javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, December 16, 2011

Letting it Go dan Rahsia Ruh



Saya ada baca tentang artikel SuhaibWebb yang kalau tak silap saya Imam Suhaib Webb ni isterinya orang malaysia, dan dalam satu talk dia, dia boleh selitkan lagi kisah roti canai dengan kedai mamak.

Namun kehadiran artikel itu sedikit sebanyak menambah atau jika tidak menambah pun mengingatkan saya tentang perkara yang perlu saya utamakan balik dalam hidup ini.

Saya akan petik.

Letting Go
http://www.suhaibwebb.com/personaldvlpt/character/letting-go/


‎"Letting go does not mean giving up or justifying wrongs. It means you are willing to continue the race with all the lessons learned, without carrying the emotional load with you." - @Muslema Purmul


" the nafs wants us to hold on dearly to all the emotions that can make us a slave to it. Letting go is about freeing our souls so we can run to Allah (swt), feeling secure, loved, and in control in the presence of al-Mawlaa, al-Wadud, and al-Qaadir. May Allah (swt) allow us to let go of that which slows us down in the race to Him, and may He make us of the strong believers."


Walaupun bulu roma saya meremang kadang-kadang melihat video ini, tapi tak apalah, saya akan kongsikan juga di blog ini.



Ada seseorang telah menghantar video ini kepada saya, terima kasih banyak-banyak.
Saya rasa ayat paling best dalam video ini adalah :

Tuhanku, berikan ku cinta yang kau titipkan
bukan cinta yang pernah kutanam...



Rahsia Ruh
http://drmaza.com/home/?p=1710



Ruh itu urusan Tuhanku, dan kita tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit.

Dalam satu artikel terbaru Dr. Asri, dia mengupas persoalan ruh, seperti mana yang dikupas oleh Ibn Qayyim. Dr, Asri dan Ibn Qayyim, antara tokoh yang saya kagumi dan kasihi. Seorang sudah tiada lagi di dunia ini, seorang lagi masih hidup.

Saya tak faham bagaimana suatu masa dahulu ada seorang kawan saya ni yang turut suka dengan Dr Asri kemudiannya sangat keras dalam menghukum manusia, dan selalu buat saya panas bila kami berbincang. Disebabkan itu, pada suatu masa, saya pun menjadi malas, keras kepala daripada nak terus membaca artikel2 Dr. Asri mengenangkan sikap yang agak biadap kawan saya, seorang peminat tegar Dr. Asri itu. Saya berfikir, apa isi kandungan artikel Dr. Asri sampai kawan saya ni macam itu sekali perangainya? Saya baca tak ada apa-apa pun? Tapi itu cerita lama. Dia pun dah makin lembut sikit dalam bercakap tentang isu-isu keagamaan ini. Dan kemudiannya, saya juga tengok beberapa video Dr Asri yang lembut berbicara, bercerita tentang soal kesusahan dalam hidup dan sebagainya. Keras di sisi yang lain, namun masih lembut di sisi yang lain.

Ibn Qayyim pun kelihatannya (perasaan saya mengenangkan tulisan-tulisan beliau) juga seorang yang lembut orangnya, walaupun gurunya seorang yang agak keras (Ibn Taimiyyah). Sekali lagi, lembut tidak bermakna tidak tegas. Keras tidak bermaksud biadab.

Berbalik kepada soal Ruh. Walaupun ini adalah soal remeh sebenarnya, namun saya rasa, ia sedikit sebanyak membuat kita lebih mengingati alam selepas mati. Mengingatkan kita bahawa yang telah pergi, tidak bermakna sudah tidak wujud lagi.

“Nabi telah syariatkan umatnya agar ketika memberikan salam kepada ahli kubur hendaklah memberi salam seperti kepada mereka yang mendengar ucapan dengan menyebut ‘salam sejahtera kepada kamu wahai para penduduk yang beriman’. Ucapan ini untuk sesiapa yang mendengar dan berakal, jika tidak ucapan itu hanya seperti bercakap kepada sesuatu tidak wujud dan kaku. Ulama salaf telah bersepakat mengenai hal ini dan terdapat riwayat-riwayat yang mutawatir daripada mereka bahawa mayat mengetahui ziarah orang hidup dan bergembira dengannya”. (Ibn Qayyim, al-Ruh, m/s 140, Jordan: Maktabah al-Manar).

Perhubungan yang masih berterusan walaupun salah seorang antara kita sudah pergi. Semangat setiakawan yang sebenar.

Dan di syurga nanti,

“dan berilah khabar gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: “Inilah yang telah diberikan kepada ami dahulu”; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lama”. (Surah al-Baqarah: 25).


kita akan bercerita tentang kisah-kisah kehidupan di dunia, semua pengalaman dan pengorbanan yang telah dilalui. Bercerita dan bercerita, juga mendengar cerita seluruh penduduk syurga dalam ruang masa yang tidak ada batasnya.



penamaya
alya
fromtheinside

4 comments:

Teenager Housemaid said...

hmm..
thanks for sharing..:)

Anonymous said...

OMG...x mau buka blog nie lagi :P

Maher said...

lol...andakah orangnya yang forward saya video di atas? entah-entah ramai lagi yang forward video macam tu......haha

eeiyss said...

singgah baca tentang imam suhaib webb... sambil folo~