javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Friday, December 5, 2008

Review : Cerita Melayu Minggu Ini

Jauh dari tanah air tidak bermakna langsung tidak mengikuti perkembangan semasa. Bahkan, lebih ramai pelajar-pelajar di luar negara yang lebih faham tentang isu-isu di Malaysia berbanding mereka yang berada di Malaysia sendiri. Tapi bukan saya. Dan post kali ini tidak ada kaitan pun dengan isu-isu semasa.

Semalam saya ada menonton sebuah cerita melayu. Mungkin sebab jauh dari kampung halaman (saya memang tinggal di kampung ok?... Kg Padang Balang, Sentul, KL) maka saya sangat seronok menonton cerita melayu. Namun saya tidak menyanggah beberapa pendapat yang mengatakan cerita melayu adalah sampah. Ya benar, tapi itu hanyalah sebahagian sahaja. Sebahagian cerita melayu yang lain, masih boleh diyakini akan potensinya untuk pergi lebih jauh (ayat ni menarik : pergi lebih jauh).

Baiklah, cerita melayu minggu ini : Ihsan. Saya cadangkan kepada anda semua agar cepat-cepat menonton filem ini, jika anda masih belum berbuat demikian. Sedikit sebanyak akan buat hidup kita ini terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah, dan buat kita merenung dalam diri kita, walaupun mungkin untuk kadar sesaat.

Ihsan – cerita tentang seorang anak yang berpendidikan tinggi, yang datangnya bukanlah dari golongan berada. Selepas pulang dari luar negara, dia mula bekerja sebagai peguam. Namun hidupnya tidaklah semulia mana. (memang tak mulia, saya tak nak spoil cerita kat sini)

layankan screenshot



Untuk melihat, anda boleh pergi ke link di bawah :
http://www.youtube.com/watch?v=fUCRB-dcRWw




Sememangnya cerita-cerita melayu agak tipikal, berendam air mata, kisah-kisah kedurjanaan, kisah-kisah kampung dan sebagainya. Pastilah cerita-cerita ini tidak semoden Gossip Girl, House, Heroes, Charmed dan lain-lain lagi, namun saya berpendapat cerita-cerita melayu seperti ini sebenarnya lebih jauh terkedepan lagi, lebih futuristik. Pengajaran yang diperoleh dari cerita-cerita seperti ini bukan berkesan untuk seketika sahaja, sebaliknya selagi mana diingat, dan diperhatikan baik-baik, ianya adalah bermanfaat sehingga berpuluh-puluh generasi akan datang.

Cerita-cerita ini dapat banyak ditemukan melaui channel hazel2k di Youtube :
http://www.youtube.com/user/hazel2k

Dalam hati saya tertanya-tanya, bagaimana pula sifatnya hazel2k ini? Tapi tak mengapa, memandangkan saya pun tidak mengenalinya, saya hanya dapat mengucapkan tahniah kerana dapat datang dengan idea meng’upload’kan cerita-cerita melayu seperti ini.

Oh ye. Marilah kita beramai-ramai subscribe channel ini. Betul-betul best!

No comments: