javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, June 25, 2011

Ustazah




Ustazah adalah gelaran yang diberikan kepada cikgu perempuan yang mengajar apa-apa sahaja berkaian agama - mengaji, pendidikan agama islam, bahasa arab samada di sekolah atau madrasah ataupun tempat mengaji atau surau dan lain-lain lagi.

Saya rasakan ustazah-ustazah saya kebanyakannya sangat memberikan impak dalam hidup saya. Sejujurnya, saya tidak pernah memiliki atau pernah bertemu dengan seorang ustaz pun dari kecik hinggalah saya menjejaki MRSM sewaktu Tingkatan 1. Masa tu je baru saya berpeluang belajar daripada seorang ustaz.

Sekolah rendah saya. Nama ustazah tu Ustazah Normah. Ustazah tu kecik-kecik orangnya, comel dan baik hati. Kalau dia senyum, maka gigi taringnya akan kelihatan. LOL. Ok ustazah Normah memang baik. Saya pun tak tahu dia kat mana sekarang ni. Sepanjang saya belajar dengan dia, markah pendidikan agama islam saya (kalau tak silap saya) selalunya atas 85%. Ustazah Normah ajar saya macam mana nak amik wuduk, belajar pasal sirah nabi, dan bagi kitorang masa untuk baca buku-buku cerita di surau sekolah.





Tempat mengaji saya. Tempat mengaji saya, Madrasah Jumaeah. Ustazah Khairiah. Isteri kepada Cikgu Dolah yang pernah saya tulis dalam post saya bertajuk  Cikgu Dolah dan Seorang Ustaz. Madrasah Jumaeah itu, dulu hanyalah surau kayu yang sederhana. Memang kampung habis. Saya ulang alik dari rumah ke tempat mengaji tersebut dengan menaiki basikal. Ustazah Khairiah adalah kawan kepada emak saya. Selain Ustazah Khairiah, Ustazah baiyah dan almarhumah Ustazah Fatimah juga pernah mengajar saya, namun Ustazah Khairiah lah yang lebih banyak mengajar saya sebab ustazah-ustazah yang lain tu mengajar sesi lain.

Saya merasakan gambar ustazah ni hampir sama dengan ustazah Khairiah



Tempat mengaji ni la saya belajar macam mana nak baca Al-Quran. Memang kalau fikir-fikir balik masa baca Al-Quran, kita suatu masa dulu mustahil boleh baca macam sekarang ni. Dulu satu huruf pun tak kenal. Tapi Allah bantu kita belajar macam mana nak baca, dengan tunjuk ajar ustazah, tunjuk ajar mak kita masa kecik2, mula-mula guna buku iqra' 1-6, lepas tu baca separuh muka Al-Quran....dan akhirnya sampai boleh baca sendiri. Alhamdulillah. Semasa baca Al-Quran depan ustazah tu, ada jugak masa-masa ustazah bagitau ayat ni ayat doa, ayat tu ayat seribu dinar.....antara tunjuk ajar yang buat saya kagum dan berminat dengan Al-Quran. Kalau boleh, saya nak memahami setiap perkataan yang ada. Dan kalau boleh, saya nak hafal Al-Quran. Itu semua kalau boleh semata-mata, nampaknya. Tidak, kita tak boleh berputus asa - kita kena usaha gak walau apa pun yang berlaku. Huhuh.


Tahun 2001, saya dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM. Kat sini ada seorang ustazah, namanya Ustazah Suzanna kalau tak silap. Muka memang macam orang arab. Ustazah Suzanna adalah penasihat kepada Rakan Surau pada ketika itu. Rakan Surau ni macam Geng Surau. Pernah tengok cerita Geng Surau tak? Kalau nak tengok boleh tengok kat Video Cerita Melayu. Tapi cerita Geng Surau ni takdela betul sangat pun, ada gak benda-benda yang gila-gila dan tak boleh ikut.

Ustazah Suzanna pernah beri nasihat kepada kami, kalau boleh tak nak la ada di kalangan kami ini yang terjebak dengan budaya kapel ataupun bercintan-cintan ni. (padahal saya tengah jatuh hati kat salah seorang pelajar anak homeroom ustazah tersebut..huh). Dan dengan ustazah tersebut itu jugalah saya pernah mengadukan beberapa masalah saya yang saya kira agak besar juga ketika itu. Ustazah tersebut ternyata adalah seperti seorang kaunselor pada saya.




Saya rasa itulah antara ustazah-ustazah yang pada saya mempunyai peranan besar dalam hidup saya. Tapi mungkin saya sangat terkesan dengan mereka sebab masa itu saya masih kecil. Bila semakin dewasa, hati pun mulai keras, jadi agak sukar untuk terkesan macam yang pernah dirasakan suatu masa dulu. Entah, saya pun tak pasti.

Semoga Allah merahmati guru-guru kita yang pernah mengajar kita.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang




2 comments:

norashikin rahmat said...

Saya cuma sempat belajar dengan ustazah suzanna beberapa bulan je masa form 2 (the year after awak tinggalkan KK la kut). lepastu ustazah Rosni ganti, itupun sekejap (sebab tak lama lepastu ustazah Rosni pun pindah). Then ustaz Kamal Shahril yang ganti. :P

Ustazah Suzanna memang sweet kan? soft je orangnya (dan kata2nya).

Pengembara said...

Ooo..ustazah suzanna dh pindah eh? yup, mmg sweet..tak tau lg cmne nk describe dah..huhuh...sweet dan tinggi. =)