Baru-baru ini saya ada menonton sebuah filem. Ok, mungkin saya tengok filem tersebut disebabkan ada Saoirse Ronan yang pernah berlakon dalam City of Ember dan Lovely Bone, tapi overall filem The Way Back sangat best dan bermakna. Tak rugi saya habiskan 2 jam masa saya dalam masa 2-3hari untuk habiskan filem tersebut. (See? saya sangat busy sebagai student medik, tak mampu nak habiskan satu flem sekali lalu pun - jadi sila hargai masa korang).
Poster The Way Back |
Apa sinopsis cerita ni?
Siberian gulag escapees walk 4000 miles overland to freedom in India.
Simple je sinopsis dia. This film i think is one of the underrated films - filem-filem yang tak popular sangat tapi sebenarnya gempak giler. Boleh google atau search kat youtube untuk tengok trailer filem tersebut.
Part paling best. Pengajaran.
Saya tengok cerita tersebut dan saya boleh cakap ada three main points, iaitu :
1. Jangan putus asa. Sentiasalah bertawakkal kepada Allah.
...dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaq, 65 : 2-3)
Allah beri jalan keluar, Allah beri rezeki dari jalan yang tak terlintas langsung kat hati kita.
2. Hidup dan mati itu salah satu ketentuan Allah.
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) 'maut' di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan.
(Al-Waqiah, 56:60)
Power gila rasa ayat kat atas. Tak rasa ke? Baik,saya akan ulang sekali lagi.
Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan.
Kalau kita dengar kupasan Nouman Ali Khan untuk tafsir surah Al-Mulk, ayat kedua, Nouman Ali Khan menjelaskan kepada kita bahawa dalam bahasa Arab, maut mempunyai konsep yang sangat luas, bukan semata-mata kematian. Maut adalah lawan bagi hidup. In other words, maut is lifelessness. Ya, mati juga adalah lifelessness, tanah kering kontang dan tumbuhan tak dapat hidup pun adalah lifelessness. Jadi selepas ini kalau terdengar perkataan 'maut', sila bayangkan seluruh lifelessness yang ada kat alam semesta ini. Sekian.
3. Semangat setiakawan yang tinggi.
Memang, kita letak kepercayaan hanya kepada Allah. Dalam masa yang sama, semangat setiakawan adalah sesuatu yang sangat dipuji. Anda tengok sendiri la, malas saya nak cakap banyak.
Tribute kat cikgu Russian Language saya, Brikalin Vladimir Andreevich.
Hari Khamis, 14 April 2011, dia dah pergi.
Sehari sebelumnya, kami sempat ada satu kelas dengan beliau. Kamilah kelas terakhir agaknya dengan beliau sebelum ketentuan ini berlaku.
Berita pemergian itu datang mengejut, dan kami tak jangka benda itu boleh berlaku. Sebab semasa beliau bersama-sama dengan kami, memang nampak sihat sangat. Kalau 2-3 kelas sebelum ini beliau agak 'psycho' dan memarahi kami, hari sebelumnya itu memang baik, macam semester-semester yang lepas sewaktu kami bersama dengan beliau.
Masa kelas terakhir itulah baru saya tahu macam mana nak eja nama beliau. Brikalin, dieja Брыкалин instead of Брикалин.
Dan masa kelas terakhir itu jugalah beliau sempat cakap (dalam bahasa Rusia),
"I can surely say no one in this class is симулянт/ pretender"
Kata-kata itu adalah antara yang buat saya gembira sebab saya dan dua orang rakan lagi adalah antara yang mengelat tak pergi kelas russian language. Walaupun sedikit sebanyak saya boleh dikatakan sebagai pretender, tapi saya gembira sebab cikgu tak cop saya sebagai pretender.
Dang.
Bila seseorang itu dah tiada, baru kita nak gelabah. Nak sedih ataupun ingat jasa dia kat kita, padahal sebelum itu kita tak perasan pun kebaikannya kat kita.
Pernah je antara kawan-kawan saya complaint pasal cikgu ni, teruk apa semua. Saya pun ada kadang-kadang tak puas hati, tapi honestly saya tak simpan dalam hati pun (selepas 3hari max). Kadang-kadang ada sampai nak buat lawak nak taruk kulit pisang la supaya cikgu tu jatuh apa semua. (ok diorang tak buat, sekadar melawak). Cikgu tu dah la jalan sedikit terhincut, ada dropped left hand lagi, boleh nak buat lawak macam tu. Saya tak ingat adakah saya ikut gelak masa diorang buat lawak tuh. Tapi kalau saya pun ikut gelak, memang celakalah. Celaka.
Brikalin Vladimir Andreevich, seorang cikgu yang memiliki pandangan tentang hidup yang best, even dia siap tahu lagi perbezaan dan persamaan antara agama Islam dan agama Kristian Ortodoks, pemergian beliau memang suatu kehilangan.
Brikalin Vladimir Andreevich |
....Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(al-Baqarah, 2 : 155-156)
8 comments:
dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita pergi.
When did he pass away?
dia pernah ngajar aku dulu. seyes terasa.
@aynn pagi khamis. ada orang cakap ambulans tak sempat nak sampai. Valentina Andrevna cakap dia muda lagi, umur 60tahun. sepatutnya dia boleh hidup 20tahun lagi. tu cikgu ruski yg cakap, saje taruk.
@mofar ye ke? tadi ktorang ada bagi bunga kat family masa diorg tgh makan kat stolovaya dgn cikgu ruski. mmg suasana suram habis. kalo ko masuk masa tgh tak serius, secara tiba2 ko boleh jadi murung.
kalau kematian lebih baik baginya, maka kita doakan sahaja.
kerugian dan kehilangan tetap terasa.
beliau sakit ape?
i heard he will celebrate his 61st bday in a week or two... God Bless his soul...
btw LOL @ симулянт...
beliau kena heart attack, dan kalau tak silap dia memang ada hypertension sekali.
@anon : 61st birthday in a week or two? memang lag sedih r camtuh.
Lol jugak kat симулянт..
Post a Comment