javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, December 12, 2010

Seperti langit dan bumi

Saya adalah seperti bumi. Tak kira bagaimana saya berputar, saya nampak langit.
Hakikatnya tak pernah berubah bahawa saya adalah bumi, dan bukannya langit.
Seperti langit dan bumi.






# Saya dah tak menulis sangat kat blog walaupun saya ingin menulis. Sebab kalau boleh saya ingin cerita kat kalian, bagaimana hidup saya, perasaan saya, orang-orang yang saya jumpa, pandangan saya tentang beberapa perkara, tentang persatuan-persatuan....tapi saya tak boleh. Ada orang akan ambil kesempatan. Ada orang akan 'push' fahaman-fahaman mereka ke atas saya. Saya hanya ingin berkongsi dan bukannya bergaduh. Nampaknya saya hanya dapat berkongsi dengan Android (Galaxy S) saya sahaja setakat ini. Dan mungkin bercakap dalam bahasa yang tak difahami di blog ini, seperti apa yang saya tulis di atas,itupun jika saya rasa ingin menulis.

Friday, October 15, 2010

Bidadari di madinah

Adakah kita pernah bercita-cita untuk tinggal di madinah? Kerana hadis nabi ada menyebut :

Narrated Abu Bakra: The Prophet said, "The terror caused by Al-Masih Ad-Dajjal will not enter Medina and at that time Medina will have seven gates and there will be two angels at each gate guarding them."

Narrated Anas: Whenever the Prophet returned from a journey and observed the walls of Medina, he would make his Mount go fast, and if he was on an animal (i.e. a horse), he would make it gallop because of his love for Medina.

- sahih bukhari




Semasa melihat anak muda,teringat akan penghuni syurga yg semuanya muda dan kacak-kacak. Semasa berbaring terlintas ayat suci :

"Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan)
berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya -
dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat
(kepada mereka) untuk dipetik."
ar-rahman 54


Bagaimana hubungan kita dengan nabi kita? Adakah kita merasakan seperti nabi masih ada bersama-asama dgn kita pada hari ini? Silalah lihat video maher zain.



Tabah menghadapi dugaan,ttp brbuat baik trhadap jiran yg menyakiti kita, berlumba dgn isteri..


"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya
tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum
mereka oleh manusia dan jin"
Ar-rahman : 56


hanya memandang saya. Tak pernah memandang org lain. Baik akhlaknya, lg cantik parasnya. Tetap tinggal di tempatnya. Layak ke? Sebab mgkin sy memandang org lain lebih byk dr bintang di langit....

Kebinasaan.

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."
Ar-rahman 26-27


yup. Semua orang akan binasa. Awak akan binasa. Saya akan binasa. Orang-orang yg sy suka atau sayang pun akan binasa.


Mungkin rasa syukur yg lahir dr hati yg plg dalam dpt menyelamatkan. Dan setiap yg datang dr hati akan mampu menyentuh hati juga.





Perkara yg paling sedih adalah...hmm..saya tk tahu apa perkara yg plg sedih. Tapi dilupakan oleh seseorang yg dekat dgn kita, yg kita jaga dan kita perhatikan sentiasa...adalah satu perkara yg menyedihkan.

"Dia dekat dengan kita,tapi kita jauh drpd-Nya" -Fariduddin Attar

Thursday, September 30, 2010

Perbezaan

Berbeza benar saya dan mereka. Nilai-nilai yg saya pegang seolah-olah seperti dunia lain apabila dibandingkan dengan jalan hidup mereka.

Hidup hanya untuk Tuhan, utk agama. Harta, pangkat, jodoh segala apa yg mereka lalui berbeza dengan keinginan saya. Hidup hanya utk nafsu. nafsi-nafsi. Terikat dengan tanah, bermimpi menyentuh langit.



Manusia yg tak diterima dua dunia. Ah, ke arah mana hidup akan dipermudahkan, jalan buruk atau jalan baikkah?

Jaluran takdir tak akan putus. Persoalannya, bilakah jaluran kita akan bertembung, kawanku?

Kawanku, saya sedang menulis nota ini sewaktu berada dalam sebuah dewan mendengar conference. Tahu tak apa yg membezakan kita dengan binatang menurut speaker tersebut?

"keinginan memakan ubat membezakan manusia dengan binatang".



- "Lembu, lembu....awak nak makan ubat tak?"
+ "Mooooooo!!"

World

This world is totally f@#ked up.

Girls love bad boys, men love bitches.


Lebih baik jadi playboy dari ber'couple', sebab girlfriend langsung tak sama dengan seorang isteri.

Kecantikan dan otak jarang berkumpul sekali dalam diri seorang perempuan. Jadi kalau anda seorang perempuan yg tak cantik, maka gembirakanlah hati anda sebab anda mempunyai otak. Jika anda perempuan cantik pun sepatutnya gembira sebab lelaki pasti sukakan anda (walaupun anda tak ada otak). Huhuh.




Yang berotak adalah yg sangat matang, pandai berfikir tentang dunia sekeliling, dan mungkin memiliki mata yg mampu menembusi diri saya seolah-olah saya adalah seorang halimunan?


Sedang yg cantik tak payah cakap banyak sebab subjektif, tapi cantik amat sampai tak ada otak adalah yg mampu mencairkan hati lelaki yg memandang. Ceh.

"psychiatrists try to find when in the past that a person screwed up. I want to look into the future.I believe we all screwed up.we are a screwed up community"
- David Wygant

Saya meminati david wygant dan banyak belajar daripadanya. Ilmu yg diajarkan olehnya ibarat pedang dua mata, jika anda gunakannya ke arah yg jahat anda mmg akan jadi jahat.hahah. Tapi kalau anda gunakannya ke arah kebaikan, anda boleh jadi baik juga.

Biar saya beritahu ada satu lagi perkara. Anda mungkin tak popular atau tak diminati perempuan (misalnya) tapi jika anda tahu apa sebabnya anda jadi begitu, itu satu perkara lain.
Anda tidak lagi menjadi org yg sedih dengan nasib sendiri sebaliknya bangga kerana itu adalah pilihan anda, anda yg memilih untuk jadi begitu.

As if you take control of everything.

Wednesday, September 22, 2010

Mata

"mata menggambarkan jiwa seseorang"

Saya ingin melihat mata setiap orang, dan mengetahui jiwa mereka. Dan apa yg mereka fikirkan.

Pernah suatu masa seorang kawan menyebut "aku nak jumpa org yg boleh tahu samada kita sedih, marah atau gembira masa tengok mata kita".

Kemudian saya balas, "kau pun tak pernah tgk mata kau sendiri masa kau marah, sedih atau gembira. Kau tau ke mata kau macamana masa-masa macam tu?"

Walaupun demikian, pandangan mata juga boleh menipu, dan amat membahayakan.

“Sesungguhnya pandangan itu adalah salah satu daripada panah Iblis yang beracun. Barang sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan menggantikannya dengan manisnya keimanan yang dapat dia rasakan di dalam hatinya.” (Hadis riwayat at-Tabrani).


Manisnya iman.

Kesatnya hati.

Akibat selalu memandang, maka hati pun merana dengan penyesalan yang tak putus-putus.
Keinginan yang tak terpenuhi.






Saya sendiri tak pasti tentang kemisterian mata, tapi bagi saya mata adalah anggota yg paling cantik dan hebat yg ada pada manusia. Ada banyak warna, ada banyak saiz.


Dan semestinya saya juga berharap,

"alangkah baiknya jika ada org yg mampu melihat mata kita dan menerangkan kepada kita diri kita sendiri yg kita sendiri masih tak faham-faham. Diri kita sendiri yang masih kita cari namun tak jumpa-jumpa".

Thursday, September 16, 2010

Perhatian!! Saya ada handset baru.

Yup saya ada handset baru yang cantik dan canggih. Haah saya dah lama tak menulis blog.
Tetapi walaupun saya sudah lama tak menulis dalam blog ini, kenyataan tetap tak berubah yg saya memiliki sebuah handset yang canggih, cantik dan cemerlang. Oh oh oh.

Nama handset saya ialah Samsung Galaxy S i9000. Butir-butir selanjutnya anda boleh google sendiri.









Saya adalah seorang yang suka berlagak. Dan sombong. Saya tak memiliki byk benda dalam dunia ni, tapi selalunya saya berlagak dan bangga dengan apa yg saya ada. Hakikatnya, semua benda yang saya anggap adalah kepunyaan saya sebenarnya bukanlah kepunyaan saya. Kepunyaan siapa sebenarnya? Pemilik kita, Pencipta kita. Tetapi saya tetap berlagak dan bangga dengan kurniaan itu. Saya berlagak sebab saya ada handset. Ada duit. Ada desktop. Ada keluarga, saudara mara, kawan2. Walhal pencapaian saya tak setinggi mana. Apa yang saya ada dan segala apa yang berkaitan dengan saya sentiasa nampak besar di mata saya, walau nampak kecil di mata org lain. Sedangkan orang lain pula kelihatan kecil di mata saya.

Orang kata, kalau anda lelapkan mata anda akan terbayang orang yang paling penting dalam hidup anda. Dan saya hanya terbayangkan diri saya sendiri. Saya adalah orang paling penting dalam hidup saya. Saya...jatuh cinta dengan diri saya sendiri. Lucky i dont have any asexual reproduction mechanism or otherwise i sure as hell will have me as my son. Lol.

Always self over rating.

Saya sedang belajar subjek psychiatry di sekolah. Berjumpa dengan pesakit-pesakit psikiatri, cuba memahami simptom-simptom dan sindrom-sindrom psikiatri. Sedikit sebanyak saya merasakan yg saya juga menunjukkan simptom2 seperti amnesia, philosophical intoxication, depersonalization dan sebagainya.

Yakin bahawa diri tak sakit jiwa, tapi pada hakikatnya diri memang seorang yang sakit jiwa dan perlu berjumpa dengan doktor, adalah antara ciri-ciri pesakit psikiatri. Tak sedar yang kita sebenarnya sakit.


Mungkin, kita semua sebenarnya sakit? Cuma kita je yang masih tak sedar.

Tuesday, August 3, 2010

Bertapa di Malaysia sehari lebih baik dari 1000 hari berada di Volgograd Rusia

Cewah.

Sebenarnya tajuk di atas memang tidak masuk akal sama sekali. Tidak perlu dirasionalkan dan dikupas.

Selamat tinggal Volgograd dan Malaysia pun mengucapkan selamat datang kepada saya.

Gila. Perjalanan dari Volgograd ke Malaysia mengambil masa selama 4hari. Dalam perjalanan tersebut banyak dugaan yang dialami. Samada saya gagal atau lulus dalam dugaan tersebut, itu merupakan cerita yang orang lain tak perlu tahu.

Bermula pada 5petang hari Rabu, bertolak ke Moscow menaiki keretapi selama lebih kurang 21jam. Musim panas. Lelaki Rusia akan mengamalkan polisi buka baju dan sesiapa sahaja; lelaki atau perempuan lebih senang memakai shorts lebih-lebih lagi anak-anak muda. Sedikit tercabar di situ. Dengan mata biru yang berkilau-kilau....#$$%%$@@
Saya makan bihun, nasi goreng, sandwich...tapi tak satupun makanan tersebut saya sediakan. Saya beruntung kerana dikelilingi oleh manusia-manusia yang pemurah, berhati baik.


Terus tiba di Moscow 2ptg hari Khamis. Penerbangan kami dijadualkan pada pukul 3ptg hari Jumaat. Kami bermalam di penempatan khas yang terletak di stesen keretapi dengan kos sebanyak 900rubel. Di sinilah hp Ezuwan hilang dicuri Russian man. Sepatutnya kehilangan hp yg menyimpan kenangan selama 4 tahun di Rusia dapat membuatkan sesiapa sahaja menangis tapi dia tetap tak nangis. Mungkin dia akan nangis di rumah nanti. Semasa kejadian itu berlaku, Nazrul dan Zul sempat lagi berborak dengan pencuri tersebut.

"Kenapa budak ni tidur kat katil ni? Sambil menuding ke arah Ezuwan)",tanya pencuri tersebut kepada Nazrul dan Zul.

Nazrul dan Zul kebetulan tengah mamai pada ketika itu tidak terfikir tentang kemungkinan bahawa pencuri tersebut telah pun menyeluk hp si mangsa. Kejadian berlaku pada pukul 7pg lebih kurang.

Malang memang tak berbau.

Bertolak pada pukul 3ptg waktu Moscow (7mlm waktu tempatan - bila saya kata tempatan saya merujuk kepada tanah tumpahnya darah saya iaitu Malaysia) dan tiba di Malaysia pada pukul 3ptg esoknya. 24jam tolak transit di Doha 7jam jumlahnya adalah 17jam dari Moscow ke Malaysia.

Dalam penerbangan dari Moscow ke Doha, pun ada benda menarik berlaku. Ezuwan diapit oleh dua lelaki kaya dan personaliti yang sangat menarik - panjang ceritanya, malas nak tulis. Sementara itu saya pula diapit oleh seorang model dan seorang lagi engineer. Lelaki dan perempuan, kedua-duanya Russian. Ugh, terkadang mereka berborak sesama mereka dalam bahasa Rusia dan ternyata penguasaan bahasa saya sangat lemah. Sangat rendah diri rasanya. Tambah lagi saya memang kaku kalau berada berdekatan dengan wanita ajnabi.

Sampai di Malaysia.

Malaysia memang lagi sejuk daripada Volgo. Saya yang tidak sabar-sabar menyertai Summer Camp, menyertai kawan-kawan melawat masjid KLIA, akhirnya terpaksa membatalkan hasrat tersebut apabila mendapat tahu saya perlu menjalani latihan memandu. Saya telah mengecewakan diri saya sendiri dan rakan-rakan. Maafkan saya rakan-rakan.


Bila dah sehari menjalani latihan memandu 2jam, kalau saya tahu sekacang ini pastilah saya menangguhkannnya ke hari lain. Tapi mungkin saya belum berlatih bawa kereta di jalan raya lagi hanya berlatih parking, tiga penjuru dan naik bukit.





Aduh. Sebab balik lambat jadi tak dapat tgk Mustas kahwin atau Khalid kahwin. Sedihnya. Ya, saya mungkin tak akan berkahwin dalam masa terdekat ini tapi sekurang-kurangnya berilah saya peluang untuk makan nasi minyak kenduri member. Ah VolgMU.


Selain dugaan perempuan cantik dalam perjalanan ke Malaysia dari Volgo, kami juga diuji dengan sejuknya air-cond transit Qatar. Ada juga kisah McD, sprite, fanta, coca-cola. Di Malaysia pun macam itu juga - McD, sprite. Sayalah orang yang cakap tak serupa bikin. Cis. Bedebah.




Sumber :www.inminds.com/boycott-brands.html
p.s : Tak nampak KFC dlm list, agaknya boleh makan kot?

Jadi itulah apa yang dapat saya ceritakan dalam post kali ini yang bertajuk :
Bertapa di Malaysia sehari lebih baik dari 1000 hari berada di Volgograd Rusia

Friday, July 23, 2010

Perlindungan dan Manusia

Saat iman kita terasa kuat, lalu kita tinggalkan dunia, maka kita yakin Allah adalah pelindung kita.
Saat iman kita terasa lemah, samada kita tinggalkan dunia atau mmg tk mampu mencapainya, kita jadikan perbuatan jahat dan dosa-dosa silam sebagai perlindungan....kita jadikan dosa-dosa sbg alasan kita tak mampu memperolehi dunia.
Sebab kita tak mahu jiwa kita terluka, dan dengan itu kita akan berpuas hati dengan segala apa yang berlaku dan kita tak akan menyesal. Kita yakin terhadap balasan. Setiap sesuatu ada balasan.

Maka bilalah kita akan menghadapi segala masalah dengan berani?
maka bilakah akan tiba masanya kita akan menyesal, mengakui kesilapan dan belajar dari kesilapan?

Bagaimanakah perlindungan itu boleh berbeza mengikut kesesuaian diri sendiri...bukankah sang pelindung tak sepatutnya berubah?

Mungkin sang pelindung dalam kedua-dua situasi masih sama, dan tak pernah berubah. Yakin dan bersalah...tapi masih percaya. Huhuh. Kebiadaban manusia mengkagumkan dan mempersona akal fikiran.





Bercerita tentang manusia...ada manusia yang mampu buat anda marah, sedih dan kadang-kadang tersenyum sepanjang hari.

Syukur buat Tuhan! Terima kasih manusia!

Tuesday, July 20, 2010

Kata Selembar Kertas Seputih Salju ~ Khalil Gibran





Kata selembar kertas seputih salju,”Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh sesuatu yang kotor.”

Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani mendekatinya. Pensil-pensil beraneka warna pun mendengarnya, dan mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya -suci dan murni- dan kosong.

~ Khalil Gibran



Sekarang masa untuk memberi pendapat. Orang putih panggil insight. Kalau beri pendapat untuk novel orang biasa panggil bedah buku. Setakat bincang pasal buku pun nak panggil bedah, saya dah bosan tengok orang bedah-bedah orang sampai keluar usus segala. (Ayat poyo)

Saya adalah tinta botol. Saya harap kawan-kawan saya adalah pensil-pensil beraneka warna. Semoga kita tak akan berjumpa langsung dalam hidup kita orang yang seperti kertas putih tersebut.

Tapi mungkin ada orang yang betul-betul baik. Mungkin ujub tak ada tempat dalam hati mereka. Atau saya hanya membesar-besarkan cerita. Saya baru sahaja terlintas satu blog, rasanya sebaya dengan saya dan mengkaji sejarah. Saya dapat rasakan yang beliau seorang intelektual yang gempak. Ciri-ciri intelektual? Ada kaitan juga la dengan sumber dan plagiarism...tapi bukan di sini saya akan cerita. Tak tahu nak cerita atau tidak. Dari tulisannya saya merasakan beliau memang seorang muslimah solehah, tapi still dia masih cakap, "Perhubungan : "Biarlah segala-galanya digaris dengan cinta dan keredhaan-NYA". Future husband ? , I'll just can say "Be Solehah first before you wanna find a Soleh husband."

Dia tak cakap orang lain nak menceduk hasil tarbiyah dia ke apa. Haish, kalau macam dia pun masih belum solehah, nampaknya saya memang tinta hitam. Memang tinta botol yang hitam. By the way tinta itu maksudnya dakwat.

