup jelas dalam hal ini dan Ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) bahawa pemerintah tidak boleh diturunkan dengan hanya kerana kefasikan mereka.” (Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi)


وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

Kajang, 24 Mac 2012
Idrissulaiman@yahoo.com

Saturday, April 28, 2012

Jiwa Parah

Baca blog orang, dan dia tulis,


"keliru juga lah dgn masalah-masalah sekeliling hari ini. minta kita memilih yang betul."

Memang pun. Susah habis rasanya nak hidup dalam dunia ni sekarang. Tak berani nak pilih apa pun.
Mungkin, solusinya adalah kesederhanaan. Dan kepercayaan yang tak berbelah bahagi kepada Tuhan.


Berlaku Jujur dengan Allah

Dapat gambar ni dari blog orang. Saje share.


dapat dari sini - http://kangensyurga.blogspot.com/2012/04/jujur-dengan-allah.html

Ada orang letak self-worth pada material, benda-benda.
Ada orang yang faham dah tak letak lagi self-worth dia pada benda-benda, sebab percaya "Yang paling mulia di antara kamu ialah yang bertakwa".

Tapi bila bersalah, rasa macam tak ada lagi tempat untuk berpaut. Hilang dua dunia.



Pandai mentafsir

Hari itu, tiba-tiba seorang kawan ni semangat la pulak nak tengok apa isi kandungan buku tulis saya. Rupa-rupanya saya ada tulis sesuatu dalam tu. Benda yang saya post atas tajuk Ujian. Dia kata best. Siap ambil gambar guna handphone lagi.

Saya tanya dia, apa yang dia faham. Sebab sebelum tu dia kata, dia faham. Dia kata lagi, dia pun pernah merasainya.

Lepas dengar jawapan dia, saya tergamam sebab jawapan dia tepat. Haha. Senang je rupanya nak tafsir kata-kata saya.

"Mungkin tak sepatutnya
mendongak ke atas
Sebab akan ternampak langit.
Langit kalau ditenung, direnung
akan terasa semakin tinggi dan tinggi.
Juga kerana bencinya pada bisikan-bisikan
yang mendewa-dewakan langit.


Langit adalah makhluk Tuhan,
biarpun sempurna tak ada cacat cela
ianya tak kekal.


Pecahkanlah berhala-berhala pujian dan sembahan
Padam hapuskanlah bisikan-bisikan setan."



Majlis perpisahan 6th year

Hmm. Saya memang dah lama dah tak terlibat pun dengan program-program KUV. Baru-baru ni mereka anjurkan majlis untuk kami 6th year.

Pagi itu, di kelas ada seorang kawan saya cakap, "batch kita memang tak menonjolkan? Macam tak wujud, tak terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelajar volgo. Tak macam batch lain"

Salah. Kalau kita yang tak terlibat atau libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kat sini, memanglah tak nampak apa-apa, jadi baik diam. Jujur saya cakap saya bangga batch saya ada nadzrul, faiz, anuar, ramdan, kak Ma, masayu dan mungkin ada lagi yang lain tapi saya tak nampak.

Masing-masing akan nampak apa yang mereka biasa buat je kot. Tapi saya special case. Walaupun saya jenis tak buat apa-apa dan malas, saya ada keupayaan untuk iktiraf apa yang orang lain dah buat.

Nak dijadikan cerita, masa majlis tu saya dapat hadiah dari KUV. Saya seorang je pulak tu. Takpe. Anggap sebab saya pernah jadi pres mereka suatu masa dulu.

Kawan saya buat lawak dengan saya, " Eehhh??! Jap, kenapa ko dapat hadiah? Apa sebenarnya yang ko dah buat?"
haha, kawan yang rapat memang suka perli. Saya jawab, "Entahlah. Anggap je aku ada pernah buat something...(sambil tergelak)"

Kawan saya yang lain pulak ada menambah, "Mungkin jasa ko kat KUV ni adalah ko berjaya untuk pass kan kelab tu daripada generasi lepas ke generasi sekarang. Kau berjaya buat kelab tak terkubur...kerja kau untuk pass je sebenarnya". Macam orang yang dalam lecture hall tolong pass kan kertas dari orang belakang ke orang depan. Tukang pass. xD

Tenkiu semua. Saya dah lama tak dapat hadiah berupa gambar saya yang di'frame'kan. Mujur tak disertakan sekali dengan kalungan bunga pada gambar tersebut. Saya juga suka kata-kata di dalamnya,

"May you always have wall for the winds,
A roof for the rain, tea beside the fire,
Laughter to cheer you, those you love near you,
And all your heart may desire"


Ok selamat malam.



Monday, April 23, 2012

Projek Menarik

Telepati

Ini adalah suatu teori yang saya pernah dengar. Dikatakan setiap manusia, apabila memikirkan sesuatu akan menghasilkan satu gelombang khas. Sesetengahnya mampu berhubung dengan menggunakan gelombang ini.
One theory leads to another. Dikatakan lagi, bahawa apabila kita memikirkan tentang orang, berkemungkinan besar orang itu turut memikirkan pasal kita. Contoh : kita tengah berfikir-fikir tentang dah lama tak call family di rumah, rupa-rupanya pada masa yang sama family kita di rumah turut menanti-nanti panggilan kita.

Walaupun demikian, kalaulah teori ini benar, maka saya mungkin akan memilih untuk memakai penutup kepala Magneto dalam X-Men ataupun mungkin pemakai helmet sepenuh masa bagi menghalang fikiran-fikiran luar menerobos masuk dalam kepala saya. Sebab apa yang beri kesan pada fikiran kita, akan beri kesan juga kepada tubuh badan kita.

Exam

Duh. Saya baru nak buat artikel hari tu bagaimana saya dah nampak teknik ataupun jadual belajar saya yang mampu menyediakan saya ke arah exam. Tapi cuti hari sabtu dan ahad telah merosakkan saya. Tak ada disiplin diri yang kuat. Hakptuih!

Ipad

Saya sebelum ni, kalau ikutkan nak tulis juga di blog ni minta kawan-kawan doakan saya agar saya dapat memiliki ipad2/ipad3. Namun semalam saya cuba-cuba kawan saya punya ipad dan terbukti saya tak memerlukan ipad. Saya hanya perlukan sebuah smartphone dan sebuah desktop. Saya tahu sebenarnya even saya sebut sebuah smartphone dan sebuah desktop SAHAJa pun masih nampak macam sesuatu yang berlebihan. Tapi percayalah memang benda-benda ni penting untuk sampaikan saya kepada matlamat yang hendak dituju. Kesimpulannya, disebabkan handphone saya sekarang ni dah tak dapat 'cope' dengan stail penggunaan saya yang sangat 'heavy', mungkin saya perlu menukarkannya. Galaxy S, walaupun awak dah banyak berjasa, tapi awak sudah 'lems' sekarang. No hard feelings. Saya akan biar awak berjasa kepada orang lain pula.

Hujan

Pagi ni sebelum keluar pergi kelas, nampak langit mendung.

"Aku nak bawak payung lah. Harap-harap hujan hari ni".

Ada seorang kawan tergelak.

Last-last, tak bawak pun. Satu, sebab tak muat nak masukkan dalam beg (payung kecil). Dua, biarlah basah kuyup pun. Sekali sekala mandi hujan apa salahnya kan. Haruslah. Membiarkan diri dibasahi hujan, adalah bukti kecintaan terhadap hujan. Manifestasi cinta. ^^

Di sini saya selitkan hadis yang saya tak pernah dengar juga sebelum ini. Serius tak sengaja saya ternampak perbualan antara dua orang pelajar Volgograd tersebut.

“Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu berkata:”Kami bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertimpa hujan, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membuka pakaian beliau sampai (tubuh beliau) terkena sebagian air hujan.”Maka kami berkata:”Ya Rasulullah, kenapa anda melakukan hal itu?” Beliau menjawab:”Karena sesungguhnya dia (hujan) adalah baru dari Rabbnya Subhanahu wa Ta'ala .” (HR. Imam Muslim)

komen tambahan dari orang yg 'share' tersebut : maksud 'baru'- hujan diciptakan oleh Allah ketika ia turun, maka hujan ialah rahmat daripada Allah disebabkan dekatnya waktu penciptaannya dan waktu ia diturunkan. saja nak share. ;D

Tulisan


Adakah orang akan bertanya akan aku ketika aku
tak pernah menulis satu kata?
Adakah orang akan mencari namaku ketika aku
tak pernah meninggalkan kesan?
tulisanku adalah diriku, diriku mustahil adalah tulisanku
jari-jariku bekerja dengan otakku
tapi tidak dengan diriku
diriku adalah kumpulan prilaku potensi dosa
diriku adalah susunan tulang daging darah
yang mungkin telah menyerap barang haram
diriku bukan milikku, lingkunganku telah mengklaimnya
Adakah orang pernah menerima aku berbeda dengan tulisanku?
Berjayalah kalimat-kalimat yang kutulis
sebab mereka mendapat teman dan musuh yang menghormati
ingin aku memasukkan diriku ke dalam tulisanku
harap aku bisa mendapat sapaan hormat yang sama
Tulisanku adalah produksi otakku yang bersahaja
tak dapat bercengkrama dengan prilakuku yang
diproduksi oleh niatku yang subjektif
tulisanku memberi tahu tentang aku ke dunia
sementara aku tak pernah berbuat yang sama
kepada tulisanku.
-Aku dan Tulisanku, Kumpulan Puisi Sastera Indonesia.

http://syafiqahrahmat.blogspot.com/2012/03/diriku-adalah-kumpulan-prilaku-potensi.html


Menarik

Ianya menarik bila kita berbual dengan kawan kita dan masing-masing seperti tahu apa yang ada dalam fikiran yang seorang lagi. Namun itu juga satu perkara yang mencuakkan sebab fikiran kita - yang mengandungi baik dan jahat seperti didedahkan buat tatapan umum. Terfikir-fikir juga, adakah fikiran saya begitu obvious? Di mana kemisterian saya sekarang ni?

Menarik juga bila sepertinya apa yang kita sedang alami, diberikan jawapan oleh orang lain. Mungkin melalui apa yang orang lain tulis, apa yang orang lain share di facebook, twitter, tumblr dan sebagainya. Orang lain itu boleh jadi kawan kita, boleh jadi juga seorang yang memang a complete stranger to us. Tapi, jawapan yang mereka berikan memang seolah-olah khusus untuk kita. Pelik dan menarik.

Saya akan kagum dengan apa yang saya peroleh daripada orang lain, tapi dalam masa yang sama juga saya tahu segala apa yang mereka lakukan itu tak ada kaitan pun dengan saya. Mereka ada kehidupan mereka sendiri. Saya tak ada sebarang kaitan atau tempat dalam hidup orang lain juga, sebab sebagaimana mereka, saya juga miliki kehidupan saya sendiri.

Pengajaran yang secara tidak sengaja saya peroleh dari kehidupan orang lain, apa yang mereka ucapkan atau kongsikan, adalah semata-mata kurniaan Tuhan buat saya. Syukur Alhamdulillah.

Menarik, sebab sesuatu benda yang kita buat secara senyap-senyap atau atau tanpa kita sengajakan, memberi cahaya yang menyuluh terang jalan orang lain. Saya harap saya pun adalah termasuk dalam orang-orang yang seperti itu.

Kata-kata yang buat saya terkesan dalam minggu ini (dipetik dari pelbagai sumber) :


"menyembunyikan kesulitan sehingga org lain menyangka bahawa dia tidak pernah ditimpa masalah"


O Allāh, make me better than what they think of me, and forgive me for what they do not know about me, and do not take me to account for what they say about me.
[This supplication was not taught to us by the Prophet (sal Allahu alayhi wa sallam), but it is one that his best friend, Abu Bakr (radi Allahu anhu) would make after being praised (some narrations state that it was a duaa of Ali radi Allahu anhu).]


Puisi Tulisan di atas pun adalah sesuatu yang bersifat jawapan kepada saya.

Guru

Belajar mestilah berguru. Memang buat masa sekarang, saya tak punya seseorang yang betul-betul boleh dikatakan guru. Saya hanya ada google reader (blog), youtube, facebook, tumblr dan mungkin beberapa laman web yang saya percaya.

Kita, adalah sedikit sebanyak apa yang kita baca, dengar dan lihat. Mungkin makan sekali. Kawan-kawan yang selalu kita lepak atau berbual bersama. Maka semua benda di atas, kita harus tapis dan tengok balik betul-betul. Kecenderungan kita harus sentiasa ke arah yang lebih baik. Kebaikan.

Saya kalau boleh memang sedang kurangkan masa bersama kawan-kawan yang 'huha huha' sebab tak dinafikan prinsip-prinsip yang saya pegang atau percaya telah jadi kabur akibat banyak menghabiskan masa bersama mereka. Bunyinya macam saya adalah malaikat kan? Yang suci dan baik? Video di bawah adalah apa yang saya percaya.



Saya kurang membaca buku-buku ilmiah sekarang. Tapi saya rasa, blog, facebook, tumblr, youtube....itu semua adalah buku saya sekarang.

Saya harap metodologi saya memahami agama ini betul. Semoga kita semua ditunjukkan jalan yang lurus.


Reader

Bercerita tentang google reader, saya rasa bloggers memang dah ramai tahu pasal benda ini. Atau pembaca blog tegar. Google reader ni macam tempat khas untuk kita baca semua blog atau website yang kita subscribe. Konsepnya samalah untuk tumblr (dashboard kita), facebook (newsfeed kita, group2 tertentu), youtube (home, setelah kita subscribe channel2 tertentu).

Nasihat buat blogger, fikir sebelum kita publish apa-apa pun. Seriously! Sebab once kita dah publish, walaupun lepas tu kita nak delete balik entri tersebut atau delete blog kita sekalipun, benda itu tetaplah ada dalam google reader tersebut. Itulah sebabnya saya masih boleh baca sesetengah link yang orang lain tak boleh tekan, dan sesetengah blog yang sekarang ini sudah dipadam, saya masih boleh baca.

Ianya samalah macam ,"Terlajak kata buruk padahnya. Kata-kata tak boleh diundur macam perahu".

Saya memang kadang-kadang nampak juga ada sesetengah orang, mungkin selepas beberapa ketika berfikir, membuat keputusan untuk menarik balik entri yang ditulis. Mungkin sebab terlalu berbaur emosi, mungkin sebab tersebut keaiban sendiri mungkin?

Tapi setakat ini, saya tak nampak apa-apa kesilapan major sangat pada entri kawan-kawan yang tak jadi nak publish tu. Lain halnya dengan seorang asing (total stranger - tak tahu tinggal mana, belajar kat mana kerja apa, semua tak tahu) yang saya subscribe ini.

Saya subscribe atas rasa kagum. Walaubagaimanapun kagum itu bertukar sedih apabila mengetahui kisah silam penulis blog tersebut.

Kisah silam yang kelam itu pun mungkin hakikatnya melanda sebahagian daripada kita juga. Oleh sebab itu mungkin saya akan memulakan projek baru di blog ini. Nama projek itu ialah projek BM.


Projek BM

Projek BM ialah singkatan bagi projek Baitul Muslim ( Keluarga Muslim ). ZAAASSS.
Lawak tak lawak, saya tetap rasa perlu teruskan projek ini di blog. Saya memang pernah utarakan hasrat ingin menulis berkaitan hal ini dalam entri saya bertajuk Arranged , tapi saya selalu tergendala.

Projek BM adalah satu projek di mana saya akan kongsikan maklumat-maklumat berkaitan proses baitul muslim dan juga segala yang terkait dengan perhubungan lelaki perempuan menurut kacamata islam.

Antara tujuan saya ingin berbuat begini adalah :

1. Atas rasa kasihan melihatkan sesetengah antara kita yang tak sudah-sudah kecewa, dan mungkin sampai melanggar batas-batas yang sepatutnya. Cycle of suffering, same story every time, but only with different 'new' people.
2. Saya rasa terpanggil untuk kongsikan apa yang saya tahu dan apa yang saya pernah kaji.
3. Sebab peribadi #1 : Saya rasa dengan menulis sesuatu yang saya faham dan percaya dalam blog ini, saya tidak akan lagi terjerumus dalam sesuatu yang akan saya sesali di kemudian hari. Dan insyaallah, saya adalah orang yang tidak akan mengkhianati apa yang saya tulis.
4. Sebab peribadi #2 : Untuk orang lain tahu apa yang saya faham tentang hal ini, dan tak akan menyalahkan saya atas apa-apa yang akan terjadi.
5. Sebab peribadi #3 : Sebagai amaran untuk semua mungkin, bahawa saya adalah orang yang tak ingin menghiraukan lagi perasaan orang lain. Saya tak perlu tahu apa yang orang lain rasa. Fokus saya hanyalah pada apa yang betul.

Untuk memaparkan kepada umum akan fikiran saya. Mendekatkan apa yang serasi dengan saya, dan menjauhkan apa yang bertentangan dengan saya.

