javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, September 13, 2009

Perempuan 'Psiko'

Anda tak salah baca. Saya betul-betul nak bercerita tentang perempuan yang 'psiko'.

Perkataan psiko berasal dari perkataan Greek 'psyche' yang bermaksud minda atau jiwa. Selalunya perkataan ini digunakan untuk orang yang mengalami masalah psikologi atau 'hilang hubungan dengan dunia sebenar' (sumber:wikipedia).

Psiko mula digunakan dengan meluas terutamanya oleh golongan muda yang sukakan bahasa-bahasa gempak, bombastic dan suka mengikuti perkembangan semasa. Antara perkataan-perkataan yang kalau-anda-tak-tahu-anda-bukan-remaja ialah bajet, poyo, potong stim, apon, dan lain-lain lagi. Penggunaan 'psiko' terlalu meluas sehingga saya pun pernah dilabel sebagai psiko.



Berdasarkan pengalaman saya, psiko juga digunakan apabila seseorang itu dikatakan dapat memberi ancaman kepada orang lain. Tahap psiko yang paling tinggi ialah apabila orang sekeliling mengubah gelaran psiko itu kepada 'mental'.

90% daripada orang-orang 'mental' tidak dapat diselamatkan lagi.

Baik, berhenti berleter. Saya persembahkan dua kes perempuan psiko - perempuan yang buat saya rasa terancam.

Kes 1

Saya menghadiri sebuah program berdekatan dengan LCCT. Pada suatu pagi, saya pergi ke LCCT tersebut untuk mengeluarkan duit daripada mesin ATM.

Saya beratur di belakang dua orang pramugari. Sila ambil perhatian, ketika itu saya berbaju Melayu merah dan berjambang. Pramugari yang sudah mengeluarkan duit kemudian berdiri di belakang rakannya, berhampiran dengan saya. Sambil mengibas-ngibaskan tangannya, dia pun berkata,

"La, patutlah panas. Ada Tok Imam kat sini rupanya".

Erk. Saya hanya mampu menelan air liur. Saya agak risau, adakah saya mengeluarkan haba tak seperti manusia normal? Mungkin saya perlu membeli sebuah termometer selepas ini.


Kes 2

Tempat : dalam LRT. Saya sedang duduk, menunggu LRT tersebut tiba di Sentul. Di hadapan sebelah kiri, berdekatan dengan pintu ada dua orang gadis remaja. Seorang Cina dan seorang Melayu. Mereka nampaknya berkawan baik. Mungkin inilah kesan daripada satu Malaysia : persefahaman.

Dua atau tiga stesen sebelum Sentul. Salah seorang daripada mereka hendak turun. Lalu mereka pun mencium pipi masing-masing (atau sekadar melaga-lagakan pipi, ah, saya tak perasan sebab rabun).

Cina : Eh, ada orang tengok la (sebab kita mesra sangat macam ni)
Melayu : Biarlah dia nak tengok. Apa salahnya? (sambil kedua-dua orang itu memandang saya)

Aduh, tolong sikit. Jangan perasan sangat. Kalau dah sampai menghalang pandangan saya melalui tingkap, apa kejadahnya? Tahulah nak promosikan racial unity tapi tak perlulah sampai nak menjeling-jeling kat orang lain.

Saya cuba buat bodoh sehingga seorang lagi gadis tersebut turun di stesen berikutnya. ugh.

7 comments:

arif fadilah said...

ehm...satu pengalamn yg menarik.
berjalan, melihat, mendengar, dan berfikir amat penting. melihat gelagat2 manusia yg pelbagai rencah dan pelbagai akal amat menarik.

Anonymous said...

mungkin pramugari itu patut diajar sebelum menjadi 90% golongan yang tidak dapat diselamatkan lagi.
baru panas dunia belum yang di sana nanti.

Maher said...

huhuh...anon, betul, pramugari itu patut dibimbing...

tapi bagaimana nak bimbing orang lain? adkah dgn mempunyai rasa benci terhadap orang tersebut? adkah dgn berfikir yg kita pun akan terselamat di akhirat nnt?

Semoga dengan memiliki kasih sayang maka Tuhan yang Maha Penyayang akan mengampunkan kita.

Anonymous said...

betol tu..
bukan benci..
cuma 'marah kerana sayang'
hehe..

p/s: bukan kerana dia pramugari ye

Maher said...

haha

Anonymous said...

sy mempunyai teman wanita yg psiko..lagi pening..xtau cmne nk elakkan diri dgn pompuan ni..sudah bnyak kali die cuba bunuh diri bile sy berjauhan kerana urusan kerja smpi mengugat pretasi kerjaya sy.bile pergaduhan kecil pun same..sy rase benci smpi ingin batalkan hasrat sy utk mengahwini die tahun hadapan,tp bila die yg putuskan hubungan,die nk bunuh diri..sy hanya ingin keluarga yg baik dan tidak beri masalah pada sy suatu hari nnt.kadang2 sy stress bagai nk gile.sy xtau bgaimana nk putuskan hubungan ni,sbb da terlampau benci dgn tindakan psiko die..

Maher said...

awak tny saya ke mcamana nk settle problem tuh? hmm...ada byk cara yg terlintas kat kepala saya -
1. report die kat rumah sakit jiwa atau jabatan kebajikan
2. penuhi segala permintaan dia (dlm erti kata lain anda mgkin tk akan dapat keluarga yg baik, kerjaya anda juga akan terjejas)
3. anda sendiri latih dia jadi baik, dengar cakap, sabar...jika anda mempunyai karisma kemampuan untuk melakukan ini, lebih baik pilih yang ke3