Monday, July 19, 2010

Perempuan cantik dan perpaduan.

Sekiranya segala aspek dalam hidup gagal, saya merasakan perkara paling akhir yang tinggal
adalah perpaduan. Saya percayakan perpaduan. Sekiranya seseorang itu kehabisan ikhtiar, saya harap perpaduan, atau persaudaraan masih ada untuk jadi jalan menuju ke destinasi.

Ketuhanan dan kemanusiaan. Semua manusia harus tunduk pada Tuhan, mengabdi kepada-Nya. Kemanusiaan dan perpaduan berkait rapat. Maka, perpaduan berkait rapat dengan pengabdian kepada Tuhan.

Memang kalau satu dunia tidak tunduk kepada Tuhan, maka kita tidak harus turut serta. Namun peraturan Tuhan, pembinaan empayar adalah melalui perpaduan, nabi dibangkitakan di bawah perlindungan kaumnya dan macam-macam lagi.

Sekali lagi, saya sangat sukakan perpaduan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Dan ini cerita yang saya dengar daripada seorang rakan saya.

"Petang tadi saya diajak pergi makan sushi. Sebelum itu kena pergi jogging. Suruh datang awal, saya lambat. Suruh jogging, saya jalan kaki. Saya memang mempunyai masalah mengikut peraturan. Seorang penjenayah.

Nak dijadikan cerita, orang kata perempuan di sini memang cantik. Menurut pemerhatian saya, kebanyakan yang saya temui hanyalah makcik-makcik yang pendek dan gemuk. Secara teorinya, majoriti perempuan di sini akan jadi seperti mereka beberapa tahun akan datang. Namun perempuan cantik masih ada. Tak ditemui waktu siang, tapi mungkin boleh jumpa di restoran mahal seperti sushi pada hujung minggu (sushi mahal cam haram) ataupun pada waktu malam. Siang untuk makcik-makcik, malam untuk anak-anak muda. Punyalah pelik.

Cantik menurut takrifan saya (setelah dipengaruhi oleh Barat dan negara-negara Asia Timur seperti Jepun, Korea dan China) adalah muka cantik, kulit licin dan putih, rambut lurus, kurus dan ramping, dan sederhana tinggi. Di Malaysia nak jumpa perempuan cantik boleh kata susah, kalau cantik biasanya memang samada jadi pelakon, artis, model atau pengacara tv. Habis cerita.
Tapi di Malaysia juga ada perempuan yang beragama islam. Muslimah. Mereka pakai tudung. Mereka jaga kelakuan mereka. Mereka jaga pergaulan. Mereka mungkin tak cantik, tapi mereka tahu apa akidah dan kepercayaan mereka. Mereka faham konsep harga diri dan maruah, sopan santun dan sifat malu yang sebenar.

Sekalipun penghargaan tidak diberikan untuk kecantikan mereka tapi penghormatan adalah selayaknya untuk mereka. Jika diselak kembali buku sejarah, even masyarakat bukan muslim yang hidup di bawah naungan empayar islam pun ada yang turut memakai tudung. Sebab apa? Sebab kagum dengan penghormatan yang diberikan kepada muslimah-muslimah. Jadi nak cakap kat lelaki-lelaki kat luar sana, kalau buka topik perempuan yang mana cantik, tak payah cerita la, sampai bila pun tak habis :- masing-masing dengan takrifan sendiri, tapi janganlah lupa untuk guna otak dan berikan penghormatan yang sewajarnya kepada muslimah-muslimah. Dan anda pun pastinya bersetuju bukan yang merekalah 'wife material' yang sebenar, bukan perempuan cantik macam model iklan yang kadang-kadang kita terjumpa, atau tak pernah terjumpa pun seumur hidup kita.

Kemudian teruskan hidup masing-masing. Lelaki yang suka cuci mata survey permpuan cantik tak usah bermimpi nak dapat 'wife material' melainkan dia kena bersihkan diri dia dahulu. Dan perempuan yang dahlah tak cantik, karakteristik muslimah pun fail, lagilah tak tahu nak cakap apa. Pandai-pandailah. "

jadi pengajaran yang saya dapat dari cerita kawan saya di atas dan untuk kena tajuk artikel picisan ini - perempuan cantik boleh jadi simbol perpaduan, tetapi perpaduan tersebut takkan bertahan lama.

Friday, July 16, 2010

Semoga

Semoga datang sesuatu yang mampu buat saya terpukul
dan bangun balik.

Oh, terasa seperti orang bodoh yang tertipu pula sebab
hanya menunggu tanpa berusaha.

Maaf, saya sudah terlalu keras untuk berfikir apa-apa.
Nampak seperti jumud, tetapi seperti tiada apa pun yang saya jumudkan.

Dan saat ini saya berfikir, mungkin sekiranya tiba-tiba dunia saya berubah 180 darjah, maka saya akan mula melihat dari sudut yang baru, dan penghidupan yang baru.
Tapi mampukah saya untuk menerima atau menghadapi dugaan sebegitu?

Berapa banyak benda-benda yang tak dapat dibayangkan berlaku dalam kehidupan sendiri ada di sekeliling....jadi gila, kena kanser, kebuluran, hilang tangan.
Rupa-rupanya benda-benda tersebut untuk direnungkan sesaat dua saat. Selepas itu boleh kembali kepada kehidupan biasa. Begitulah. Kehidupan sebuah robot.

Monday, May 24, 2010

Tenis

Pagi ini selepas bersarapan leher ayam goreng bersalut tepung Kentucky (yang digoreng semalam), dua bar coklat dan dua tiga teguk air kosong saya pun pergi ke stadium untuk bermain tenis. Kelihatan Faiz dan Pokwe sudah menunggu. Kelibat orang yang mengajak saya awal-awalnya masih belum muncul. Cis. Kalau tahu macam ni lebih baik saya datang sejam lebih lewat dari waktu yang diberitahu oleh rakan yang tak serupa bikin itu.

Kemudian datanglah Nazrul, Yadi dan Sofwan. Main tenis ni kalau anda semua nak tahu, sebenarnya senang sahaja. Saya seorang boleh mengalahkan mereka berlima, noobies yang cuba bermain tenis tapi malangnya tak berbakat. Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Sekian.

Thursday, May 20, 2010

Benda Baik

Seorang rakan saya memberitahu saya, bahawa, dalam dunia ini
ada dua perkara yang baik untuk kita.

1)Suruhan Allah dan
2)Perkara yang dah berlaku ke atas kita.


Suruhan Allah, dah tentu baik untuk kita. Perkara yang dah berlaku (atau yang akan berlaku sekalipun) ke atas kita, segala-galanya merupakan kehendak Tuhan. Yang tertulis dalam Luh Mahfuz. Kita tidak tahu apa yang tertulis untuk kita dalam Luh Mahfuz, tapi perkara yang dah berlaku, terang-terang adalah segala yang telah tertulis dalam Luh Mahfuz. Maka terpulang bagaimana akan kita muhasabah dan melihat setiap perkara yang telah berlaku. Nak ambil pengajaran ataupun tidak?


Kemudiannya saya yang hanyir ini diminta memberikan sesuatu. Nak tak nak, saya cuba ingatkan diri sendiri dan orang lain, kongsi apa yang saya tahu. Tentang satu ceramah dari Nouman Ali Khan.

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang
Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan membersihkan mereka,
serta mengajarkan mereka Kitab Allah dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka
sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Jumu'ah:2)


Nak buat sesuatu, mesti ada prosedur. Dalam Al-Quran pun kalau diteliti kita boleh tahu apa prosedurnya. Apa step dia. Membacakan ayat-ayat Tuhan, bersihkan, kemudian barulah keimanan boleh tertanam dalam hati.
Ayat-ayat Tuhanlah yang lebih dapat menyentuh hati manusia berbanding ayat-ayat manusia itu sendiri.

Rakan saya pun bercerita lagi, tentang mukaddimah Al-Zilal. Rupa-rupanya buku yang menarik itu tersimpan rapi dalam komputer saya tanpa pernah disentuh pun.

Antara benda lain yang buat saya gembira hari itu ialah, saya jumpa buku saya yang tertinggal di rumah rakan. Dan dalam buku itu tertulis :

Untuk dapatkan sesuatu yang tak nampak,
maka kau harus tak tertipu dengan segala yang nampak.

Allah sukakan orang yang bertaubat.

Anda mungkin memiliki kepantasan dan kecekapan berhitung, tapi anda memerlukan lebih daripada itu untuk memahami kedalaman makna.

Berapa banyak perkara-perkara samawi tersembunyi dalam setiap yang bersifat duniawi?

Wednesday, May 5, 2010

Masa Muda Dan Keindahan


Saya rasa ramai orang tak faham tulisan saya sebab suka berbelit.
Nah, saya persembahkan satu puisi Kahlil Gibran, kalau anda pun tak faham dia,
maka saya dikira normal. Hahaha.


Keindahan menjadi milik usia muda, tapi keremajaan yang untuknya dunia ini diciptakan tidak lebih dari sekadar mimpi yang manisnya diperhamba oleh kebutaan yang menghilangkan kesedaran.
Akankah hari itu datang, ketika orang-orang bijak menyatukan kemanisan masa muda dan kenikmatan pengetahuan?
Sebab masing-masing hanyalah kosong bila hanya sendirian.
Akankah hari itu datang ketika alam menjadi guru yang mengajar manusia, dan kemanusiaan menjadi buku bacaan
sedangkan kehidupan adalah sekolah sehari-hari?
Hasrat masa muda akan kesenangan-kenikmatan tidak terlalu menuntut tanggung jawab -hanya akan terpenuhi bila fajar telah menyelak kegelapan hari.

Banyak lelaki yang tenggelam dalam keasyikan hari-hari masa muda yang mati dan beku;
banyak perempuan yang menyesali dan mengutuk tahun-tahun tak berguna mereka seperti raungan singa betina yang kehilangan anak;
dan banyak para pemuda dan pemudi yang menggunakan hati mereka sekadar sebagai alat penggali kenangan pahit masa depan,
melukai diri melalui kebodohan dengan anak panah yang tajam dan beracun kerana kehilangan kebahagiaan.

Usia tua adalah permukaan kulit bumi;
ia harus, melalui cahaya dan kebenaran,
memberikan kehangatan bagi benih-benih masa muda yang
ada dibawahnya, melindungi dan memenuhi keperluan mereka
hingga Nisan datang dan menyempurnakan kehidupan masa muda yang sedang tumbuh dengan kebangkitan baru
Kita berjalan terlalu lambat ke arah kebangkitan spiritual,
dan perjalanan itu seluas angkasa tanpa batas,
sebagai pemahaman keindahan kewujudan melalui
rasa kasih dan cinta kepada keindahan tersebut

~ Khalil Gibran

Monday, May 3, 2010

Benammi!

Saya suka Benammi!

Saya pertama kali dengar lagu ini adalah sewaktu melihat video klip promo RIS (Reviving Islamic Spirit) yang boleh ditoton di youtube. Lagu tersebut terpilih jadi background music untuk salah satu video RIS.

Terima kasih juga kepada Fatinnawar Silam kerana link promonya di ym membolehkan saya kenal Benammi dan memberikan saya peluang untuk mendengar lagu-lagu Benammi yang lain.





Friday, April 30, 2010

Perjalanan Masa, Persoalan dan Jawapan.

Rasa ragu-ragu untuk menulis, jadi dah lama tak menulis. Bagaimana boleh menulis? Kita selalu menulis tapi jiwa kita kosong dan kering kontang. Kita banyak bercakap tapi kita sendiri tak faham apa yang kita cakapkan.

Tapi saya ingin terus menulis, dan saya harap kalau saya tak faham sekarang saya akan faham kemudian. Allah akan bantu kita untuk faham dan laksanakan apa yang kita cakap kalau kita berusaha untuk jadi lebih baik.

Saya baru-baru ini cuba menguruskan sebuah majlis untuk 6th year. Maka atas inisiatif sendiri saya pun turut sama membantu 1st year yang ditugaskan untuk membuat slide show dengan mencari gambar-gambar tambahan. Saya secara tidak rasminya menjadi seorang stalker.

Dan saya dapat melihat wajah anak-anak muda yang kini sudah pun tua dan akan bergelar doktor tidak lama lagi. Akan jadi graduan lepasan universiti. Di sebalik gambar-gambar ada kisahnya yang tersendiri dan sebagai manusia perasaan ingin tahu membuatkan kepala saya penuh dengan persoalan...yang cuba saya cari jawapannya.

Saya bersyukur saya buat keputusan yang tepat dengan menapis dahulu gambar-gambar tersebut kerana jika tidak, pastilah sekarang ini saya akan rasa bersalah yang amat. Jika ikutkan perasaan ingin sahaja letakkan semuanya biar gempak. Biar menarik. Tapi persoalan yang ada dalam kepala saya, rasa ragu-ragu buat saya mencari-cari jawapannya. Saya menemui jawapan yang saya mahu dan saya berpuas hati. Jawapan yang saya temukan membuatkan saya terpanggil untuk melihat diri sendiri.


Saya tumpang gembira buat semua orang yang sudah tahu apa yang mereka cari. Bagaimana untuk menghadapi masa depan. Perasaan ini jugalah yang saya rasa apabila melihat ustaz-ustaz, ustazah-ustazah. Saya nampak pada diri mereka matlamat hidup yang jelas, pendirian yang teguh dan ketenangan yang mengasyikkan. Saya nampak pada diri saya pula terumbang-ambing antara masa depan yang kelam dan masa depan yang cerah.

Maka kata-kata yang pernah saya tulis ini saya petik balik :

Masa itu adalah masa yang paling seronok dalam hidup. Anda takkan kisah senang atau susah. Anda sentiasa mencemburui orang lain yang turut mencari. Anda akan rasa gembira sekalipun anda menerima ujian yang paling berat dalam hidup. Anda sedar anda adalah orang yang paling lemah dalam dunia, maka bagaimana sekalipun orang memperlakukan anda, anda takkan peduli.
Anda hanya tahu satu perkara. Dia. Lalu anda lupa segala-galanya. Anda adalah orang yang paling bodoh dalam dunia, tak tahu perkembangan semasa. Saat orang lain berhati-hati di hadapan penguasa, anda boleh tidur nyenyak di hadapan mereka. Saat itu anda rasa anda dianugerahi kekuatan yang luar biasa.

Saya tak ingin percaya yang saya ditakdirkan hanya untuk merindui masa itu. Saya ingin masa itu adalah seluruh kehidupan saya yang singkat ini.




Sebab saya sampai sekarang masih fikir saya yang dulu lebih baik. Tapi mungkin juga saya tak tahu yang mana sebenarnya lebih baik untuk saya kerana kata Tuhan :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Saya yang dulu, tak tahu banyak perkara. Tapi saya yakin saya buat sehabis baik bergelut untuk mengatasi kejahatan. Agama ini memang segala-galanya tentang pergelutan, bak kata Tariq Ramadan " Islam is about struggle". Jadi saya rasa yang dulu lebih baik sebab saya bergelut, berbanding sekarang hanya tahu menyerah dan kalah dengan mudah.

Itu sahaja. Saya malas komen banyak, tak menarik.

Jika anda nampak perbezaan antara baik dan buruk, dan anda benar-benar sukakan kebaikan dan sangat bencikan kejahatan ianya adalah sesuatu yang baik. Baik dan buruk itu kita tahu berpandukan Al-Quran dan sunnah. Saat seluruh manusia lain mentakrif kehidupan songsang adalah baik, kita tak harus terikut-ikut. Seorang muslim, seorang mukmin takkan mudah hanyut dengan masalah picisan seperti ini.


Tentang persoalan dan jawapan, saya di sini menyarankan kepada semua orang untuk mula bertanya dan menyoal terhadap apa sahaja yang dirasakan perlu dalam hidup ini. Tidak salah bertanya atau melontarkan persoalan dalam agama, ianya lebih teruk jika anda hanya mendiamkan diri.

Sekiranya anda bertanya dengan tulus dari hati yang paling dalam menginginkan jawapan, anda pasti akan jumpa jawapannya. Saya dah alaminya banyak kali, dan bila saya jumpa jawapannya...rasa puas hati dan sangat gembira. Kerana penantian saya itu tak sia-sia.

Allah Tuhan kita, Dia adalah Petunjuk. Dia tak akan mensia-siakan orang yang percaya dan berharap kepada-Nya.

Monday, April 19, 2010

Bodoh


Manusia memang bodoh, dan masing-masing ada kebodohan sendiri. Kita adalah manusia. Ada kebodohan yang bersifat peribadi (sekadar luahan perasaan) seperti :


a) bodoh, suruh buat laporan pun susah. Nak duit, tapi tak nak buat laporan. Padahal buat case history yang jauh lebih susah boleh pula buat dan siapkan.

b) bodoh, nak urus akaun facebook bagi alasan sampai beribu.

c) bodoh, sebab hanya tunggu duit, dividen tanpa buat apa-apa kerja padahal orang lain sibuk berhempas pulas.

d) bodoh sebab tak pernah cuba nak faham keburukan kerenah birokrasi dan untuk itu sanggup menyusahkan orang lain.






Ada juga kebodohan yang kita biasa buat :

1. Kita bodoh sebab buat banyak dosa dan berulang kali buat kesalahan.

2. Kita bodoh bila mengaku cinta Tuhan sedangkan kita sebenarnya tak layak dan belum benar-benar mencintai-Nya.

3. Kita bodoh bila tak sedar segala-galanya dalam pengetahuan Tuhan. "Kebebasan memilih" (yang sebenarnya tak ada) yang diberikan kepada manusia buat manusia fikir mereka boleh ubah masa depan.

4. Kita bodoh sebab mudah tertipu dengan kesenangan duniawi. Perempuan cantik dengan muka cantik dan badan cantik dan tangan cantik dan kaki cantik dan..

5. Kita bodoh bila kita rasa ingin 'berkapel' hanya sebab tengok orang lain 'kapel'.

6. Kita bodoh bila ingat setelah mengeluarkan pernyataan "Kami bukan kapel" dah boleh menghalalkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan. Kononnya platonik tanpa cinta.

