javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, May 5, 2010

Masa Muda Dan Keindahan


Saya rasa ramai orang tak faham tulisan saya sebab suka berbelit.
Nah, saya persembahkan satu puisi Kahlil Gibran, kalau anda pun tak faham dia,
maka saya dikira normal. Hahaha.


Keindahan menjadi milik usia muda, tapi keremajaan yang untuknya dunia ini diciptakan tidak lebih dari sekadar mimpi yang manisnya diperhamba oleh kebutaan yang menghilangkan kesedaran.
Akankah hari itu datang, ketika orang-orang bijak menyatukan kemanisan masa muda dan kenikmatan pengetahuan?
Sebab masing-masing hanyalah kosong bila hanya sendirian.
Akankah hari itu datang ketika alam menjadi guru yang mengajar manusia, dan kemanusiaan menjadi buku bacaan
sedangkan kehidupan adalah sekolah sehari-hari?
Hasrat masa muda akan kesenangan-kenikmatan tidak terlalu menuntut tanggung jawab -hanya akan terpenuhi bila fajar telah menyelak kegelapan hari.

Banyak lelaki yang tenggelam dalam keasyikan hari-hari masa muda yang mati dan beku;
banyak perempuan yang menyesali dan mengutuk tahun-tahun tak berguna mereka seperti raungan singa betina yang kehilangan anak;
dan banyak para pemuda dan pemudi yang menggunakan hati mereka sekadar sebagai alat penggali kenangan pahit masa depan,
melukai diri melalui kebodohan dengan anak panah yang tajam dan beracun kerana kehilangan kebahagiaan.

Usia tua adalah permukaan kulit bumi;
ia harus, melalui cahaya dan kebenaran,
memberikan kehangatan bagi benih-benih masa muda yang
ada dibawahnya, melindungi dan memenuhi keperluan mereka
hingga Nisan datang dan menyempurnakan kehidupan masa muda yang sedang tumbuh dengan kebangkitan baru
Kita berjalan terlalu lambat ke arah kebangkitan spiritual,
dan perjalanan itu seluas angkasa tanpa batas,
sebagai pemahaman keindahan kewujudan melalui
rasa kasih dan cinta kepada keindahan tersebut

~ Khalil Gibran

9 comments:

AuLiA said...

insyaAllah aku faham.. aku paling suka kata2 perenggan no 2... thanks maher!

sayamuslim said...

saya juga faham.
insaf~~.jazakallah kpd saudara maher yg sudi berkongsi.;)

Maher said...

alhamdulillah anda semua faham! semoga kita dapat menggunakan masa muda ini sebaik-baiknya! masa muda je lah nak berjuang...

norashikin rahmat said...

sayapun suka puisi2 khalil gibran..

Maher said...

best khalil gibran kan? mencurahkan air di ladang kehidupan.....

Anonymous said...

salam. minta saudara terjemahkan maksud dalam ayat ni di atas:

seperti raungan singa betina yang kehilangan anak;

terima kasih ye. maaf saya x pandai sgt terjemahkan puisi2 nih

Maher said...
This comment has been removed by the author.
Maher said...
This comment has been removed by the author.
Maher said...

salam
seperti raungan singa betia kehilangan anak...bg saya hanyalah metafora...
nk tunjukkan penyesalan wanita yg menangisi masa lalunya...

sy kalo baca benda2 ni sy tk baca detail sgt (walaupun kdg2 setiap ayat ad maknanya juga)...sy selalu baca cepat2, kdg terlepas pandang jugak..huh