javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Tuesday, June 14, 2011

Keadaan dan Kecukupan


Keadaan

Keadaan manusia itu harus sama dalam setiap keadaan.
Tunduk.
Tetap memandang Tuhan walau apa pun yang berlaku.

Nak jadi hamba yang sejati, haruslah memiliki kesetiaan.
Saat diberi nikmat ataupun ditimpa musibah, kedua-duanya tak akan mampu memisahkan diri seorang hamba dengan Tuhannya.

Kalaulah seorang hamba ini telah menjual jiwanya dan segala-gala yang dimilik olehnya kepada Tuhan, maka, ke mana lagi hamba itu boleh pergi?

Tidak ada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.



Kecukupan

If you are a person who is satisfied with what he has
Then you and the owner of all possessions are equal
-imam syafie

Saya baru-baru ni terjumpa ayat ni setelah dikongsi oleh seorang kawan di facebook.
Saya memang tersentak sebab, penjelasan tentang berasa cukup dengan apa yang ada (qanaah) telah dijelaskan dengan begitu mantap sekali dalam dua baris ayat tersebut.
Mari kita lihat contoh-contoh yang boleh kita beri ;

1. Orang yang merasa cukup dengan kereta kancilnya, sama sahaja dengan orang yang merasa cukup dengan kereta BMW. Bahkan, mungkin taraf orang yang rasa cukup ada kereta kancil lebih tinggi daripada orang yang dah ada BMW, tapi dia masih belum puas.

2. Orang yang dapat belajar kat public university di Malaysia, e.g. UiTM tapi dia rasa beruntung dapat melanjutkan pelajaran kat universiti tu, sama sahaja dengan orang yang juga rasa beruntung dapat belajar di Oxford or Harvard University misalnya.

3. Orang yang tenang dan cool bekerja sebagai nelayan, sama sahaja dengan orang yang bekerja engineer yang dapat duit beribu-ribu. Bahkan mungkin nelayan itu lebih baik daripada engineer kalau engineer tu tak mampu nak tenang atau cool seperti nelayan tersebut.

4. Orang yang rasa muka dia mungkinlah tak hensem mana, tapi dia tak kesah pun - adalah lebih baik daripada pelakon Korea misalnya yang dah buat plastic surgery pun masih tak puas hati.

Itu antara yang kita boleh ambil daripada kata-kata Imam Syafie. Point saya adalah merasa cukup, dan bukannya tinggalkan dunia. Haruslah kita memiliki dunia, kalau boleh segala-galanya, tapi janganlah dilalaikan oleh dunia itu, means dunia itu meresap masuk ke dalam hati kita. Jadikanlah dunia itu taraf kaki je...huh?

Kita membangunkannya, membina....tapi kita merobohkannya di hadapan Tuhan.

Maksud saya, err, bukan buat World Trade Center kemudian bom WTC tersebut, tapi maksud saya adalah mungkin suatu hari gaji kita sampai berjuta, berjuta jugalah kita sumbang ke arah kebaikan (amin).

4 comments:

norashikin rahmat said...

tak ada yang lebih baik berbanding rasa cukup yang dimaksudkan tu :)

Maher said...

betul tu, kalaulah raja-raja tau tentang rasa kecukupan yg ada dalam hati seseorang tuh, diorg mgkin sampai berbunuhan utk merebut benda tu...

norashikin rahmat said...

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fkembarasangsufi.blogspot.com%2F2011%2F03%2Fmangkuk-yang-tidak-beralas.html&h=0dc26

link ni.. baca.. sangat sarkastik.

Maher said...

yup, analogi yang best :)