javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, June 29, 2011

A Day When Everything Went Wrong


Tajuk entri kali ini diambil dari blog Mr. IQ. Klik klik klik klik klik. Bagus jugak jumpa blog macam dia. Ada jugak blog-blog yang seangkatan dengannya anda semua boleh tengok kat blog list budak ini pula. Haha. Klik klik klik klik klik!


Ok ini adalah komik yg diambil dari blog Mr. IQ, seperti mana saya letak link di atas. Link yang perlu korang klik klik klik tu.

Sila klik gambar utk paparan lebih besar.










Saturday, June 25, 2011

Ustazah




Ustazah adalah gelaran yang diberikan kepada cikgu perempuan yang mengajar apa-apa sahaja berkaian agama - mengaji, pendidikan agama islam, bahasa arab samada di sekolah atau madrasah ataupun tempat mengaji atau surau dan lain-lain lagi.

Saya rasakan ustazah-ustazah saya kebanyakannya sangat memberikan impak dalam hidup saya. Sejujurnya, saya tidak pernah memiliki atau pernah bertemu dengan seorang ustaz pun dari kecik hinggalah saya menjejaki MRSM sewaktu Tingkatan 1. Masa tu je baru saya berpeluang belajar daripada seorang ustaz.

Sekolah rendah saya. Nama ustazah tu Ustazah Normah. Ustazah tu kecik-kecik orangnya, comel dan baik hati. Kalau dia senyum, maka gigi taringnya akan kelihatan. LOL. Ok ustazah Normah memang baik. Saya pun tak tahu dia kat mana sekarang ni. Sepanjang saya belajar dengan dia, markah pendidikan agama islam saya (kalau tak silap saya) selalunya atas 85%. Ustazah Normah ajar saya macam mana nak amik wuduk, belajar pasal sirah nabi, dan bagi kitorang masa untuk baca buku-buku cerita di surau sekolah.





Tempat mengaji saya. Tempat mengaji saya, Madrasah Jumaeah. Ustazah Khairiah. Isteri kepada Cikgu Dolah yang pernah saya tulis dalam post saya bertajuk  Cikgu Dolah dan Seorang Ustaz. Madrasah Jumaeah itu, dulu hanyalah surau kayu yang sederhana. Memang kampung habis. Saya ulang alik dari rumah ke tempat mengaji tersebut dengan menaiki basikal. Ustazah Khairiah adalah kawan kepada emak saya. Selain Ustazah Khairiah, Ustazah baiyah dan almarhumah Ustazah Fatimah juga pernah mengajar saya, namun Ustazah Khairiah lah yang lebih banyak mengajar saya sebab ustazah-ustazah yang lain tu mengajar sesi lain.

Saya merasakan gambar ustazah ni hampir sama dengan ustazah Khairiah



Tempat mengaji ni la saya belajar macam mana nak baca Al-Quran. Memang kalau fikir-fikir balik masa baca Al-Quran, kita suatu masa dulu mustahil boleh baca macam sekarang ni. Dulu satu huruf pun tak kenal. Tapi Allah bantu kita belajar macam mana nak baca, dengan tunjuk ajar ustazah, tunjuk ajar mak kita masa kecik2, mula-mula guna buku iqra' 1-6, lepas tu baca separuh muka Al-Quran....dan akhirnya sampai boleh baca sendiri. Alhamdulillah. Semasa baca Al-Quran depan ustazah tu, ada jugak masa-masa ustazah bagitau ayat ni ayat doa, ayat tu ayat seribu dinar.....antara tunjuk ajar yang buat saya kagum dan berminat dengan Al-Quran. Kalau boleh, saya nak memahami setiap perkataan yang ada. Dan kalau boleh, saya nak hafal Al-Quran. Itu semua kalau boleh semata-mata, nampaknya. Tidak, kita tak boleh berputus asa - kita kena usaha gak walau apa pun yang berlaku. Huhuh.


Tahun 2001, saya dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM. Kat sini ada seorang ustazah, namanya Ustazah Suzanna kalau tak silap. Muka memang macam orang arab. Ustazah Suzanna adalah penasihat kepada Rakan Surau pada ketika itu. Rakan Surau ni macam Geng Surau. Pernah tengok cerita Geng Surau tak? Kalau nak tengok boleh tengok kat Video Cerita Melayu. Tapi cerita Geng Surau ni takdela betul sangat pun, ada gak benda-benda yang gila-gila dan tak boleh ikut.

Ustazah Suzanna pernah beri nasihat kepada kami, kalau boleh tak nak la ada di kalangan kami ini yang terjebak dengan budaya kapel ataupun bercintan-cintan ni. (padahal saya tengah jatuh hati kat salah seorang pelajar anak homeroom ustazah tersebut..huh). Dan dengan ustazah tersebut itu jugalah saya pernah mengadukan beberapa masalah saya yang saya kira agak besar juga ketika itu. Ustazah tersebut ternyata adalah seperti seorang kaunselor pada saya.




Saya rasa itulah antara ustazah-ustazah yang pada saya mempunyai peranan besar dalam hidup saya. Tapi mungkin saya sangat terkesan dengan mereka sebab masa itu saya masih kecil. Bila semakin dewasa, hati pun mulai keras, jadi agak sukar untuk terkesan macam yang pernah dirasakan suatu masa dulu. Entah, saya pun tak pasti.

Semoga Allah merahmati guru-guru kita yang pernah mengajar kita.

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang




Wednesday, June 22, 2011

Kesyukuran dan Retribution



Kesyukuran

Allah yang menciptakan hidup dan mati sebagai ujian, menjadikan kalah menang sebgai cubaan.

Juga menjadikan kemiskinan dan kekayaan untuk menguji hamba-hamba-Nya.

Bersyukur atas kurniaan-Nya.
Berapa banyak dah nikmat yang Dia berikan kepada kita, tapi kita tak sedar.
Berapa banyak benda yang dulu kita pernah minta dalam hidup kita, dan dah pun Dia kabulkan, tapi kita selalu lupa dan tak pernah nak ingat kebaikan-Nya kepada kita.


Allah telah berlaku baik kepada kita.

Semoga kta nampak kebaikan Tuhan di sebalik kesusahan yang melanda.

Kesenangan itu datangnya bersama kesusahan, bukannya kesenangan setelah kesusahan sepertimana yang kita biasa anggap.

Ibn Qayyim cakap,

"The Divine Decree related to the believer is always a bounty, even if it is in the form of withholding (something that is desired), and it is a blessing, even if it appears to be a trial, and an affliction that has befallen him is in reality a cure, even though it appears to be a disease!


Unfortunately, due to the ignorance of the worshipper and his transgressions, he does not consider anything to be a gift or a blessing or a cure unless he can enjoy it immediately, and it is in accordance with his nature.


If he were only given a little bit of understanding, then he would have counted being withheld from as a blessing, and the sickness as a mercy, and he would relish the trouble that befalls him more than he relishes his ease, and he would enjoy poverty more than he enjoys richness, and he would be more thankful when he is blessed with little than he is when he is blessed with a lot."


Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah - Madarij al-Salikin 2/215-216






Allah berikan suatu kelemahan pada diri kita, di sisi lain Allah berikan kelebihan.

Tapi adakah kita mampu menyedari kelebihan-kelebihan itu?

Sebab dunia sekarang biasanya yang mendefinisikan kelebihan dan kelemahan manusia tanpa ada asas. Dunia menjadikan saintis tampak lebih hebat daripada seorang ustaz, Barat lebih maju daripada Timur ataupun seseorang yang tahu ubat-ubat tertentu rasa lebih hebat daripada orang yang bertanya pasal ubat-ubat tersebut (lol...ayat peribadi).

Semoga Allah buat kita nampak kelebihan diri kita sendiri dan mengilhamkan kepada kita untuk terus mensyukuri kurniaan-Nya.


Retribution

Saya tak ingat mana saya jumpa perkataan ini, tapi menurut pemahaman saya, retribution adalah pembalasan, lebih merujuk kepada pembalasan atas perbuatan-perbuatan buruk yang pernah dilakukan.




Benda-benda buruk yang berlaku kat kita, mungkin adalah retribution. Benda-benda buruk yang kita pernah buat, sebenarnya mengumpulkan kerosakan, cumulative effect, dan sedar-sedar kita dah terperangkap dalam bencana yang sangat besar.

Mana satu perkara dalam hidup kita ini adalah retribution?

Lu pikirlah sendiri. Lu tak nampak, lu rugi.




Tuesday, June 14, 2011

Keadaan dan Kecukupan


Keadaan

Keadaan manusia itu harus sama dalam setiap keadaan.
Tunduk.
Tetap memandang Tuhan walau apa pun yang berlaku.

Nak jadi hamba yang sejati, haruslah memiliki kesetiaan.
Saat diberi nikmat ataupun ditimpa musibah, kedua-duanya tak akan mampu memisahkan diri seorang hamba dengan Tuhannya.

Kalaulah seorang hamba ini telah menjual jiwanya dan segala-gala yang dimilik olehnya kepada Tuhan, maka, ke mana lagi hamba itu boleh pergi?

Tidak ada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah.



Kecukupan

If you are a person who is satisfied with what he has
Then you and the owner of all possessions are equal
-imam syafie

Saya baru-baru ni terjumpa ayat ni setelah dikongsi oleh seorang kawan di facebook.
Saya memang tersentak sebab, penjelasan tentang berasa cukup dengan apa yang ada (qanaah) telah dijelaskan dengan begitu mantap sekali dalam dua baris ayat tersebut.
Mari kita lihat contoh-contoh yang boleh kita beri ;

1. Orang yang merasa cukup dengan kereta kancilnya, sama sahaja dengan orang yang merasa cukup dengan kereta BMW. Bahkan, mungkin taraf orang yang rasa cukup ada kereta kancil lebih tinggi daripada orang yang dah ada BMW, tapi dia masih belum puas.

2. Orang yang dapat belajar kat public university di Malaysia, e.g. UiTM tapi dia rasa beruntung dapat melanjutkan pelajaran kat universiti tu, sama sahaja dengan orang yang juga rasa beruntung dapat belajar di Oxford or Harvard University misalnya.

3. Orang yang tenang dan cool bekerja sebagai nelayan, sama sahaja dengan orang yang bekerja engineer yang dapat duit beribu-ribu. Bahkan mungkin nelayan itu lebih baik daripada engineer kalau engineer tu tak mampu nak tenang atau cool seperti nelayan tersebut.

4. Orang yang rasa muka dia mungkinlah tak hensem mana, tapi dia tak kesah pun - adalah lebih baik daripada pelakon Korea misalnya yang dah buat plastic surgery pun masih tak puas hati.

Itu antara yang kita boleh ambil daripada kata-kata Imam Syafie. Point saya adalah merasa cukup, dan bukannya tinggalkan dunia. Haruslah kita memiliki dunia, kalau boleh segala-galanya, tapi janganlah dilalaikan oleh dunia itu, means dunia itu meresap masuk ke dalam hati kita. Jadikanlah dunia itu taraf kaki je...huh?

Kita membangunkannya, membina....tapi kita merobohkannya di hadapan Tuhan.

Maksud saya, err, bukan buat World Trade Center kemudian bom WTC tersebut, tapi maksud saya adalah mungkin suatu hari gaji kita sampai berjuta, berjuta jugalah kita sumbang ke arah kebaikan (amin).

Friday, June 10, 2011

Harapan saya : Tenang




Camne nak mula eh?
Exam.

Saya ada banyak pengharapan, dan memandangkan exam pula semakin dekat, maka salah satu harapan saya ialah keinginan untuk tenang.

Tak tahulah macam mana nak cakap, memang ada yang tak setuju kalau saya cakap macam ni : saya lebih prefer Allah bagi saya ketenangan, berbanding Allah bagi saya keputusan gempak dalam exam. Ayat yang lagi-tak-boleh-blah dan mudahkan-orang-judge-saya ialah kalau saya dapat lulus cukup-cukup makan sekalipun, but in turn Allah bagi saya tenang sepanjang masa, apa saya kisah dengan result exam?

Apa yang saya nak cakap kat sini adalah, ya, memang ada yang merasakan pentingnya untuk score dalam exam, nak tunjukkan kecemerlangan umat islam, tak nak timbulkan fitnah kat kita dan macam-macam lagi. Saya cakap, teruskanlah kalau betul itulah yang korang pegang. Sebab kalau betul korang buat semua tu kerana Allah, Allah akan bantu korang dan berikan ganjaran atas segala yang korang buat.

Tapi berhati-hati. Sebab boleh jadi korang sebut je sebab-sebab di atas, padahal still reason untuk korang study bukan sebab Allah. Korang study sebab korang takut fail, korang study sebab korang nak rasa gempak dapat jadi high scorer dan macam-macam lagi.

Jadinya, untuk kali ini saya mintak la, tak nak jadi macam yang lepas-lepas, saya ingin hadapi exam kali ni dengan tenang. Saya nak keluar dari dewan exam seperti takde apa-apa yang berlaku. As if exams are small things in my eyes. Tolongtolongtolongtolongtolong.

Banyak lagi benda dalam dunia ni nak kena fikir, banyak lagi benda dalam dunia ni yang boleh kita buat. Ok mungkin la hidup saya pun ada jugak benda-benda maksiat,dosa, keji, mungkar atau lagha seperti tengok movie, twitter, main game dan sebagainya...tapi still saya tak dapat nafikan adanya benda-benda lain yang rasanya lebih penting daripada exam seperti meningkatkan kefahaman agama atau ilmu agama, menyucikan diri dari sifat mazmumah ke, baca blog orang yang best, mempersiapkan diri ke arah baitul muslim ke (uhuh), tau sedikit sebanyak pasal isu-isu semasa ke yang berlaku, baca/hafal al-quran ke, belajar bahasa arab ke......etc etc etc


Nak harap saya buat semua tu, memang la saya pun tak termampu...tapi di atas antara perkara yang saya rasa lebih penting daripada exam. Saya ingat saya nak start dengan benda paling basic dulu, iaitu bersikap tenang. heheh.
Bunyinya macam alasan, saya tahu, tapi tak adalah sampai tak belajar langsung (walaupun saya percaya itu adalah tenang tahap tinggi sebab dia dah selalu baca sebelum ini) sebab macamana nak tenang kalau tak baca langsung, kan?


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
(Ali Imran,3:173)

Hasbunallahu wa ni'mal wakil. Cukuplah Allah bagi kami, dan Dia sebaik-baik pengurus.

Boleh bayang tak, orang cakap kat kita ada sekumpulan gangster yang ganas nak belasah kita tapi bukan setakat kita tak takut,bersikap tenang, malah BERTAMBAH IMAN kita. Damn cool.

Makna tenang (calmness) dari wikipedia:
Calmness is the mental state of being free from agitation, excitement, or disturbance.[1] Calmness can most easily occur for the average person during a state of relaxation, but it can also be found during much more alert and aware states. Some people find that focusing the mind on something external, or even internal, such as the breathing, can itself be very calming. Calmness is a quality that can be cultivated and increased with practice.[2] It usually takes a trained mind to stay calm in the face of a great deal of different stimulation, and possible distractions, especially emotional ones. The negative emotions are the greatest challenge to someone who is attempting to cultivate a calm mind.

Serius best

Saya ingat kepada pembaca yang ingin lebih memahami makna tenang dan mendengar pengisian atau cerita-cerita lebih bermakna dan menarik berkaitan ketenangan bolehlah klik link ini : http://ayuamiza.blogspot.com/2011/05/tenang.html

Lord, give me power to beat this game.

Thursday, June 9, 2011

Tenggelam


Ok saya takde masa. Alang-alang saya terjumpa tulisan ni di celah-celah buku yang saya nak cari untuk membantu menghadapi exam, baiklah saya taip balik letak kat blog.

Gambar ini obvious sekali bukan saya



Kalau boleh aku ingin selalu tenggelam
dalam cinta dan perenungan
kerana saat itu
runtunan dunia dan hawa nafsu menjadi bisu

terbentang jalan lurus di hadapan hati
hati pun melangkah dalam tunduk



Blog updated...rushing style. lol.


Saturday, June 4, 2011

KEKUATAN SEMANGAT (AZAM, CITA-CITA, IKHTIAR) TIDAK BERUPAYA MEMECAHKAN BENTENG TAKDIR.


diambil daripada syarah al-hikam di http://alhikam0.tripod.com/hikam003.html
Al-Hikam adalah karya tulisan Ibn Athaillah as-sakandari



KEKUATAN SEMANGAT (AZAM, CITA-CITA, IKHTIAR) TIDAK BERUPAYA MEMECAHKAN BENTENG TAKDIR.
Kalam Hikmat yang pertama menyentuh tentang hakikat amal yang membawa kepada pengertian tentang amal zahir dan amal batin. Ia mengajak kita memerhatikan amal batin (suasana hati) berhubung dengan amal zahir yang kita lakukan. Sebagai manusia biasa hati kita cenderung untuk menaruh harapan dan meletakkan pergantungan kepada keberkesanan amal zahir. Hikmat kedua memperjelaskan mengenainya dengan membuka pandangan kita kepada suasana asbab dan tajrid. Bersandar kepada amal terjadi kerana seseorang itu melihat kepada keberkesanan sebab dalam melahirkan akibat. Apabila terlepas daripada waham sebab musabab baharulah seseorang itu masuk kepada suasana tajrid.

Dua Hikmat yang lalu telah memberi pendidikan yang halus kepada jiwa. Seseorang itu mendapat kefahaman bahawa bersandar kepada amal bukanlah jalannya. Pengertian yang demikian melahirkan kecenderungan untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Sikap menyerah tanpa persediaan kerohanian boleh menggoncangkan iman. Agar orang yang sedang meninggi semangatnya tidak terkeliru memilih jalan, dia diberi pengertian mengenai kedudukan asbab dan tajrid. Pemahaman tentang makam asbab dan tajrid membuat seseorang mendidik jiwanya agar menyerah kepada Allah s.w.t dengan cara yang betul dan selamat bukan menyerah dengan cara yang melulu.

Hikmat ke tiga ini pula mengajak kita merenung kepada kekuatan benteng takdir yang memagar segala sesuatu. Ketika membincangkan tentang ahli tajrid, kita dapati ahli tajrid melihat kepada kekuasaan Tuhan yang meletakkan keberkesanan kepada sesuatu sebab dan menetapkannya dalam melahirkan akibat Ini bermakna semua kejadian dan segala hukum mengenai sesuatu perkara berada di dalam pentadbiran Allah s.w.t. Dia yang menguasai, mengatur dan mengurus setiap makhluk-Nya. Urusan ketuhanan yang menguasai, mengatur dan mengurus atau suasana pentadbiran Allah s.w.t itu dinamakan takdir. Tidak ada sesuatu yang tidak dikuasai, diatur dan diurus oleh Allah s.w.t. Oleh itu tidak ada sesuatu yang tidak termasuk di dalam takdir.

Manusia terhijab daripada memandang kepada takdir kerana waham sebab musabab. Kedirian seseorang menjadi alat sebab musabab yang paling berkesan menghijab pandangan hati daripada melihat kepada takdir. Keinginan, cita-cita, angan-angan, semangat, akal fikiran dan usaha menutupi hati daripada melihat kepada kekuasaan, aturan dan urusan Tuhan. Hijab kedirian itu jika disimpulkan ia boleh dilihat sebagai hijab nafsu dan hijab akal. Nafsu yang melahirkan keinginan, cita-cita, angan-angan dan semangat. Akal menjadi tentera nafsu, menimbang, merancang dan mengadakan usaha dalam menjayakan apa yang dicetuskan oleh nafsu. Jika nafsu inginkan sesuatu yang baik, akal bergerak kepada kebaikan itu. Jika nafsu inginkan sesuatu yang buruk, akal itu juga yang bergerak kepada keburukan. Dalam banyak perkara akal tunduk kepada arahan nafsu, bukan menjadi penasihat nafsu. Oleh sebab itulah di dalam menundukkan nafsu tidak boleh meminta pertolongan akal.


Dalam proses memperolehi penyerahan secara menyeluruh kepada Allah s.w.t terlebih dahulu akal dan nafsu perlu ditundukkan kepada kekuatan takdir. Akal mesti mengakui kelemahannya di dalam membuka simpulan takdir. Nafsu mesti menerima hakikat kelemahan akal dalam perkara tersebut dan ikut tunduk bersama-samanya. Bila nafsu dan akal sudah tunduk baharulah hati boleh beriman dengan sebenarnya kepada takdir.

Beriman kepada takdir seharusnya melahirkan penyerahan secara berpengetahuan bukan menyerah kepada kejahilan. Orang yang jahil tentang hukum dan perjalanan takdir tidak dapat berserah diri dengan sebenarnya kepada Allah s.w.t kerana disebalik kejahilannya itulah nafsu akan menggunakan akal untuk menimbulkan keraguan terhadap Allah s.w.t. Rohani orang yang jahil dengan hakikat takdir itu masih terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan biasa. Dia masih melihat bahawa makhluk boleh mendatangkan kesan kepada kehidupannya. Tindakan orang lain dan kejadian-kejadian sering mengacau jiwanya. Keadaan yang demikian menyebabkan dia tidak dapat bertahan untuk terus berserah diri kepada Tuhan. Sekiranya dia memahami tentang hukum dan peraturan Tuhan dalam perkara takdir tentu dia dapat bertahan dengan iman. Hadis menceritakan tentang takdir:


Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai Rasulullah, apakah iman?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan Hari Kemudian. Juga engkau beriman dengan Qadar baiknya, buruknya, manisnya dan pahitnya adalah dari Allah s.w.t”. { Maksud Hadis }
Pandangan kita sering keliru dalam memandang kepada takdir yang berlaku. Kita dikelirukan oleh istilah-istilah yang biasa kita dengar Kita cenderung untuk merasakan seolah-olah Allah s.w.t hanya menentukan yang asas sahaja sementara yang halus-halus ditentukan-Nya kemudian iaitu seolah-olah Dia Melihat dan Mengkaji perkara yang berbangkit baharulah Dia membuat keputusan. Kita merasakan apabila kita berjuang dengan semangat yang gigih untuk mengubah perkara dasar yang telah Allah s.w.t tetapkan dan Dia Melihat kegigihan kita itu dan bersimpati dengan kita lalu Dia pun membuat ketentuan baharu supaya terlaksana takdir baharu yang sesuai dengan perjuangan kita. Kita merasakan kehendak dan tadbir kita berada di hadapan sementara Kehendak dan Tadbir Allah s.w.t mengikut di belakang. Anggapan dan perasaan yang demikian boleh membawa kepada kesesatan dan kederhakaan yang besar kerana kita meletakkan diri kita pada taraf Tuhan dan Tuhan pula kita letakkan pada taraf hamba yang menurut telunjuk kita. Bagi menjauhkan diri daripada kesesatan dan kederhakaan yang besar itu kita perlu sangat memahami soal sunnatullah atau ketentuan Allah s.w.t. Segala kejadian berlaku menurut ketentuan dan pentadbiran Allah s.w.t. Tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Ilmu Allah s.w.t meliputi yang awal dan yang akhir, yang azali dan yang abadi. Apa yang dizahirkan dan apa yang terjadi telah ada pada Ilmu-Nya.


Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Ayat 22 : Surah al-Hadiid)

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; - ( Ayat 1 : Surah al-Mulk )

Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya); ( Ayat 3 : Surah al-A’laa)

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mataair-mataair (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. ( Ayat 12 : Surah al-Qamar )
Segala perkara, tidak kira apa istilah yang digunakan, adalah termasuk dalam ketentuan Allah s.w.t. Apa yang kita istilahkan sebagai perjuangan, ikhtiar, doa, kekeramatan, mukjizat dan lain-lain semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t. Pagar takdir mengelilingi segala-galanya dan tidak ada sebesar zarah pun yang mampu menembusi benteng takdir yang maha teguh. Tidak terjadi perjuangan dan ikhtiar melainkan perjuangan dan ikhtiar tersebut telah ada dalam pagar takdir. Tidak berdoa orang yang berdoa melainkan halnya berdoa itu adalah takdir untuknya yang sesuai dengan ketentuan Allah s.w.t untuknya. Perkara yang didoakan juga tidak lari daripada sempadan ketentuan Allah s.w.t. Tidak berlaku kekeramatan dan mukjizat melainkan kekeramatan dan mukjizat itu adalah takdir yang tidak menyimpang daripada pentadbiran Allah s.w.t. Tidak menghirup satu nafas atau berdenyut satu nadi melainkan ianya adalah takdir yang menzahirkan urusan Allah s.w.t pada azali.


Kami datang dari Allah dan kepada Allah kami kembali.
Segala perkara datangnya dari Allah s.w.t atau Dia yang mengadakan ketentuan tanpa campurtangan sesiapa pun. Segala perkara kembali kepada-Nya kerana Dialah yang mempastikan hukum ketentuan-Nya terlaksana tanpa sesiapa pun mampu menyekat urusan-Nya.

Apabila sudah difahami bahawa usaha, ikhtiar, menyerah diri dan segala-galanya adalah takdir yang menurut ketentuan Allah s.w.t, maka seseorang itu tidak lagi berasa bingung sama ada mahu berikhtiar atau menyerah diri. Ikhtiar dan berserah diri sama-sama berada di dalam pagar takdir. Jika seseorang menyedari makamnya sama ada asbab atau tajrid maka dia hanya perlu bertindak sesuai dengan makamnya. Ahli asbab perlu berusaha dengan gigih menurut keadaan hukum sebab-akibat. Apa juga hasil yang muncul dari usahanya diterimanya dengan senang hati kerana dia tahu hasil itu juga adalah takdir yang ditadbir oleh Allah s.w.t. Jika hasilnya baik dia akan bersyukur kerana dia tahu bahawa kebaikan itu datangnya dari Allah s.w.t. Jika tidak ada ketentuan baik untuknya nescaya tidak mungkin dia mendapat kebaikan. Jika hasil yang buruk pula sampai kepadanya dia akan bersabar kerana dia tahu apa yang datang kepadanya itu adalah menurut ketentuan Allah bukan tunduk kepada usaha dan ikhtiarnya. Walaupun hasil yang tidak sesuai dengan seleranya datang kepadanya tetapi usaha baik yang dilakukannya tetap diberi pahala dan keberkatan oleh Allah s.w.t sekiranya dia bersabar dan rela dengan apa juga takdir yang sampai kepadanya itu.

