javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, November 29, 2011

Arranged

Filem Arranged

Semalam saya menonton satu filem bertajuk Arranged.

Tentang cerita Arranged,

"Seorang wanita yahudi ortodoks dan seorang wanita muslim bertemu dan menjalin persahabatan di New York. Cerita ini juga menceritakan kehidupan mereka, persamaan mereka dan 'mainly' perjalanan mereka bertemu dengan jodoh masing-masing."



Bila sampai umur tertentu semua orang akan mula memikirkan soal perkahwinan secara serius. Saya pernah mencari segala maklumat tentang perkahwinan, secara serius, namun banyak kekeliruan yang timbul.

Thursday, November 24, 2011

Masa Membuatkan Kita Berubah



"Ugh. Perasaan seolah-olah diri 'terbakar' kerana berhadapan dengan orang yang mempunyai 'aura kebaikan' di sekelilingnya adalah sesuatu yang tidak enak. Ya, sepatutnya mengelak sahaja, tapi ada baiknya juga berperasaan seperti ini. Sekurang-kurangnya, diri yang terbakar itu tahu bahawa masih ada lagi harapan yang wujud dalam dunia ini. masih ada orang baik dalam dunia ni."

Continue to stand tall albeit your soul is turning to ashes.

"Hei budak. Masa akan tetap berjalan. Sila transformasi diri, 'evolve', 'awakened' atau apa sahaja yang mereka panggil; sila berubah dalam cara yang mengkagumkan seiring dengan masa yang berjalan. Sebab dalam beberapa tahun akan datang (sekiranya aku masih hidup tentunya), aku ingin melihat semula kamu, antara orang-orang yang aku pernah kenal pada masa lepas, dan berasa kagum melihat perkembangan diri kamu."

***********************************************************************************************

Subway

"Eh, kau tau tak Subway (sebuah restoran sandwich) dah bukak kat center?"

"Betul Subway dah ada kat center?"

"Haah, dah seminggu dah."

"Betul ramalan aku. Aku dah lama ramalkan Subway akan bukak kat center lepas aku pernah pergi Subway yang kat Volshki tuh."

"Ah, kau ni tahyul nak main ramal-ramal pulak".

Contoh kedai Subway

Suatu hari dalam minggu lepas, saya, Ezuwan dan Yadi pergi makan di Subway. Cantik, tambah lagi satu tempat sesuai untuk lepak-lepak kat Volgo ni, sambil makan-makan. Jika hendak jimat, beli satu roti Subway yang panjang itu kemudian bahagi dua dengan rakan anda. Anda boleh jimat 10rubel seorang, dan mungkin lebih, bergantung roti Subway yang anda beli.

Kelas OZZ. 

Minggu lepas, saya, Ezuwan dan Yadi pergi bertiga makan di Subway selepas habis kelas OZZ. Apa yang diajar dalam kelas OZZ adalah sesuatu yang tidak diajar dalam subjek-subjek medik yang lain. Kami belajar statistik, bagaimana untuk menggunakan algebra, rumus dan macam-macam lagi untuk mengira statistik. Kami juga belajar tentang bagaimana sistem perkhidmatan kesihatan berfungsi di negara-negara seperti USA, Jepun, China, Jerman dan Rusia sendiri. Dan dalam kelas OZZ itu juga saya mendengar pengakuan cikgu sendiri bahawa sistem pembelajaran medik di Rusia adalah satu kesilapan.


" Kamu perasan tak yang selama 6tahun kamu belajar kat sini, apa yang kamu belajar semuanya teori. Sikit atau mungkin tak ada praktikal langsung. Pernah kamu buat prosedur (.......)? Cuba kamu terangkan macamana nak buat (......)? Sebenarnya bukan kamu, foreigner students je yang mengalami masalah macam ni. Russian students sendiri pun tak boleh nak jawab.

Bukannya sebab apa. Di sini kamu semua disumbatkan dengan teori dalam kuantiti yang sangat banyak dengan harapan suatu masa nanti, bila kamu berpeluang mempraktikkannya, mungkin kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan medik itu ada, kamu boleh keluarkan teori tu daripada kepala kamu dan gunakan ilmu pengetahuan yang ada pada kamu. Kat sini tak banyak peralatan yang canggih...