7. Kita bodoh sebab kita tak punya pendirian yang teguh. Kita pakai tudung tapi dalam satu-satu masa kita nampakkan jambul rambut kita atau kita pakai tudung yang jarang. Kita pakai stokin kaki dan sarung tangan tapi kita dengan mudah menanggalkannya tanpa rasa segan untuk perkara remeh (eg mengukur b.p. sendiri?)

8. Kita bodoh sebab satu masa, kita betul-betul ingin berubah jadi lebih baik dengan semangat yang berkobar-kobar namun kemudiannya kita kembali jadi hina dengan dosa dan kita jadi lebih teruk daripada binatang.

9. Kita bodoh sebab kita sibuk bercakap-cakap tentang batasan lelaki dan perempuan padahal kita gembira dengan rutin harian kita untuk tengok filem-filem, program realiti tv yang menonjolkan kebebasan, hedonism, kelucahan, rakus, liar dan bengap. Kita bangga kita jadi penonton setia.



10. Kita bodoh sebab kita selalu emosional dengan membabi-buta. Kita dengan membabi-buta gembira dan bersemangat bila adik usrah/mad'u/mutarabbi dengar cakap kita, jadi baik seolah-olah itulah jasa kita tapi apabila mereka jauhkan diri, tak dengar cakap kita, kita dengan membabi-buta jauhkan diri dan bermasam muka. Kita kata, "Awal-awal lagi saya dah agak dah orangnya memang macam tu", "Orang tu memang tak boleh harap", dan segala macam lagi. Segala-galanya dengan membabi-buta.

11. Kita bodoh bila kita suka buat anggapan tentang orang lain. Ianya tak jadi masalah bila bersangka baik atau berwaspada, tapi bila ianya tidak elok itu namanya prasangka. Kita tak wajar fikir kita boleh tarik orang dengan duit/makanan/game/perempuan/lelaki/bantal busuk/botol susu/aiskrim.

Dan akhir sekali anda sangat jelas bodoh bila guna perkataan bodoh dengan begitu berlambak sekali.

Sunday, April 11, 2010

Bidadari

menjemput bidadari oleh Epicentrum

Bila yakin telah tiba,
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Lagu ni best giler!
pertama kali dengar masa melawat blog seorang doktor...http://jojar.blogspot.com/


Sekarang, siapakah yang dimaksudkan dengan bidadari dalam lagu ini? Jika diperhatikan mungkin ditujukan kepada wanita solehah yang berada di dunia. Diberikan contoh Zulaikha dan Yusuf, Adam dan Hawa. Tentang seseorang yang cuba mencari diri sendiri sebelum menemukan bidadari...menuju Tuhan. Ini lebih menepati lagu tersebut.

Boleh jadi juga bidadari yang dimaksudkan adalah bidadari syurga, hadiah buat pemuda yang dah menemukan diri mereka sendiri. Teringat saya kepada karangan Harun Yahya, tentang balasan syurga. Syurga itu pun pada hakikatnya bukanlah matlamat tertinggi, bahkan orang yang memasuki syurga masih mempunyai perjalanan mereka - mensyukuri anugerah Tuhan dan kemudian apabila saatnya telah tiba, untuk menatap wajah Tuhan. Tapi seperti biasa, kita tak boleh membayangkan zat Tuhan. Tidak boleh sama sekali. Tidak ada yang serupa denganNya.

Saya juga teringat tentang karangan Fariduddin Attar, Musyawarah Burung tentang bagaimana manusia yang sudah mati, perjalanan mereka menuju Tuhan tidak terhenti. Manusia diibaratkan seperti seekor burung di dalam peti yang tertutup. Apabila manusia itu mati barulah peti itu terbuka dan burung itu akan memulakan perjalanannya. Maka adalah penting untuk manusia menyediakan bekal dan keinginan untuk bertemu Tuhan - kerana itulah yang akan menggerakkan burung tersebut. Andai berputus asa, maka burung tak akan dapat terbang sama sekali.



Akhir sekali, persoalan yang masih berlegar-legar di kepala saya adalah...adakah seseorang itu harus berusaha sampai menemukan hakikat diri sendiri baharulah boleh menjemput bidadari ataupun tidak?

Wednesday, March 31, 2010

Manusia Setan dan Sufi Sesat

Ini bukan cerita tentang manusia berkepala setan ataupun ayah Pin yang dikaitkan dengan kerajaan langit.

Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung. Penduduk-penduduk kampung terdiri dari pelbagai jenis, warna dan bahasa. Tapi apa yang lebih menarik adalah personaliti mereka. Personaliti itu, biar sejahat mana pun, atau sebaik mana pun adalah sesuatu yang mengkagumkan apabila ianya sangat kompleks dan misteri.

Dalam kampung itu, tinggallah dua orang pemuda. Seorang pemuda mengaku dirinya setan, sedang seorang pemuda yang lain pula mengaku dirinya ahli sufi yang sesat.

"Mungkin adalah benar akulah setan yang mereka maksudkan. Dengan mudah memahami hakikat bahawa manusia itu sememangnya tak sempurna; jahat dan baik itu sentiasa ada dalam diri manusia - bertempur siang dan malam.

Adalah aku, yang dengan lapang dada menerima manusia-manusia jahat (menurut takrifan kalian) itu dan aku jualah yang berasa gembira apabila terbongkarlah rahsia bahawa manusia-manusia yang 'nampaknya' sempurna, baik itu sebenarnya juga adalah petualang seperti aku; di belakang pengetahuan manusia mereka juga bersifat binatang. Kehaiwanan.

Adalah aku yang sangat benci apabila mereka katakan aku orang yang baik, sebab gelaran itu tak ubah eperti dengan sengaja memakaikan kalung api pada tengkuk ini. Setan adalah bayang-bayang setiap manusia. Mencari-cari kawan-kawan yang sejati.

Pena telah diangkat, tinta pun telah kering. Sudah jadi ketentuan Tuhan, setan itu sampai bila-bila pun tak akan menemukan kawan sejati
", kata setan yang bertopengkan manusia itu a.k.a. pemuda setan.

Itu cerita tentang pemuda itu. Dan tentang pemuda yang lain pula...

"Mereka panggil aku ahli sufi hanya sebab aku meminati tokoh-tokoh seperti Al-Ghazali, Rabiatul Adawiyah, Ibrahim Adham dan Hasan Basri. Walhal tokoh-tokoh ini tak pula menggelar mereka sendiri sebagai ahli sufi. Ramai orang membenci mereka hanya sebab mereka tak dapat difahami. Hinggakan kadang-kadang mereka sanggup menabur fitnah! Rabiatul Adawiyah mereka katakan seorang penari? Ya, aku diracuni oleh ideologi-ideologi mereka hinggakan kadang-kadang aku fikir aku seorang liberal. Terangkan kepada aku, apakah kalian tidak berminat menyertai mereka bersama-sama menganut mazhab cinta?

....hingga kau menanggapi segala-galanya dengan rasa cinta.....

Dan untuk itu mereka juga anggap aku ahli falsafah, dan disarankan agar aku berhenti daripada terus jadi gila. Tapi aku tidak ingin berhenti. Bagaimana aku mampu untuk berhenti dari terus tertarik dengan mereka? Sebab melalui kaca mata mereka aku memahami lebih banyak perkara, dan lebih meyakinkan. Biarpun mereka sentiasa sahaja berbicara tentang dunia 'lain' yang mistik dan misteri itu.

Maka aku pun menggelar diriku sufi yang sesat - semoga dengan itu kalian akan berhenti dari mengganggu aku. Jangan ikut jalan ini, bila kau dah tahu tentang kebenaran. Jalan ini hanya untuk orang-orang yang sesat
".


Dengan itu orang mula memanggilnya sufi sesat, kadang-kadang mereka panggil pemuda itu ayah Pin Jr.

Monday, March 22, 2010

Perahu kertas

Dalam perjalanan saya kembali ke rumah hari ini, saya nampak dua orang kanak-kanak bermain perahu kertas atas lopak-lopak air. Salji yang dah cair.

Saya harus belajar balik bagaimana hendak membuat perahu kertas, sebab kanak-kanak itu nampak betul-betul gembira masa bermain perahu kertas.

Mungkin inilah rahsia kegembiraan yang orang lain cari selama ini, cuma kita yang tak perasan.

Mungkin semua orang boleh jadi gembira kalau mereka reti buat perahu kertas.

Gembira dan terbang bebas.

Sunday, March 14, 2010

Ayah

Dah lama tak menulis. Atas permintaan peminat, saya pun menulis lagi. Kini saya persembahkan kisah rekaan tentang ayah.





Sekumpulan anak muda suka menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan. Salah satu daripadanya adalah melawat rumah orang tua atau warga emas. Dalam program tersebut, ada satu slot di mana setiap warga emas itu perlu menyampaikan sesuatu - ah, tak kisahlah berkisar tentang apa, mungkin tentang semut, tentang hidup ataupun tentang keinginan untuk memiliki isteri muda.

Seorang pakcik yang berumur 70-an bangkit dan memulakan ceritanya.

" Hari ini pakcik hendak bercerita tentang ayah pakcik. Ayah pakcik adalah antara orang-orang yang pakcik kagumi dan pakcik sayang.

