javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, June 20, 2012

GOS Exam


Sebenarnya mungkin ejaan tajuk adalah tidak tepat. GOS datangnya dari perkataan 'gosudarstva' dalam bahasa Rusia yang bermaksud kerajaan. Di sini, final year student akan ada national exam (gosudarstvenni ekzamien) sebelum boleh layak bergelar doktor.

Disebabkan kami juga adalah pelajar di Rusia, walaupun kami pelajar asing, kami juga perlu melalui peperiksaan tersebut. Dan exam itu semua berjalan dalam bahasa Rusia. Bila memikirkan masa lampau, dapat menjawab dalam bahasa Rusia kira-kira asalnya adalah sesuatu yang agak mustahil, untuk sebut semua term2 medik dalam bahasa asing, ditambah lagi pengetahuan teori (saya) yang agak lemah (dulu-dulu)....tapi akhirnya dapat juga saya lalui, alhamdulillah.....kuikuikui

Memang betul macam tak percaya. Belajar untuk baca buku Rusia pun mula masa 5th year, masa 4th year cikgu-cikgu yang berbahasa Inggeris masih ramai lagi...masuk 5th year baru mula di'basuh' dengan mendengar perkataan Rusia hampir setiap hari (cycle). Tapi memang ada je cikgu yang still semangat nak cakap English lagi.

Sridni Bal or Average Mark

'Legend' yang biasa saya dengar ketika senior-senior menghadapi final year adalah - "ala, markah korang memang dah ada pun untuk GOS exam. Dia ikut carry mark la (average mark)."

Cakap macam senang je. Ceh. Jangan percaya sangat cakap orang ni, cakap-cakap macam ni la yang buat saya tak study awal-awal menjejakkan kaki ke sini, sebab dengar cikgu senang la, tak payah study pun konfem lulus lah dan macam-macam lagi. zzzzzzz.

Saya tak tahu average mark memainkan peranan besar atau tidak, tapi ia bukan 100% faktor yang menentukan apa yang bakal anda dapat dalam exam. Banyak lagi faktor lain yang terlibat seperti, dapat jawab dengan cikgu apa, tahap ilmu dalam dada, kebolehan berbahasa Rusia, kebolehan nampak yakin ke, nationality - pelajar dari negara mana, dan mungkin juga appearance anda, kacak/lebam-kat-mata-sebab-gila-study/berhingus pun boleh jadi faktor juga.

Sridni Bal saya adalah....jeng jeng jeng...3.88. Di Rusia, sistem pemarkahan bagi setiap test atau exam, ada markah 2, 3, 4 dan 5. 2 bermaksud fail, manakala 5 adalah sangat cemerlang. Jadinya, markah saya 3.88 bermakna saya selalu gila dapat 4, sekali sekala sahaja dapat 5 (dalam 3-4 kali je kot) dan bilangan markah 3 yang saya peroleh lebih banyak dari bilangan saya dapat 5.

Sebenarnya saya selalu rasa saya antara pelajar-pelajar lemah, tetapi selepas melalui exam ini, dan tengok pelajar-pelajar lain, budak-budak Malaysian, budak-budak dari negara India, dan mungkin juga dari negara lain seperti Kazakhstan, Israel ke, Kenya ke...saya rasa tak adalah teruk sangat markah saya ni sebenarnya...hahaha. Apa-apa pun saya sangat gembira menjadi average. Sangat. ^^

Ok sebenarnya dah rasa penat menulis.


5 hari exam, 5 bahagian.

GOS exam berlangsung selama hampir 15hari sahaja, dan ada 5 hari exam. Exam pertama, obejktif/MCQ. Exam kedua. ketiga dan keempat - practical skills dan teori/first aid untuk subjek O&G (Obstetrics and gynecology), Surgery dan Therapy. Exam kelima, exam yang diberi masa lebih sikit berbanding exam-exam lain, adalah zadacha/short cases di mana anda akan diberikan 4 soalan berbentuk short history case merangkumi O&G, Surgery, Therapy dan yang keempat - tak tentu; boleh dapat Ophtalmology, ENT, Tuberculosis, Oncology,Infection dan macam-macam lagi.


Summary

Exam pertama, MCQ - mesti la gelabah sebab kami perlu study 2200 soalan MCQ, dalam dewan kena jawab 100 soalan dalam masa 1 jam setengah. Saya tak pernah dapat habiskan 2200 soalan tu pun, selalu training kat internet, laman web universiti jawab 100 soalan. Tapi masa hari exam, soalan-soalan yang biasa saya jawab dalam training tak keluar sangat pun, so macam gelabah. Siap dah terfikir aduhai malunya kena sambung lagi setahun kat Volgo, jatuh imej aku kat junior, tak ada duit nak bayar dan bla bla bla....padahal mungkin universiti tak kesah pun MCQ kitorang. Ada kes, seorang budak dari China tu dia cakap dengan cikgu dia tak tahu, lepas tu main tekan semua jawapan sampai habis, still boleh lepas lagi. