javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, April 7, 2011

Keterikatan

Perempuan tersebut menasihati saya,
"kau hanyalah orang yang lemah dan kelemahan kau melemaskan. Aku tak sepatutnya menyukai orang-orang yang lemah, sekiranya aku ingin menjadi kuat. Dan andaikan engkau pun ingin menjadi kuat, kau juga harus mengikuti jalan orang-orang yang kuat.

Sebab orang-orang yang kuat itu selalu memohon,
"Kurniakan kami cinta Engkau dan cinta orang-orang yang mencintai Engkau"

Orang-orang yang kuat itu pula adalah orang-orang yang mencintai Tuhan mereka.
Orang-orang yang tak menjaga perintah dan apa-apa yang diturunkan Tuhan, bukanlah pencinta Tuhan.
Berhenti mengakui cinta kepada Tuhan, bila pergaulanmu masih tak dijaga, selalu merasakan diri dipuja orang dan sentiasa sahaja melanggar larangan Raja.

Kata Fariduddin,
"Cinta mestilah merobekbuangkan kehati-hatian.
Cinta mengubah sikapmu.
Mencinta adalah mengorbankan kehidupanmu yang biasa dan meninggalkan kesenangan-kesenanganmu yang menjolok mata.


Bila kau lebih menyukai kerahsiaan cinta dari jiwamu, maka kau akan mengorbankan segalanya.
Kau akan kehilangan apa yang kau pandang berharga"

Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya

Ah, beratnya perasaan. Perasaan hanyalah terhasil oleh tindakbalas-tindakbalas yang berlaku di limbic system. Perasaan adalah oxytocin. Ataupun mungkin dopamine. Tak lebih dari itu.
Kadang-kadang dek kerana beratnya perasaan yang ditanggung, maka jiwa pun memohon agar diri ini dibenci terus.
Agar tak timbul pengharapan, tak timbul keluh-kesah dan kerana kekecewaan adalah jalan untuk terus bangkit. Bagaimana akan kau bangkit bilamana kau masih belum jatuh dan merasakan kekecewaan itu?

Katakanlah kepada diri ini untuk tidak usah bermimpi.
Katakanlah aku tanah yang hina, dan engkaulah langit.
Katakanlah aku ini pipit, dan engkau enggang.
Katakanlah jika kau diberi seribu kehidupan sekalipun, tak akan ada dalam satu kehidupan pun kemungkinan untuk kita bersama.

Dan segala deria, gunakan bagi menumpukan seluruh kebencian hidup kepada aku.
Pandangan mata biarlah terarah dengan nyala api kemarahan, penuh kejijikan buat hamba yang hina dan kotor.
Kalau kau bisa memukul, biarlah pukulan itu membuatkanku tempang.
Apabila kau ingin berkata-kata, maka penuhkanlah ia dengan hinaan dan cemuhan semata-mata.

Kalian mungkin memandang aku hanya menyebarkan fitnah namun kalian tak tahu bahawa kerosakan yang dibawa oleh jiwa yang menanggung bebanan seperti ini lebih dahsyat daripada segala apa yang kunyatakan di atas. Ketahuilah rakan-rakan semua bahawa musuh yang nampak itu lebih mudah ditewaskan daripada musuh yang tersembuni, yang bisa membuatkan jiwa itu selalulah berada di dalam kedukaan."


Sayup-sayup kedengaran suara dari hati, turut mengingatkan,
"Dan kau o manusia yang hina!
Berapa lamakah lagi untuk kesedaran sebenar itu akan timbul dalam dirimu?
Berapa lamakah lagi waktu yang kau perlukan untuk sedar segalanya hanyalah persinggahan?
Persinggahan ini tak sepatutnya mengikat engkau, sebab engkau tak dicipta untuk memenuhi kehendak-kehendak lahiriah
sebaliknya kau dicipta untuk suatu maksud yang lebih agung.

Seiring dengan pertukaran malam dan siang,
masamu pun menjadi semakin suntuk.

Kau o manusia yang masih memandang kepelbagaian rupa dan bentuk!
Akankah mata kau menjadi celik dalam menanggapi yang tersirat?
Silaunya rupa dan bentuk akan membutakan mata.
Hati tak akan terbalut dengan cahaya dan hijab yang menghalang kau dari mencapai cita-cita murni mereka yang mencari tak akan pernah tersingkap.

Semoga tak tergolong dalam golongan orang-orang yang dibinasakan oleh dosa-dosa mereka sendiri.
Semoga tak tergolong dalam golongan orang-orang yang disiksa penyesalan yang tak berkesudahan hanya kerana melupakan pertemuan dengan Tuhan."

8 comments:

norashikin rahmat said...

bait-bait kata ini membuat saya sedih..

Pengembara said...

kenapa sedih? apa yang awak faham daripada apa yang ditulis ini....cuba awak ceritakan, saya ingin mendengar maksudnya dari orang lain...^^

norashikin rahmat said...

Kerana cinta saya tidak sampai menjadikan saya seorang pencinta.

Saya terfikir, adakah ianya karya anda sendiri atau bukan.

Pengembara said...

ini memang saya tulis, cuma bahagian yang saya petik tuh memang sedap agaknya...contohnya kata-kata faridudin attar, mmg sedap pun. mungkin itulah yang buat tulisan ni best.

Ahmedkzaman said...

rasa diri hina dihadapan Tuhan
mmg perasaan yg perlu
juga dihadapan manusia
cuma jgn smpai dipijak2 oleh manusia

terase sungguh aku bace post kali ni
rase diri hina..
jzkk ats pringatan ko akhi!

Pengembara said...

welcome bro, welkam!!!!

Kalau Allah nak buat kita dipijak2 oleh manusia, still benda tuh akan berlaku. Bila masa tuh tiba, mampu ke kita bersabar, terutama bagi orang-orang yang memiliki ego yang sangat tinggi?

Maka kuatkanlah hubungan dengan Allah, sebab Allah je tahu betapa beratnya perasaan dipijak orang kat diri kita, sedangkan orang lain tak tahu.

Kalau kita berlaku jujur dengan Allah, Allah pun akan berlaku jujur dengan kita. Kita berharap kita dikurniakan ibadah yang sahih.

Anonymous said...

Adakah entry ini adalah sperti yg norashikin rahmat rasakan?...ia sebuah entri sedih meluahkn keperitan hati yang sedang dlm kecelaruan kerana dihinggapi sebuah perasaan..
musltahilkan suatu hari pipit boleh terbang bersama enggang?kerana pipit juga ada kepantasan dan keuniqan lain seperti enggang?

Pengembara said...

yup, memang nk menggambarkan kecelaruan hati kerana dihinggapi perasaan....ianya memang sepatutnya menyedihkan macam yang norashikin rahmat rasa...

saya pun rasa sangat sedih membaca entry kali ini