javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, April 30, 2011

Kalah, Lemas dan Lumpur


Memang best kalau dalam hidup kita selalu menang. Menang tu best. Kalah tu sakit dan tak best, maka itulah sebabnya tak ada orang sukakan kekalahan. Sesiapa yang suka kekalahan, itu abnormal.
Sebab kadang-kadang harga yang perlu kita bayar untuk kekalahan adalah terlalu mahal. Disebabkan kekalahan, kita mungkin boleh kehilangan harta, pangkat, orang-orang yang kita sayang dan mungkin keimanan pun boleh hilang melalui kekalahan.




Kalau tak mampu bangkit dari kekalahan, kita kan menjadi dungu, lidah kita kelu. Kata-kata kita tak beri kesan kat diri sendiri apatah lagi kat orang lain. Fikiran kita bercelaru, otak kita serabut. Lemah nak hadapi seluruh dunia - dengan perselisihan yang banyaknya, dugaan-dugaan dari luar yang mengganggu-gugat dalaman kita lagi, dan sebagainya.

Lagi teruk bila disebabkan kita kalah, kita putus asa dan tak boleh nak bangun-bangun balik.

Harap-harapnya, segala amalan baik yang tetap diteruskan walaupun setelah melalui kekalahan, diterima Tuhan. Kita tak berniat nak menjadi orang-orang yang memandang kecil kesalahan yang kita lakukan, lepas tu teruskan kehidupan macam biasa macam orang yang tak bersalah, tetapi kita buat demikian sebab kita tak nak jadi golongan yang berputus asa. Cuba untuk stay cool walaupun hati macam nak pecah sebab kalah.



Lemas

Kawan kita lemas. Macamana nak selamatkan kawan kita yang lemas? Orang yang paling patut selamat kan orang yang lemas adalah orang-orang yang reti berenang. Kalau kita reti berenang, tapi kita tak selamatkan kawan kita yang lemas, itu bukan kawan namanya. Kita just duduk atau berdiri sambil cakap, "Eh, jaga-jaga! Selamatkan diri sendiri! Nak selamatkan diri sendiri pun susah ke?". Itu penipuan, bedebah, keji dan bacul.

Kalau kita tak reti berenang, takkanlah kita tak buat apa juga. Kita cuba apa-apa yang kita mampu, minta pertolongan orang lain, campakkan pelampung ke dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, kita bahkan sepatutnya rasa sedih sebab kita tak reti berenang sebab, mungkin...chances atau kemungkinan untuk kita selamatkan kawan kita yang lemas itu lebih tinggi kalaulah kita reti berenang.

Siapalah yang tahu betapa cemasnya orang yang sedang lemas tersebut, dan tak reti berenang.
Yang memandang dengan yang mengalami perasaan lemas itu langsung tak sama.






Adakah patut kalau ditakdirkan kawan kita itu terselamat daripada lemas, tanpa pertolongan kita sedikitpun, lalu kita ucap syukur kat Tuhan depan muka kawan kita yang lemas tadi. Tak malu ke?

'Kau yang tinggalkan aku lemas, terkapai-kapai seorang diri, masih berani nak tunjuk muka depan aku? Kau yang tak ada bahagian langsung dalam membantu aku untuk selamat, nak tunjuk gembira depan aku bila aku selamat? Pergi berambus'


Lumpur

Betul jugak kan,

"Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit"

Jawab kerbau yang selalu bermain lumpur kepada kawannya yang juga seekor kerbau (tetapi perasan dirinya seekor singa) dan tak terlibat dengan lumpur,

" Aku bukan singa, aku bukan burung. Aku kerbau, dan tabiatku berkubang dalam lumpur. Kadang-kadang tugas aku membajak sawah menyebabkan kehidupan aku dipenuhi lumpur seperti kawan-kawan kerbauku yang lain. Namun hakikatnya, aku selalu sahaja menunggu kedatangan sang hujan untuk membasuh seluruh badanku yang dipenuhi lumpur ini. Kawan-kawan kerbauku yang lain pun macam tu jugak. Sebab kami adalah kerbau".




Kerbau yang menunggu datang hujan, tapi hujan masih tak turun-turun adalah sangat kasihan. Tambahan pula, lumpur yang terpalit kat badan kerbau tersebut dah jadi daki yang susah gila nak tanggal.

11 comments:

norashikin rahmat said...

saya membaca post ini dengan dua mata.

seseorang pernah berpesan pada saya, katanya, "hidup ini pementasan, dan manusia adalah pelakon. Namun pelakon terbaik tak semestinya raja".

nice post.

Muhammad Hafidz Bin Hasan said...

maher: perghhh ko ni memang hantu sarcasm/ double meaning. -.-""""""

Maher said...

@norashikin : trima kasih. gembira sbb ada org lain suka post ni. Dan apakah maksud - pelakon terbaik tak semestinya raja? nampaknya kemampuan saya mentafsir masih lemah...


@hafidz : omg! gembira gila ak baca post ko. ak suke pengiktirafan ko sbg hantu sarcasm/ double meaning...heheh

layyinul harir^cuiya said...

seperti biasa..
agaknya saya membaca post abg maher dengan sbelah mate kot..
sebab sy tak faham apa yg abg maher cuba sampaikan..
hee=)

Maher said...

@cuiya : ala senang je cuiya. Part kalah tu nak bagitau yg kita jgnlah lemah semangat atau putus asa kalau kita nak berubah tapi last2 kita terbuat jahat balik. Kita kena teruskan buat baik walaupun rasa bengang gila sebab terbuat jahat balik.

Part lemas tuh, berenang tu sama maksud dia dengan mempunyai ilmu pengetahuan. Lemas tuh maksudnya tenggelam dalam kemaksiatan la contohnya. Kalau kita tak ada ilmu pengetahuan, kita kena tolong jugak kawan kita walau dengan apa cara sekalipun. Jangan setakat pandang dari tepi atau lagi teruk pandang hina kat kawan kita yang jahat.

Part lumpur, lumpur ni macam benda2 jahat, dosa, perbuatan2 yg tak elok atau tak sopan. Kerbau tuh manusia. Kerbau yg perasan dirinya singa adalah manusia yang ingat diri dia macam malaikat, langsung tak ada apa-apa salah, suci. Hujan tuh adalah ibarat petunjuk, orang baik yang membimbing ke, perbuatan2 baik. Daki yang susah nak tanggal tu hati yang hitam dan berkarat akibat selalu buat dosa.

layyinul harir^cuiya said...

wahh..nice explanation...sy kene banyakkan berfikir di luar kotak pemikiran..
hebatlah pemikiran abg maher..u can write those things yang bley buat orang berfikir banyak kali..
i mean they got their deep meanings..
hehe...
like to read ur post..=p

norashikin rahmat said...

maksudnya? lebih kurang macam yang awak cuba simbolyzekan dengan si kerbau. Atau dalam sajak khalil gibran 'kata selembar kertas seputih salju'.

manusia yang dinobatkan sebagai terbaik tak semestinya sempurna atau berkuasa. dan sekali seseorang itu merasakan dia perfect, dialah orang yang paling tak perfect.. once dia rasa dia kaya dan berkuasa, dialah yang paling miskin..

terpulanglah kepada tafsiran apa 'dua mata' awak melihat.. (sebab penerangan awk kepada cuiya tentang post ni dengan apa yang saya faham pun jauh berbeza :) )

Maher said...

@norashikin : ok2 saya faham skg, pasal pelakon terbaik tak semestinya raja...oh jauh berbeza eh? hmm, mmg kadang2 kita baca apa2 dgn tafsiran yg berbeza...tp main point is kalau apa yang kita faham tu bermakna buat kita, bagus utk kita, teruskan je, tak salah apa2 pun. jadi apa yg awak faham sebenarnya, boleh beritahukah?

norashikin rahmat said...

sebenarnya blog ni ikut masa Malaysia atau Volgo? berapa jarak masa Malaysia n Volgo?

ok, harini, kita masuk kelas komsas. jangan cakap pasal level sebab kali terakhir saya belajar komsas ialah masa form 5. maafkan saya kalau tafsiran ini tak sama dengan apa yang diharapkan penulis.

tentang kalah; menang tak semestinya hebat dan kalah tak semestinya loser. tapi selagi kita tak mengubah persepsi terhadap kalah, maka kita memang loser tegar. point ni agak straightforward dan tak terlalu tersirat.

Lemas; saya pandang point ni dari sudut agama sebenarnya. ia menjadi sangat sulit dan panjang untuk dirungkaikan, sebab wujudnya keadaan2 yang rumit dan lebih daripada apa yang awak tulis.

Tentang lumpur;
yang saya faham, ada dua jenis kerbau: yang sedar diri tu berlumpur dan yang perasan singa. point ni banyak konflik, sebab selalunya 'singa' tak berkawan dengan kerbau..
cuma yang sama antara dua jenis makhluk ini ialah mereka hidup 'berlumpur'. memang kesian.

apa yang awak tulis ni secara keseluruhannya adalah tentang keterbelengguan.

Ahmedkzaman said...

huhu..nice one maher!!
truskn dgn care camni..mmg sgt2 menarik..

Maher said...

@norashikin : kalau tak silap, blog ni tulis ikut waktu Volgo. Beza Volgo dengan Malaysia sekarang ialah 4 jam.

Saya rasa macam lebih kurang sama macam yang awak cerita. Tapi mungkin sebab ada faktor2 tambahan yang terkait dengan diri awak sendiri, jadi awak cerita tafsiran awak dalam konteks yang general.

tapi awak memang betul part kertebelengguan. Tepat.

@ahmed : tq tq tq bro. lol.