javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, April 7, 2012

penagih

Agak-agaknya kalau kata/cakap tengok bola tu dosa kepada semua peminat bola, mampu ke mereka berhenti daripada tengok bola?




Ok letak tepi persoalan itu sebab saya pun tak tahu kalau tengok bola itu dosa atau tidak.

Ramai antara kita dalam dunia ni seorang penagih. Sifat seorang penagih adalah dia tidak dapat meninggalkan sesuatu perkara yang menjadi ketagihannya - walaupun tak mustahil, namun ternyata sukar.

Ketagihan menjadikan orang terbelenggu, dan seolah-olah tak dapat langsung nak keluar atau bebaskan diri dari belenggu itu.


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). 
(Ali Imran, 3 : 14)

Biar saya tulis benda-benda dalam dunia yang boleh buat manusia ketagih. Maaf, saya cakap awal-awal, saya akan cakap tanpa lapik.

Manusia boleh ketagih pada perempuan. Seks. Tengok video lucah. Arak. Dadah. Rokok. Judi. Bergosip/mengumpat. Shopping. Belaian lelaki. Cinta. Rumah cantik dan besar. Kereta-kereta mewah, sport. Gadget-gadget canggih terkini. Cerita Korea/Jepun/Tamil/Hindi/Cina. Movie. Drama. Muzik. Duit kertas/syiling (lol?). Reputasi/orang pandang tinggi. Kuasa. Kecantikan diri sendiri. Kepandaian diri sendiri. Kepetahan berkata-kata. Bola. Game. Sukan. Emas. Perabot. Beg. Kasut. Saham. Bisnes. Chatting. Menipu/berbohong/berdusta/'kencing'. Makan. Parti. Sosial. Politik. Ritual. Ego/rasa diri betul.



Boleh jadi aku dan kamu juga sebenarnya seorang penagih. Yang membezakan kita mungkin bagaimana kita pandang ketagihan kita, besar atau kecil; teruk atau kurang teruk. Tapi betul ke sudut pandangan kita? Siapa cakap menipu itu lebih elok dari minum arak? Siapa cakap rasa diri bagus,takabbur, sukakan reputasi lebih elok dari tengok video lucah?

Kau tak tahu kan, tapi kau menghukum.

Salahkan semua yang salah, tapi jangan tambah dengan hinaan, kejian dan cacian.

Pesanan buat semua : Tambah ilmu pengetahuan. Mungkin ada perkara dalam dunia ni yang kita anggap tak salah, sebenarnya salah. Pastikan rujukan dari sumber yang betul. Jangan ikut kepala otak anda sendiri je. Juga jangan percaya bulat-bulat apa orang cakap.

Pesanan buat penagih : Jangan rasa selesa. Ketagihan akan menjadikan kamu hamba abdi. Usaha harus ada untuk membebaskan diri dari ikatan-ikatan itu. Jangan pandang sesuatu itu kecil, sebab boleh jadi perkara itu besar di sisi Tuhan - hanya kita  sahaja yang pandang mudah atau kecil sebab kita tidak tahu atau malas nak ambil tahu. Jangan lupa minta pertolongan Tuhan - Dia yang menciptakan kamu dan ketagihan-ketagihan kamu, adalah lebih arif, dan Dia lah yang lebih tahu bagaimana untuk mengeluarkan kamu daripadanya. Jangan putus asa.

Pesanan buat bekas penagih : Imbas kembali saat kamu terbelenggu suatu masa dulu. Hanya kerana rahmat Allah, Dia membebaskan kamu dari ikatan-ikatan itu. Jangan lupa, bersyukurlah. Bersyukur sebab dah diberi nikmat yang sangat besar. Jadi sekarang kamu dah bebas kan? Tapi itu tetap tak bermakna kamu boleh pandang rendah kat orang lain. Mungkin, kamu masih ada kelemahan lagi yang kamu masih tak nampak.

Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). 
(35:32)

No comments: