javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, April 15, 2011

Hendak Jadi Keria Terhebat - Siri 1 (Perasaan)


Pernah dengan lagu Pria Terhebat nyanyian oleh Sheila On 7?
Tajuk asalnya ialah Pejantan Tangguh tapi untuk pasaran Malaysia lagunya telah ditukar kepada Pria Terhebat. And what the heck is Pejantan Tangguh? Jangan tanya saya sebab saya pun tak tahu...tapi untuk entri kali ini marilah kita menganggap Pejantan Tangguh = Pria Terhebat.




ok. apa kita cuba ubah lirik lagu pria terhebat menjadi seperti berikut :

Keria, Keria terhebat,
itu yang ku harap, ada padaku
Agar, agar diriku,
bisa melumpuhkan tingkah liarmu


Jangan, jangan siakan,
kehadiranku, pada mimpimu
Karena, hanya lewat mimpi,
kau bisa menjamahku, juga memilikiku


[Reff:]
Ajari aku ‘tuk jadi keria terhebat,
mungkin terlalu lama, aku telah bersembunyi
Menatap matahari pun aku tak mampu,
udara malam pun terlalu, menusuk ragaku
Dipersembunyian aku menari
Dipersembunyian aku menyanyi
Keria terhebat


[Bridge:]
Begitu banyak lagu yang tercipta untukmu,
hanya saja, aku tak bisa,
mengungkapnya kepadamu
Na na na na na


[Reff]


Ajari aku ‘tuk jadi keria terhebat (x4)



ok takde point pun tukar lirik lagu. Dan untuk yang habis tak faham keria itu apa....di bawah adalah gambar kuih keria.


Perjuangan

Islam is about struggle - Tariq Ramadan
Kalau kita betul-betul nak jadi hebat, kita perlu menghadapi pelbagai dugaan samada materially, psychologically, emotionally dan sebagainya.

Satu demi satu dugaan akan datang. Dah setel satu, datang yang lain pulak. Each man will undergoes a series of tribulations or tests. Antara tema yang akan jadi bahan ujian anda adalah perasaan. Perasaan boleh mencengkam anda sehingga anda seolah-olah kehilangan arah. Jika anda suka membaca kata-kata indah dipersilakan untuk membaca entri saya bertajuk Keterikatan yang bertemakan tentang perasaan, yang saya hasilkan saat cuba membayangkan saya sendiri mengalami perasaan itu yang tengah menggugah jantung dan ternyata karya tersebut penuh dengan simbol dan  makna tersirat. (promosi semata-mata)

Post kali ini akan jadi antara post terpanjang. Saya merasakan entri ini adalah penting bagi mereka yang berdepan dengan ujian ini. Saya berharap penulisan kali ini dapat turut membantu menyelesaikan masalah anak muda zaman sekarang. Amin.


Perasaan

Perasaan ada banyak tapi yang hendak difokuskan di sini ialah ialah cinta/suka/sayang atau, whatever. You got my point.


Selalu dikatakan kepada kita,
"Kita jangan ikut perasaan. Kita harus membuat keputusan berdasarkan fikiran rasional. Ah pedulikan perasaan. Perasaan adalah sampah. Kau nak cerita pasal perasaan? Tak payahlah brader, lemau r nak dengar. Orang lembik je main-main perasaan nih."

Mendengar pernyataan seperti di atas, membuatkan saya mengkaji diri saya sendiri.
Pengalaman sepanjang hidup membuatkan saya sangat cenderung mempercayai gerak hati, maka benda-benda perasaan inilah yang sangat buat sakit kepala. Ya, ianya memang bodoh dan susah dihindari.

takgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakgunatakguna.

Ok fine. Perasaan is nothing. Therefore i gotta do something.
Jadi saya mulalah membaca banyak benda-benda yang dapat membuatkan hati saya tenang.
Saya perlu banyak membaca. Dengan membaca kita meluaskan ilmu pengetahuan kita. Perlu belajar segala-galanya, konsep, taktik, cara menyelesaikan masalah. Macam-macam la saya baca - blog orang, wikipedia, buku-buku (e.g. Fiqh of Love, Islam and Love karya Abdullah Nasih Ulwan, Purification of the Soul dan sebagainya). Ok ada yang saya pernah baca masa dulu-dulu dan ada yang saya baru baca beberapa hari lepas. Saya tak dapat nak ulas panjang buku-buku tersebut sebab most of the time saya hanya dapat baca tajuk dan isi kandungan.

Masalah timbul bila perasaan itu berlaku secara tiba-tiba, dan anda masih dalam keadaan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Ataupun perasaan itu adalah sesuatu yang tak patut berlaku pada fikiran anda dan anda hendak berusaha mengatasi perasaan tersebut.

Antara cara-cara menyelesaikan masalah tersebut ialah :

1. Belajar daripada buku. Mengetahui jenis-jenis cinta.

Dari Islam and Love tulisan Abdullah Nasih Ulwan,

Definisi cinta adalah -

Love is an intuition; a sense of the heart through which the hearts of two lovers attract and relate together emotionally. It is also a deep-rooted, indispensable part of the nature of man. Sometimes it is controlled by one's will if a lover chooses the pure and chaste love and wills to live the life of those who are pious.

Abdullah Nasih Ulwan beritahu ada tiga jenis cinta berdasarkan ayat 24, At-Taubah:
1. Cintakan Allah (dan Rasul) - highest rank
2. Cinta kat keluarga, harta kekayaan, tempat tinggal - middle rank
3. Cinta no 2 tuh melebihi cinta no 1 - lowest rank


Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.


Jadi cinta yang macam mana yang kita nak? Pilihan terletak di tangan kita.



2. Belajar dari wikipedia. Namun sila belajar dengan pertimbangan akal yang berteraskan agama, sebab boleh jadi kat wikipedia ada benda-benda yang langsung tak boleh pakai dan bertentangan dengan konsep dalam islam. Contohnya, courtly love.

Dari wikipedia pula :

- Love is an emotion of strong affection and personal attachment. In philosophical context, love is a virtue representing all of human kindness, compassion, and affection.
- In English, the word love can refer to a variety of different feelings, states, and attitudes, ranging from generic pleasure ("I loved that meal") to intense interpersonal attraction ("I love my partner").
- The experience of pleasure is subjective and different individuals will experience different kinds and amounts of happiness in the same situation. Many pleasurable experiences are associated with satisfying basic biological drives, for example defecation (berak). Jadi perasaan cinta nih hampir nak sama dengan perasaan lepas berak.
- Interpersonal attraction is the attraction between people which leads to friendships and romantic relationships.The most frequently factors are: physical attractiveness, propinquity, familiarity, similarity, complementarity, reciprocal liking, and reinforcement.

Ada juga dalam wikipedia cerita pasal teori Cinta .


Jadi perasaan nih berbeza-beza ikut orang. Ada yang rasa perasaan cinta nih macam perasaan lega lepas berak. Seriously. Ada juga yang sampai nak mati sebab perasaan. Maka adalah penting untuk kita mengetahui sedikit sebanyak tentang perasaan ini secara ilmiahnya (scientifically) contohnya faktor-faktor dalam interpersonal attraction agar kita sendiri boleh mengubahsuai variables yang ada. Marilah kita cuba bina dunia kawalan kita sendiri. Dalam erti kata lain, berani eksperimen kat hidup korang sendiri.


3. Belajar dari blog-blog yang macho

Saya ingin jadi lebih hebat. Saya tak akan berhenti. Dan dalam perjalanan saya ingin menjadi hebat saya pun terjumpa blog-blog manusia-manusia macho seperti The Other Khairul dan Terfaktab.

Semasa melayari blog The Other Khairul, saya pun terserempak dengan ayat yang bunyinya lebih kurang seperti berikut, "Tolonglah jangan suka kat perempuan yang kuat make up. Aku tak suka perempuan kuat make-up nih. kau fikir sendiri la, taruk make-up, bedak sampai berinci-inci nak buat apa? Putih cam tepung? Lepas tuh kalau basuh muka ke apa, makeup atau tepung tersebut akan jadi daki. Korang tak nak kan suka kat perempuan berdaki?"

Wow,ada pencerahan di situ. Kepala saya terangguk-angguk membaca ayat tersebut. Yup, yup kata saya.
Dalam hati saya dah yakin akan guna point nih bertemu dengan sesiapa yang mencengkam perasaan saya sambil otak saya terkumat-kamit perkataan seperti tepung, daki, makeup. Saya pasti perasaan itu akan hilang.
I will beat this game.

Malangnya benda itu tak berkesan. What the fish nih Mr. K!!!!!!???? Kesimpulannya adalah, kalau kau memang dah suka kat seseorang ni, mata kau akan jadi buta, telinga kau akan jadi pekak dan mulut kau akan jadi bisu. Your ability to think will be inhibited.

Nak diceritakan, korang semua boleh je belajar daripada blog. Ada cara yang tak sesuai untuk korang. Ada yang boleh pakai. Terpulanglah pada individu.

4. Sentiasa menyebut-nyebut keburukan diri sendiri

Kadang-kadang korang develop perasaan suka tuh sebab korang ingat diri korang macho sangat, habis hensem/hot/cantik/cute/menggoda. Sampai korang fikir korang deserve anyone, anything and anywhere. Jadi adalah penting untuk korang buat reality check sekali sekala. Hidup ini, kena berpijak atas bumi yang nyata.
Ayat-ayat di bawah ini semuanya CONTOH, jadi jangan salah faham yang saya adalah orang di bawah.

Muka macam tongkang pecah. Rambut kerinting, panjang dan tak sikat rambut. Rambut banyak kelemumur. Seorang yang rabun. Bilik macam longkang, tak terurus. Seorang yang lembik sebab tak mampu nak wakil maktab/rumah sukan/ universiti dalam sebarang acara sukan. Jambang/janggut/misai tak terurus dan tak di'trim'. Lebih mementingkan teknologi canggih seperti iphone/android melebihi kawan-kawan sendiri - so obviously tak mampu jaga anak bini. Tuala putih pun boleh jadi hitam. Kebiasaannya pinggan akan bertimbun di atas meja komputer. Kurus keding. Kalau ikut wikipedia, ciri-ciri yang tak digemari perempuan adalah 'hairy', badan tak ada muscle langsung dan tak memiliki bentuk badan V-shape. Secara dalaman pula,  seorang yang tak pandai dalam pelajaran, banyak berangan, lebih suka tengok luar tingkap daripada tengok buku medik, mudah marah, sentimental, sensitif. Iman pulak? Tak payah cakap la, tengok pun dah tau...semua ada - hipokrit, riak, ujub dan sebagainya.

Jadi dengan menyebut keburukan diri sendiri mungkin anda akan berhenti berharap untuk orang lain suka kat anda. Namun hendaklah
berpada-pada kerana dikhuatiri teknik seperti ini boleh menyebabkan anda kehilangan harapan untuk terus hidup.

5. Mendekatkan diri dengan Tuhan.

Solat. Doa. Mohon pertolongan dari Allah. Kalau ramai sangat yang menarik hati, istikharah. Kalau sebelum ni tak pernah cuba hafal surah-surah, mula start hafal balik. Tambahkan ilmu pengetahuan. Sebab urusan jodoh tu, di tangan Tuhan. Tuhan membolak-balikkan hati dengan mudah sebab Dialah yang memiliki hati-hati kita. Jadi apa yang berlaku adalah menurut ketentuan-Nya juga.

6. Menggunakan teknik 'rebooting' dan 'rewiring'

Asal-asalnya ini adalah untuk orang-orang yang mengalami masalah game addiction, porn addiction dan alcoholism (agaknya). Dan saya rasa benda yang sama boleh di'apply' di sini.

Perasaan, ketagihan atau memori itu kekal ada pada diri anda disebabkan pathways of neuron yang well established. (laluan saraf, sel-sel otak yang dah ditanam dalam kepala otak anda). Rebooting and rewiring itu adalah cara untuk anda cipta satu pathway baru menggantikan pathway problem anda tersebut. Jadi anda harus buat satu azam baru, anda perlu tinggalkan terus segala benda yang ada kaitan dengan perasaan tersebut. Contoh, anda dah berpisah dengan awek anda berpuluh tahun, jadi silalah buang semua barang-barang berkaitan dengan awek tersebut. Tujuannya adalah untuk melemahkan ingatan anda kepada perasaan anda tersebut.

Kalau anda ada facebook perempuan tersebut, anda unfriend dia. Kalau anda ada gambar dia, anda bakar gambar tersebut.


7. Anggap orang lain macam adik sendiri. Anggap SEMUA ORANG macam adik anda sendiri.

Mungkinlah walaupun kita dah buat semua perkara di atas, still kita tak dapat kawal jugak perasaan kita. Boleh jadi itu disebabkan kita melihat perempuan lain sebagai perempuan. Bukan saya nak anda anggap perempuan yang ada ini sebagai pengkid, maknyah atau khunsa, tidak. Tetapi disebabkan kita menganggap perempuan-perempuan yang ada sebagai perempuan bukan mahram yang boleh dijadikan isteri(isteri-isteri), minda sesetengah antara kita sangat mudah terdedah dengan new possibilities. Kahwin dengan perempuan A, logik. Kahwin dengan perempuan B, logik. Semua boleh jadi, masing-masing ada kelebihan masing-masing. Gila rambang mata...

Jadi macam ni la. Mula anggap perempuan lain tuh macam adik kita sendiri. Takdelah nak mengharamkan yang halal. Ataupun nanti menghalalkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak, bukan itu maksud saya. Bila anda anggap perempuan lain macam adik anda, mungkin perasaan suka kat perempuan itu tadi boleh bertukar menjadi perasaan sayang yang sangat murni. Sebagai seorang abang, anda akan membantu adik anda dalam menghadapi konflik hidup, timbul rasa ingin melindungi yang meluap-luap dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik anda.

Kalau semua perempuan jadi adik lu, siapa yang boleh kahwin dengan lu?

Lama jugak saya fikir. Akhirnya saya temui jawapannya. Hanya perempuan yang betul-betul hot je yang boleh termasuk dalam awek/tunang/calon isteri/bakal isteri------>isteri anda. Saya pernah cerita tentang jarang nak jumpa perempuan cantik dan dalam masa yang sama memiliki otak dalam entri World. Maka jika anda memilih option ini, anda mungkin hanya dapat kahwin dalam masa 10-20 tahun akan datang. Mungkin.



Menjadi Abang Long di Volgograd. Saya ingat balik Sentul nanti pun nak jadi Abang Long jugak. Masa housemanship pun, teruskan usaha kumpul konco-konco untuk dijadkan adik-beradik.


Kesimpulan

Sebenarnya point-point di atas boleh jadi BS semata-mata atau irrelevant jika Pencipta anda memang saje nak bagi perasaan tersebut kepada anda. Jadi ujian anda adalah bagaimana mengawal perasaan tersebut agar memenuhi kehendak syarak. Kalau boleh kahwin, kahwin, kalau tak bersedialah hadapi hidup dengan hati yang sangat pedih.

Di bawah akan saya bawakan kisah yang dipetik dari Fiqh Of Love. Semoga kita boleh ambil iktibar.

The Messenger of Allah salla Allahu alayhi wa sallam was telling his uncle Al Abbas
the story of Mugheeth and Bareerah, he said: “O Abbas! Isn’t it amazing how much
Mugheeth loves Bareerah and how much Bareerah hates Mugheeth?”


Excess of love cause loss of shyness


Prophet (s) and telling the story of Bareerah (slave girl) and Mugheeth (owner) to his
uncle Al-Abbas. Aisha bought the slave girl and freed her. Mugheeth married
Bareerah, but she left him. Mugheeth loved her so much and was crying in public
for her. Prophet (s) was asked to intercede and he asked Bareerah if she wanted to
take him back. She didn't want to take him back and Prophet (s) was fine with this,
so Mugheeth spent the rest of his life crying for her. Mugheeth was acting on his
own human nature - Prophet (s) did not prohibit his actions because he saw it was
out of Mugheeth's hands. Prophet (s) felt mercy for Mugheeth because of his love
for Bareerah.


Untuk penjelasan yang lebh lanjut anda boleh melawat sini .
Ataupun forum ini .


Nafas anda seakan-akan terputus ketika anda menyukai seseorang
dan jika anda menyukai ramai orang
anda tak akan memiliki sebarang nafas lagi.


3 comments:

norashikin rahmat said...

kelakar. Semoga Allah izin dapat jadi keria terhebat ya.

tapi saya tak setuju part perasaan.

Pengembara said...

terima kasih.

apa yang tak setuju bab perasaan? sebab cakap perasaan itu bodoh ke?

saya cakap je macam tuh supaya nampak kuat. mintak maaf kat semua sebab cakap tak serupa bikin. huhuh

norashikin rahmat said...

sebab saya tak tahu bila masanya dalam hidup ni saya tak ada perasaan. Ia cuma akan menjadi bodoh bila ia tidak dipandu..