Kamu juga tak diajar bagaimana untuk memberikan ubat kepada pesakit berdasarkan status sosioekonomi mereka. Kamu harus berikan ubat yang cost effective buat pesakit. Mungkin ada ubat yang sangat berkesan, tapi kalau pesakit tak mampu, nak buat apa? Berdasarkan apa yang saya tahu, contohnya di UK, doktor-doktor yang buka klinik swasta gaji mereka dibayar oleh kerajaan mengikut jumlah pesakit yang datang berjumpa dengan mereka. Di UK pesakit akan memilih doktor-doktor yang mampu berikan perkhidmatan dan rawatan yang terbaik buat mereka, rawatan yang cost effective, mengikut guidelines yang ditetapkan oleh syarikat insurans kesihatan dan sebagainya.

Berapa harga ubat, ubat yang mana lebih berkesan, itu semua perlu diketahui oleh doktor di UK jika mereka ingin memperoleh gaji dari kerajaan. Sangat kompetitif."

Teringat pula kata-kata Abang Syukri yang sekarang ni sudahpun bergelar MO di Malaysia, seorang senior lepasan VSMU, " Memang akan ada satu masa nanti kamu lepasa dari Rusia ni rasa bodoh sangat, tak tau apa-apa. First thing first, korang kena terima hakikat tu. Tapi persoalannya adalah, adakah korang tak boleh adapt dengan situation tu? Adakah korang tak boleh jadi seorang doktor yang baik? Dengar sini. Berdasarkan pemerhatian, graduan lepasan dari Rusia lah yang memiliki adaptive skill yang paling tinggi".

Mungkin lambakan teori yang disumbat di Rusia ada kaitan dengan adaptive skill yang Abang Syuk cuba nak sampaikan. Layan. Tadahkan kepala untuk serap semuanya, harap-harap berguna di masa hadapan. Harap-harapnya semua akan 'make sense' nanti.


Tetang Hari Kiamat.

Berbalik kepada kisah kami makan roti di Subway. Sedang kami makan, tiba-tiba topik berkaitan dengan Hari Kiamat timbul. Memang topik Hari Kiamat adalah suatu topik yang besar dan abstrak, dan hanya Allah sahaja yang tahu tentang bila berlakunya Hari Kiamat itu. Namun itu tidak bermakna semua orang tidak patut membincangkannya, dan tidak patut bertanya apa-apa soalan sekalipun berkaitan hal itu.


Sebab bagaimana seseorang itu hendak tahu benda yang benar, benda yang betul kalau dia tidak dibenarkan langsung untuk bertanya? Pertanyaan adalah perlu, namun jawapan dan perbincangannya haruslah berdasarkan sumber-sumber yang jelas dan sahih. Jangan mengatakan sesuatu yang kita tidak ada pengetahuan tentangnya, dan jangan sekali-kali membuat andaian. Kesimpulannya, seseorang itu haruslah sentiasa bertanya semua perkara yang tidak dia fahami, mendengar hujah-hujah dari sumber yang sahih atau 'legit', membandingkan kesemua perbincangan atau hujah yang ada, dan akhir sekali membuat keputusan untuk menerima atau berpegang dengan hujah yang mana satu.


"Mengikut hadis sahih, menjelangnya hari kiamat, akan berlaku satu pertempuran terbesar antara orang islam dan bukan islam. Satu pertiga akan lari dari medan perang - golongan ini Allah tidak akan ampunkan sampai bila-bila, satu pertiga lagi akan mati syahid, dan satu pertiga lagi yang masih tinggal akan menang dan mereka inilah yang akan menikmati hasil kemenangan itu.

Seorang ulama yang menyampaikan hadis ni memberikan pesan, jangan kita doa supaya pertempuran tu berlaku dalam masa terdekat, atau kita berdoa semoga kita terlibat dalam orang-orang yang berperang itu, sebab boleh jadi bila masa tu tiba, kita sebenarnya tak bersedia dan tak mampu untuk menerima dugaan tersebut. Takut-takut kita yang akan jadi satu pertiga yang lari dari medan jihad tu. Sebaliknya kita haruslah sentiasa berdoa agar kita mendapat perlindungan Allah, dan semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang Allah murkai."


"Aku tak rasa kiamat tu akan berlaku dalam zaman kita. Mungkin zaman anak cucu kita nanti"

"Tak boleh cakap macam tu. Kita tak tahu bila kiamat boleh berlaku. Bila-bila je"

"Haah. Kita tengok je la perubahan sekeliling kita. Kalau orang yang dah mati 50, 70tahun lepas, hidup semula hari ni, dia pasti rasa dia macam dah ada kat dunia lain. Perubahan berlaku di sekeliling kita, teknologi, bangunan-bangunan pencakar langit, transport, internet. Cuma kita je yang tak sedar. Kita sekarang berada kat zaman semuanya berlaku dengan pantas.

Kalau kita tengok, dulu masa kita darjah 6, kita tak pernah tahu bayangkan pun orang putih tu ada yang islam. Apa yang kita tau hampir semua mat saleh tu Kristian kan? Tapi sekarang kita tahu kita dah tak boleh cakap macam tu lagi. Islam dah tersebar kat merata dunia dengan pesat.

Dan kalau kita tengok hadis yang cerita pasal fasa-fasa pemerintahan, iaitu pemerintahan nubuwwah (nabi), khalifah-khalifah, kemudian diganti dengan pemerintahan-pemerintahan yang seterusnya, kita ni boleh kata dah fasa kedua terakhir dah ni".
(sumber boleh tengok video di bawah....saya harap mungkin ada yang boleh beritahu kesahihan hadis tersebut....)





Perhatikan bagaimana zaman berubah. Manusia pun berubah. Perhatikan sekeliling. Atau kita juga boleh perhatikan diri kita sendiri, sejauh mana kita dah berubah dalam puluhan tahun yang telah kita lalui.

Thursday, November 17, 2011

Memilih Bidang Kepakaran (I)


" Sedikit sebanyak, mungkin saya dah jumpa apa yang saya cari. Selama ni saya berharap akan menemui setiap penyelesaian untuk setiap masalah dalam hidup. Saya nak hidup saya sempurna, tahu segala-galanya. Tapi apa yang saya temui ini, tidak menjanjikannya. Sebaliknya, apa yang saya temui ini memberitahu saya bahawa walaupun saya tidak tahu tentang satu perkara, tapi jawapan sentiasa ada. Bila masa itu tiba, saya akan memperoleh jawapannya. Setakat ini satu demi satu benda baru yang saya belajar. Keyakinan saya tak akan goyah lagi. Mungkin boleh dikatakan perkara ini adalah sesuatu yang saya boleh pegang walaupun masih terdapat banyak perkara lagi yang saya masih tidak tahu".
-Tentang jalan orang-orang zaman silam.

"Kalau seseorang itu dapat tidur, bangun, makan, kerja dan bermain atau berehat, dia sebenarnya dah memiliki seluruh dunia".

"Aku memang tak guna! Macam mana aku boleh terfikir pun nak buat keputusan seperti itu. Bila fikir balik, aku hanya ikutkan emosi semata-mata. Aku tak pernah bersedia, tambahan pula ada tanggungjawab yang harus diselesaikan. Macam tak sedar kemampuan sendiri".
Harus guna otak, bukan perasaan. Harus sabar, dan tidak tergesa-gesa.

"Dont rush things. If the thing is worth having, it is certainly worth waiting."

**********************************************************************************************

Tahun pertama pengajian. Hujung tahun 2006.

"Bang, zachot tu apa? Saya dengar zachot tu macam...benda yang kalau kita dapat kita dah tak payah jawab exam. Betul ke?" tanya saya kepada senior.

"Ha? Kalau dapat zachot tak payah jawab exam? ....Kahkahkahkahkah!"

Peh. Tanya je pun, tak pasal-pasal kena gelak. Lawak sangat soalan itu agaknya.

"Benda yang sebaliknya. Zachot tu lah yang korang kena dapatkan supaya korang boleh jawab exam. Yang pasal tak payah jawab exam tu, nama dia avtomat. Benda lain." senior yang lain menerangkan.

