javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, March 3, 2012

Warkah buat Saudaraku yang Seagama

Ke hadapan Saudaraku yang Seagama, (juga buat saudari2)

Saya nk bercerita tentang satu perkara....iaitu berkaitan pentingnya berpegang kepada hadis sahih. Saya pernah berpesan kepada rakan-rakan saya, terutamanya mereka yg merupakan naqib2....ttg pentingnya menyelidiki setiap hadis yg sampai kepada mereka, sama ada sahih ataupun tidak. Hadis adalah segala sesuatu yg ada kaitan dgn Nabi Muhammad saw, samada berupa perbuatan dan perkataan.

Hal ini adalah sgt penting, tambah2 lagi mereka (atau kita semua) adalah org yg brtnggunjawab utk mmbimbing adik2 usrah. jd kita tak mahu mnyampaikan sesuatu yg salah, sesuatu yg tidak dipastikan kesahihannya atau mungkin lebih teruk lagi ialah sesuatu yg terbukti bertentangan dengan ajaran agama islam kepada adik2 kita.

Kita tidak mahu menerima bulat2 semua ayat atau berita2 yg dikaitkan dengan nabi Muhammad saw dari sumber yang kita tidak ketahui....sbb jika benda itu tidak benar, maka itu sudah cukup untuk disamakan dengan orang yang berdusta atas nama nabi.

Secara umunya, 'rules' yg sy pegang dalam menilai hadis itu sahih atau tidak (kawan sy ajar) ; hadis yg paling tinggi nilainya ialah muttafaqun alaih = hadis yg sama diriwayatkan oleh bukhari dan muslim, kemudian hadis Bukhari hampir kesemuanya sahih, dan hadis Muslim kebanyakannya sahih. Hadis2 ini adalah lebih selamat untuk disebarkan.

Mereka yang mendalami ilmu hadis juga akan kenal dengan Syeikh Albani. Dia adalah ulama hadis yg terkenal. Jadi sekiranya hadis itu juga disebutkan sebagai sahih oleh Syeikh Albani, maka hadis itu juga boleh diguna pakai dan dianggap sahih.

Walaupun demikian, hadis2 yg lain, (pd pendapat sy) masih boleh disebarkan asalkan kita letak situ diriwayatkan oleh siapa, dan isinya jelas tidak bertentangan dengan Alquran atau hadis yg lain.
Mungkin ada perbahasan yg lebih dalam berkaitan bolehkah beramal dengan hadis dhaif, sy pun tk kaji lebih lanjut lagi. Buat ms skg, inilah yg sy tahu.

Sebab bukan apa, sebagai contoh, ulama2 atau org2 alim sebahagiannya sedap2 menyebarkan kepada org ramai sesuatu yg tk sahih, lalu perkara itu diamalkan oleh orang ramai. Perkara ini adalah tidak patut. Sebagai contoh, kelebihan membaca doa awal dan doa akhir tahun. Tidak dinafikan yg mungkin isi kandungan doa itu adalah bagus, tetapi siapakah yg berani mengatakan membaca doa itu di sekian2 waktu akan mendapat kelebihan sekian sekian....

Allah Maha Mengetahui perkara yang ghaib, dan sebahagiannya diberitahu kepada kita melalui perantaraan lidah Nabi-Nya. jika Rasulullah saw sendiri tidak pernah memberitahu kelebihan2 itu, siapakah yg lebih hebat dr baginda, yg tahu pula berkaitan kelebihan2 tersebut?

saya pernah cerita bahawa cinta itu, sifatnya serupa (merujuk buku Ibn Qayyim). Yang berbeza mungkin kepada siapa cinta itu ditujukan. Kecintaan terhadap nabi, tidak dapat dicapai melalui ketidakpastian atau ragu-ragu. Kecintaan terhadap nabi adalah melalui kejujuran.

Ada sesetengah hadis nabi, (sedang merujuk yg sahih tentunya) akan mengandungi unsur-unsur perintah dan unsur-unsur larangan. Sebagai umat islam, kita diajar untuk patuh sekalipun benda itu berat buat kita....kita tidak boleh mencari-cari alasan atau mentafsirkan hadis itu dalam cara yang memudahkan kita untuk terlepas daripada tanggungjawab.

Saya pernah dengar satu talk yang menceritakan bagaimana sahabat2 bertindak dengan dosa2 atau kesalahan2 mereka. Antaranya ialah, apabila nabi menegur mereka, mereka cepat-cepat memberhentikan perbuatan mereka. Mereka tidak akan mencari alasan-alasan untuk menjustifikasikan perbuatan salah mereka. Mereka diam.

Begitu juga dengan kita. Kita mungkin tidak akan dapat melaksanakan semua perintahnya tapi dalam hati, kita sewajarnya menanamkan bahawa suatu hari nanti kalau bukan sekarang, pd masa akan datang, kita akan dapat melaksanakan perintah itu. Dan mungkin juga pada masa sekarang, kita tidak dapat meninggalkan larangan2 nabi, tapi janganlah memberikan alasan atau justifikasi kesalahan kita...sebaliknya berusahalah untuk mengurangkan atau lebih baik menghilangkan terus kesalahan tersebut. Jika bersalah, kembali semula ke pangkal jalan.

Kita belum boleh dikatakan sebagai orang-orang yang beriman (yang menjadi matlamat setiap umat islam tentunya), sehinggalah jiwa kita tunduk, patuh....dan bersikap jujur.

"Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." ( An-Nisa: 65)

Dan perkara ini, pada pendapat saya, adalah sangat penting kerana hal ini apabila difahami dengan baik, adalah pintu-pintu yang akan membuka pintu-pintu kebaikan yang lain. Sekarang mungkin kita tidak alaminya, sebab kita jarang terbaca tentang hadis-hadis nabi (di antaranya ada yang berat-berat), namun kalau masa itu tiba, sedangkan kita belum memahami perkara ini, bagaimana agaknya kita 'react' dengan hadis nabi yg bertentangan dengan kehendak kita?

Mudah-mudahan juga, dengan kita meneliti hadis nabi, berlaku cermat (dalam memilih apa yang hendak kita sebarkan atau amalkan), kita akan dapat merasakan perasaan seolah-olah nabi ada bersama-sama dengan kita...seperti mana yang dialami oleh orang-orang yang mendalami ilmu hadis.

Sekian, kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan.



Digalakkan juga untuk klik link ini Redha Allah sebagai Tuhan kita.

No comments: