javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, January 25, 2009

Traitor [2008] – Filem Islamik Hollywood


Yup, anda tidak silap tengok. Traitor, ataupun dalam bahasa melayunya Pengkhianat, adalah sebuah filem Hollywood yang saya kategorikan sebagai sebuah filem islamik. Mengapa? Adakah kerana ‘director’nya seorang muslim? Pelakon-pelakonnya terdiri daripada orang-orang islam? Tidak.

Selepas kejadian 11 September, islam mula dilabel sebagai agama yang menganjurkan keganasan, agama yang mengajak manusia berperang (ya! Kita harus memberontak! Bunuh semua orang kafir! – adalah antara propaganda Barat) dan pelbagai lagi !@!#@%$#$%^%$^&$^ benda-benda yang tak dapat diterima akal manusia yang sihat. Dalam erti kata lain, jika anda pun tersenarai antara penyokong-penyokong slogan ‘Islam adalah terrorism’ maka saya ingin kata anda mempunyai masalah psikologi , mungkin dari segi kognitif kerana anda terlalu mudah dikaburi dengan maklumat-maklumat palsu yang ditadahkan kepada anda.



Dalam hal ini saya ingin memetik kata-kata dari filem dokumentari Occupation 101 :

“ The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge”
- Stephen Hawking



Kebanyakan filem-filem Hollywood yang lahir selepas kejadian 11 September juga menganut fahaman seleweng Barat. Jika ada pun pendekatan untuk menunjukkan islam itu baik, maka cara mereka masih salah. Bayangkan sahaja, seorang perempuan islam yang memakai tudung, dibuatnya melakukan perbuatan zina (seks sebelum kahwin). Hal ini adalah perkara yang amat membimbangkan, dan ia berbahaya kepada umat-umat islam yang mempunyai fahaman agama yang cetek atau pun muslim hanya pada nama, ataupun berdasarkan keturunan semata-mata.

Selepas menonton filem Hollywood yang bertajuk Traitor ini, sedikit sebanyak saya berasa lega. Islam diterangkan dengan jelas. Bukan setakat itu sahaja, filem ini juga mengajak penonton berfikir, dan membuka minda terhadap konflik nilai yang sedang melanda dunia.


Saya ingin memetik skrip yang bagi saya menjelaskan islam dengan mudah, dan mungkin orang islam sendiri pun kebanyakannya masih tak tahu.

- Would you describe him as a devout muslim?
+ He is a muslim. I don’t believe there is a sliding scale.
Do you know what ‘islam’ means?

- “Submission”.
+ Yes, “Submission”. Submission to God’s will is absolute.

Skrip di atas sekaligus menjelaskan dalam dunia ini hanya ada muslim. Tidak ada istilah muslim radikal, muslim liberal dan sebagainya. Saya pernah terserempak dengan sebuah laman web yang ingin mempromosikan filem dokumentari Obsession. Oh, sedih benar lawat laman tersebut. Ugh! Islam radical, islam liberal, sharia law, semuanya adalah yang buruk-buruk tentang islam. Crap sungguh laman web itu.

Kesimpulannya, saya syorkan kepada semua orang seluruh dunia, tengoklah movie Traitor ini. Saya juga ingin bagi link untuk anda download dengan menggunakan torrent ( torrent adalah teknologi yang sangat canggih, murah dan menarik– haha) :

Traitor[2008]DvDrip-aXXo

Subtitle untuk Traitor[2008]DvDrip-aXXo.avi


Sekian. Selamat menonton.

Saturday, January 24, 2009

Petang Khamis itu, atuk saya meninggal dunia

Petang itu petang khamis, dua hari sebelum exam Microbiology. Saya terima satu mesej daripada emak saya.

"Along, Ki dah tak ada."

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya lah kita kembali.

Saya panggil atuk saya Ki. Ki terkena strok selepas jatuh, dan menyebabkan dia mengalami kelumpuhan sebelah badan. Dan petang itu, dia pulang kepada Allah.

Saya terkejut mendengar berita itu. Saya tidak tahu apa nak cakap. Saya sememangnya tidak nangis, sebab mata saya memang susah nak keluarkan air mata, tidak seperti masa kanak-kanak dahulu. Itu kebiasaan bagi orang lelaki. Cikgu Biologi saya pernah beritahu, orang lelaki semakin besar semakin susah nak menangis. Tapi Rasulullah s.aw. sentiasa menangis fikirkan umatnya. (saya cuma ingin anda bayangkan, apakah nilai air mata seorang lelaki)

Saya tumpang sedih, dan pastilah yang paling sedih ketika itu adalah emak saya. Saya bertanya emak, "mak macamana? ok ker?"

Tapi mak saya tak jawab. Sebaliknya emak alihkan perhatian saya dengan bertanyakan soalan lain, tentang peperiksaan.

Bila fikir-fikir balik, saya tak rasa sedih sangat sebab Ki memang seorang yang baik. Ki dan Wan adalah antara orang yang saya kagumi dalam hidup saya. Mereka tak punya latar belakang pendidikan yang tinggi, namun mereka boleh besarkan anak mereka sehingga jadi jurutera, cikgu, peniaga dan mekanik yang berjaya. Cucu mereka sudah ada yang jadi peguam, doktor, pensyarah, ahli sukan. Mereka hidup dalam kesederhanaan, dan mereka sentiasa menunaikan suruhan Allah seperti solat lima waktu beserta solat sunat, pergi tunaikan haji dan umrah, dan lain-lain lagi.


Saya kagum dengan Wan dan Ki. Saya berharap saya akan jadi seperti mereka. Saya INGIN menjadi seperti mereka. Menjalani hidup dengan tenang, kemudian mati dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik).

Kematian adalah guru yang datangnya tak diundang, namun beri pengajaran yang amat besar.
Kematian sepatutnya buat kita renung kembali apa yang hendak kita capai dalam hidup. Kematian menghilangkan nikmat dunia, dan membuatkan manusia-manusia hedonistik jadi bodoh apabila berhadapan dengan kematian.

Apabila kita berada dalam kemewahan hidup, kematian akan buatkan kemewahan itu jadi tidak bermakna.
Apabila kita berada dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih tenang apabila mengingati mati.


Bodohlah manusia bila berfikir yang kematian itu hanyalah mereputkan mereka, dan kemudian mereka menjadi satu bentuk tenaga yang kembali kepada alam sekitar. Dan mereka berfikir cukup setakat itu. Tapi mereka akan mengalaminya sendiri. Kematian. Lalu mereka temui kebenaran yang meruntuhkan dunia illusi yang mereka bina.

Friday, January 16, 2009

Konflik Israel-Palestin dan Perkembangan Boikot

Dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas:

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.


Banyak salah faham muncul apabila isu Palestin ditimbulkan. Semuanya berpunca dari sikap tidak kisah kita terhadap perkara-perkara yang berlaku. Atau mungkin kita juga boleh salahkan Zionis, gerakan Freemason dan yang seangkatan dengannya kerana telah mengaburi mata kita dengan benda-benda palsu.


Pernah dengar tak sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi :

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
(Al-Baqarah, ayat 120)



Kita tidak membenci yahudi, kita juga tidak membenci mana-mana kaum sekalipun sehingga kita dilabelkan sebagai rascist. Bukan seorang muslim jika kita membenci sesuatu kaum. Kita jangan silap dalam menilai, dan kita tidak seharusnya menghukum sehinggalah kita benar-benar sudah menganalisis isu-isu dengan berpandukan sumber yang tepat dan minda yang terbuka.

Yahudi dan Zionis tidak sama. Menurut Ustaz Maszlee Malik, ayat Al-Quran itu tidak lebih dari menerangkan kepada kita bahawa agama islam itu sememangnya tidak akan disenangi oleh yahudi dan nasrani. Mengapa? Sebab akidah kita berbeza. Kita juga, sebagai seorang muslim, tidak akan meredhai agama mereka, atau apa-apa agama lain sekalipun di dunia ini kerana kita sudah memahami, hanya agama islam agama yang benar.

Kaum yahudi dan nasrani mempunyai sejarah yang panjang, dan pelbagai kisah kekufuran dan kedegilan mereka telah pun diceritakan dalam Al-Quran. Kekufuran mereka adalah sesuatu yang tak akan diterima selama-lamanya. Namun kita juga harus faham, yang apabila seseorang itu memasuki islam, seluruh dosa jahiliyah mereka terhapus sama sekali. Dan ternyata selepas itu yang membezakan manusia dengan manusia lain adalah takwa.


Hakikatnya, sebahagian orang yahudi juga turut menentang fahaman Zionis. Lihat pertubuhan Neturei Karta seumpamanya, mereka yahudi, tapi mereka juga menentang Zionis.

Zionis adalah fahaman laknat yang ingin melawan Tuhan. Mereka telah merampas tanah penduduk Palestin, mencabuli kehormatan dan maruah ibu-ibu, anak-anak gadis Palestin. Mereka menghimpunkan mayat-mayat yang dilubangi dengan peluru mereka tanpa kenal perbezaan. Konflik yang berlaku di Palestin bukan sekadar isu keagamaan, namun semua yang mampu berfikir dengan matang seharusnya memahami bahawa konflik Israel-Palestin adalah satu bentuk kekejaman yang nyata, dan hak asasi manusia yang dilaungkan benar-benar telanjang.


Hanya baru-baru ini, sistem boikot yang digembar-gemburkan mula mendapat perhatian, walaupun usaha boikot sebenarnya sudah lama bermula. Apabila seluruh rakyat bersatu, maka boikot akan jadi suatu bentuk tenaga yang amat efektif. Namun demikian, sesuatu yang berkesan itu juga akan datang dengan pengorbanan yang agak besar. Pemerhati-pemerhati antarabangsa seperti Foreign Policy menyifatkan boikot di Malaysia adalah 'The world's stupidest Gaza boycotts' kerana turut memberi kesan yang teruk buat ekonomi negara Malaysia sendiri.



Sesetengah akan bertanya, apa akan jadi pada pertumbuhan FDI (Foreign Direct Investment) di negara Malaysia? Hal ini seharusnya tidak menjadi masalah. Menurut laman The Other Malaysia,

The calls for a boycott of Western goods is targeted primarily at those companies that are actively investing and thereby supporting the Zionist regime in Israel, the Israeli war machine and the colonising programme that is taking place in the occupied territories. There has never been a call to boycott American goods just because they are American, nor have there been calls to reject everything that is Western in toto. Indeed it would be pointless to do so living as we do in an integrated world economy where all national economies are inter-dependent with one another.

Syarikat-syarikat ini akan mengalami kesan yang teruk, namun ini masih lagi membuka peluang kepada syarikat-syarikat luar negara yang lain dan syarikat-syarikat tempatan. Kuncinya adalah pada mencari barangan alternatif. Persoalan barangan alternatif yang tidak bermutu? Hal ini juga seharusnya tidak menjadi masalah. Berdasarkan sistem ekonomi kapitalis (seperti yang diamalkan di seluruh dunia), persaingan akan sentiasa wujud agar kekayaan dapat dikumpulkan. Pengguna pula akan menentukan barangan yang mereka akan beli, sama ada bermutu ataupun tidak.
Biarpun, hal ini mungkin mengambil masa yang agak panjang.

Mulai saat ini, satu perubahan corak pemikiran dunia akan berlaku. Terpulang kepada kita untuk terlibat atau tidak. Manusia sentiasa sahaja diberikan pilihan.


# Saya sebenarnya tidak mengiktiraf 'Israel' sama sekali. Israel adalah sebuah penempatan haram. Sepatutnya 'Israel' itu digantikan sahaja dengan Zionis ataupun 'tanah haram'

Saturday, January 10, 2009

Bertemu dengan Puteri Salji

Aku bermimpi. Kedatangan seorang puteri salji untuk sekali setiap seribu tahun. Aku kira, mimpi itu tipu. Tapi hati menginginkan agar aku percaya. Ya, PERCAYA. Saat-saat keinginan hati terlalu memuncak, manusia akan percaya kepada sesuatu yang bersifat mistikal. Lalu, keinginan apa pula yang terlalu memuncak saat ini dalam hati ini?



Aku lihat ke luar jendela. Suasana pagi itu. Juga pemandangannya. Tidak pernah berlaku sedemikan rupa, sedemikian cantik keadaannya. Akhirnya, tergerak juga aku untuk keluar dari duduk terperap di dalam rumah. Aku ingin mencari puteri salji itu. Mimpi itu kelihatannya seperti benar. Aku memulakan pencarianku.



Aku berjalan melintasi puluhan pokok kristal, dan kaki ini sudah dibenamkan berkali-kali ke dalam salji tebal. Aku mencarinya dari pagi hingga aku berhenti sebentar di tengahari. Saat itu, keyakinan aku mula goyah. Tapi hati terus berkata, "Teruskan. Dia sudah tidak jauh dari sini." Serta-merta aku rasakan ada kekuatan aneh dalam diri, biar tidak tahu entah dari mana datangnya kekuatan itu.




