Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.
Banyak salah faham muncul apabila isu Palestin ditimbulkan. Semuanya berpunca dari sikap tidak kisah kita terhadap perkara-perkara yang berlaku. Atau mungkin kita juga boleh salahkan Zionis, gerakan Freemason dan yang seangkatan dengannya kerana telah mengaburi mata kita dengan benda-benda palsu.
Pernah dengar tak sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Al-Baqarah, ayat 120)
Kita tidak membenci yahudi, kita juga tidak membenci mana-mana kaum sekalipun sehingga kita dilabelkan sebagai rascist. Bukan seorang muslim jika kita membenci sesuatu kaum. Kita jangan silap dalam menilai, dan kita tidak seharusnya menghukum sehinggalah kita benar-benar sudah menganalisis isu-isu dengan berpandukan sumber yang tepat dan minda yang terbuka.
Yahudi dan Zionis tidak sama. Menurut Ustaz Maszlee Malik, ayat Al-Quran itu tidak lebih dari menerangkan kepada kita bahawa agama islam itu sememangnya tidak akan disenangi oleh yahudi dan nasrani. Mengapa? Sebab akidah kita berbeza. Kita juga, sebagai seorang muslim, tidak akan meredhai agama mereka, atau apa-apa agama lain sekalipun di dunia ini kerana kita sudah memahami, hanya agama islam agama yang benar.
Kaum yahudi dan nasrani mempunyai sejarah yang panjang, dan pelbagai kisah kekufuran dan kedegilan mereka telah pun diceritakan dalam Al-Quran. Kekufuran mereka adalah sesuatu yang tak akan diterima selama-lamanya. Namun kita juga harus faham, yang apabila seseorang itu memasuki islam, seluruh dosa jahiliyah mereka terhapus sama sekali. Dan ternyata selepas itu yang membezakan manusia dengan manusia lain adalah takwa.
Hakikatnya, sebahagian orang yahudi juga turut menentang fahaman Zionis. Lihat pertubuhan Neturei Karta seumpamanya, mereka yahudi, tapi mereka juga menentang Zionis.
Zionis adalah fahaman laknat yang ingin melawan Tuhan. Mereka telah merampas tanah penduduk Palestin, mencabuli kehormatan dan maruah ibu-ibu, anak-anak gadis Palestin. Mereka menghimpunkan mayat-mayat yang dilubangi dengan peluru mereka tanpa kenal perbezaan. Konflik yang berlaku di Palestin bukan sekadar isu keagamaan, namun semua yang mampu berfikir dengan matang seharusnya memahami bahawa konflik Israel-Palestin adalah satu bentuk kekejaman yang nyata, dan hak asasi manusia yang dilaungkan benar-benar telanjang.
Hanya baru-baru ini, sistem boikot yang digembar-gemburkan mula mendapat perhatian, walaupun usaha boikot sebenarnya sudah lama bermula. Apabila seluruh rakyat bersatu, maka boikot akan jadi suatu bentuk tenaga yang amat efektif. Namun demikian, sesuatu yang berkesan itu juga akan datang dengan pengorbanan yang agak besar. Pemerhati-pemerhati antarabangsa seperti Foreign Policy menyifatkan boikot di Malaysia adalah 'The world's stupidest Gaza boycotts' kerana turut memberi kesan yang teruk buat ekonomi negara Malaysia sendiri.
Sesetengah akan bertanya, apa akan jadi pada pertumbuhan FDI (Foreign Direct Investment) di negara Malaysia? Hal ini seharusnya tidak menjadi masalah. Menurut laman The Other Malaysia,
The calls for a boycott of Western goods is targeted primarily at those companies that are actively investing and thereby supporting the Zionist regime in Israel, the Israeli war machine and the colonising programme that is taking place in the occupied territories. There has never been a call to boycott American goods just because they are American, nor have there been calls to reject everything that is Western in toto. Indeed it would be pointless to do so living as we do in an integrated world economy where all national economies are inter-dependent with one another.
Syarikat-syarikat ini akan mengalami kesan yang teruk, namun ini masih lagi membuka peluang kepada syarikat-syarikat luar negara yang lain dan syarikat-syarikat tempatan. Kuncinya adalah pada mencari barangan alternatif. Persoalan barangan alternatif yang tidak bermutu? Hal ini juga seharusnya tidak menjadi masalah. Berdasarkan sistem ekonomi kapitalis (seperti yang diamalkan di seluruh dunia), persaingan akan sentiasa wujud agar kekayaan dapat dikumpulkan. Pengguna pula akan menentukan barangan yang mereka akan beli, sama ada bermutu ataupun tidak.
Biarpun, hal ini mungkin mengambil masa yang agak panjang.
Mulai saat ini, satu perubahan corak pemikiran dunia akan berlaku. Terpulang kepada kita untuk terlibat atau tidak. Manusia sentiasa sahaja diberikan pilihan.
# Saya sebenarnya tidak mengiktiraf 'Israel' sama sekali. Israel adalah sebuah penempatan haram. Sepatutnya 'Israel' itu digantikan sahaja dengan Zionis ataupun 'tanah haram'
No comments:
Post a Comment