javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, July 20, 2010

Kata Selembar Kertas Seputih Salju ~ Khalil Gibran





Kata selembar kertas seputih salju,”Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni selamanya. Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh sesuatu yang kotor.”

Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani mendekatinya. Pensil-pensil beraneka warna pun mendengarnya, dan mereka pun tak pernah mendekatinya. Dan selembar kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya -suci dan murni- dan kosong.

~ Khalil Gibran



Sekarang masa untuk memberi pendapat. Orang putih panggil insight. Kalau beri pendapat untuk novel orang biasa panggil bedah buku. Setakat bincang pasal buku pun nak panggil bedah, saya dah bosan tengok orang bedah-bedah orang sampai keluar usus segala. (Ayat poyo)

Saya adalah tinta botol. Saya harap kawan-kawan saya adalah pensil-pensil beraneka warna. Semoga kita tak akan berjumpa langsung dalam hidup kita orang yang seperti kertas putih tersebut.

Tapi mungkin ada orang yang betul-betul baik. Mungkin ujub tak ada tempat dalam hati mereka. Atau saya hanya membesar-besarkan cerita. Saya baru sahaja terlintas satu blog, rasanya sebaya dengan saya dan mengkaji sejarah. Saya dapat rasakan yang beliau seorang intelektual yang gempak. Ciri-ciri intelektual? Ada kaitan juga la dengan sumber dan plagiarism...tapi bukan di sini saya akan cerita. Tak tahu nak cerita atau tidak. Dari tulisannya saya merasakan beliau memang seorang muslimah solehah, tapi still dia masih cakap, "Perhubungan : "Biarlah segala-galanya digaris dengan cinta dan keredhaan-NYA". Future husband ? , I'll just can say "Be Solehah first before you wanna find a Soleh husband."

Dia tak cakap orang lain nak menceduk hasil tarbiyah dia ke apa. Haish, kalau macam dia pun masih belum solehah, nampaknya saya memang tinta hitam. Memang tinta botol yang hitam. By the way tinta itu maksudnya dakwat.

4 comments:

Unknown said...

maher..main point dia psal muslimah tu eh??hehe..kantoi! =D

Pengembara said...

tkdenyer...main point pasal puisi itu le...tp disebabkan fikiran ak mcm genius lagaknya jadi semua benda nk sebut secara tiba-tiba....hahahah

norashikin rahmat said...

mungkin kertas putih itu terlupa bahawa dia perlu melalui pelbagai proses pemurnian..

sayapun amat suka dengan karya-karya khalil gibran.

Pengembara said...

bagusla kalo awak suka...kalo ad mana2 lg karya kahlil gibran yg awak rasa best, boleh kongsikan sekali...