javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, January 21, 2012

Mashrut dan Pemandunya (Van Sapu)


Asal-asalnya hendak menulis banyak artikel, sebab dah lama tidak menulis dan kebetulan hari ini hati saya sangat terluka. Lol. Tapi keterlukaan tersebut hanyalah dapat bertahan hingga 2 jam selepas bangun pagi, maka penggerak untuk menulis itu sedikit sebanyak pun lesap juga.

Ok saya dah habis exam. Tapi melihat sekeliling, tiada apa yang berubah. Saya sudahpun mencapai tahap mempunyai jati diri yang tinggi sebab keadaan saya sebelum dan selepas exam adalah sama. Cool.

***********************************************************************************************************

Biar saya terangkan apa itu mashrut. Mashrut adalah dari perkataan bahasa rusia, mashrutka yang menurut wikipedia, adalah seperti berikut :

The Russian and Ukrainian word "маршрутка" is the colloquial form for "маршрутное такси", which literally means "routed taxi(cab)" ("маршрут" referring to a planned route that something follows, and "такси" meaning "taxi(cab)"). The word "маршрут" is from the German word "Marschroute", which is composed of the word "Marsch" (a walk, march) and "Route" (route).

No mashrut tertera di hadapan dan tepi mashrut. Mashrut bernombor 4, tambang 14 rubel.

Namun saya lebih selesa memanggilnya van sapu dalam bahasa melayu.

Anda tahu apa itu van sapu? Saya dulu di MRSM, kadang-kadang hujung minggu, hari Ahad, saya akan keluar ke pekan. kami ke pekan itu samada dengan bas ataupun van sapu. Mungkin untuk membeli sesuatu barang keperluan, mungkin ada yang hendak beli komik contohnya, dan aktiviti utama saya pula adalah 'window shopping'. Di pekan itu ada juga KFC, dan biasanya hanya budak-budak kaya sahaja yang ada duit untuk pergi makan-makan di KFC ataupun beli potato wedges untuk dibawa pulang ke asrama. Isk..isk...isk.

Ok lupakan hal itu, saya hanya nak cerita tentang van sapu. Jadinya van sapu itu adalah van, yang ramai-ramai naik untuk ke sesebuah destinasi.

Kalau ada orang yang hendak menjadikan pemandu F1 sebagai idola mereka dalam skil memandu, saya cadangkan, lebih baik anda menjadikan pemandu mashrut Rusia sebagai idola anda. Mereka adalah antara keajaiban dunia yang tak ramai nak ambil tahu, dan mungkin ramai yang terlepas pandang, walaupun pelajar yang belajar di Rusia sendiri. Di bawah akan saya ceritakan sebab-sebabnya.

1. Mereka seorang yang sangat 'multitasking'. Saya anggap anda pernah lalui zaman itu, iaitu zaman di mana bas ada pemandunya dan konduktor bas itu sendiri yang bertugas untuk kutip tambang bas. Jadi gabungkan keduanya, dan anda akan dapat fungsi pemandu mashrut.


Pemandu mashrut : gabungan pemandu bas dan konduktor bas

Bayangkan situasi ini pula : pemandu mashrut, sedang memandu. Penumpang dari belakang kemudian memberikan duit tambang. Pemandu itu ambil duit tersebut, dalam masa yang sama dia sedang memotong kenderaan lain. Cemas. Mendebarkan. Pemandu tersebut perlu peka dengan lampu isyarat. Peka dengan kenderaan di kiri dan kanannya, perlu sentiasa bersedia untuk berhenti apabila penumpang minta berhenti. Juga pada masa yang sama, pemandu tersebut harus menghitung jumlah baki yang perlu dipulangkan kembali kepada penumpang. Pemanduan mashrut menggabungkan skil memandu, menganggar jarak, mengira dan oh, saya lupa nak sebut tadi. Pemandu mashrut juga perlu peka, berapa orang penumpang yang sudah bayar tambang, adakah tambang yang dibayar itu betul ataupun tidak, sebab semakin jauh destinasi, tambang yang perlu dibayar adalah lebih mahal. Pemandu mashrut perlu bijak mengenal pasti pembohongan, memiliki memori yang sangat kuat untuk ingat destinasi bagi setiap tambang yang dibayar.

Ada jam untuk alert dengan selang masa mashrut, juga tempat letak duit. Sesetengah pemandu  main campak je berterabur duit kat dashboard. Gambar Jesus dan Mary memang biasa digantung di mana-mana


2. Peramah. Tak semua pemandu mashrut peramah, akan ambil masa untuk berbual dengan penumpang. Lagi-lagi kalau mashrut tu sangatlah penuh. Tapi kalau ada, mereka memang betul-betul peramah. Pernah pemandu mashrut tanya kami berasal dari mana, kelas apa, belajar apa dan sebagainya.

Contoh interior design dalam mashrut
3. Team player. Sebenarnya sistem mashrut memiliki politik mereka yang tersendiri juga. Mashrut berbeza-beza, dan mereka dilabelkan dengan menggunakan nombor. Contohnya 15c, 8c, 19, 41, 75, dan lain-lain lagi. Setiap nombor mempunyai jalan atau 'route' mereka sendiri. Namun, beberapa nombor mashrut akan memiliki 'route' yang sama dengan nombor mashrut yang lain. Ini boleh menimbulkan pergaduhan, dan mungkin sehingga ke tahap salah satu mashrut akan diminta menghentikan perkhidmatan mereka. Ia seperti pergaduhan antara kongsi gelap dalam merebut kawasan taklukan mereka -----> seriously simili + hiperbola.

orang beratur hendak menaiki mashrut

Pokwe adalah seorang kawan saya dan juga pakar mashrut yang tahu selok belok perjalanan hampir 70% mashrut yang ada. Beliaulah yang telah mendedahkan kepada saya akan perkara ini.

Ok, point berkaitan team player pula. Saya sudah beritahu tadi kan tentang setiap nombor mashrut memiliki syarikat atau organisasi mereka sendiri. Jadi setiap pemandu mashrut untuk nombor yang sama, mereka harus menjadi team player yang baik. Mereka perlu patuh pada masa, menjaga selang masa antara mashrut. Jika mereka berselisih di tengah jalanraya (dalam keadaan satu mashrut menghala ke depan, satu lagi menghala ke belakang, side jalan yang bertentangan) mereka akan bertegur sapa, sama ada dengan melambaikan tangan atau cukup mengenakan 'thumbs up' - mengangkat ibu jari tangan. Mereka seperti semut, dan mereka kelihatannya macho.


Pengalaman-pengalaman menarik dan beberapa maklumat tambahan

Tambang mashrut biasanya 10 rubel, bersamaan dengan RM1. Kalau tempat itu jauh, tambang boleh mencecah 23rubel, 30rubel. Masa mula-mula menjejakkan kaki di sini, tambang hanya 7rubel, tapi disebabkan inflasi, harga tambang sentiasa naik.

Sesetengah tempat yang kami nak tuju itu terletak sangat jauh dari pusat bandar. Sejam perjalanan. Ada masa kami naik mashrut itu pada waktu pagi, lebih kurang pukul 730pagi, dan waktu pulang lebih kurang 12tengahari atau pukul2 eptang atau 6petang; bergantunga kepada jadual kelas setiap tahun pengajian.

Perjalanan yang jauh, ditambah lelahnya kami mengulangkaji pelajaran, membuatkan kami berehat atau melepaskan penat kami di dalam mashrut. Jadi ramailah yang mengambil kesempatan ini untuk tidur. Tidur, jika tidak kena masanya, memang boleh buat anda terbabas pergi lebih jauh daripada apa yang anda kehendaki. Ditambah kawan-kawan yang sebenarnya tak adalah 'kawan' sangat sebab mereka akan turun tanpa kejutkan anda dan kemudiannya tersenyum sipu. Hanya kawan yang baik dan setiakawan seperti *ehem* sahaja yang akan take the effort untuk kejutkan kawan-kawan.

Masa first year dulu, lagi teruk. Penguasaan bahasa Rusia sah-sah lemah, jadi setiap kali nak minta pemandu mashrut berhenti di destinasi yang kita nak, mesti terketar-ketar, tak yakin diri. Ataupun mungkin untuk situasi lain, keadaan sekeliling sudah gelap. Kami yang tak biasa dengan jalan-jalan di Volgograd, memang menggunakan habis 'effort' kami mengintai di celahan tingkap untuk memandang ke luar. Itu juga salah satu sebab kenapa 'certain' pelajar terbabas.
Tingkap mashrut tu pulak, bukan boleh caya sangat, kebanyakkannya tinted habis, supaya kalau penumpang berdiri sebab tak cukup tempat dalam mashrut, polis trafik tak perasan.

Antara peraturan-peraturan dalam mashrut adalah : Anda perlu minta untuk berhenti dengan nada yang kuat, bukannya perlahan malu-malu kucing. Cakap awal, bukan on the spot baru nak cakap, nanti kena marah punya. Kalau duduk di tempat duduk hadapan, sila pakai tali pinggang keledar. Sesetengah orang mungkin just tarik dan pegang letak bawah ketiak je untuk cukup syarat, tapi apa-apa pun kena ingat untuk pakai tali pinggang keledar. Jika polis dapat tangkap, anda boleh dikenakan denda 500rubel (RM50).

Amaran denda jika tidak mengenakan tali pinggang keledar

Antara benda best lain yang boleh diperoleh ialah, anda boleh melihat pelbagai jenis manusia dalam mashrut itu. Ada datuk nenek, ada yang mabuk (jarang), ada kakak-kakak (lol), kadang-kadang boleh terserempak dengan cikgu/lecturer (sebab mereka pun lebih prefer public transport dari ada kereta sendiri) dan juga rakan-rakan yang lain. Pernah sekali, ada seorang ibu dengan anaknya yang kecil naik mashrut, tapi tak ada tempat duduk. Ada seorang abang ni, Russian kalau tk silap, angkat budak ni (stranger, of coz) tadi dan letak di atas riba. Fuh, memang macho. lain kali kalau saya ada peluang, saya pun akan buat seperti itu juga. Untuk budak sahaja, tentunya.

No comments: