javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, April 20, 2011

Pengajaran


1. Kesusahan hidup akan membuatkan seseorang itu tinggi semangat juangnya dalam menghadapi hidup iu sendiri. Orang yang merasakan hidupnya senang tidak akan memahami ketinggian semangat juang yang dimiliki oleh mereka yang susah. Namun, kita janganlah berani meminta daripada Tuhan agar hidup kita dijadikan susah semata-mata untuk test semangat juang kita. Sanggup jadi macam Nabi Ayub? (contoh) Sanggup jadi salah seorang Bani Israel yang diseksa dengan kejam di bawah pemerintahan Firaun, jadi buruh macam nak mampus? (contoh)

2. Kalau kita fokus seluruh perhatian kita untuk satu perkara, kita akan cenderung untuk terlepas pandang perkara yang lain. Tidak salah memiliki fokus yang tinggi, tetapi jalan tengah adalah jalan terbaik, rasanya untuk semua perkara. Contoh-contoh dalam hidup :

a) Kita sibuk mencari rezeki untuk keluarga kita, sebab kita takut keluarga kita tak cukup makan. Tapi kita terlalu sibuk sampai mengabaikan keluarga kita. Sebenarnya kita lebih takut mereka tak cukup makan atau kita lebih takut yang kita mungkin kehilangan mereka, iaitu orang-orang yang kita sayang? Adalah penting untuk kita tahu priority, keutamaan - hubungan kekeluargaan adalah lebih penting daripada kesenangan hidup. Sebab walaupun hidup kita senang, kita masih boleh kehilangan keluarga kita. Tapi kalau hubungan kekeluargaan kita sangat kuat, insyaAllah kita mampu hadapi segalanya, samada susah ataupun senang bersama-sama.

b) Gadis A tak nampak lelaki B menaruh perasaan kat gadis A sebab gadis A sedang asyik dilamun cinta dengan lelaki C. Dan boleh jadi sebaliknya. Kita kadang-kadang tak nampak lauk sayur sebab dalam fikiran kita hanya nampak lauk ayam bersalut tepung. Hanya orang-orang yang tahu menghargai peluang sahaja mampu nampak lauk sayur dan lauk ayam goreng bersalut tepung. Ok actually kalau langsung tak nampak sayur itu dah rabun tahap kritikal.

Ayam goreng bersalut tepung

lauk sayur



c) Kita sibuk memikirkan masalah negara, masalah rumah tak selesa, masalah peti sejuk rosak padahal masalah matematik yang ada atas meja kita, kita lupa. Padahal nak kena hantar kat cikgu esok. Disebabkan masalah matematik yang kita tak hantar kat cikgu itu, kita pun dibuang sekolah, tak ada duit untuk duduk kat mana-mana rumah pun, tak mampu nak repair peti sejuk dan tak diiktiraf pun sebagai rakyat negara sebab biasanya orang yang merempat dilayan seperti anjing jalanan.


3. Kadang-kadang apa yang kita fikir tak sama macam orang lain. Bila dah pernah dikutuk atau di'condemn' sebab terkeluar atau selalu bercakap benda yang kita minat, tetapi orang lain tak minat - tanamkan dalam diri sendiri, bahawa, aku sampai bila-bila pun tak akan cakap pasal benda ni dengan kau lagi, u jerk. Seriously, point no 3 ni personal. Cis.

4 comments:

layyinul harir^cuiya said...

errr....ape ni abg maher? x faham ..haha...kejap sayur kejap ayam..

norashikin rahmat said...

Apa seorang perempuan kerdil boleh buat bila dia rasa macam nak tumbuk orang sampai lumat?

Letihlah.

Maher said...

@cuiya : ala, tak faham ke? mana lagi best? ayam gorang ke sayur? mestilah ayam goreng...huhuh

@norashikin : kalo saya, saya cuba face masalah tuh, tak kisahlah orang ataupun objek yg dibenci...cakap, tgk mata dia, dan benda paling best adalah bila orang tu yg gelabah dan tak tenang....yg penting kena sentiasa cool.

norashikin rahmat said...

terima kasih, kadang-kadang jalan muhasabah tanpa sabar menemukan kebingungan.

mungkin saya terlalu fokus kepada satu perkara tanpa melihat kepada satu sisi lain. seperti kata anda, tak ambil jalan tengah~ :D