javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, December 19, 2009

Tolong

Tolong

Saya sangat marah. Jiwa saya kacau.
Adakah manusia boleh mati kerana kemarahan?

Semoga fikiran sentiasa dipenuhi dengan-Nya
biarpun jasad dikongkong daripada mengabdi.

Tolong,
tolong bukakan pintu itu.

Jika pintu sememangnya terbuka,
maka hilangkanlah kabus
sembuhkanlah penglihatan hamba yang buta.

Tolong,
tolong penuhkan diri hamba dengan cinta
yang menjalar dalam seluruh urat nadi
yang mencengkam darah daging.

Atau hamba perlu melalui kesakitan untuk memperolehnya?

Saya manusia pelik
yang menjalani hidup
dalam huru-hara dunia

Hamba tak dapat berpaling lagi
tapi apa yang harus hamba lakukan?

Tolong,
tolong jernihkan fikiran hamba dengan kebenaran.
Jernihkan dengan pengetahuan tentang-Mu
tentang kerajaan-Mu
tentang asal-usul
tentang...
segala-galanya.

atau

Tolong,
tolong leburkan diri hamba
biar ketiadaan hamba jadi saksi kewujudan-Mu.

6 comments:

Dr.Ahmad Ramdan Zainordin, MD said...

dogmatically meaningful..
thanks for this great masterpiece...=)

Fuzzy A! said...

I don't think it's wrong to be angry. The whole idea that one should never be angry is ridiculous. That's like changing God's creation, right there.

Now, what we do with that anger, that's a whole nother question.

Maher said...

glad u like it ramdan. ini adalah bahasa rahsia, saya tengah bagi 'signal' untuk mereka yang faham..tolonglah, saya nak bertemu dengan orang yang faham lebih kurang whatsoever.

and yeah, anger is needed to further push u to a place where cowardice cant.
neway, nice food tonight..try to remember the 1000rubel..lol

Fuzzy A! said...

Duuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuude, so not me, ok. Johan Ariff bin Juhari bukan pimp.

areteak said...

maher mmg mntop..

Maher said...

doakanlah saya akan dapat bersabar sentiasa walaupun memiliki hati yang sensitif...ya, sensodyne pun tak dapat mengubatinya.