Tuhan hidup, dan tidak mati.
Tuhan yang memiliki keindahan, menciptakan pelangi untuk kita. Kita - aku, kamu dan mereka.
Tuhan hilangkan matahari, kemudian Dia turunkan hujan. Rupa-rupanya Dia nak bagi kita pelangi. Ini semua orang biasa dengar. Sentiasalah berfikir, semua perkara mesti ada tujuan. Bahawa penciptaan langit dan bumi bukanlah sesuatu yang sia-sia dan tidak bermakna.
Kata Fariduddin Attar, kagumilah hasil karya Tuhan meskipun Dia sendiri memandang itu semua sebagai tiada.
Betul bukan? Kewujudan adalah milik Tuhan, yang ada pada kita adalah...kosong. Ketiadaan.
Apa manusia tak ingat manusia pernah alami waktu itu? Waktu manusia masih sesuatu yang tak dapat disebut? Tak ada nama?
Namun tiba-tiba manusia jadi penentang, menentang Pencipta.
Dari cahaya putih terserak tujuh warna dan terbentuklah pelangi. Manusia juga seperti pelangi, miliki warna tersendiri. Manusia itu merah, hijau, biru dan kadang-kadang ungu.
Sedar asal usul sendiri, memahami orang lain. Dengan itu kita akan bentuk pelangi yang indah!
No comments:
Post a Comment