Semoga Allah letakkan hati kita dalam teduhan yang menenangkan.


Thursday, April 19, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Hidup itu singkat #2

Asal-asalnya memang nak tulis kalau boleh sehari selepas Hidup itu singkat #1. Tapi saya seorang yang sibuk (sibuklah sangat) dan mudah 'down'.

Hilang

Saya pernah berpesan kepada seorang rakan muda (baca:junior) untuk menjaga hati. Kalau hati hilang, akan rasa malu dengan Tuhan. Tapi saya tak beritahu apa sebabnya rasa malu masa tu, sekarang baru nak beritahu. Sebab bila hati hilang, tak ada apa-apa lagi yang nak dipersembahkan kepada Tuhan.

Saya tahu saya bukanlah orang terbaik untuk memberikan nasihat serupa ini, sebab saya hanyalah seorang pendosa. Namun apa yang saya tahu, seorang pendosa yang tahu akan kesilapan dia lebih baik daripada orang yang meletakkan kecintaan terhadap sesuatu yang lain lebih tinggi dari kecintaan terhadap Allah dan Rasul. Itulah hati yang hilang. Saya rasa keadaan yang sama juga dialami oleh seorang pendosa yang telah berputus asa dari rahmat Allah.

Semoga Allah temukan hati kita yang telah hilang, dan Allah baiki hati-hati kita yang rosak.

Suara Hati

Saya ada terjumpa kata-kata ni dari fb seorang kawan.


"Tak ada yg lebih jernih dr suara hati ketika ia menegur kita tanpa suara. Teguran yg begitu halus, begitu bening, begitu dalam. Tak ada yg lebih jujur dr nurani, saat ia menyedarkan kita tanpa kata. Nasihatnya begitu hening dan kita tak kuasa menyangkal. Begitu tipis begitu mhiris. Berbahagialah org2 yg seluruh waktunya dpenuhi kmampuan utk jujur pd nurani dan tulus mdengarkan suara hati."

Mula-mula saya baca, saya memang kagumlah dengan kawan saya tu sbb boleh tulis ayat macam ni. Tapi mujurlah saya google di internet, dan rupa-rupanya tu bukan kata-kata dia! zzzzz
Tolonglah, lain kali, sesiapa pun, kalau tak dapat cari atau letak sumber dari mana dapat, sekurang-kurangnya tolong letak tanda pengikat kata " " dekat ayat tersebut.

Tapi kalau seseorang itu memang obses dengan gaya bahasa seseorang, memang tak dinafikan kadang-kadang tulisannya akan sedikit sebanyak menyerupai gaya bahasa tersebut. Maka dalam hal ini, dia memang tak bersalah sebaliknya saya memuji keadaan tersebut sebab dia telah berjaya menyerap 'perasaan/makna/suasana' yang ditulis oleh orang lain. Apa yang saya rasa tak berapa sedap hanyalah perbuatan 'copy paste' sahaja.

Bercerita tentang kata-kata tersebut, saya kira saya masih boleh bersyukur sebab hakikatnya saya tak adalah betul-betul kehilangan. Suara hati tu masih ada. Adanya suara membuktikan bahawa saya masih lagi memiliki hati saya. Suara yang dah lama menemani saya dalam perjalanan hidup saya sejak daripada saya masih kecil hingga sekarang.

Anak

Tahniah kepada Ramdan dan isteri, Aida yang telah selamat menimang cahaya mata pada hari Khamis yang lepas. Dengar cerita dari Ramdan kelmarin tentang apa yang berlaku dalam bilik bersalin, keadaan yang sangat cemasnya, kegembiraannya dan semuanya memang menggugah perasaan la. Sekejap. (haha ayat nak ego je)

Dai'e (Pendakwah)

Saya asal-asalnya memang berniat hendak mengatakan dan berjuang habis-habisan untuk cakap bahawa saya bukanlah daie. Selalunya bila bercakap pasal siapa daie, saya lebih cenderung cakap 'korang' kat kawan-kawan saya tu dari kata 'kita'. (macam apa je perangai) Mungkin sebab fobia atau ada pengalaman lepas di mana sayalah orang yang dikaitkan dengan imej agama, dan itu menimbulkan konflik dalaman yang begitu dahsyat. Tapi saya tak nafikan juga bahawa zaman itu jugalah saya merasakan zaman paling bermakna dalam hidup.

Sekarang, saya dah tak nak terlibat dalam nak bincang siapa daie dan siapa itu ini. Saya hanya nak fokus untuk jadi seorang muslim yang betul-betul muslim. Untuk terlibat dalam persoalan, daie harus begini begitu, kalau buat ini itu akan timbulkan fitnah, saya berlepas diri. Biarkanlah orang lain yang menghukum atau menganalisa. Saya dah mula menerima hakikat dunia ini memang begitu pun. Bercampur baur. Contohnya ada negara islam tak mengamalkan syariat islam, ada filem/drama islami tapi dedah aurat ke, guna hadis palsu ke, ada ustaz yang memang kaki perempuan ke, siap ada imam yang gay (di luar negara). Astaghfirullah. 

Ini semua adalah fitnah yang melanda kita sekarang. Apa yang kita boleh buat adalah memantapkan ilmu kita agar dengan itu kita boleh mengenal bahagian mana yang elok, bahagian mana yang salah. Saya rasa saya tak akan menggelarkan diri saya sebagai daie, seperti mana saya tak ingin menggelarkan diri saya salafi, ikhwani, sufi, mukmin (sebab iman itu nilaian Allah), ghuraba (orang-orang asing yg dimaksudkan hadis nabi) dan sebagainya. Tapi dalam masa yang sama kita harus rujuk Al-Quran dan sunnah, tengok ciri-ciri yang harus kita contohi dan ciri-ciri yang harus kita jauhi. Kita harus terus berusaha untuk maju. Tentang apa orang kata, samada saya ini daie ataupun tidak, terpulanglah kepada mereka untuk menilai. 

Perincian (details) adalah amat penting. Beritahu apa sifat-sifat syiah dan bukan cop orang sebagai syiah (kecuali setelah nyata dia memang memiliki semua ciri syiah, itu lain cerita). Beritahu apa sifat-sifat khawarij misalnya, apa itu khawarij dan bukan cop orang sebagai khawarij sehingga orang awam yg tak pernah dengar perkataan tu jadi terpinga-pinga.

Senior

Semalam rasanya saya terjumpa blog seorang senior yang sudah grad, tapi rupa-rupanya masih belum bekerja sebab ambil masa hampir setahun untuk menghafal Al-Quran di maahad tahfiz. Saya teruja membacanya. Apakah mungkin saya pun akan mengikuti jejak langkah beliau? Perancangan dan perjalanan hidup saya pasti akan berubah kalau saya buat macam tu sebab biasalah lepas grad mestilah nak kerja untuk cari makan. hmmm. Tak dinafikan, saya memang ada hasrat yang macam itu, menghafal Al-Quran. kalau dapat hafal dan faham maknanya, letaklah saya di mana-mana sekalipun, dalam penjara ke, insyaallah akan survive jugak. Sebab ada teman.


Ada lagi yang saya nak tulis, bersambung dalam Hidup itu singkat #3.

Friday, April 13, 2012

seperti pungguk rindukan bulan


Buat pencinta-pencinta
jadilah seperti pungguk
yang merindukan bulan

dalam dunia ini
wujud banyak pungguk
namun bulan hanya satu
maka pencinta sejati,
haruslah mencontohi pungguk
dengan menyedari,
bahawa setiap pungguk itu
tenggelam dalam keasyikan mereka sendiri
akan keindahan bulan
dan tak mempedulikan yang lain.

bulan hanya satu
kadang ia muncul, kadang ia tenggelam
suatu saat ia tunjukkan separuh mukanya
di saat yang lain ia tunjukkan seluruh wajahnya.

(sebenarnya itu pun masih separuh juga ketika bulan penuh, nak tengok full kena 3D, dan anda tahu tak bulan tak pernah tunjukkan separuh mukanya yang lagi satu LANGSUNG kepada kita? Kita hanya menghadap separuh mukanya yang sama setiap masa)

semua pungguk rindukan bulan
tapi tak satu pungguk pun yang dapat menjejak kaki
ke bulan
apatah lagi memiliki bulan.

bulan hanya makhluk yang mengikut perintah
cahayanya, hanyalah pinjaman matahari
juga letaknya dia di angkasa
bukanlah atas pilihannya sendiri.