Zachot seperti jam kredit bagi subjek-subjek yang kita belajar untuk satu-satu semester. Setiap pelajar di sini memiliki satu buku khas yang dipanggil buku zachot. Apabila peperiksaan menjelang tiba, sesi pengajian akan berakhir. Maka tugas setiap pelajar adalah mendapatkan pengesahan jam kredit daripada cikgu untuk setiap seubjek yang dipelajari.

Namun tak semua akan mendapat pengesahan tersebut kerana terhalang oleh beberapa masalah. Hal ini akan menyebabkan seseorang pelajar tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan. Antara masalah-masalah yang wujud adalah, seorang pelajar tersebut tidak datang lecture, dalam kelas pernah fail dan perlu menghadiri kelas ulangan, ataupun pernah tertinggal kelas samada disebabkan sakit ataupun sengaja ponteng kelas.

Hidup tak seronok kalau proses mendapatkan zachot terlalu lancar. Jadi di sini saya sebagai senior menasihatkan junior untuk sekali sekala dalam hidup, tidak salah rasanya mempunyai masalah untuk mendapatkan zachot. Itu semua adalah asam garam belajar di Rusia. Rasa berdebar-debar, bimbang tidak dapat menduduki peperiksaan, itu semua adalah pengalaman yang sukar diperoleh. Tapi memandangkan ramai pelajar zaman sekarang yang 'always play by the rules' dan rajin, maka lupakan nasihat saya. Anggap sahaja saya bergurau. Heheh. Nanti ada pula yang kata saya suruh mereka ponteng kelas, fail dalam kelas. Bagi yang tak pernah gagal, berani tak untuk gagal?

Hey, failures mean you can begin again more intelligently. Don't fret it.


November 2011.

Saya ditugaskan untuk mengambil zachot daripada Khortieva, seorang cikgu Therapy. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang Pulmonology (pakar paru-paru).

"Katalah, katalah awak dibenarkan melanjutkan pelajaran, awak nak pilih bidang apa?"

"Hmm, buat masa sekarang saya tak tahu lagi nak pilih apa, samada nak lanjutkan kepakaran atau tidak pun saya tak tahu lagi. Tapi mungkin, kalau berpeluang saya akan ambil Pediatrik."
Ok Pediatrik sebenarnya adalah bidang yang susah, dan saya tak ada sebab pun sebut Pediatrik sebagai pilihan saya melainkan sebabnya hanyalah saya suka tengok budak kecil. Tapi kita memang kena pilih benda yang kita suka, bukan?

"Uuu...Pediatrik? Susah, susah. Salah satu sebab dia awak tahu tak kenapa? Kalau awak jumpa pesakit dewasa, awak boleh tanya dia soalan yang boleh difahami. Tanya budak? Apa pun tak boleh jawab...", cikgu memberikan nasihat.



'Hmm, betul jugak kan' (baru jumpa 'disadvantages' Pediatrik setelah 5tahun belajar medik. Huh)
"Apa pendapat cikgu tentang Psychiatry?"

Jujurnya Psychiatry bagi saya adalah sesuatu yang menarik. Tugas yang utama adalah mendengar macam-macam cerita daripada pesakit. Serius, benda ini betul. Setiap pelajar akan ada subjek atau 'cycle' Psychiatry,dalam tahun kelima pengajian di mana pelajar-pelajar akan berinteraksi dengan mereka. Kami diberi pesakit yang tergolong dalam kategori sederhana teruk. Pesakit saya bulat dan comel. Dia mula menceritakan kisahnya kepada kami. Tentang dia ada kelas muzik (belajar piano kalau tak silap), dan tentang dia yang dah kehilangan ibunya ketika masih kecil. Dia minta kertas, saya bagi. Dia minta pen pun saya bagi melihatkan dia nak sangat menulis dan melukis. Tapi lepas itu saya dimarahi rakan-rakan kelas saya sebab bagi benda tajam kat pesakit. Dikhuatiri pesakit akan menggunakannya untuk melukakan dirinya sendiri atau pesakit lain. 'Cis. Kecoh gila, rilek sudah la. Dia nak tulis la guna pen tu.'

Kalau kategori pesakit psikiatri paling teruk? Duduk dalam ward yang macam penjara. Mereka dilabel agresif dan berbahaya kepada masyarakat. Cool.

Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian, kadang-kadang susah juga membezakan yang mana betul, yang mana satu adalah sekadar imaginasi atau cerita rekaan pesakit.




"Psychiatry, hmm...bagus jugak. Tapi baik pilih Neurology. Kalau saya diberi peluang sekali lagi, saya nak pilih Neurology. Buat Physical Examination, tengok simptom-simptom, kemudian bagi rawatan. Kemudian tengok progres pesakit.

Saya tak galakkan awak mengelak dari jadi pakar dan jadi doktor biasa sahaja. Sebab apa? Biar saya cerita kat awak. Jadi doktor biasa lagi awak kena fikir pasal banyak perkara, awak perlukan lebih banyak masa untuk belajar semua penyakit yang ada dalam dunia ni. Jadi pakar senang, awak hanya perlu fokus satu bahagian sahaja.

Dan bagi saya, saya tak berminat ambil bidang-bidang yang rawatannya kompleks dan tak menunjukkan sebarang hasil. Macam mana nak rawat penyakit gila? Susah. Nak rawat penyakit-penyakit macam Diabetes dan yang berkaitan dengan hormon - Endocrinology, penyakit-penyakit tu hanya boleh dilambatkan prosesnya, tak dapat sembuh 100%. Bidang Cardiology pulak,huh, membosankan. Ramai Cardiologist satu hal, dan lagi satu, Cardiologist, tengok ECG je dah boleh tahu apa penyakitnya", cikgu bercerita dengan panjang lebar.

"Awak ada masa 6 bulan lagi kan? Awak gunakan masa ni untuk belajar sedikit sebanyak bagaimana nak sambung pakar di negara awak ,berapa lama masa belajar..."

"Ok, nanti saya tengok-tengok".

...bersambung...

Sunday, November 13, 2011

Bosan dan Ketagihan


"Jangan jadi budak nafsu, kawan."

"Kenapa mudah sangat berubah? Semalam kau insaf, hari ni kau seperti tak rasa apa-apa?"

"Masih tak jumpa apa yang kau cari? Sabar. Kena tempatnya, keadaannya, orangnya dan masanya yang sesuai, kau akan jumpa apa yang kau cari. Kerja Tuhan siapa yang tahu?"

"Aku rasa biar je lah budak-budak tu ikut Abu. Aku rasa tak ada masalah. Apa yang nak direbutkan sangat, kalau ada apa-apa benda yang penting nak dicakapkan, aku boleh je sampaikan." Amir, dilihat sebagai naif di suatu pihak, sedang di pihak yang lain dilihat sebagai seorang yang malas.



Bosan. Addicted.

Cuti pun bukan buat apa pun. Tidur, main game, tengok movie. Bila mood macam ni, mulalah malas nak membaca, malas menulis segala. Cadangnya nak cerita pasal raya haji tapi hampas sahaja yang ada.
Seharian baca komik. Kalau sekali start balik, susah nak tinggal. Bersyukur je lah bukan ketagihan series atau pun drama Korea.


Terima Kasih

Terima kasih kat mereka yang sudi baca apa yang saya tulis. Terima kasih untuk yang mengkritik. Terima kasih juga yang baca tapi tak cakap apa-apa. Terima kasih kat orang yang kata saya ada bakat menulis, dan ada kemungkinan saya boleh buat buku. Huh. Terima kasih kat orang yang pesan saya jangan berhenti menulis saat saya rasa bosan sangat.

Baru-baru ni terima komen berbunyi dari anonymous,

"Terima kasih untuk blog yang menarik "

Tapi kemudiannya komen tu hilang, seperti sudah dipadam.
Terima kasih kepada semua anonymous,tak kisah sama ada anda seorang lelaki atau pun perempuan (walaupun saya prefer orangnya adalah perempuan) kerana sanggup luangkan masa beri komen.

Wednesday, November 9, 2011

Salji lagi

Susah rasanya hati.Macamana agaknya nak menulis sesuatu supaya tak nampak baik melebihi apa yang sepatutnya dan dalam masa yang sama tak menceritakan dosa-dosa kita.

Salji

Hari ini salji pertama turun untuk musim sejuk kali ini. Ada yang kata mereka nampak salji dalam kuantiti yang kecil pada ahad lepas bersamaan hari raya haji tapi disebabkan saya tak nampak so it doesnt count.
Di rusia ni ilmu geografi yang dipelajari semasa di sekolah tak berapa tepat. Setiap musim lebih kurang tiga bulan, dan musim sejuk bermula hujung bulan 12. Tapi di sini awal bulan november dah turun salji. Hujung bulan tiga atau awal bulan 4 setelah semua orang dah pakai baju musim bunga, salji turun tiba-tiba juga.
Boleh dikatakan musim sejuk di rusia mengambil tempoh yang lebih lama, iaitu lebih kurang 5 bulan. Walaupun begitu di Volgograd salji susah nak jumpa. Jadi bila salji turun terasalah seronok balik walaupun ini adalah salji untuk tahun yang keenam.
Pemandangan seluruh bandar dibalut oleh salji putih adalah sesuatu yang cantik. Seluruh bandar seolah-olah sedang tidur dan salji seperti menyembunyikan segala perkara yang berlaku dalam kehidupan penduduk bandar ini.
"-8, snowing....now i remember camne winter...:D"
-etie
Memang betul pun. Dalam dua tiga hari yang lepas, suhu dah pun mencecah -10celcius. Ini baru awal bulan November.
Hari ini saya keluar agak lambat sedikit berbanding kawan-kawan yang lain kerana menyiapkan bekal. Saya ramalkan saya boleh berjimat 50-60 rubel dengan berbekalkan sosej dan nugget yang saya bawa dari rumah.
Sesampainya saya di tempat menunggu mashrut a.k.a. van sapu, kelihatannya ramai orang sedang beratur. Kawan saya yang keluar awal tadi pun masih belum menaiki mashrut. Mungkin sebab perubahan cuaca hari ini, jalan sedikit sesak. Ia mungkinlah sama seperti jalan kat KL yang tiba-tiba sesak sewaktu hujan turun.

Jatuh

"Weh korang tak ingat ke Maher pernah jatuh 360 darjah dekat-dekat Ploshad Lenin on the way kita nak gi Buchanok?"

Haha. Semuanya gara-gara nak test sliding di kawasan jalan yang licin. Jalan tersebut serupa benar seperti tempat orang bermain ice skating.

"Ada je satu tempat lagi aku pernah jatuh. Kalau korang ingat on the way nak ke morphokorpus, lepas turun tramvai (tram), kena lalu selekoh kan? Situ memang selekoh maut tu."

Rasanya memang ada orang saja buat dajjal. Kawasan tu memang sengaja dilicinkan cantik-cantik. Huh.

Salji putih menyeronokkan, tapi jika yang turun adalah salji yang agak cair ataupun hujan, hal ini akan menimbulkan masalah kepada pejalan2 kaki terutamanya. Apabila salji cair bercampur dengan kekotoran jalan, ia akan menjadi lumpur. Apabila lopak air hujan membeku, jalan menjadi licin. Saya rasa semua orang pernah jatuh disebabkan jalan yang licin.

Bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan memudahkan perjalanan, petugas bandaraya di sini akan mula menabur pasir di merata tempat : tempat-tempat pejalan kaki, jalan raya dan sebagainya. Pasir membantu memberikan cengkaman yang lebih oleh tapak kasut ataupun tayar kereta, memberikan daya geseran yang diperlukan agar tidak tergelincir.

Bilik masih lagi sejuk walaupun central system heater yang dipasang di setiap bilik sudahpun mula berfungsi. Jika ingin bilik panas maka anda harus bekerja lebih; menggunakan additional electric heater dan juga paling penting 'seal' tingkap. Kalau tingkap tidak di'seal' dengan celophane tape (pita selofan) khas, pasanglah heater banyak mana pun, bilik pasti masih sejuk (sewaktu kemuncak mUsim sejuk).

Saya pasti akan merindui angin musim sejuk menampar muka saya, berhati-hati berjalan agar tak tergelincir dan juga berhimpit-himpit dalam mashrut ataupun bas yang sesak.