javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, September 22, 2010

Mata

"mata menggambarkan jiwa seseorang"

Saya ingin melihat mata setiap orang, dan mengetahui jiwa mereka. Dan apa yg mereka fikirkan.

Pernah suatu masa seorang kawan menyebut "aku nak jumpa org yg boleh tahu samada kita sedih, marah atau gembira masa tengok mata kita".

Kemudian saya balas, "kau pun tak pernah tgk mata kau sendiri masa kau marah, sedih atau gembira. Kau tau ke mata kau macamana masa-masa macam tu?"

Walaupun demikian, pandangan mata juga boleh menipu, dan amat membahayakan.

“Sesungguhnya pandangan itu adalah salah satu daripada panah Iblis yang beracun. Barang sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan menggantikannya dengan manisnya keimanan yang dapat dia rasakan di dalam hatinya.” (Hadis riwayat at-Tabrani).


Manisnya iman.

Kesatnya hati.

Akibat selalu memandang, maka hati pun merana dengan penyesalan yang tak putus-putus.
Keinginan yang tak terpenuhi.






Saya sendiri tak pasti tentang kemisterian mata, tapi bagi saya mata adalah anggota yg paling cantik dan hebat yg ada pada manusia. Ada banyak warna, ada banyak saiz.


Dan semestinya saya juga berharap,

"alangkah baiknya jika ada org yg mampu melihat mata kita dan menerangkan kepada kita diri kita sendiri yg kita sendiri masih tak faham-faham. Diri kita sendiri yang masih kita cari namun tak jumpa-jumpa".

3 comments:

Awan Putih said...

kalau masa kita marah, lepas tu cepat2 pi dekat cermin, tengok puas2. boley nampak x?

norashikin rahmat said...

cantik je kan, seruan menundukkan pandangan.. supaya penyakit hati boleh dicegah.

Pengembara said...

aulia : boleh kot, melainkan tetibe ko rasa diri ko kacak dan tersenyum...mmg tk nmpak ko marah

norashikin : haah, mmg cantik...salah sendiri la kalo hati ada penyakit