javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Sayangi Keluarga. Sayangi Malaysia.

Sebenarnya kadang-kadang rasa bosan bila cuti. Tapi semalam atau kelmarin, saya melihat gambar-gambar yang ada dalam simpanan saya. Jadikannya slideshow, dengan paparan skrin sebesar 19 inci dan berlatarbelakangkan lagu, saya merasakan mungkin ini adalah sesuatu yang patut dilakukan once in a while. Ugh rojak betul bahasa, entah apa ayat yang sesuai sepatutnya digunakan untuk gantikan once in a while.

Ada gambar-gambar masa first year, second year dulu-dulu. Kawan-kawan datang bilik untuk tengok sekali dan kami gelak macam gila. Dulu muka budak, sekarang dah muka dewasa. Dulu gemuk sekarang kurus. Dulu gaya macam perempuan kampung yang ayu, sekarang perempuan moden yang elegan.

Walaupun masa yang berjalan, sekalipun kebiasaannya mematangkan kita dan sedikit sebanyak membuatkan kita mengakui bahawa kita semakin dewasa, kita tidak dapat tidak menafikan bahawa ada sesuatu yang tak akan dapat kita cipta kembali. Kita akan tetap kehilangannya.

Naivety, innocence. Naif. Saya tengok sekejap tadi, antara perkataan yang menggambarkan apa itu naif (naive dalam English) ialah : unpretentious, unsophisticated, innocent, virgin, inexperience, childlike, clueless, immature, simple-minded.

Kita kehilangannya. Kita dah tak lagi reti untuk tidak berpura-pura, sebab kita tak boleh ceritakan semua perkara yang terlintas dalam hati kita. Kita semakin kompleks dalam menyelesaikan masalah hidup. Kita tidak lagi innocent, sebab kita sudah tahu perkara itu salah, namun kita masih meneruskan kesalahan-kesalahan kita. Kita sudah tidak dara (LOL) sebab kita sudah dicemari dengan pelbagai perkara. Kita dah timba banyak perngalaman sekarang. Kita bukan lagi kanak-kanak yang langsung tak tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka, yang tidak matang dan simple-minded. Yang jujur dengan diri mereka sendiri.

Cut the crap, tukar terus kepada topik lain.

Sayangi keluarga

Sebenarnya semasa tengok gambar-gambar tersebut, ada juga gambar-gambar yang diambil semasa pulang ke Malaysia. Buat homesick saja. Pada mulanya berfikir, malas nak letak gambar-gambar agak bersifat peribadi di sini, tapi last-last fikir : ah aku kisah apa? Lantaklah ada orang cair atau inferior atau jatuh ke dalam jurang keputus-asaan yang berpanjangan, as long as it feeds my ego. Feed my ego, feed my ego. I am powerful!

Ok maaf. Saya sedang cuba menyelami perasaan lelaki-lelaki kacak, perempuan-perempuan cantik, mungkin artis-artis pujaan ramai di luar sana yang menjadikan orang-orang lain sebagai 'makanan' mereka. Sumber keyakinan diri mereka adalah daripada 'pujaan' orang ramai, 'penyembahan-penyembahan' yang dilakukan oleh orang lain (over gila sebut penyembahan). Saya rasa teori ni tepat. Dan bayangkan pula, keadaan di mana, ribuan orang telah menyerahkan hati mereka kepada seorang artis ini, dan kemudian artis ini meremukkannya, sambil mentertawakan kebodohan mereka. Pergh, kesian. I feel for you, bros sekalian.

Ok la. Terus letak gambar-gambar best.


Adik-adik saya memang macho-macho. Keep up bros!



Saya yang sedang rajin membaiki rantai basikal adik saya. Sebenarnya ayah saya yang suruh. Tapi last-last saya buat kerja separuh jalan, ayah saya jugak yang settlekan kasik habis. ZZZZZ.



Sorang je yang tak macho. Hantu pocong!





Saya juga miliki sedara-mara yang kiut miut.




Emak dan Wan.


Ayah
Saya rasa ayah saya banyak memainkan peranan dalam pembentukan diri saya, karakter-karakter yang saya miliki. Ini pandangan peribadi, saya tak tau apa pandangan emak atau ayah saya.

Terkadang saya fikir, apakah saya sudah bersedia mempunyai keluarga sendiri? Saya hanyalah budak yang suka lepak dan gelak bila member buat lawak. Malas. Emo. Buat kerja separuh jalan. Ada hingus. Ego. Fikir diri bagus. Suka perempuan. Pandai cakap, tak reti buat. Lembik.

Ok cukuplah kata-kata cacian dan hinaan ini. Kena neutralkan balik.

I am powerful. I am seriously powerful. Imperfection is beautiful. Saya adalah alpha male. (lol). Saya ada kehidupan sendiri. Tanggungjawab sendiri. Kalau jatuh saya akan bangun balik. Jatuh tujuh kali, berdiri lapan kali. Percayakan Tuhan; kuasa-Nya, penentuan-Nya, kebaikan-Nya, rahmat-Nya sekalipun Dia juga adalah Tuhan yeng memberikan pembalasan kepada setiap perbuatan buruk, Yang telah menentukan penghujung bagi setiap manusia sebagai ahli syurga ataupun ahli neraka.


Sayangi Malaysia

Di bawah pula ialah gambar-gambar di Malaysia.
Merindui tempat kelahiran dan tempat kita membesar.


KTM sentul

Roti nan dengan ayam tandoori

Stesen komuter kot

KFC Sentul yang pekerjanya terdiri daripada OKU

Makanan sedap lagi

UIA

Masjid Shah Alam


Bazar Ramadhan dekat dengan markas Pas dalam kampung padang balang, sentul

Entah mana ntah ni. Dekat-dekat chow kit?

Padang sekolah rendah

Surau tempat mengaji (yang sudah sangat moden berbanding dulu)

Pemandangan dari depan rumah


Tuesday, March 3, 2009

Kebingungan. Kucing. Perkahwinan. Kehilangan. Perempuan. Ketaksuban. Mazhab cinta. Adik.

Amaran : Post kali ini adalah antara yang terpanjang pernah saya tulis. Walaupun telah diringkaskan, tetap panjang juga. Jika anda mahu, anda boleh melawat Utusan Online untuk artikel yang lebih pendek.

Banyak perkara yang berlaku hari ini.

Hati itu. Yang busuk dan bernanah.

Pagi itu. Hati saya bernanah. Busuk. Meloyakan. Mungkin inilah hati saya selama ini. Bernanah. Busuk. Meloyakan.

Saya teringat pada salah satu tulisan saya, yang saya tulis untuk mengingatkan diri saya sendiri, saat-saat begini.

Manusia yang tidak dapat mengawal dirinya tidaklah layak untuk hidup.

Tidak layak untuk hidup, tetapi tidak berani pula untuk menerima sebarang hukuman dari langit.

Saya yang kebingungan.


Kucing.


Pagi itu saya pergi ke kelas. Dah tentu, hari-hari saya pergi kelas (takkan nak ponteng?). Kelas Surgery, di regional hospital (oblastnaya balnitsa). Sedang asyik menekuni buku, seorang kawan saya menceritakan tentang video yang baru dilihatnya. Video tersebut dipaparkan di blog Bidayatul Hidayah, yang menurut saya blog tersebut adalah antara blog-blog yang bagus. Bercerita tentang video tersebut, teringat saya kepada Azzad, yang sememangnya meminati gadis berpurdah. Yup, video-video dalam blog tersebut banyak memuatkan gadis-gadis yang berpurdah.

Maka saya pun pulang ke rumah sebentar untuk berehat dan melihat video yang dikatakan itu. Sesampainya di rumah, saya terbeban dengan satu tugas tambahan pula. Saya perlu membersihkan berak seekor kucing yang tinggal di rumah saya tanpa membayar sewa. Tempat kucing tersebut berak dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang muntah berlaku Hendak lihat gambar kucing tersebut? Silakan. Muka comel, tapi tak reti nak berak di tempat yang sepatutnya.




Perkahwinan.

Kemudiannya saya membuka laman web yang dimaksudkan. Berikut adalah video yang mengulas perkahwinan antara Syafiq dan Mazidah baru-baru ini.





Hendak lihat video-video yang lain? Lawati blog Bidayatul Hidayah di alamat berikut :

http://blogs.albawaba.com/alhidayah

Atau anda berminat untuk dengar lebih lanjut tentang perkahwinan, saya cadangkan anda satu artikel daripada kawan saya. Silakan tekan.

The traditional malay marriage..convoluted.indeed.

Jika nak dikira, Syafiq adalah lelaki ketiga yang sudah pun bergelar suami selepas Mat Pih dan Fahmi. Mungkin selain mereka ada yang telah berkahwin, tapi saya memang tak mendengar apa-apa cerita. Mungkin ada orang nak khabarkan kepada saya yang sebenarnya Mujahid dah kahwin? Ahmed? Ezuwan Ezani mungkin? Haha. Gurau.

Saya melihat video-video yang dihasilkan adalah satu usaha yang bagus sekali. Mudah difahami. Ringkas dan padat. Itu dari segi video. Dari segi perkahwinan pula, secara jujurnya saya memang tak sangka yang saya sendiri dapat melihat (baca : melihat, bukan melalui ) perkahwinan pada usia muda remaja, semasa masih di bangku universiti.

Saya pada mulanya turut berminat nak membincangkan tentang isu perkahwinan ini dengan lebih lanjut, tapi terpaksa mematikan niat saya kerana perbincangan itu pasti panjang berjela. Lain kali sahaja. Tapi apa yang boleh saya katakan ialah, memetik kata-kata Saifulislam.com ,
“Jadikanlah perkahwinan itu sebagai medan untuk memberi, bukan (melihatnya untuk) menerima (semata-mata)”

Nasihat di atas terpakai untuk yang baru berumah tangga, juga yang sudah lama berumah tangga. Tidak ada kaitan pula dengan yang sudah meninggal dunia.


Kehilangan.

Saya kemudian meneruskan pembacaan saya. Saya ingin melihat satu blog yang bagi saya memuatkan kata-kata yang cukup indah. Blog tersebutlah yang telah menyebabkan saya terdorong untuk menghasilkan beberapa puisi yang agak panjang sedikit, iaitu Hati, Angin dan Mimpi.

Sebelumnya saya tidak menulis sepanjang itu (walaupun hakikatnya puisi-puisi tersebut agak pendek ) tapi saya cuba untuk menumpukan seluruh perasaan saya dan mencurahkannya ke atas kertas untuk menjadi sesuatu yang panjang dan bermakna. Dan bermakna bagi saya ialah apabila saya tidak akan jemu untuk membacanya berulang-ulang kali.

Ia tidak semestinya jadi begitu juga buat orang lain, buat anda semua, tapi itulah yang terkesan pada saya.

Namun demikian, buat kali keduanya, blog itu telah hilang secara ajaibnya. Sedikit sebanyak saya rasa terkilan, atau mungkin juga sedih. Tapi sekurang-kurangnya saya sempat menyimpan sebuah tulisan tentang cinta. Saya jadikan ungkapan cinta itu sebagai pengakhiran bahagian sedih ini. Saya akan memadamkannya jika tuan punya ungkapan ini tidak ingin saya meletakkannya dalam blog saya ini.

cinta

cinta itu jernih dan berkuasa.
maka tentu kebencian paling tegar pun akan cair dengan cinta. gelisah dan marah pun bisa reda dengan cinta. sedih dan sedu pun pergi saat dipujuk dengan cinta.

cinta itu teguh dan bernyala.
sehingga ujian apapun tak bisa mensirnakan warnanya. susah dan derita pun tak merubah ia. pengkhianatan pun takkan boleh mencalari kehalusannya.

cinta itu agung dan suci.
ia datang dari sudut hati paling dalam. yang percaya dan rela.

cinta itu anugerah.
dari yang sempurna.

Posted by alya



Perempuan.

Mengapa mereka? Sebab berdasarkan apa yang saya tahu, video-video di atas adalah dihasilkan oleh kaum Hawa. Majoritinya. Atau mungkin semua sekali?

Benar-benar membuka mata. Saya sudah lama memahami yang taraf lelaki dan perempuan itu sama. Yang membezakan mereka adalah takwa. Tapi mungkin dari sudut hati saya, saya lebih kagum terhadap kaum Adam. Lebih ramai lelaki yang dapat melihat dunia ini menurut yang sepatutnya berbanding perempuan. Tak ramai perempuan yang boleh membincangkan isu-isu. Perempuan lebih emosional. Tidak rasional. Kebanyakan perempuan hanya mengikut.

Tapi bukankah saya silap. Mereka juga ada fikrah perjuangan yang mantap. Kalau lelaki membacakan kepada mereka ayat 31 surah An-Nur, maka mereka akan membalasnya dengan ayat 30 surah An-Nur juga. Dan selalunya merekalah yang lebih jernih dalam melihat sesuatu yang orang lelaki tidak dapat nampak kerana keegoan mereka.

Perempuan zaman moden bukanlah calang-calang orang.

Rabiatul Adawiyah, antara manusia kepunyaan Cinta yang telah Dia bebaskan dari perhambaan manusia.

Ketaksuban.

Petang itu saya perlu pergi ke universiti. Bangunan utama. Pathology Physiology. Sewaktu rehat, saya membincangkan tentang Imam Al-Ghazali. Suatu perbincangan yang sebenarnya telah bermula saat kelas Surgery pagi tadi.

Tak perlu diingatkan berkali-kali agar tidak taksub kepada seseorang. Tak perlu. Saya khuatir bila kita selalu mengatakan kepada orang lain ,"jangan taksub, jangan taksub" setiap kali orang lain ingin memberikan pendapat, maka yang wujudnya bukan ketaksuban terhadap pemimpin, tapi rasa ujub (berasa hairan pada diri sendiri) pula yang berlaku. Mengapa? Kerana kita berfikir, kitalah manusia bagus yang boleh memberikan hujah kebaikan dan keburukan seseorang itu.

Saya hanya ingin memberitahu rasa kekaguman saya terhadap mereka. Imam Al-Ghazali, Imam Hassan AlBanna, Syed Qutb, Tun Mahathir, Dr Asri atas pendapat-pendapat mereka yang benar. Bersetujulah dengan saya bila perkara yang saya kagumi itu berlandaskan syarak, tegurlah saya bila kekaguman itu bukan yang berlandaskan syarak.

Bukankah teman yang sebenar sifatnya saling membenarkan? (mempercayai ketika benar, dan menegur bila salah)


Mazhab Cinta.

Bercerita tentang Imam Al-Ghazali, atau Hujjatul Islam nama gelarannya, saya cadangkan anda baca buku-buku beliau.

Mencintai Tuhan.

Kalau benar ingin begitu, belajarlah sedikit sebanyak tentang kesufian. Imam Al-Ghazali adalah sumber yang baik. Dia adalah orang yang menghubungkan syariat dengan tasauf dalam satu bentuk yang mudah difahami masyarakat. Dia menjaga batas-batas kesufian dalam norma-norma kehidupan orang awwam.

Tapi kemudiannya anda menempelak saya dengan kesesatan sufi (ada juga yang sesat, yang mengikut kerahiban Kristian). Padahal tasauf adalah soal hati. Barang siapa yang melebihimu dari sudut hati, bererti dia telah melebihimu dari segi tasauf. Perbetulkan fahaman anda sebelum mahu menempelak orang lain.

Hmm, entahlah. Saya ingin menyampaikan. Tapi saya bimbang, andai kata anda akan mendapat persepsi yang salah. Bagi yang tidak prejudis, boleh menerima, berfikir, tidak ego, dan terdorong oleh niat yang baik, maka saya ingin promosikan satu laman web yang mengumpulkan karya-karya Imam Al-Ghazali.

Al-Ghazali website


Saya juga ingin menunjukkan sebuah cerita tentang Laila dan Majnun yang saya temui sewaktu mencari ‘blog yang hilang’ seperti dalam cerita di atas tentang kehilangan.
Sekali lagi, saya ingatkan.
JANGAN TEKAN bila anda masih lagi kabur, dan anda tak faham sepatah haram pun apa yang saya cakapkan di atas.

Laila Majnun-sebuah kisah cinta sejati; karya ahli sufi

Adik.




Comel tak? Gambar ini adalah gambar adik saya sewaktu masih kecil.

2 Mac adalah hari lahir salah seorang adik saya. Maka marilah kita sama-sama doakan agar dia akan menjadi seorang manusia seperti yang diinginkan oleh agama. Moga dia juga akan berjaya menjawab peperiksaan UPSRnya pada tahun ini dengan cemerlang. Amin.

Bagaimana nak cakap, ya. Antara semua jenis manusia, yang paling dekat dengan kita adalah keluarga kita. Ini apa yang saya fikir. Tapi saya juga masih merasakan yang saya masih belum dapat menjalankan tugas saya dengan sempurna. Saya selalu lupa dan tidak berfikir panjang. Saya juga orang yang susah nak menunjukkan perasaan, kalau tak silap saya. Tapi saya pernah terdengar,
“ Orang yang tidak reti nak menunjukkan kasih sayangnya tidak akan diasayangi oleh manusia lain”




Sekian, saya akhiri post ini.

Saturday, January 24, 2009

Petang Khamis itu, atuk saya meninggal dunia

Petang itu petang khamis, dua hari sebelum exam Microbiology. Saya terima satu mesej daripada emak saya.

"Along, Ki dah tak ada."

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kita kembali.

Saya panggil atuk saya Ki. Ki terkena strok selepas jatuh, dan menyebabkan dia mengalami kelumpuhan sebelah badan. Dan petang itu, dia pulang kepada Allah.

Saya terkejut mendengar berita itu. Saya tidak tahu apa nak cakap. Saya sememangnya tidak nangis, sebab mata saya memang susah nak keluarkan air mata, tidak seperti masa kanak-kanak dahulu. Itu kebiasaan bagi orang lelaki. Cikgu Biologi saya pernah beritahu, orang lelaki semakin besar semakin susah nak menangis. Tapi Rasulullah s.aw. sentiasa menangis fikirkan umatnya. (saya cuma ingin anda bayangkan, apakah nilai air mata seorang lelaki)

Saya tumpang sedih, dan pastilah yang paling sedih ketika itu adalah emak saya. Saya bertanya emak, "mak macamana? ok ker?"

Tapi mak saya tak jawab. Sebaliknya emak alihkan perhatian saya dengan bertanyakan soalan lain, tentang peperiksaan.

Bila fikir-fikir balik, saya tak rasa sedih sangat sebab Ki memang seorang yang baik. Ki dan Wan adalah antara orang yang saya kagumi dalam hidup saya. Mereka tak punya latar belakang pendidikan yang tinggi, namun mereka boleh besarkan anak mereka sehingga jadi jurutera, cikgu, peniaga dan mekanik yang berjaya. Cucu mereka sudah ada yang jadi peguam, doktor, pensyarah, ahli sukan. Mereka hidup dalam kesederhanaan, dan mereka sentiasa menunaikan suruhan Allah seperti solat lima waktu beserta solat sunat, pergi tunaikan haji dan umrah, dan lain-lain lagi.


Saya kagum dengan Wan dan Ki. Saya berharap saya akan jadi seperti mereka. Saya INGIN menjadi seperti mereka. Menjalani hidup dengan tenang, kemudian mati dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik).

Kematian adalah guru yang datangnya tak diundang, namun beri pengajaran yang amat besar.
Kematian sepatutnya buat kita renung kembali apa yang hendak kita capai dalam hidup. Kematian menghilangkan nikmat dunia, dan membuatkan manusia-manusia hedonistik jadi bodoh apabila berhadapan dengan kematian.

Apabila kita berada dalam kemewahan hidup, kematian akan buatkan kemewahan itu jadi tidak bermakna.
Apabila kita berada dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih tenang apabila mengingati mati.


Bodohlah manusia bila berfikir yang kematian itu hanyalah mereputkan mereka, dan kemudian mereka menjadi satu bentuk tenaga yang kembali kepada alam sekitar. Dan mereka berfikir cukup setakat itu. Tapi mereka akan mengalaminya sendiri. Kematian. Lalu mereka temui kebenaran yang meruntuhkan dunia illusi yang mereka bina.

Thursday, January 8, 2009

Adik saya itu buat tanduk kat kepala saya. Berani betul dia.



Saya pada mulanya ingin melihat gambar salji yang baru saya ambil, dan saya terimbas kembali gambar-gambar lama. Serta-merta saya terasa seperti ada perasaan aneh meresap dalam jiwa. Saya rindukan keluarga saya. Tapi saya dah jarang telefon rumah.

Adik saya dalam gambar di atas adalah adik saya yang paling muda. Dia lahir dalam tahun 2000, kalau diteliti mengikut kalendar cina, dia lahir dalam tahun naga, tahun yang sama macam saya. Tapi tidak cukup dengan itu, dia selalu berlagak sebab tahun naga dia bukanlah tahun naga yang biasa, sebaliknya tahun naga emas - tahun 2000
adalah 'tahun milennium'.

Haha.

Jika dikaitkan dengan seorang adik saya yang lain pula, dia pula akan berasa marah jika orang lain menyebut tahunnya dalam cina. Sememangnya, tahun apa lagi kalau bukan tahun yang kurang elok untuk disebut, terutamanya oleh masyarakat melayu islam.