Petang itu petang khamis, dua hari sebelum exam Microbiology. Saya terima satu mesej daripada emak saya.
"Along, Ki dah tak ada."
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kita kembali.
Saya panggil atuk saya Ki. Ki terkena strok selepas jatuh, dan menyebabkan dia mengalami kelumpuhan sebelah badan. Dan petang itu, dia pulang kepada Allah.
Saya terkejut mendengar berita itu. Saya tidak tahu apa nak cakap. Saya sememangnya tidak nangis, sebab mata saya memang susah nak keluarkan air mata, tidak seperti masa kanak-kanak dahulu. Itu kebiasaan bagi orang lelaki. Cikgu Biologi saya pernah beritahu, orang lelaki semakin besar semakin susah nak menangis. Tapi Rasulullah s.aw. sentiasa menangis fikirkan umatnya. (saya cuma ingin anda bayangkan, apakah nilai air mata seorang lelaki)
Saya tumpang sedih, dan pastilah yang paling sedih ketika itu adalah emak saya. Saya bertanya emak, "mak macamana? ok ker?"
Tapi mak saya tak jawab. Sebaliknya emak alihkan perhatian saya dengan bertanyakan soalan lain, tentang peperiksaan.
Bila fikir-fikir balik, saya tak rasa sedih sangat sebab Ki memang seorang yang baik. Ki dan Wan adalah antara orang yang saya kagumi dalam hidup saya. Mereka tak punya latar belakang pendidikan yang tinggi, namun mereka boleh besarkan anak mereka sehingga jadi jurutera, cikgu, peniaga dan mekanik yang berjaya. Cucu mereka sudah ada yang jadi peguam, doktor, pensyarah, ahli sukan. Mereka hidup dalam kesederhanaan, dan mereka sentiasa menunaikan suruhan Allah seperti solat lima waktu beserta solat sunat, pergi tunaikan haji dan umrah, dan lain-lain lagi.
Saya kagum dengan Wan dan Ki. Saya berharap saya akan jadi seperti mereka. Saya INGIN menjadi seperti mereka. Menjalani hidup dengan tenang, kemudian mati dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik).
Kematian adalah guru yang datangnya tak diundang, namun beri pengajaran yang amat besar.
Kematian sepatutnya buat kita renung kembali apa yang hendak kita capai dalam hidup. Kematian menghilangkan nikmat dunia, dan membuatkan manusia-manusia hedonistik jadi bodoh apabila berhadapan dengan kematian.
Apabila kita berada dalam kemewahan hidup, kematian akan buatkan kemewahan itu jadi tidak bermakna.
Apabila kita berada dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih tenang apabila mengingati mati.
Bodohlah manusia bila berfikir yang kematian itu hanyalah mereputkan mereka, dan kemudian mereka menjadi satu bentuk tenaga yang kembali kepada alam sekitar. Dan mereka berfikir cukup setakat itu. Tapi mereka akan mengalaminya sendiri. Kematian. Lalu mereka temui kebenaran yang meruntuhkan dunia illusi yang mereka bina.

1 comment:
ucapan takziah
Post a Comment