dalam hati ada rasa benci
meluap-luap, membuak-buak
seolah-olah cinta
sesuci mana pun tak mampu
padamkannya
Pagi ini saya bangun seperti biasa, awal. Heh. Saya tipu. Sebenarnya tidaklah seperti biasa, cuma kebelakangan ini saya dapat bangun awal, dalam pukul 5pagi, dan di sini, 5 pagi subuh pun belum masuk lagi, maka sempatlah saya untuk solat isyak. Amaran : jangan lewat-lewatkan sembahyang. Saya memang kena disiplinkan diri, tak boleh lewat-lewatkan sembahyang lagi. Nasihat ini ditujukan khas buat saya. Juga kepada kalian. Kemungkinan saya dapat bangun awal kebelakangan ini setelah saya membaca buku Powerful Sleep : Secrets of The Inner Sleep Clock oleh Kacper M. Postawski.
Pagi-pagi lagi orang dah buat hati saya sakit. Mungkin saya memang sensitif. Saya baru selesai solat Subuh, kerana mudah sangat saya ni beralih tumpuan, saya terus menghadap komputer. Walhal saya sebelum itu seolah-olah terdengar bunyi sesuatu. Bunyi cerek air, menandakan air dah siap masak. Saya dengar mula-mulanya, kemudian saya ingat orang yang masak air tu lah akan peka. Akan pergi tutupkan. Saya terus menghadap komputer, dengan monitor Acer AL1916 berukuran 19". Serious skrin itu sangat besar.
Kemudian bunyi cerek pun berhenti. Saya bukan sedar pun, berhenti atau tidak, telinga saya dah tertutup untuk sekeliling, apabila saya berhadapan dengan desktop saya. Kemudian seorang housemate yang saya percayai adalah dalang sebenar yang menjerang air itu berdiri di sebelah saya.
"Kenapa tak tutup air?"
Kata-katanya mudah jer, tapi pandangannya nampak sangat tak puas hati. Sakit betul hati. Ni ada yang kena penumbuk pulak pagi-pagi ni. Tapi saya tak tumbuk, sebab saya akan menyesal kalau tumbuk orang. Sebab? Sebab ia akan nampak seperti saya buli budak. Saya tak tahu, tapi mungkin satu rumah ni tak puas hati dengan saya. Saya ingat saya dah gembira duduk kat rumah ni, tapi semuanya seperti kata pepatah disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
"Kau anak sulung kan?"
-haah
"Anak sulung apa ko nih. Tak boleh harap."
Di atas adalah antara kata-kata yang dilemparkan kepada saya.
Aduh. Adakah hanya saya sahaja atau orang lain pun akan turut sakit hati bila dilempar perkataan sedemikian rupa? Saya tak simpannya dalam hati, beberapa jam kemudian saya tak rasa apa-apa dah, tapi bila perkara lain berlaku, seperti pagi ini, saya akan teringat-ingat. Oh, bukan salah saya kalau ingat, saya pun tak boleh control saya nak lupa bahagian mana, atau ingat bahagian mana.
Itu satu. Sebelum pergi ke kelas, baru keluar dari tandas untuk bersiap-siap.
"Aku amik balik eh buku lecture"
- oh ye ker...
"Kenapa pulak ye ker?"(ianya seperti dia nak cakap - suka hati aku lah, aku punya buku)
Saya terdiam. Apsal pulak budak ni, tau la buku ko, cakap la elok-elok sket.
- Jadi, buku ko tu kawan ko nak pinjam eh? Sampai bile? Aku sebenarnye...tak siap salin lagi...
"Tak tahu. Ko doa-doakan la ye kawan aku sempat salin."
Isk. Terhiris lagi. Dialog ni memang tak guna, kalau saya salin kat sini pun bukan dapat nampak tidak berhati perut punya tindakan tu. Harap kalian dapat bayangkan. Gunalah imaginasi kalian sedikit. Itu pun saya dah tukar 'saya' kepada 'aku'. (Yup, budak ni memang cakap 'saya' dan sesetengah orang panggil dia aye.) Cikadak punya aye. Haha.
Saya pergi ke kelas Russian dengan hati yang berat dan bernanah. Saya tersekat-sekat jawab masa cikgu tanya. Lepas tu cikgu tu marah lagi, dia kata saya tak prepare utk kelas. Tapi sebenarnya saya dah prepare, cuma baru pagi tadi. Yang ini mungkin salah saya, sebab tak concentrate. Jadi tak dapat hafal dengan perfect. Lupakanlah. Cuba lagi lain kali.
Hari ini kelas separuh hari. Pukul 1230ptg nanti ada ucapan dari rektor universiti. Tapi saya tak nak pergi, satu kelas saya tak nak pergi. Ucapan New Year dan Selamat Hari Natal. Daripada saya dengar ucapan baik saya main game atau hadap desktop. Diulang :hadap desktop.
Kami pun pergi ke bangunan morph (morphological building) kerana di sana lah kelas Pathological Anatomy kami berada. Kami pergi dengan menaiki tram. Sedang saya berjalan menuju tram, sempat mata saya menjeling ke arah seorang akak senior.
'Oh, tahun 6th year rupanya, baru saya tahu.' Saya ingat dia budak private yang belajar dentistry, tapi perubatan jugak. Bagusnya dia. Seorang gadis yang tidak menonjol. Maksud saya, menyerlah; tidak popular dan ada publisiti murahan.
Kami pun tiba di kelas.Tapi ingat, hari ni kelas separuh hari. Cikgu datang dan bagi kami credit, credit untuk amik exam. Selesai satu subjek. kami dibenarkan balik. Cikgu Path Anat kami memang baik pun. Nanti saya akan cerita pasal dia. Lain kali.
Kebetulan hari ini hari Jumaat. Zuhur masuk pukul 12tghari, dan saya merasakan macam tak sempat ni nak pergi masjid yang agak jauh itu. Angin pulak bertiup amat kencang, suhu 6 darjah boleh jadi seperti tahap beku ais, 0'C. Mungkin saya hanya bagi alasan, sebab nak balik rumah dengan cepat. Padahal saya tak tahu bencana apa yang menunggu kat rumah. Akhirnya saya dapat tiba di masjid tepat pada waktunya. Free pulak tuh, terima kasih kepada saudara Uzair. Semoga anda dimurahkan rezeki. Kalaulah saya tak kejar teksi itu bersama aye si cikadak pagi tadi itu, mungkin saya tak dapat naik free. Berguna jugak aye si cikadak ni. Haha. Jangan marah ye.
Tiba di rumah kami terima satu berita buruk. Air mengalir kat dapur, lubang sinki tersumbat oleh ikan yang ada orang letak kat situ pagi tadi. Akibatnya, banjir kat kawasan dapur. Tapi dah dibersihkan sket. Cuma yang membimbangkan, bangunan kat Rusia nih bukan boleh percaya. Air dari atas memang boleh menitik ke bawah. Ke rumah orang lain.
Tidak lama kemudian pintu kami diketuk dengan kuat. Benar sangkaan kami, air dari rumah kami menitik, bukan sekadar menitik, tetapi membasahi dengan lebatnya rumah di bawah itu. Wau, first time saya alami pengalaman macam ini. Setelah berkira dan meminta maaf, kami perlu membayar 3ribu rubel untuk kos repair. 3ribu rubel, berdasarkan rate hari ni melalui Yahoo Currency Converter nilainya bersamaan RM359.14. Cis. Hilang free-free je duit.
Rezeki...
Walau macamana tertekan sekalipun duduk di rumah ini, susah payah, saya paling suka internet rumah berbanding internet hostel. Hostel got no unlimited internet. Tapi kvartira (kvartira = apartment) ada. Selepas berkenalan dengan torrent, saya dapat melihat dunia dengan lebih luas. Haha. Pernah jugak terbayang nak guna torrent lepas tu bukak gerai jual cd cetak rompak,high quality, gerenti laku punyer. Tapi tak elok la. Duit haram tu.
Saya banyak download movies, ebooks (ebook Dummies yang jual kat kedai tu, satu 60-100ringgit, saya boleh dapat lebih 400buah FREE dengan guna torrent) tapi jarang bukak dan tengok. Kali ni saya bukak Wall E dan saya tengok.
Cerita tentang Wall E bersambung dalam pos seterusnya. Sekian.
No comments:
Post a Comment