javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, May 26, 2012

beard dan penapisan

saya terbaca satu komen di tumblr:

"How can I stop being so "man-crazy" (lol), as in not being all obsessive with good-looking men and things of that sort. What do you think is the best way to lessen that and calm down? -- Also when attending Islamic Events what would be your advice in keeping it calm and collected with seeing bearded beautiful brothers(lowering the gaze, etc), &just to focus on the lecture. I know, I sound CRAZY."


memang tergelak setelah membaca komen tersebut.

Atas semangat ingin tahu, saya cubalah 'google' apakah pandangan perempuan sebenarnya kepada lelaki berjambang ni. The responses are mixed, ada yang suka ada yang tak suka. Tak pasti mana satu majoriti.

(haha. rasa janggal menulis perkara ini dengan nada yang serius dan tampak intelektual)

***********************************************************************************************

penapisan.


Sebelum pergi lebih jauh dalam hal ini, saya ingin menceritakan kepada kalian akan proses penapisan. Proses penapisan adalah proses untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu dengan menyingkirkan sesuatu yang kita tidak mahu. Boleh faham?

Penapisan yang berlaku secara 'natural'/semulajadi adalah penapisan yang terbaik. Saya tidaklah menentang habis-habisan proses penapisan yang dilakukan dengan terancang oleh manusia. Namun dalam proses penapisan yang manusia lakukan, kita kena tengok balik ciri-ciri yang digunakan untuk menapis orang lain. Adakah ia semata-mata rekaan manusia ataupun memang sudah tertulis dalam kitab suci dan hadis? Sebab kadang-kadang hanya dengan menggunakan beberapa ciri-ciri tertentu sahaja kita rasa kita sudah boleh menghukum tahap kefahaman/kekuatan/kebaikan orang lain secara umumnya. Bagi saya, itu tidak tepat.


Penapisan yang berlaku secara natural/semula jadi, boleh kita lihat dengan banyak di sekeliling kita.

seorang lelaki yang sukakan perempuan seksi dan mendedahkan banyak benda, pasti akan teragak-agak menerima seorang gadis bertudung dan menutup aurat. Di sini, tudung dan pakaian yang menutup aurat itu menapis lelaki-lelaki yang ada. Jadi yang tinggal adalah lelaki-lelaki yang sukakan perempuan yang menjaga aurat mereka. (perlu diingatkan juga, mungkin masih ada lelaki-lelaki tersebut yang sukakan perempuan seksi cuma mereka masih mampu berfikir yang mana lebih baik).

Saya juga suka untuk memberikan contoh berkaitan proses baitul muslim. Dalam sesetengah proses, dua orang, muslim dan muslimah yang tidak pernah berkenalan rapat,tidak pernah berhubung secara rahsia antara satu sama lain, dipertemukan atau dipasangkan oleh ustaz ataupun orang tengah. Itu adalah satu penapisan. Contohnya, menapis orang-orang yang tidak mempunyai pergantungan yang tinggi kepada Allah. Sebab ramai yang tidak berani menggunakan proses tersebut adalah disebabkan kalau 'join', maka tak boleh lagi ada pilihan lain, ataupun tak dapat kenal betul-betul pasangan yang lagi satu (sebab tak boleh berkomunikasi dengan bebas). Hanya yang betul-betul tinggi harapnya pada Allah je yang join. (Atau mungkin yang jenis sangat desperate. LOL.) Program ini juga dapat menapis orang yang nak mendirikan rumahtangga betul-betul atas dasar agama, dan dalam kes-kes tertentu, hendak dipertemukan dengan orang yang sama fikrah atau jemaah. (saya tidak mengatakan proses ini tidak ada cacat cela langsung dan juga tidak menolak adanya kemungkinan cara lain yang betul dan syar'ie)

Proses penapisan akan menjauhkan diri kita daripada apa yang kita tidak kehendaki, dan mendekatkan diri kita dengan apa yang kita senangi.

Banyak lagi contoh lain.

Keenganan kita untuk menghadiri majlis-majlis hiburan akan mengelakkan diri kita dari berkenalan dengan kawan-kawan yang suka hiburan.

Menyatakan sesuatu pendirian kita akan menarik orang-orang yang mempunyai pendirian yang sama dengan kita dan menjauhkan orang-orang yang tidak sama pendirian dengan kita.

*********************************************************************************************************

beard.


Jadi berbalik kepada kes jambang/janggut (beard), maka proses penapisan juga berlaku di sini. Seorang pemuda X, setelah melakukan kajian yang terperinci, maka dia dapati wajib untuk memelihara janggut/jambang (beard). Tidak dibenarkan mencukur. Maka dia pun berusaha untuk mengikuti apa yang ditetapkan oleh Allah dan rasulNya. Walaupun demikian, tak semua orang menyukai tindakannya(ada yang suka juga, obviously). Misalnya ada kawan-kawan perempuan/lelaki yang tak suka dengan jambang pemuda itu, dan menjauhi diri mereka daripadanya. Mungkin mereka melihat bahawa memiliki jambang adalah sesuatu yang selekeh. Mungkin jika setelah diberitahu tentang dalil-dalilnya sekalipun, mereka tetap tidak senang dengan hal itu. Jadi kehilangan mereka, kawan-kawan kepada pemuda X itu, actually, it's not even a loss. It's a gift. Sebab apabila mereka memperlekehkan jambangnya, bererti mereka juga sebenarnya menolak kepercayaan pemuda itu. Memikirkan bahawa kepercayaan terhadap sesuatu adalah lebih besar dan berharga, maka kehilangan perkara lain sepatutnya tidak ada apa-apa harga. Kalau saya pun yang jadi pemuda itu, saya memang tidak hendak ada apa-apa kaitan dengan orang yang memperlekehkan kepercayaan saya.

Bila fikir-fikir balik, bagus juga ada jambang sebenarnya (tiba-tiba nak menjiwai watak pemuda tersebut). Katakanlah majoriti perempuan tidak sukakan jambang, maka itu akan lebih memudahkan seseorang lelaki itu untuk menjaga dirinya. Tak ada pun orang yang hendak rapat atau berani menjeling-jeling. Kalau pandang pun, pandangan yang menghina. Masalah hanya akan timbul sekiranya perkara yang berlaku adalah sebaliknya; jambang tersebut bukan sahaja menarik perhatian orang ramai bahkan memikat ramai orang, termasuklah lelaki. maka itu memang masalah.

Akhir cerita, setiap sesuatu yang telah diperintahkan atau disyariatkan, pasti ada hikmahnya. Dan salah satu hikmahnya mungkin, adalah kesan penapisan.
Berpegang dengan islam pasti tidak akan tersasar atau tersilap. Hidup akan lebih tenang, walaupun ujiannya mungkin banyak. Hanya bila kita mencari-cari yang selain itu, barulah kita menemukan pelbagai kekecewaan dan kesusahan dalam hidup kita.

p.s : antara link-link yang menarik saya jumpa dalam proses saya nak mencari jawapan.

http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20120404141014AAiRC1q
http://in.answers.yahoo.com/question/index?qid=20091015213105AAJiUbK

niqab, tak sama dengan hijab. hukumnya pun berbeza.

No comments: