javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, April 24, 2011

Sosial


Kali ni saya cuba menggunakan perkataan aku dalam penulisan. Dan kebetulan pula, untuk waktu sekarang, aku adalah orang yang bersahabat dengan kejahatan. Maafkan aku rakan-rakan sekalian, untuk waktu ini, 'saya' tidak ada. Yang ada hanyalah 'aku'. Cool.

Dan kemungkinan post kali ini akan merosakkan pandangan kalian terhadap aku. Makanya, benda itu tidak dapat dielakkan.


"Aku kagum r dengan budak A tuh. Dah la pandai dalam pelajaran, pandai bersosial pulak tuh"

What the hell???
How on earth budak yang selalu join jamuan, selalu buat muka gembira/hensem/comel, ada boyfriend/girlfriend can count as ada life, mantap bersosial?

-Ko lagi la tak boleh harap, macam tak pernah cakap dengan perempuan.
-Lol. Aku memang tak minat cakap dengan perempuan, lagi best cakap dengan budak-budak lelaki. lagipun, aku nak jaga hati aku yang fragile ni.


Sh*t. Aku tak pernah cakap dengan perempuan? Girls,females constitute around half of the human population kat dunia ni. Cuba kalian terangkan kat aku adakah logik kalau aku tak pernah cakap dengan perempuan?

Ok tak payah include ahli keluarga, tolak sedara-mara. Nak main fair and square sangat.


Ok memang aku sekolah rendah dengan budak-budak lelaki. Tapi kemudiannya masuk MRSM, di situlah bermulanya aku kenal budak-budak perempuan. Macam-macam ada dalam kelas aku. Ada yang jiwang gila. Ada yang gedik, orang panggil dia itik, seorang yang pertumbuhan secondary sexual characteristics lebih cepat berbanding dengan orang lain. Dan budak ini - itik - telahpun diculik dan sampai sekarang tak tahu dia kat mana, siap masuk dalam suratkhabar lagi.

Ada yang ganas, macam taiko untuk budak-budak perempuan la kiranya. Semua batch, Form 1 sampai Form 3 mesti kenal taiko tersebut. Dan taiko tersebut berada dalam kelas aku. Budak lelaki dengan budak perempuan kelas aku selalu gaduh (mulut). Aku tak join sangat pun, budak baik kan. Tapi pernah suatu masa tetiba je taiko ni nak ungkit nama aku sekali. Dia sound aku sebab pernah cakap "bodoh! pointer ko berapa nak cakap bodoh2 kat aku?" kat salah seorang budak perempuan kelas tu jugak. Aku tak boleh nak cakap apa, sebab memang betul. Tak sangka pulak peristiwa 2-3bulan lepas tuh dia boleh ungkit. Budak perempuan yang aku cakap bodoh tu, bukanlah watak sampingan dan tak signifikan langsung dalam hidup aku. Ada kisahnya juga, watak yang mampu buat aku melihat dunia dengan lebih matang. Tapi tu kisah lain.


Form 4, Form 5? Zaman di mana budak-budak lain dah memiliki handset. Lebih pandai bersosial. Aku hanyalah budak miskin yang tak berapa nak bergaul sangat dengan perempuan disebabkan kematangan fikiran yang diperoleh setelah melalui Form 1 sampai Form 3. Tapi still, aku survive je duk kat MRSM Jasin. Jadi BWP Biro Kebajikan, dan team aku adalah antara yang dicemburui ramai sebab semua orang tengok team aku macam sangat happening. Lol.

Pengalaman cakap dengan hot chicks? Pernah je cakap. Amoi. Chindian (kacukan Cina dan India). Siapa lagi..malay hot chick? Gulp.
Masa kerja kat Petrosains pernah bekerja dengan seorang gadis Melayu cute ni, tapi aku hanya dapat menerangkan bagaimana peralatan-peralatan dalam Petrosains tu berfungsi. Nak bercakap lebih dari itu, tak mampu sebab cuak + inferior disebabkan latar belakang hidup yang tak macam budak bandar yang lain + budak tu cute. Ok ni memang part aku gagal.

Kat Volgograd, yang aku cakap dengan budak-budak perempuan Kelab UMNO Volgograd tu apa? Pengkid? Yang aku cakap dengan budak-budak perempuan batch aku tuh apa? Susahlah kalau tak cukup sekadar cakap-cakap nak kena lebih-lebih pulak....haish. Perlu include physical touch ke? Bulls.







Segala-galanya tak bermakna apa-apa.

Aku dulu selalu fikir aku seorang yang pelik. Masa kat MRSM,aku fikir aku mungkin tak akan kahwin sampai bila-bila sebab corak pemikiran aku sangat berbeza dengan orang lain. Tapi kat Volgograd, akhirnya aku jumpa satu jenis komuniti baik/ideal yang aku tak jumpa masa dulu-dulu. Satu golongan manusia yang best. Golongan ni pun ada juga kekurangan dia jugak. Cenderung untuk seboleh-bolehnya tidak 'deal' dengan golongan satu lagi. (Itu takpe, aku boleh tolong sebab aku pun lumpur macam diorang jugak, jadi biar aku je 'deal' dengan diorang. Hahah.) Tapi semakin tinggi kefahaman agama yang diperoleh, semakin mereka mencapai kesempurnaan.


Malangnya, kejahatan, kekotoran telah bersemadi dalam darah aku ini dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.

Maka aku bukanlah korang. Tulisan-tulisan aku yang baik tak bermakna kita sama fikrah. Ia hanyalah hasrat-hasrat hati yang tenggelam timbul dalam nak kembali kepada Tuhan.

Aku juga memerhatikan golongan jenis lain. Yang mengiktiraf diri mereka pandai bersosial. Yang akan mempersoalkan kenapa nak fikir pasal kahwin sekarang? Yang dengan bangga akan bercerita tentang keseronokan-keseronokan hidup. Yang sangat memandang pelik terhadap nilai-nilai yang dipegang oleh komuniti yang satu lagi. Namun, kadang-kadang ikatan persaudaraan yang dimiliki oleh diorang lebih hebat daripada yang dimiliki oleh golongan baik ini tadi. Kedua-dua golongan ini selalu memandang pelik antara satu sama lain.


Kesimpulannya, harap kalian (ditujukan kepada golongan ideal sebab rasanya diorang je yang selalu buka blog orang atau buat blog sendiri) teruskan usaha-usaha baik kalian dan pegang teguh dengan apa yang kalian faham. At least, walau macamana teruk sekalipun aku samada masa lampau ataupun masa akan datang, aku ingin rasa gembira sebab aku pernah jumpa dengan komuniti yang baik ini.


Semoga aku dan golongan yang satu lagi akan dapat juga bersama dengan kalian memiliki dan memahami nilai-nilai keagamaan yang sebenar.

7 comments:

layyinul harir^cuiya said...

bersederhanalah dalam bersosial..
agree ngan pendapat anda dlm entri ni

Maher said...

post ni terpaksa dihantar sebulan ke belakang supaya tak ramai perasan kisah2 yg agak bersifat peribadi ini...huhuh

layyinul harir^cuiya said...

owh..so..kisah ni cerita ni entri ni dah ditulis sbulan yg lps la yea?
ooowhh

Maher said...

rasa macam cerita hidup sendiri dan masalah-masalah peribadi pulak kat orang....rasa menyesal pulak buat entri nih sebenarnya...huhuh

tapi mmg panas la masa dengar dan dapat msg berkaitan pandang tinggi kat sosial (termasuk kemampuan bergaul lelaki dan perempuan). @$$##%#%#%!

nnt dah byk post baru boleh r taruk balik kat depan

layyinul harir^cuiya said...

haaha...
xpe..sy suka je baca..^^
ada sesuatu yg kita leh kaji ttg diri org tu..just by da way dorang tulis blog dorang..

n..jgn lupa..jgn cepat marah..sebab kita ada sabar..lantak p la manusia.mulut tempayan boleh tutup tapi mulut manusia..kene saletip pn still ade bunyikk..kan.

norashikin rahmat said...

the first time saya baca, saya cuba faham sebenarnya kenapa awak cerita tentang diri.. sekarang saya faham, awak sebenarnya marah tentang orang rasa 'sosial' diluar landasan syarak..

Kasihan, sebenarnya mereka tak faham keindahan menjaga batasan..

Maher said...

@cuiya : oh cuak pula rasanya diri sendiri dikaji melalui tulisan..haha

@norashikin : itulah, kadang2 saya pulak yg rasa mcm tak betul cara hidup..ish3...tp mgkin ad gak faktor saya yg introvert tk berapa mnat cara hidup org yg ekstrovert...jadi mgkin berlaku ketidakadilan sedikit dlm memberi penilaian terhadap org lain yg hebat bergaul..huhuh

banyak masa awak...post2 pun berlambak, entah mana dapat masa nak menulis tu