javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, February 19, 2009

Tamadun Yang Hilang : Zaman Kegemilangan Islam

Saya bertanya kepada dua orang rakan saya (dalam dua waktu yang berbeza)
“ Apa pendapat kau tentang umat islam sekarang?”

“Berpecah belah.” Yup, jawapan mereka berdua sama.

Kemudian saya bertanya lagi, “Kau percaya tak yang umat islam ni akan bangkit?”
Rakan saya itu kemudiannya dengan yakin dan bernasnya menjawab,
“ Mestila percaya. Takkan tak percaya, itu kan janji Tuhan?”

Saya tidak ingat apa yang rakan saya yang seorang lagi berikan sebagai jawapan, tapi seingat saya, jawapan mereka berdua sama. Mereka sama-sama mempercayai yang umat islam akan bangkit juga suatu hari nanti.

Kemudian saya tanyakan soalan cepu mas kepada mereka (saya benar-benar ingin tahu pandangan mereka),
“ Aku tak tau kalau kau sekadar percaya atau pun benar-benar percaya yang umat islam tu akan bangkit, tapi kalau betullah kau percaya, apa yang kau rasa kau boleh lakukan sekarang? Atau mungkin kau fikir yang umat islam itu akan bangkit tanpa kau ada apa-apa peranan di dalamnya?

Dan jawapan mereka berbeza. Saya juga tidak dapat memberikan jawapan yang konkrit. Caranya tidak penting, kerana kita sama-sama ingin melihat islam itu menjadi sesuatu yang begemerlapan juga suatu hari nanti. Kita pula tidak sewajarnya menetapkan pandangan kita atas orang lain, bahawa cara kita sahajalah yang betul, sebaliknya kita harus berlapang dada menerima perselisihan pendapat atau khilaf dalam perkara ini.

Dalam artikel saya kali ini saya ingin mengajak kita semua untuk bermimpi. Mengenang kembali kisah silam, untuk melihat apa-apa yang kita telah terlepas dalam perjalanan ini.

Maka di sini saya ingin bercerita kepada kalian tetang sebuah tamadun yang hilang dalam lembaran-lembaran sejarah yang disembunyikan.

Perhatikan kata-kata Carly Fiorina, bekas CEO Hewlett-Packard ini tentang apa yang difikirkannya tentang tamadun islam :

The date was SEPTEMBER 26, 2001, here is an extract from her
speech:

I'll end by telling a story.
There was once a civilization that was the greatest in the world.
It was able to create a continental super-state that stretched from
ocean to ocean, and from northern climes to tropics and deserts.
Within its dominion lived hundreds of millions of people, of
different creeds and ethnic origins.

One of its languages became the universal language of much of the
world, the bridge between the peoples of a hundred lands. Its
armies were made up of people of many nationalities, and its
military protection allowed a degree of 1 peace and prosperity that
had never been known. The reach of this civilization's commerce
extended from Latin America to China, and everywhere in between.
And this civilization was driven more than anything, by invention.
Its architects designed buildings that defied gravity. Its
mathematicians created the algebra and algorithms that would enable
the building of computers, and the creation of encryption. Its
doctors examined the human body, and found new cures for disease.
Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved
the way for space travel and exploration.
Its writers created thousands of stories. Stories of courage,
romance and magic. Its poets wrote of love, when others before them
were too steeped in fear to think of such things.
When other nations were afraid of ideas, this civilization thrived
on them, and kept them alive. When censors threatened to wipe out
knowledge from past civilizations, this civilization kept the
knowledge alive, and passed it on to others.
While modern Western civilization shares many of these traits, the
civilization I'm talking about was the Islamic world from the year
800 to 1600, which included the Ottoman Empire and the courts of
Baghdad, Damascus and Cairo, and enlightened rulers like Suleiman
the Magnificent.

Although we are often unaware of our indebtedness to this other
civilization, its gifts are very much a part of our heritage. The
technology industry would not exist without the contributions of
Arab mathematicians. Sufi poet-philosophers like Rumi challenged
our notions of self and truth. Leaders like Suleiman contributed to
our notions of tolerance and civic leadership.
And perhaps we can learn a lesson from his example: It was
leadership based on meritocracy, not inheritance. It was
leadership that harnessed the full capabilities of a very diverse
population--that included Christianity, Islamic, and Jewish
traditions.

