javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Sunday, December 28, 2008

Wall E : Kisah Cinta Klasik Masa Depan


Erk. Malunya. Semestinya kalian dah tengok cerita ni, masa dia tayang kat pawagam. Tapi saya tak tengok lagi. Kalau saya nak tengok, satu keluarga kena pergi tengok. Tiket mestilah mahal, kalau dah sampai bawak satu family. Keluarga saya tak banyak duit. Jadi jarang GILER tengok wayang.

Wall E - kisah cinta klasik masa hadapan. Saya memang salute giler cerita nih. Rasanyer even orang yang pekak dan bisu pun boleh tengok cerita ni, lepas tu mengalirkan air mata. Except certain part ada jugak perbualan antara manusia masa depan dengan robot. Cerita ni memang syok, feeling habis, dan saya harap satu dunia tengok cerita ni. Haha. Sungguh menyentuh hati.

Ceritanya agak slow pada mulanya, namun seharusnya perlu dihayati bagi menimbulkan kesan mendalam pada babak seterusnya. Memang biasa lah, kebanyakan drama-drama korea misalnya, turut guna taktik macam ni. Contohnya My Girl, Sassy Girl Chun Hyang.

Memang patut kalau Wall E turut tersenarai dalam senarai box office. Juga paling penting, terima kasih Wall E kerana tak membazirkan masa saya.

Tentang apa cerita ni? Wall E adalah tentang situasi yang dibayangkan berlaku pada masa hadapan. Bumi tidak lagi sesuai untuk manusia. Movie ini berkisar tentang cinta sejati (saya check kat web rasmi Pixar), tapi yang menariknya antara robot. Sedangkan robot pun boleh bercinta. Dan movie ini disampaikan dengan menggunakan konsep pantomim (kurang penggunaan suara). Rasanya, budak berumur 4 tahun pun faham jalan cerita Wall E. Anda semua MESTI TENGOK!!!!

Berapa saya bayar untuk cerita ini? Dah tentu free. Semua percuma dengan torrent. Kalau anda pun berminat nak tengok cerita ni, anda mesti ada satu bittorrent client, dan anda boleh download torrent file yang berlambak ada di internet. Ya, download movie-movie percuma dengan bittorrent.

Untuk download Wall E dengan menggunakan torrent, sila pergi link di bawah
Download file Wall E (torrent)

Untuk download subtitle nyer, anda boleh pergi link di bawah
Download subtitle untuk Wall E (direct download)

No comments: