javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Monday, December 1, 2008

Isu ‘Practical Work During Summer’ Selesai?


Sememangnya saya menunggu ketibaan hari Ahad minggu ini. Dalam 2 minggu kebelakangan ini kecoh diperkatakan di mana-mana; di seluruh Bandar Volgograd tentang isu praktikal pada musim panas (bunyinya seperti percutian musim panas yang menarik, namun percayalah, ianya langsung tak menarik) yang membawa kepada banyak bantahan.

Tiada siapa tahu bagaimana boleh ada cadangan untuk mengadakan praktikal. Ada yang mengandaikan bahawa MMC salah faham - tidak tahu bahawa praktikal pelajar-pelajar sebenarnya telah dicantumkan ke dalam silibus semester, dan ada juga yang mengaitkan dengan practical hours pelajar-pelajar sebelum ini yang agak tidak berkualiti.


Sebelum ini ada juga ura-ura yang menyatakan bahawa Blue, presiden MSA (Malaysian Students Association) menyokong praktikal sewaktu musim panas, namun tidak dapat dibuktikan (bunyinya macam saya memang nak buktikannya……=p). Perjumpaan pada hari Ahad itu adalah bermatlamatkan usaha-usaha bantahan sahaja.

Hakikatnya jika perkara itu benar-benar berlaku, sudah tentu kredibiliti beliau dipersoalkan.
Perkara ini sememangnya akan mengundang mala petaka buat semua.
Semua orang akan mula menuding jari.

Syukur, kejadian itu tidak berlaku (dan saya tidak perlu menulis isu kontroversi itu di sini). Pihak yang bertanggungjawab telah pun sepakat akan mengadukan perkara ini kepada pihak universiti dan seterusnya kepada MMC (Malaysian Medical Council). Namun persoalan yang akan timbul selepas ini, apakah mereka akan efektif dalam menjalankan tugas mereka? Dan bagaimana pelajar-pelajar lain akan dapat peka kepada perkembangan proses bantahan ini?

Dalam keadaan ini, sesetengah pelajar memilih untuk tunggu dan lihat.
Fikir mereka, masa akan menjawab persoalan mereka.

“Seorang mahasiswa itu, sifatnya harus dinamik. Ia harus bijak mencantas dengan tenang, kritikan-kritikan dan tohmahan-tohmahan laknat yang tidak berasas. Pandangannya harus bisa membuka mata manusia, dan buat mereka sedar tentang apa-apa yang telah mereka terlalai dalam kehidupan mereka.”

Mahasiswa yang saya maksudkan adalah umum, tidak terhad kepada pelajar-pelajar universiti sahaja. Ia merujuk kepada semua manusia yang ada pengalaman atau pendidikan, atau cukup orang-orang yang mencintai ilmu.

Nampaknya seperti saya ini semamngnya hanyalah seorang yang hanya tahu cakap, walhal pelaksanaannya belum nampak. Di luar sana, ada sahaja golongan manusia yang memperlekehkan orang lain, memandang sebelah mata sahaja pandangan atau suara-suara mereka hanya kerana mereka banyak melakukan kesalahan. Bagi golongan seperti ini, orang lain itu tidak layak bersuara.

Tidak boleh begitu. Saya kira, pendapat setiap orang itu harus didengar dan diperhatikan baik buruknya. Saya fikir tidak ada salahnya jika seorang pensyarah menghormati seorang pencuri kerana pendapatnya yang bernas. Dan saya fikir tidak patut pula untuk kita menghukum seseorang baik atau jahat, sebab kita ini pun bukannya baik sangat (atau mungkin anda rasa anda baik? Anda betul ker baik ni?).

Nampaknya sampai di sini sahajalah dahulu entri saya untuk kali ini. Penat pula kepala saya ini berfikir. Ingat, jangan melabelkan orang lain sesuka hati. Moga kita berlapang dada sentiasa.

3 comments:

Z said...

Thanx bro :)
aku cuma anggap ia sebagai satu jihad untuk menyelamatkan penduduk palestin
oh ya kalau ada kesempatan nanti bolehlah kau dapatkan novel tersebut..insyallah tahun depan akan keluar yang episod 2

Muhammad Maherilham Alias said...

baik2, insyaAllah saya akan dapatkan buku tu di pasaran, bunyinya macam menarik, simbolik pula tuh..

rosesNtheboyz said...

hi maher...

saw ur blog from monster jambu..

i love money too! hahhaa

visit me...

www.cabai-kering.blogspot.com