Ayah pakcik adalah ahli falsafah. Ayah pakcik sentiasa menganjurkan solat berjemaah sebab itu mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Makan malam bersama. Ayah pakcik selalu cakap, kat meja makan kita boleh bercerita, berbual tentang masalah dan sebagainya. Ayah pakcik pernah bercerita tentang kesusahan hidup zaman penjajah hanya makan kentang, dan ayah pakcik juga pernah cerita pengajaran batu belah batu bertangkup di meja makan itu juga. Pantang tengok orang memilih makanan. Ayat yang selalu ayah pakcik sebut, "mak dengan ayah bagi semua boleh makan. Tak ada yang tak boleh makan". Walau macamanapun adik pakcik memang tak boleh makan telur dan roti. Jadi tetap tak boleh buat apa-apa. Haha.

Ayah pakcik adalah penegak disiplin. Ayah selalu cakap, "Di mana ambil, di situ letaknya". Senang cerita dah ambil letak balik. Senang, lain kali tak susah nak kena cari kat tempat lain. Ayah pakcik juga buat peraturan keluarga dan suruh kami hafal. Ada enam.
1-Dengar cakap mak dan ayah.
2-Jangan degil.
3-Tolong adik beradik.
4-jangan bercakap bohong.
5-Jangan cakap bukan-bukan. (eg. mencarut)
6-Belajar rajin-rajin supaya orang tak pandah rendah kat kita.
Untuk setiap peraturan ada hukuman kalau dilanggar. Dan hukuman paling berat adalah mengikut susunan nombor 1,nombor 2 dan seterusnya. Ayah juga selalu nasihat jaga penampilan, kekemasan supaya tak malu dengan orang. Mak pun kata macam itu juga. "Benda mula-mula sekali orang pandang - kasut", kata ayah. (ha?betul ke?) Tapi pakcik tak minat sangat yang ini. Sebab tak percaya yang kita harus berpakaian untuk orang lain. Tapi tak kisah, masing-masing ada pendapat.

Ayah pakcik adalah seorang afro. (Pernah). Mungkin masa muda-muda dulu. Pakcik betul-betul terkejut masa jumpa gambar yang telah di'frame'kan itu. Ya, siap 'frame'. Mungkin masa itu ayah pakcik minat Alleycats. Mungkin pakcik pun mengikut jejak langkah ayah pakcik, sebab satu masa dalam sekolah menengah, rambut pakcik panjang dan kering sehinggakan orang panggil pakcik Phua Chu Kang (afro). Cis.



Ayah pakcik sorang yang berpandangan jauh dan berkaliber. Ayah selalu nasihat, "Baca apa yang cikgu belum ajar. Ingat balik apa yang cikgu dah ajar". Mempraktikkannya betul-betul maka pakcik melepasi zaman sekolah rendah dan menengah dengan mudah. Semasa di universiti tak berapa menyerlah sebab cikgu tak ajar sangat. Pakcik hanya berbakat kalau cikgu-cikgu 'suap'. Ayah pakcik juga pernah buat macam-macam kerja. Kerja tukang masak kat hotel (tak pasti), kerja di PWTC mengurus program-program, functions dan sebagainya. Pernah bawa pakcik ke pejabat main solitaire kat komputer sementara ayah buat kerja.


Ayah pakcik pandai (laju) bawak motor. Motor yang sungguh istimewa, hampir serupa macam motor scrambler orang buat lumba kat pasir tu. Mak kata sebelum kahwin ayah bawak motor tu. Masa kecik ayah pernah bagi kami bawak motor, kaki kami tak sampai jadi ayah tolong tekan clutch dengan gear. Kami diberikan kebebasan tekan minyak tangan. Masa tu kami berumur dalam 6-9tahun. Ayah hantar pakcik dan adik pakcik ke sekolah guna motor kalau kami dah lambat. Sebab pakcik susah nak bangun pagi. Bila naik motor tu asap memang tebal. Menyelit celah kesibukan trafik yang sesak. Topi keledar pula memang tak 'cool' langsung. Bujur, dan tak ada penutup muka. Cuma sayangnya motor itu kena curi, jika tidak pasti motor tersebut diturunkan kepada pakcik.


Ayah pakcik ada gitar, ada raket badminton tapi semuanya kami rosakkan. Ayah pakcik juga adalah ahli sukan. Pernah pakcik tengok gambar-gambar lama, ayah pakcik terlibat dalam ekpedisi berbasikal dalam hutan. Memang menarik. Sayangnya pakcik tak hebat bersukan, hanya ada 'average skill'. Kalau ping pong (mungkin bakat daripada mak) kurang-kurang pakcik boleh buat bola spin dan servis (terlalu) laju sampai orang kata bola tu tak masuk dalam petak mereka. Ceh. Tapi masih dikatakan tak hebat sangat pun. Jadi tak dapat wakil.

Ayah pakcik seorang ahli perubatan. Selalu marah kalau kami luka tapi tak beritahu dia cepat-cepat atau cuba sorokkan dari pengetahuan dia. Selalu peka dengan keadaan kami. Ayah boleh perasan kalau kami terbatuk-batuk sikit, simpan kahak atau simpan hingus, atau gatal-gatal. maka ayah akan suruh buang kahak, buang hingus dan bagi ubat sapu. Ayah pandai guna ubat sapu warna biru untuk luka yang budak-budak medik panggil fluorescent blue. Ayah juga pernah ketuk-ketuk perut yang budak-budak medik panggil sebagai percussion. Mak cerita, ayah pernah sampai hisap hingus kami (masa bayi) nak mengelakkan dari sesak nafas. Pakcik memang kagum dengan ayah pakcik. Sememangnya Mc Guyver. Oh, ayah pakcik minat Mc Guyver.


Ayah pakcik seorang penggemar sastera. Di rumah pakcik tergantung gambar yang tertulis bait-bait sajak yang indah. Dalam rak buku ada banyak buku. Dekat dalam almari ada tulisan khas untuk emak. Mungkin genetik atau suasana dalam rumah menyebabkan pakcik pernah menjadi pendeklamasi sajak, pemidato dan penggemar sastera serta pembaca buku cerita.


Pengalaman bersama ayah memang banyak. Antara yang menarik bermain layang-layang di Taman Tasik Titiwangsa. Masa itu gerimis senja mulai turun. Saya ingat lagi waktunya, lebih kurang pukul 730petang. Kilat mula sabung-menyabung, layang-layang kami terputus dan ayah pergi berlari ambil balik layang-layang tersebut. Pakcik pernah dapat basikal waktu hari lahir pakcik. Pakcik sangat terkejut dan teruja. Belajar bermain, kemudian ayah bawak pergi Taman Tasik juga. Pakcik terjatuh di kawasan berbukit lalu berdarah dan terpaksa pulang. Tapi pengalaman itu pun dikira manis juga. Pengalaman pernah kena rotan (pelbagai jenis) pun ada juga. Tapi hukuman bukanlah tak bersebab, tetapi semuanya bersebab. Ada sebab beli digimon (tamagochi) senyap-senyap, main mercun dalam rumah dan sebagainya.

Memang ada ayah yang tak rotan anak, dan pakcik tak kisah. Pakcik sangat meluat tengok orang yang tak pernah kena rotan dan buat perangai dengan pakcik. Ingat diri baik sangat dan sebagainya. Oh maaf ye anak-anak, pakcik emo sekejap.

Jika pakcik diberi peluang untuk memilih ayah yang bagaimana, pasti pakcik akan tetap memilih ayah pakcik yang ini juga. Pakcik hanya ada satu ayah dalam hidup pakcik, dan orangnya adalah beliau.

Oleh itu anak-anak, sayangilah keluarga".

Antara anak-anak muda itu ada yang menagis terharu. Ada juga yang berbual-bual selepas itu mempersoalkan," Kau rasa cerita pakcik itu cerita benar atau rekaan hah?" "Mesti reka punya. Boleh beza kot".

Saturday, February 27, 2010

Menunggu

Saya tak biasa menunggu orang lain. Saya tak suka menunggu.
Dan orang lain juga tak perlu menunggu saya, itu dikatakan adil sebab saya tak menunggu orang lain.

Kalau saya lambat, kemudian saya tertinggal, maka itu adalah balasan untuk saya kerana saya lambat. Tak perlu tunggu saya lagi.

Tapi dalam sesetengah perkara, saya rasa tak kisah menunggu bila yang ditunggu itu amat penting buat saya.

Menunggu itu menyusahkan, menyakitkan. Tapi bukankah manusia sanggup menghadapi apa sahaja jika sesuatu itu sangat penting buat mereka?

Hanya bila sesuatu itu sangat penting.

Tuesday, February 23, 2010

Cuti

Menghembus nafas dalam jejak waktu yang tak menoleh pun kepada kita.
Saya adalah budak hingusan yang dibunuh oleh pedang itu.



Cuti 2 minggu selepas peperiksaan. Mungkin saya sepatutnya pergi bercuti bersama rakan-rakan melihat-lihat tempat baru, atau pergi menimba ilmu pengetahuan. Tapi pada asalnya memang ingin memanfaatkan masa cuti dengan merancang macam-macam perkara. Rupa-rupanya lain yang berlaku. Saya, dibunuh oleh pedang itu.