Petang itu, aku temui hakikat dunia dan seisinya. Bagaimana manusia boleh percaya pada khayalan dan fantasi? Aku berpendapat, keinginan manusia yang sedemikian, adalah manifestasi fitrah mereka. Mereka ingin kembali ke negeri yang kekal abadi, negeri yang menjadikan fantasi sebagai realiti, negeri yang ada apa-apa yang tak pernah nampak di mata, tak pernah didengar dan tak pernah terbayang dalam hati manusia.

Aku pulangkan perasaan hati ini kepada Tuhan. Aku percaya pada kewujudan kehidupan selepas mati, pada syurga dan neraka.

Thursday, January 8, 2009

Adik saya itu buat tanduk kat kepala saya. Berani betul dia.



Saya pada mulanya ingin melihat gambar salji yang baru saya ambil, dan saya terimbas kembali gambar-gambar lama. Serta-merta saya terasa seperti ada perasaan aneh meresap dalam jiwa. Saya rindukan keluarga saya. Tapi saya dah jarang telefon rumah.

Adik saya dalam gambar di atas adalah adik saya yang paling muda. Dia lahir dalam tahun 2000, kalau diteliti mengikut kalendar cina, dia lahir dalam tahun naga, tahun yang sama macam saya. Tapi tidak cukup dengan itu, dia selalu berlagak sebab tahun naga dia bukanlah tahun naga yang biasa, sebaliknya tahun naga emas - tahun 2000
adalah 'tahun milennium'.

Haha.

Jika dikaitkan dengan seorang adik saya yang lain pula, dia pula akan berasa marah jika orang lain menyebut tahunnya dalam cina. Sememangnya, tahun apa lagi kalau bukan tahun yang kurang elok untuk disebut, terutamanya oleh masyarakat melayu islam.

Friday, January 2, 2009

Analogi Eksperimen Relativiti Einstein, dan juga tentang penyair

Saya ketemukan satu ungkapan yang sedikit sebanyak buat saya rasa suka. Analogi eksperimen Relativiti Einstein, yang saya dapat daripada seorang kawan, mungkin di'forward'kan agaknya adalah menarik, pada fikiran saya. Perhatikan.


analogi eksperimen relativity Einstein:


Hidup ni umpama rel keretapi,pengalaman yang menggempur kite dari waktu ke waktu adalah cahaya yang tercampak jauh ke dalam gerabak di atas rel tu...relatiivitinya adalah sebanyak mana kite mengambil pengajaran dari pengalaman tercampak jauh tu.Cahaya bersifat sama dan mutlak,ini pendapat einstein.pengalaman yang sama menimpa sesiapa sahaja sebanyak mana dan secepat mana pengalaman yang sama memberi pengajaran pada seseorang tu.hasilnya akan berbeza,relatif di antara satu sama lain.ramai orang yang luas pengalaman tapi tak pernah belajar,namun tak kurang juga pengalaman yang sedikit telah mencerahkan sepanjang hidup...

Saya juga ingin meletakkan di sini satu puisi, oleh Khalil Gibran yang bertajuk "Penyair". Harap kalian juga seperti saya, turut terhibur. Haha.

Penyair

Dia adalah rantai penghubung
Antara dunia ini dan dunia akan datang
Kolam air manis buat jiwa-jiwa yang kehausan,
Dia adalah sebatang pohon tertanam
Di lembah sungai keindahan
Memikul bebuah ranum
Bagi hati lapar yang mencari.

Dia adalah seekor burung ‘nightingale’
Menyejukkan jiwa yang dalam kedukaan
Menaikkan semangat dengan alunan melodi indahnya

Dia adalah sepotong awan putih di langit cerah
Naik dan mengembang memenuhi angkasa.
Kemudian mencurahkan kurnianya di atas padang kehidupan. Membuka kelopak mereka bagi menerima cahaya.

* selebihnya telah saya potong, agar tidak terlalu panjang.

(Dari ‘Dam’ah Wa Ibtisamah’ -Setitis Air Mata Seulas Senyuman)

~ Kahlil Gibran

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Einstein dan Khalil Gibran, saya tidak tahu samada mereka islam atau tidak. Satu perkara. Saya letakkan dalam post ini, jelas bukan untuk mengagungkan mereka, tapi sekadar menghargai sesuatu yang indah, selagi tidak bertentangan dengan nas-nas islam.