(serius bulan tak bersalah
persoalannya sekarang, kenapa pungguk rindukan bulan?)

****************************************************************

- tolong, tafsir kata-kata di atas dari pandangan anda sendiri, dan jangan libatkan saya
-apa yang saya faham, dah tentu sangat lain dari apa yang anda semua faham, jadi jangan tanya saya, jangan mengagak-agak apa saya rasa dan jangan kaitkan diri saya dengan kata-kata di atas pun
- saya try cari tentang pungguk rindukan bulan, jumpa pula peribahasa yang hampir sama iaitu seperti jentayu rindukan hujan
- saya orang yang sukakan hujan jadi officially saya jentayu sekarang. Garuda. hahahahaha
- anyhow, anda boleh cari makna perkataan-perkataan/peribahasa pelik dari dewan bahasa http://prpm.dbp.gov.my

Tuesday, April 10, 2012

Hidup ini singkat #1

Anonymous

Saya rasa saya terpaksa 'disable' komen dari anonymous. Sebab sesetengah anonymous menakutkan saya. Komen-komen oleh anonymous membuatkan saya rasa serba salah, sebab takut tulisan saya difahami dari sudut lain oleh mereka.

Saya rasa apa yang saya boleh cakap ialah, Allah dah bagi petunjuk, maka teruskanlah kehidupan masing-masing. Allah buat hati tenang, sekalipun ada masa-masa hati itu resah, tak tenang, still Allah buat hati itu yakin.


Lawak

Hari ini kelas pertama untuk cycle Therapy. Saya pun tanya lah cikgu therapy, Khortieva yang terkenal dengan ayat-ayat beliau seperti : Stop! Malchi (senyap!) ....saya tanya dia,

"Mungkin cikgu ada koleksi X-ray yang boleh kami copy dari cikgu?"
Sebab final exam dah dekat, dan saya rasa sekali sekala jadi pelajar proaktif bagus jugak.

Jawab cikgu, " Sebenarnya, macam ni....saya rasa kamu semua nanti masa exam, kamu akan jawab dengan Emelyanov. Dia Dekan kamu kan..."
Saya dengan rakan-rakan tak faham. So kalau jawab dengan dia kenapa?

"Jadinya, Emelyanov tuh....SAYANGKANkan kamu semua pelajar Malaysia. Kamu semua konfem lepas punya lah"
LOL. Kejadaaah!!!! Saya tengah semangat nak proaktif, belajar untuk exam....kenapa bagi galakan untuk tak study pulak nih!!!

Siap cikgu tersebut menambah, " Lagipun saya ada kenalan juga, dia pun akan jadi examiner kamu juga. Saya akan cakap kat dia supaya buat baik dengan korang, supaya kamu tak susah....".

Zzzzzz. Bagus betul. Allah buat hati kita tenang melalui mulut cikgu sendiri. hahahahaha. Apa-apa pun kena study jugak. Jangan percaya kat orang sangat 100%. Apa-apa pun boleh jadi.



Prof. Muhaya

Saya asal-asalnya tak adalah minat sangat dengan prof ni. Siap masa mula-mula jadi fenomena dulu, masa tengok video dari komputer kawan, saya 'ter'lepas cakap, kata, ah, bosanlah. Sebab rata-rata orang asyik obses je....ugh serius saya tak sengaja.

Tapi lepas dengar satu rakaman ikim nih diperoleh dari sebuah blog yang saya tak ingat siapa punya...saya pun bertekad nak cari lagi di internet. Maka inilah apa yang saya jumpa.

http://e-usrah.com/audio/koleksi-segmen-islam-itu-indah-dari-prof-muhaya

http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=76

Baguslah prof Muhaya, dalam rakaman ikim.fm tuh, memang  moment lawak ada, moment sedih hampir nak nangis pun ada mendengarkan luahan hati orang-orang yang mengadukan perasaan atau masalah kat prof. Harap dapat jadi macam prof jugak. Bukan dari segi buat orang nangis, tapi dari segi jadi inspirasi dan membantu masyarakat selesaikan masalah hidup mereka. Bila kita ada asas yang kukuh, kita semua pun mampu bantu orang lain juga di samping diri kita sendiri.



Sang pencerah

Pagi semalam tengok satu video nih yang dikongsikan oleh twitter Dr. Asri....