Clannad After Story

Kanon

Pandora Hearts

Toradora

Braid

Prince of Persia

Bioshock

Red Alert 3

Trine

Street Fighter 4

dll

Tapi masih berkeinginan untuk bangun balik dari tidur. Mungkin sebab selalu gagal, maka mudah beranggapan tak ada salahnya untuk cuba sekali lagi. There's nothing to lose.

Walaubagaimanapun kalau kita selalu gagal, it adalah satu masalah. Kawan saya pernah beritahu saya ini :

Seseorang itu biasanya mati dalam keadaan tengah melakukan sesuatu yang dia biasa buat.


Maka kalau kita selalu gagal, mungkin kita akan mati dalam kegagalan. Kalau perkara itu berlaku, pasti suara yang pernah muncul itu akan jadi kenyataan :

"Kalau aku mati saat ini pastilah aku akan kecewa. Sebab yang dicari masih tak jumpa. Masih belum menjalani hidup sehabis baik. "

Saya, tak mahu itu. Walaupun suara itu selalu hilang dan tenggelam.

Sunday, January 24, 2010

Alasan

+ Awak, sebab apa awak suka saya?
- Saya suka awak sebab awak ni....doktor?
+ Kalau saya berhenti kerja?
- Saya tak kisah pun. Awak comel, itu sebab saya suka awak.
+ Kalau saya dah tua, dah tak comel?
- Sebenarnya, saya sendiri tak pasti kenapa saya suka awak. Saya tak tahu. Ada tarikan yang susah nak difahami. Tapi apa yang pasti, saya akan sentiasa memberikan pelbagai alasan untuk terus menyukai awak - untuk bersama dengan awak.


Kadang-kadang pencinta tak punya sebab untuk mencinta. Dan pencinta akan memberikan pelbagai alasan, biar tak satu pun menggambarkan perasaan sebenar yang dialami oleh pencinta.



Pencinta ditakdirkan untuk mencinta, dan kekasih bebas membuat keputusan.
Celaka atau tidak, pencinta perlu dengan tabah menerima segala.

Pencinta adalah pencinta untuk selamanya.
Maka pencinta harus terus berjalan, dengan setia dan jujur menunggu di hadapan gerbang pintu itu.

Tuesday, January 12, 2010

Wardina Safiyyah

Saya ingin membuat satu tema baru dalam penulisan blog ini, yang akan saya tag sebagai "Orang-orang yang saya kagumi". Heheh.

1. Saya pertama sekali kenal dengan Wardina Safiyyah adalah melalui sitkom di NTV7 kalau tak silap berjudul 'Spanar Jaya'. Sitkom tersebut memang menarik, saya rasa ramai yang suka. Dan setakat itu sahajalah saya kenal Wardina. Tak pernah terserempak atau terjumpa di mana-mana pun.

2. Maka tibalah masa untuk saya petik dari Wikipedia:

Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot (born 5 June 1979) in Kuala Lumpur of an Australian father and Achenese mother is a TV Presenter & Host, Actress, Model and Businesswomen. She is 5’6 tall and is married and a mother of 2 girls and 1 baby boy.



Wardina is an accomplished Actress, model and Host. Wardina ranks among one of the Most Popular Celebrities/Faces in Malaysia, recognized not only by the Malays but also by the Chinese and by the Indians at large. Early exposure to the modeling industry at only 6 years, together with experience, professionalism, discipline and a winsome personality, her face and talent was then sought by many. It took her to Hong Kong, Australia, Indonesia, Singapore and else where. At the peak of her popularity Wardina shocked many when she decided to adorn a headscarf. Instead of slowing down, offers came pouring in even more than before.

3. Dalam bahagian kekuatan Wardina pula, disebutkan:

a) Wardina speaks eloquently in English and Malay and is a graduate from the Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur majoring in Interior Architecture.
b) Wardina represents the image of a successful modern Malaysian woman and is seen by many as an icon and a role model
c) Wardina portrays a figure of a loving mother, and involves herself/speaks out in many charitable organizations concerning children and family
d) Wardina is the first woman ever to appear on a TV commercial adorning a Hijab/Veil and is well remembered for that
e) Ever since she started wearing the Veil, she has helped change the image of a Muslim woman who wear the headscarf – Wardina believes that it’s what you have to offer that means a whole lot more - you can still be successful, stylish and modern.
f) Tudung “Wardina” became a phenomenon and many other artist followed her footsteps • Sunsilk advertisement received critical acclaim with a huge increase in sales as a result of the commercial represented by Wardina

4. Wardina adalah contoh ikutan atau role model yang baik untuk diikuti terutama oleh golongan pemudi kelahiran Malaysia. Saya rasa Wardina adalah contoh wanita moden sebenar yang berpegang kepada nilai ketimuran.



5. Wardina adalah 'arus yang mengubah suasana' (Dr. Zainal Abidin) yang menimbulkan suatu fenomena gempak, intelektual dan berteraskan nilai-nilai murni di Malaysia.

6. Selain daripada itu, saya rasakan yang saya sangat serasi dengan Wardina Safiyya. Buktinya? Saya dan Wardina sama-sama memiliki blog yang berlatarbelakangkan warna hitam. Jadi KAMI MEMANG SERASI. Haha.

7. Sebagai suatu penjelasan kepada pernyataan di atas, pemilihan reka bentuk blog juga memaparkan peribadi anda atau pun pemikiran anda. (Mungkin.) Blog Wardina Safiyyah boleh dijumpai di alamat berikut :

Realms of Constant Change

8. Wardina juga banyak membaca. Kawan-kawan, 'readers are leaders'. Jadi rajin-rajinlah membaca. Kan Tuhan pun suruh kita baca? Kata-Nya, "Iqra'".

9. Suami Wardina bernama Ikhwan. Jodoh mereka yang ditakdirkan Tuhan adalah seperti yang berlaku dalam filem-filem. Mereka berkenalan melalui emel. Sungguh ajaib.

Kata Ikhwan pula, dia langsung bukan peminat dan tidak pernah meminati Wardina Saffiyyah yang ketika itu berada di puncak populariti.

"Masa itu saya baru balik dari UK dan ada perasaan untuk mencari teman hidup. Saya nampak gambar Wardina dalam majalah dan tertarik dengan imej dia. Dia bertudung dengan sempurna dan saya suka wanita begitu. Saya hantar e-mel dan e-mel saya berbalas pada hari yang sama ia dihantar. Sejak itulah kami mula berhubung," cerita Ikhwan serba sedikit.


"Masa tengah popular dulu, jiwa saya resah dengan bermacam dugaan. Banyak juga 'Datuk' masuk melamar dan ada yang ajak saya kahwin, semuanya saya tolak. Saya cuma berdoa semoga Allah temukan lelaki yang terbaik untuk saya. Tiba-tiba tergerak untuk saya membalas e-mel Ikhwan," tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu ceria.

Sumber : Kosmo





10. Jadi kita doakan semoga jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat dan akhirat sekali. Semoga pembentukan baitul muslim di kalangan kita akan berjalan lancar. Semoga institusi kekeluargaan di seluruh dunia makin kukuh dan semakin dihormati, agar takkan ada lagi anak-anak yang dibunuh (samada sebelum lahir atau selepas lahir), agar anak-anak yang lahir akan membantu usaha mewujudkan keamanan di dunia ini. Amin.



Kebanyakan gambar diambil dari sini.

p.s : Sedang menonton 'Cinta Madinah'. Drama yang bagus, cuma mungkin disiarkan di RTM sebelum ini, jadi tak berminat nak tengok. 'Cinta Madinah' ada Zul Yahya juga. Zul Yahya - pelakon utama Kaber Hero Kaber Zero dan Papaya.

Saturday, January 9, 2010

Allah untuk direbut dan diperalatkan (Isu Penggunaan Nama Allah)

Allah adalah Tuhan, dan tak ada sesiapa pun boleh merebut Tuhan atau memperalatkan Tuhan.

Dari dulu hingga sekarang, kita manusia selalu membuat kekacauan dan menumpahkan darah di atas dunia milik Tuhan ini. 8 Januari 2010, gereja telah dibakar. Dikatakan tragedi itu ada kaitan dengan kontroversi penggunaan nama Allah.

Di bawah saya cuba mencari sebab mengapa sesetengah pihak menentang penggunaan nama Allah oleh bukan muslim, dan mengapa sesetengah pihak menyokong penggunaan nama Allah. Kajian saya mungkin tidak lengkap.

Sebab-sebab mengapa tidak boleh dipakai :

1. Membawa kemarahan umat islam sebab dikatakan penggunaan nama Allah adalah bertujuan untuk memurtadkan umat islam masuk ke dalam agama Kristian.
2. Membawa kekecohan kepada masyarakat yang berbilang kaum - Tun Dr. Mahathir
3. Mengatakan Allah yang disebut dalam ayat-ayat Al-Quran sebagai merujuk kepada Tauhid Rububiyah sahaja, bukan Tauhid Uluhiyah - blog
4. Nama Allah terlalu agung. Jika kata-kata seperti God is dead digantikan menjadi Allah is dead, buat kita rasa sangat sedih.

Sebab-sebab mengapa boleh atau wajar dipakai :

1. The Herald telah menggunakannnya sejak 150 tahun dahulu. (cari sendiri, saya dah hilang link)
2. Berdasarkan ayat-ayat Al Quran - Dr. Asri

"Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
(Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
(Surah al-Ankabut ayat 63)."

3. Sebagai permulaan dialog antara umat islam dan agama-agama lain (Yusuf Qardhawi, Dr Wahbah az-Zuhaili)

Pendapat lain dan perkara-perkara penting

1. Jika nama Allah hendak digunakan, perlu ada garis panduan - Dr. Asri dan dipersetujui oleh Lim Kit Siang

2. Membakar rumah-rumah ibadat adalah bertentangan dengan agama islam. - Dr. Asri

"Maka, ketika Allah menceritakan peranan peperangan dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia,

Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (Surah al-Hajj ayat 40)."

3. Kita masih tak tahu siapa yang membakar gereja tersebut. Mungkin orang yang mengaku dia muslim, mungkin juga orang bukan muslim.

"Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan isu nama Allah yang sedang panas sekarang. Jika demikian, maka saya percaya perkara ini mungkin dilakukan oleh salah satu dari golongan berikut;
a)Pihak yang fanatik di kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain.
b)Pihak yang fanatik di kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi.
c)Pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu. "- Dr. Asri

4. Berhenti menuding jari dan melabel. Jangan dengar cakap ahli politik yang bodoh (ada ahli politik yang baik dan bijak, tidak dinafikan). Jangan libatkan bangsa. Jangan keluarkan perkataan seperti "orang Kristian masuk neraka", "orang yang membakar gereja itu adalah radikal islam" dan sebagainya.

"Pendirian saya mudah di dalam isu nama Allah. Kedua-dua belah pihak mempunyai hujah yang munasabah. Saya boleh hidup dengan keputusan yang menyebelahi mana-mana pihak.

Namun menjadi tabiat mentaliti rakyat Malaysia yang tidak menghormati lawannya. Sebaliknya memperlekeh, memperbodoh, membenci dan menolak mentah hujah lawan. Inilah yang berlaku di dalam isu ini. Apabila sebahagian umat Islam dan bukan Islam menolak/menegah penggunaan nama Allah di akhbar Catholic Daily, mereka digambarkan sebagai kolot, ekstremis, didalangi UMNO, bodoh, tidak berpengetahuan(tidak tahu Kristian Arab dan Indonesia juga guna Allah). Apabila sebahagian umat Islam dan Kristian menyokong/membenar penggunaan nama Allah, mereka dilabel sebagai cuba mengelirukan umat Islam, cuba menyebar agama Kristian, menjual agama sendiri, cuba meraih undi. "- Azzad Hamzah

"I am calling everyone to be calm. I do hope my humble advice is heard by the people even though I am just a nobody.
It is a sad day for Malaysia and thank God no one was hurt or killed.

To the politicians, please stop politicising by blaming each other. For the sake of the people, put aside your craze for popularity and power and do the right thing.

To the Herald, I hope you can see now the effect of disregarding the sensitivity of millions of Muslims in Malaysia. You must remember that the Muslims in the peninsula and Sabah and Sarawak understand differently regarding the concept of “Allah”, and do you ask yourself, is there really a need to use the term when people in the peninsula are not READY?

To all Muslim brothers and sisters, always refer to the holy Quran and Hadith, and you will know you should always stay calm.

To all non-Muslim brothers and sisters, there is a need for us to understand each other and build bridges, not quarrel and bicker over sensitive issues. It is evidently clear that the gap is still very, very huge and it will take time for us to actually realise perfect mutual understanding.

Let this be a lesson for all of us. Everyone is at fault. I am not here to say “I told you so” but when politics, insensitivity, anger and chauvinism are put aside, we will always do the right thing.

We SHOULD always do the right thing.


Wassalaamu'alaikum." - Jeg Hui

Pendapat saya

1. Saya lebih cenderung bersetuju dengan penggunaan nama Allah. Mungkin dalam agama kristian itu merujuk kepada Tuhan Bapa, atau Jesus itu sendiri. Tapi itu yang buat mereka adalah Kristian dan bukannya muslim. Ini juga apa yang disebut dalam Al-Quran,

Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; Allah melaknat mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?
(At-Taubah : 30)

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya
Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai
Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa
yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya
Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan
tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim."

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya
Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari
apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara
mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(Al-Maidah : 72-73)

2. Tapi tentang soal mereka masuk neraka atau tidak, itu bukan urusan kita, itu urusan Tuhan. Tak ada sesiapa pun yang tahu bagaimana pertimbangan atau perkiraan Tuhan. (Anda tahu ke? Cuba cakap saya masuk neraka ke syurga?)

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua
yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(An-Nahl : 125)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang
Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu
beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh,
maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita.
(al-Baqarah : 62)

Nasrani merujuk kepada orang Kristian. Saabien merujuk kepada agama-agama lain.

...Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati
orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani"
yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli
ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
(Al-Maidah : 82)


3. Saya anggap orang-orang yahudi dan orang-orang Kristian adalah ahli kitab (People of the Book). Walaupun mungkin terdapat perselisihan pendapat atau khilaf dalam hal ini.

Say, 'People of the Book! come to a proposition which is the same for us and you - that we should worship none but Allah and not associate any partners with Him and not take one another as lords besides Allah.' If they turn away, say, 'Bear witness that we are Muslims.'
(Surah Al 'Imran; 3:64)

Today all good things have been made halal for you. And the food of those given the Book is also halal for you and your food is halal for them. So are chaste women from among the muminun and chaste women of those given the Book before you, once you have given them their dowries in marriage, not in fornication or taking them as lovers. But as for anyone who rejects iman, his actions will come to nothing and in the akhira he will be among the losers.
(Surat al-Ma'ida: 5:5)

Among the people of the Book there are some who have iman in Allah and in what has been sent down to you and what was sent down to them, and who are humble before Allah. They do not sell Allah's Signs for a paltry price. Such people will have their reward with their Lord. And Allah is swift at reckoning.
(Surah Al 'Imran; 3:199)

Only argue with the People of the Book in the kindest way - except in the case of those of them who do wrong - saying, 'We have iman in what has been sent down to us and what was sent down to you. Our God and your God are one and we submit to Him.'
(Surat al-'Ankabut; 29:46)

...There is a community among the People of the Book who are upright. They recite Allah's Signs throughout the night, and they prostrate. They have iman in Allah and the Last Day, and enjoin the right and forbid the wrong, and compete in doing good. They are among the salihun. You will not be denied the reward for any good thing you do. Allah knows those who have taqwa.
(Surah Al 'Imran: 3:113-115)


4. Itulah sebabnya saya pernah menganjurkan, " Let us be the inclusivists, rather than the exclusivists" Saya lebih suka jika kata saya mengikut traditional inclusivism.

5. Mengikut logik, jika ditanya "Siapa Allah?"

Ada dua jawapan - a) Allah adalah Tuhan orang-orang islam.
b) Allah adalah Tuhan semua orang - yahudi, Kristian...Tuhan yang menciptakan langit dan bumi..

Saya lebih suka jawapan yang kedua.

6. Kemanusiaan adalah penting. Saya percaya wujudnya perbezaan bangsa, agama.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan
yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujurat:13)


7. Saya bencikan orang yang fanatik perkauman membuta tuli sehingga membawa ketidakadilan kepada bangsa lain. Tapi saya juga sayangkan bangsa saya sendiri sebab saya memang dilahirkan di Malaysia, bercakap bahasa melayu dan selesa serta cenderung berada di kalangan orang melayu, sebab kami punyai banyak persamaan. Mak saya orang Terengganu dan ayah saya orang Negeri Sembilan. Saya sedih sebab tak tahu bercakap bahasa dialek Terengganu dan bahasa minang atau nogori.

Orang boleh kata saya racist atau ultra Malay atau chauvinist tapi inilah saya.

8. Saya tidak senang dengan orang yang saya anggap bangsa saya sendiri mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak sopan kepada sesiapapun secara umumnya, atau kepada bangsa sendiri secara khususnya seolah-olah hendak menunjukkan diri mereka sebagai hero manusia yang sudah mencapai tahap intelektual yang tinggi. Saya pinjam kata-kata Uthman el-Muhammady - mereka mengamalkan intellectual barbarism.

Kalau ada yang salah dalam perbuatan kami, sila tunjukkan. Kami tak inginkan cercaan dan hinaan. Adakah anda mempunyai Xenophilia yang ekstrim? Sebab saya takut kata-kata andalah yang menyebabkan wujudnya 'inferiority complex' di kalangan kami.

9. Saya sudah penat dengan permainan semua orang yang merugikan ini.

10. Mari kita bina kembali apa yang telah kita hilang. Kemanusiaan. Compassion. Pengabdian kepada Tuhan.

p.s: Saya sepatutnya nak tulis post berkaitan dengan Wardina Safiyya, tapi isu ini terlalu mengganggu fikiran saya. Selama hampir 3 hari saya memerah otak saya - saya sangat penat. Saya rasa kita semua penat.

p.p.s (12 Jan 10) : Setelah membaca blog saifulislam dan blog inijalanku, saya menggesa agar kita semua bersatu. Saya dengan ini mengemukakan bahawa saya tidak layak pun untuk membincangkan isu ini, cuma saya mengatakan pendapat saya yang cenderung menggunakan nama Allah. Tapi saya rasa atas nama perpaduan saya ingin berada di bawah Majlis Fatwa Kebangsaan. Sekian.