javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, January 3, 2012

Sakit tapi Tetap Diam

Ada orang pernah berkata, air mata yang engkau ingin tumpahkan, tahanlah daripada tumpah, biar ia terus membakar hati, mengobar-ngobarkan semangat dan kecekalan hati yang menginginkan sesuatu. Bekalan dalam mengahrungi perjalanan ataupun sesebuah pencarian.


Tak semestinya air mata. Kemarahan pun sama. Simpan kemarahan, jadikan bekalan, tapi bukannya dendam.


Ah, sejauh mana kekusutan boleh disusun dengan hanya berkata-kata atau meluahkannya.
Apa yang berlaku ke atas makhluk lain tak kurang teruknya berbanding apa yang berlaku ke atas diri sendiri. Maka berhentilah mengharap pada makhluk, dan memandang yang Khalik.


Manusia berbeza pendapat, bermain isu, dan segalanya buat serabut. Mungkin ada eloknya jika tutup sahaja semua benda - facebook, komputer, youtube, buku, dengar cakap orang.....dan berehat untuk seketika waktu.


Kita mulakan dari yang paling mudah, dan kita mulakan dari situ.

Tidak ada Tuhan melainkan Allah.
Nabi Muhammad pesuruh Allah.

2 comments:

Anonymous said...

begitulah...sudah kabut semua benda, pulang pada akar umbi, pada pangkal dan bermula semula mengikut rentak yang betul..

sungguh, selagi kembali pada quran n sunnah, langsung tidak akan sesat..

Pengembara said...

yup apa yang paling penting adalah kebenaran. dengan kebenaran barulah kita boleh melihat dunia dengan cara yang sewajarnya. namun, berapa banyak yang mengaku benar, sedangkan kebenaran tidak ada padanya; dan berapa banyak pula tempat sampah yang rupa-rupanya menyimpan kebenaran.

pencarian itu sesuatu yang menyeronokkan.