Petangnya baca Al-Quran dan memang sampai kat ayat ini juga :

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(Muhammad, 47:7)

Ok bosanlah kan kalau nak cerita kes terjumpa je hari-hari...sebenarnya, kalau seseorang itu baca satu Al-Quran habis setiap hari, sah-sahlah dia akan terjumpa jugak ayat-ayat yang dia pernah terserempak hari itu. Itu pun KALAU.

Teringat pula kepada Kak Ayu yang pernah nasihat saya waktu saya masa second year kat sini. Dia pesan, jagalah Allah, Allah akan jaga saya. Terbaik. Masa tu memang jarang buka Al-Quran, tafsir apatah lagi. Jadi bila diberi nasihat macam ni, memang bagus. Saya tak ingat samada kak Ayu tu cikgu ke ustazah, tapi memang pada pandangan saya, kak Ayu juga adalah one of the good souls. Dan tolong jangan pedulikan takrifan good souls pada saya, saya memang main bantai je sebut.



Ya, saya salah

Sebenarnya pernah tak kita alami, bila kita dalam usrah ke, atau waktu dengar ceramah atau tazkirah...ketika orang lain bagi pengisian tu, kita rasa teguran-teguran dia memang nak hala kat diri kita sendiri? Kita fikir, 'Eh, dia nak cakap pasal aku ke ni? Biar betul...panas pulak aku nak dengar...'

Benda ni memang terjadi kat saya pun baru-baru ni. Ya Allah, kalau betullah dia memang nak tuju kat saya, memang segan lah....rasa panas pun ada. Rasa macam, "kau ingat kau bagus sangat ke? takde dosa? bidaah-bidaah yang kau buat tu pun dosa jugak la...cuma kau je yang nampak benda tu takde masalah..".

Ugh. Mujur ada suara yang mengingatkan saya, kalau kita kerja nak point out salah masing-masing, sampai bila-bila pun tak habis. Contohi para sahabat. Bila ditegur, mengaku salah je terus, tak payah nak cakap banyak. Senang. Tumpu kat diri sendiri.....kesalahan dia tu tak perlulah kita nak tegur hanya sebab kita marah kita ditegur.



Sejam video ni, kalau semangat nak tengok, boleh lah tengok.

Ego

Kita susah nak dengar apa orang cakap sebab kita ego. Seriously. Bila kita rasa kita lagi bagus (ego), rasa panas sebab orang tegur, memang tinggal harapan je lah kata-kata nasihat member kita tu nak masuk dalam hati. Saya rasa la, apa yang kita boleh buat ialah, anggap teguran kawan tadi tu (kat dalam majlis yg ramai orang), dia tak maksudkan kita, dia tak tahu pun kita buat kesilapan tu...jadi kita ambil peluang tu utk lepas ni kita dah takkan buat lagi dah.  Tapi, kalau memang dia point out kita la yang salah tu dalam majlis, ataupun cakap sehingga memang obvious kita la yang salah tu, memang sangat SUKAR lah untuk terima. Kadang-kadang memang harus lah kena penyepak. (Perkataan tersebut hanyalah simbolik, maaf). Saya memang tak suka sangat pun kena sindir-sindir ni sebenarnya. Saya lagi senang ditegur secara private.

Kalau kawan kita tu betul kawan kita, dan dia nak tegur kita...dia pasti boleh tegur kita tanpa buat kita terasa hati. Bila kita masih terasa hati atau dalam kes lain, kita pulak adalah orang yang nak menegur tu masih rasa tak tahu macam mana nak cakap dengan kawan kita yang buat salah, itu hanyalah membawa pengertian bahawa kita dan orang itu memang belum betul-betul berkawan baik lagi.

Lagi satu cara nak kikis ego adalah, be harsher to yourself. Ataupun melatih diri mempunyai skil muhasabah diri yang mantap. Seolah-olah anda ada 'mata ketiga'.

"Ketahuilah bahawa, nasihat dan teguran korang semua tak akan mencalarkan sedikit pun ego saya sebab saya mengutuk dan mencela kesalahan-kesalahan saya lebih teruk lagi dari korang semua. Jadi sebelum kamu tegur saya ni, saya dah terlebih dahulu menegur diri saya sendiri. So benda ni bukan benda baru, terima kasih kerana mengingatkan. "

lebih kurang macam tu lah.



Bersambung dalam Hidup ni singkat #2. Penat pulak nak tulis.