This kind of enlightened leadership — leadership that nurtured
culture, sustainability, diversity and courage — led to 800 years
of invention and prosperity.
In dark and serious times like this, we must affirm our commitment
to building societies and institutions that aspire to this kind of
greatness. More than ever, we must focus on the importance of
leadership-- bold acts of leadership and decidedly personal acts of
leadership.

With that, I'd like to open up the conversation and see what we,
collectively, believe about the role of leadership.



Kadang-kadang kita juga berasa kesal dengan perkara ini. Mereka, orang-orang Barat, orang-orang yang belum pun memilih islam sebagai jalan hidup mereka sendiri dapat melihat keagungan tamadun yang terbina atas dasar-dasar islam. Tapi bukan kita yang menemui perkara tersebut ?

Mulai sekarang, jadikanlah diri kita orang-orang yang mencintai Tuhan. Orang-orang yang merindukan tamadun islam tertegak semula di muka bumi, saat kita takkan lagi dibelenggu di bumi sendiri, dan kita memperoleh kebebasan seluas langit dan bumi.

Untuk mengingatkan kembali harapan yang mungkin pernah kita hasratkan suatu masa dahulu, atau membangkitkan kembali diri kita dari kekecewaan terhadap apa yang berlaku terhadap umat islam abad ini, maka saya ingin memetik kata-kata Syeikh Al-Maududi, dalam kitabnya Syahadatul Haq :

“Semuanya hanyalah umpama awan yang berarak pada musim panas yang tidak berapa lama lagi akan hilang. Kamu akan perhatikan bagaimana dakwah kamu yang benar ini dan akhlak kamu yang tulus ini akan mula mempengaruhi manusia dan akan mula meresap ke dalam hati dan fikiran manusia yang matang. Seluruh alam akan mengakui sifat amanah, bersih dan luhur yang ada pada kamu. Mereka akan menaruh harapan pada kamu dan mengharapkan kamu melayan mereka dengan adil dan saksama. Mereka akan berkeyakinan dengan kamu dan ketelusan kamu ketika berurusan dengan mereka.

Tuan-tuan akan melihat
seluruh manusia akan bersandar kepada kata tuan-tuan. Mereka akan merujuk segala perselisihan mereka kepada kata tuan-tuan dan mereka akan bergantung sepenuhnya kepada tuan-tuan. Pada ketika itu, pemimpin yang kufur dan sesat tiada nilai lagi.

Segala asas falsafah, politik dan ekonomi mereka akan goyah. Segala tipu helah
mereka akan terbongkar apabila berhadapan dengan kejujuran kamu dan cara hidup
kamu yang istiqamah. Segala kebenaran dan kepalsuan, segala yang tiruan dan yang
asli akan dapat dibezakan dengan jelas, dengan perbezaan yang amat ketara.

Segala
kekuatan dan keupayaan yang pada hari ini anda lihat berpihak kepada barisan kufur dan bernaung di bawah panji mereka, anda akan lihat semuanya akan berpecah dan terlerai satu demi satu untuk menyertai barisan Islam dan bernaung di bawah panji
Islam. Hinggalah akan datang suatu masa ketika mana sosialisme sendiri akan merasa
takut di dalam kubu mereka sendiri, takut dengan nasib sendiri. Kapitalisme pula
akan merasa gementar di dalam tanah tumpah darah mereka sendiri, takut mereka
akan lenyap dan kehilangan kuasa. Universiti-universiti di London dan Paris tidak
mampu lagi bertahan sebagai pusat kepercayaan menentang tuhan dan pusat falsafah
kebendaan. Malah tidak wujud lagi mereka yang menyokong fahaman fanatik
perkauman dan semangat kebangsaan yang wujud dalam komuniti Brahma dan
Jerman.”


Mungkin akan tiba masanya nanti dunia akan melupakan Juliet dan akan mengangkat Balqis? Bercerita tentang Balqis, bagi saya Balqis adalah sebuah kisah menarik penuh rahsia yang mungkin akan saya kupas dalam sebuah artikel yang lain selepas ini.

Namun buat masa sekarang, saya ingin agar kita menanamkan perasaan bangganya kita dengan agama yang kita anuti ini.

Sunday, February 15, 2009

Angin


Angin, dengan izin Raja;
sampaikan salam kesejahteraan, cambahkan cinta
sebarkan berita kesatuan umat manusia
juga tentang ketundukan dunia dan angkasa
bawah panji ketuhanan yang Satu

Angin bukan dewa, ia hanya hamba Raja.

