javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, April 30, 2010

Perjalanan Masa, Persoalan dan Jawapan.

Rasa ragu-ragu untuk menulis, jadi dah lama tak menulis. Bagaimana boleh menulis? Kita selalu menulis tapi jiwa kita kosong dan kering kontang. Kita banyak bercakap tapi kita sendiri tak faham apa yang kita cakapkan.

Tapi saya ingin terus menulis, dan saya harap kalau saya tak faham sekarang saya akan faham kemudian. Allah akan bantu kita untuk faham dan laksanakan apa yang kita cakap kalau kita berusaha untuk jadi lebih baik.

Saya baru-baru ini cuba menguruskan sebuah majlis untuk 6th year. Maka atas inisiatif sendiri saya pun turut sama membantu 1st year yang ditugaskan untuk membuat slide show dengan mencari gambar-gambar tambahan. Saya secara tidak rasminya menjadi seorang stalker.

Dan saya dapat melihat wajah anak-anak muda yang kini sudah pun tua dan akan bergelar doktor tidak lama lagi. Akan jadi graduan lepasan universiti. Di sebalik gambar-gambar ada kisahnya yang tersendiri dan sebagai manusia perasaan ingin tahu membuatkan kepala saya penuh dengan persoalan...yang cuba saya cari jawapannya.

Saya bersyukur saya buat keputusan yang tepat dengan menapis dahulu gambar-gambar tersebut kerana jika tidak, pastilah sekarang ini saya akan rasa bersalah yang amat. Jika ikutkan perasaan ingin sahaja letakkan semuanya biar gempak. Biar menarik. Tapi persoalan yang ada dalam kepala saya, rasa ragu-ragu buat saya mencari-cari jawapannya. Saya menemui jawapan yang saya mahu dan saya berpuas hati. Jawapan yang saya temukan membuatkan saya terpanggil untuk melihat diri sendiri.


Saya tumpang gembira buat semua orang yang sudah tahu apa yang mereka cari. Bagaimana untuk menghadapi masa depan. Perasaan ini jugalah yang saya rasa apabila melihat ustaz-ustaz, ustazah-ustazah. Saya nampak pada diri mereka matlamat hidup yang jelas, pendirian yang teguh dan ketenangan yang mengasyikkan. Saya nampak pada diri saya pula terumbang-ambing antara masa depan yang kelam dan masa depan yang cerah.

Maka kata-kata yang pernah saya tulis ini saya petik balik :

Masa itu adalah masa yang paling seronok dalam hidup. Anda takkan kisah senang atau susah. Anda sentiasa mencemburui orang lain yang turut mencari. Anda akan rasa gembira sekalipun anda menerima ujian yang paling berat dalam hidup. Anda sedar anda adalah orang yang paling lemah dalam dunia, maka bagaimana sekalipun orang memperlakukan anda, anda takkan peduli.
Anda hanya tahu satu perkara. Dia. Lalu anda lupa segala-galanya. Anda adalah orang yang paling bodoh dalam dunia, tak tahu perkembangan semasa. Saat orang lain berhati-hati di hadapan penguasa, anda boleh tidur nyenyak di hadapan mereka. Saat itu anda rasa anda dianugerahi kekuatan yang luar biasa.

Saya tak ingin percaya yang saya ditakdirkan hanya untuk merindui masa itu. Saya ingin masa itu adalah seluruh kehidupan saya yang singkat ini.




Sebab saya sampai sekarang masih fikir saya yang dulu lebih baik. Tapi mungkin juga saya tak tahu yang mana sebenarnya lebih baik untuk saya kerana kata Tuhan :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Saya yang dulu, tak tahu banyak perkara. Tapi saya yakin saya buat sehabis baik bergelut untuk mengatasi kejahatan. Agama ini memang segala-galanya tentang pergelutan, bak kata Tariq Ramadan " Islam is about struggle". Jadi saya rasa yang dulu lebih baik sebab saya bergelut, berbanding sekarang hanya tahu menyerah dan kalah dengan mudah.

Itu sahaja. Saya malas komen banyak, tak menarik.

Jika anda nampak perbezaan antara baik dan buruk, dan anda benar-benar sukakan kebaikan dan sangat bencikan kejahatan ianya adalah sesuatu yang baik. Baik dan buruk itu kita tahu berpandukan Al-Quran dan sunnah. Saat seluruh manusia lain mentakrif kehidupan songsang adalah baik, kita tak harus terikut-ikut. Seorang muslim, seorang mukmin takkan mudah hanyut dengan masalah picisan seperti ini.


Tentang persoalan dan jawapan, saya di sini menyarankan kepada semua orang untuk mula bertanya dan menyoal terhadap apa sahaja yang dirasakan perlu dalam hidup ini. Tidak salah bertanya atau melontarkan persoalan dalam agama, ianya lebih teruk jika anda hanya mendiamkan diri.

Sekiranya anda bertanya dengan tulus dari hati yang paling dalam menginginkan jawapan, anda pasti akan jumpa jawapannya. Saya dah alaminya banyak kali, dan bila saya jumpa jawapannya...rasa puas hati dan sangat gembira. Kerana penantian saya itu tak sia-sia.

Allah Tuhan kita, Dia adalah Petunjuk. Dia tak akan mensia-siakan orang yang percaya dan berharap kepada-Nya.

2 comments:

sayamuslim said...

jazakallah atas peganjuran majlis.

Maher said...

terima kasih kat mustas sbb dialah majlis mcm ni dianjurkan...heheh