Ahli tajrid pula hendaklah reda dengan suasana kehidupannya dan tetap yakin dengan jaminan Allah s.w.t. Dia tidak harus merungut jika terjadi kekurangan pada rezekinya atau kesusahan menimpanya. Suasana kehidupannya adalah takdir yang sesuai dengan apa yang Allah s.w.t tentukan. Rezeki yang sampai kepadanya adalah juga ketentuan Allah s.w.t. Jika terjadi kekurangan atau kesusahan maka ia juga masih lagi di dalam pagar takdir yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Begitu juga jika terjadi keberkatan dan kekeramatan pada dirinya dia harus melihat itu sebagai takdir yang menjadi bahagiannya.

Persoalan takdir berkait rapat dengan persoalan hakikat. Hakikat membawa pandangan daripada yang banyak kepada yang satu. Perhatikan kepada sebiji benih kacang. Setelah ditanam benih yang kecil itu akan tumbuh dengan sempurna, mengeluarkan beberapa banyak buah kacang. Buah kacang tersebut dijadikan pula benih untuk menumbuhkan pokok-pokok kacang yang lain. Begitulah seterusnya sehingga kacang yang bermula dari satu biji benih menjadi jutaan juta kacang. Kacang yang sejuta tidak ada bezanya dengan kacang yang pertama. Benih kacang yang pertama itu bukan sahaja berkemampuan untuk menjadi sebatang pokok kacang, malah ia mampu mengeluarkan semua generasi kacang sehingga hari kiamat. Ia hanya boleh mengeluarkan kacang, tidak benda lain.

Kajian akal boleh memperakui bahawa semua kacang mempunyai zat yang sama, iaitu zat kacang. Zat kacang pada benih pertama serupa dengan zat kacang pada yang ke satu juta malah ia adalah zat yang sama atau yang satu. Zat kacang yang satu itulah ‘bergerak’ pada semua kacang, mempastikan yang kacang akan menjadi kacang, tidak menjadi benda lain. Walaupun diperakui kewujudan zat kacang yang mengawal pertumbuhan kacang namun, zat kacang itu tidak mungkin ditemui pada mana-mana kacang. Ia tidak berupa dan tidak mendiami mana-mana kacang, tetapi ia tidak berpisah dengan mana-mana kacang. Tanpanya tidak mungkin ada kewujudan kacang. Zat kacang ini dinamakan “Hakikat Kacang”. Ia adalah suasana ketuhanan yang mentadbir dan mengawal seluruh pertumbuhan kacang dari permulaan hingga kesudahan, sampai ke hari kiamat. Hakikat Kacang inilah suasana pentadbiran Allah s.w.t yang Dia telah tentukan untuk semua kejadian kacang. Apa sahaja yang dikuasai oleh Hakikat Kacang tidak ada pilihan kecuali menjadi kacang.

Suasana pentadbiran Allah s.w.t yang mentadbir dan mengawal kewujudan keturunan manusia pula dinamakan “Hakikat Manusia” atau “Hakikat Insan”. Allah s.w.t telah menciptakan manusia yang pertama, iaitu Adam a.s menurut Hakikat Insan yang ada pada sisi-Nya. Pada kejadian Adam a.s itu telah disimpankan bakat dan keupayaan untuk melahirkan semua keturunan manusia sehingga hari kiamat. Manusia akan tetap melahirkan manusia kerana hakikat yang menguasainya adalah Hakikat Manusia.

Pada Hakikat Manusia itu ada hakikat yang menguasai satu individu manusia dan hubungkaitnya dengan segala kejadian alam yang lain. Seorang manusia yang berhakikatkan “Hakikat Nabi” pasti menjadi nabi. Seorang manusia yang berhakikatkan “Hakikat Wali” pasti akan menjadi wali. Suasana pentadbiran Allah s.w.t atau hakikat itu menguasai roh yang berkaitan dengannya. Roh bekerja mempamerkan segala maklumat yang ada dengan hakikat yang menguasainya. Kerja roh adalah menjalankan urusan Allah s.w.t iaitu menyatakan hakikat yang ada pada sisi Allah s.w.t.


Dan katakan: “ Roh itu dari perkara urusan Tuhanku”. ( Ayat 85 : Surah Al-Israa’ )
Pentadbiran Allah s.w.t menguasai roh dan mengheret roh kepada mempamerkan ketentuan-Nya yang berada pada azali. Allah s.w.t telah menentukan hakikat sesuatu sejak azali lagi. Tidak ada perubahan pada ketentuan Allah s.w.t. Segala sesuatu dikawal oleh hakikat yang pada sisi Allah s.w.t. Unta tidak boleh meminta menjadi kambing. Beruk tidak boleh meminta menjadi manusia. Manusia tidak boleh meminta menjadi malaikat. Segala ketentuan telah diputuskan oleh Allah s.w.t.

Entah apa saya buat selama 2minggu

Entah apa tah saya buat selama dua minggu ini, sampai tak update blog.
Adakah disebabkan saya sibuk? atau futur (iman turun)? ataupun kecewa?

Sebenarnya saya ada benda yang saya nak tulis seperti makna zuhud, keteguhan benteng takdir, kisah orang-orang soleh, pandangan saya tentang beberapa perkara, tentang perubahan perspektif dan sebagainya. Tapi saya malas menaip, obviously.

Kadang-kadang kalau diikutkan hati nak je jadikan blog tempat saya tulis benda-benda yang saya tak puas hati kat dunia sebenar dan hentam benda-benda tersebut di dalam blog saya. Ya, memang saya pernah buat dan ya, mungkin benda itu ada kebaikannya.

Tapi saya teringat tentang kisah sahabat kalau tak silap yang tidak jadi membunuh orang kafir yang meludah ke mukanya kerana takut dibunuhnya orang itu disebabkan dia diludah, bukannya sebab nak menegakkan kalimah Allah. Jadi saya pun malaslah nak tulis lepas fikir banyak-banyak kali.

Kalau ada pun benda yang saya tak suka pada pada orang lain, contohnya ada kawan saya pakai kain pelikat tapi angkat kain tu sampai ke lutut...first time tengok memang panas, tapi saya hold dulu untuk fikir apa cara terbaik saya boleh cakap dengan dia. Kalau time tu saya rasa saya tak boleh cakap baik-baik dengan dia, saya cakap lain kali masa kepala saya sudah sejuk. Dr. Asri pun ada jugak pernah sebut perkara serupa ini.

Tapi itu saya, dan saya tak macam orang lain. Saya boleh bina hubungan dengan orang lain dan cakap direct dengan mereka. Sepertimana saya tak suka diperli atau di'sound' secara indirect, maka saya pun cuba untuk tidak buat begitu juga kepada orang lain.

Jadi tak kesahlah, terkandung juga dalam sifat zuhud (yang saya cakap saya pernah baca dan nak tulis) ialah tidak rasa apa-apa pun jika harta (dunia) itu ada pada kita ataupun tidak, kita tetap memandang Tuhan semata-mata. Juga sama sahaja keadaan seseorang itu apabila dipuji atau dicela, dia tetap buat seperti biasa (kalau dipuji dia pulangkan pujian kembali kepada Allah, kalau dia dicela dia akan dengar celaan itu dan baiki mana yang patut), still beramal seperti biasa. Saya yang sensitif ini tengah cuba berusaha ke arah itu. Doakan saya berjaya.

Semoga saya tetap menggunakan blog ini untuk cerita pengalaman saya, untuk sampaikan ilmu yang saya tahu, untuk mencela kelemahan diri, memuji keagungan Tuhan dan tidak memasukkan unsur-unsur emosi sangat dalam blog saya. Saya tak harap tulisan saya kali ini akan memulakan vicious cycle yang melemaskan, sebab saya dah pernah alami semua itu dan kalau berlaku juga, ia bermakna, tidak ada apa-apa yang berubah kot.

Saya akan sentiasa macam ni kot.
Sentiasa kutuk diri sendiri, sehinggakan pernah seorang budak UK cakap saya ni tak ada confidence diri (padahal saya rasa saya seorang yang confident)
Sentiasa nampak lembik, lemah di hadapan kawan-kawan saya, sehinggakan kemampuan saya mereka tak akan nampak (sebab saya tak nak ada sesiapa pun rasa inferior atau superior bila kawan dengan saya)
Sentiasa nampak macam tak ada pendirian, macam lalang, tak memihak mana-mana orang (walaupun sy tahu isi-isi perbahasan yang wujud, tp brtindak demikian sebab tak sukakan konflik dan cuba membaik pulih hubungan).

"Don't judge the way i act. You just see what i want to show you" - Mofar Rahman

ok memang post kali ini macam emosi dan seriously saya cakap tak serupa bikin. hahaha.