Ia tak berbuat apa-apa pun
saat merentasi negeri aman dan medan perang
saat melintasi ladang subur dan tanah gersang
anak-anak kecil masih menangisi kehilangan ibu
perut masih kosong tak terisi

Lalu bila angin menyapamu dalam masa-masa yang akan datang
tanyakan kepadanya maksud ketuhanan yang sebenar.

Hati

Hati ingin menangis bila tak mampu memecahkan
tembok tinggi yang memisahkan antara diri dengan sang pencipta
bila tak upaya menembusi hijab antara sang pencinta dengan yang dicintai

Doa telah dipanjatkan, berulang-ulang kali;
- saat hujan turun, dalam pekat malam
beserta kemuncak hati yang sangat menginginkan
dan suara itu telah berbisik dari sudut hati yang paling dalam
"tempatkan aku, tempatkan aku wahai Tuhan
dalam golongan pencinta yang telah menemui maksud perjalanan
dalam golongan yang hasrat hatinya telah dikabulkan."

Nyatanya ketamakan manusia itu tak pernah hilang bukan?

pertemuan dengan teman satu perjalanan yang turut mengembara
lewat dunia mimpi mulanya menerbitkan kelegaan namun
kemudiannya menyemarakkan cemburu

walhal teman dan dia itu serupa;
kerana destinasi yang dituju itu satu jua, tidak dua dan tidak tiga...


cemburu itu nikmat bila kita boleh berlari
tapi sakit bila kita hanya merangkak

Barangkali selamanya hati itu tidak akan hampir dengan Tuhan bila ia masih bersiar-siar.

Thursday, February 12, 2009

Tidak pernah bertemu, bisakah mengenal?

Dua orang yang tidak pernah bertemu
bisa sahaja menyedari
kewujudan temannya yang seorang lagi

Mereka adalah kebenaran dunia yang tidak mampu disembunyikan oleh manusia-manusia berhati busuk, dan walau oleh sesiapapun. Sungguh aku cari teman seperti mereka, dan aku khuatir yang aku tidak punya waktu untuk bertemu.


Hari ini saya memulakan lagi perjalanan saya membelek helaian-helaian elektronik dari internet. mata saya sempat menangkap satu nama tokoh yang menurut perkiraan saya, saya tidak pernah mendengarnya 2 tahun lepas. lalu saya buka artikel tentang Sayyid Qutb. Ingin tahu juga siapa sebenarnya dia yang diwar-warkan Barat sebagai pencetus radikalism dalam islam dan bukunya Milestone yang dikatakan Red Book of Mao? kalau tak silap.

Saya petik dari artikel bertajuk Sayyid Qutb :

SYED QUTB BERSAMA IKHWAN AL-MUSLIMIN

Peringkat terakhir daripada perjalanan hidup Syed Qutb bermula daripada tahun 1951, tahun penyertaannya ke dalam jama’ah Ikhwan al-Muslimin, sehingga ke tahun kesyahidannya tahun 1966. Bagi Syed Qutb, tempoh itu sangat penting baginya. Beliau sendiri menganggap tahun 1951 sebagai tahun kelahirannya semula.

Syed Qutb menyertai jamaah Ikhwan al-Muslimin, dua tahun sesudah kematian pengasasnya Imam al-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Mereka berdua tidak pernah bertemu walaupun dilahirkan di tahun yang sama 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum.

Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan wahdatul-fikr. Bagi Hassan al-Banna setelah membaca buku “Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”, karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya (Syed Qutb ) adalah sebahagian daripada kita ( Al-Ikhwan ). Seterusnya Imam al-Banna telah menyakinkan para pemuda Ikhwan bahawa “orang ini” (Syed Qutb) akan menyertai al-Ikhwan tidak lama lagi.

Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Malah kematian al-Banna sangat terasa kepadanya walaupun beliau belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis sewaktu berada di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Berbeza dengan sikap orang-orang Amerika yang bergembira dan bagaikan berpesta menyambut berita tersebut.

Sekembalinya dari Amerika Syarikat, Syed Qutb terus mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Beliau akhir menemui suatu “kebenaran” yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dengan Allah untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Pengalaman seperti ini sebenarnya tidak terhenti di situ. Di seluruh dunia, pada saat ini, persaudaraan, persahabatan yang tak pernah diceritakan atau ditayangkan dalam movie-movie yang kalian tonton, sedang bercambah. Gerak nadi mereka sama. Mereka mengenal yang lain. Saya bisa mengenal, kalian juga begitu.

Moga kita memiliki hati yang tulus dan dengan itu kita boleh mula mengenal dengan pasti.