javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, January 10, 2009

Bertemu dengan Puteri Salji

Aku bermimpi. Kedatangan seorang puteri salji untuk sekali setiap seribu tahun. Aku kira, mimpi itu tipu. Tapi hati menginginkan agar aku percaya. Ya, PERCAYA. Saat-saat keinginan hati terlalu memuncak, manusia akan percaya kepada sesuatu yang bersifat mistikal. Lalu, keinginan apa pula yang terlalu memuncak saat ini dalam hati ini?



Aku lihat ke luar jendela. Suasana pagi itu. Juga pemandangannya. Tidak pernah berlaku sedemikan rupa, sedemikian cantik keadaannya. Akhirnya, tergerak juga aku untuk keluar dari duduk terperap di dalam rumah. Aku ingin mencari puteri salji itu. Mimpi itu kelihatannya seperti benar. Aku memulakan pencarianku.



Aku berjalan melintasi puluhan pokok kristal, dan kaki ini sudah dibenamkan berkali-kali ke dalam salji tebal. Aku mencarinya dari pagi hingga aku berhenti sebentar di tengahari. Saat itu, keyakinan aku mula goyah. Tapi hati terus berkata, "Teruskan. Dia sudah tidak jauh dari sini." Serta-merta aku rasakan ada kekuatan aneh dalam diri, biar tidak tahu entah dari mana datangnya kekuatan itu.




Petang itu, aku temui hakikat dunia dan seisinya. Bagaimana manusia boleh percaya pada khayalan dan fantasi? Aku berpendapat, keinginan manusia yang sedemikian, adalah manifestasi fitrah mereka. Mereka ingin kembali ke negeri yang kekal abadi, negeri yang menjadikan fantasi sebagai realiti, negeri yang ada apa-apa yang tak pernah nampak di mata, tak pernah didengar dan tak pernah terbayang dalam hati manusia.

Aku pulangkan perasaan hati ini kepada Tuhan. Aku percaya pada kewujudan kehidupan selepas mati, pada syurga dan neraka.

1 comment:

Ahmedkzaman said...

pergh!!
blog ko mmg ssh nk phm bahase..
tinggi gilek!!