1. Masalah dengan orang baik ialah kadang-kadang mereka rasa lebih baik daripada orang lain. Tidak, orang yang merasa dirinya baik bukanlah seorang yang baik.
2. Masalah dengan orang jahat pula ialah mereka bodoh, sentiasa melakukan dosa berulang kali.
3. Ada pula di antara kita yang senang berada di tengah-tengah; tidak jahat sangat atau tidak baik sangat. Kalau begitu tak ada bezanya dengan seorang yang berdosa, yang sentiasa berfikir,
"Apa yang aku lakukan boleh dimaafkan lagi. Ada orang lain yang jauh lebih jahat daripada aku"
Apa kamu tak pernah dengar?
Boleh jadi Tuhan akan memasukkan kamu ke syurga hanya kerana satu kebaikan kecil yang kamu lakukan. Boleh jadi juga Tuhan akan menghantar kamu ke neraka hanya kerana satu kejahatan kecil yang kamu lakukan.
Satu perkara mungkin nampak kecil di mata manusia, tapi boleh jadi satu perkara besar di hadapan Tuhan.
4. Orang yang melakukan dosa, hati mereka mula hitam.
Bila hati sudah terlalu hitam, cahaya pun tak dapat menembusi hati. Ilmu adalah cahaya.
Orang yang melakukan dosa, jika putus asa daripada mengharap rahmat Tuhan, akan semakin tenggelam dalam dosa.
Tak ingat ke kisah pembunuh 99 orang manusia? Kemudian menjadikan seorang pendeta sebagai yang ke-100? Kalau bukanlah kerana rahmat Tuhan, pastilah dia termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.
5. Perkiraan Tuhan yang amat terliti, tak sampai rasanya akal hamba hendak memahaminya.
No comments:
Post a Comment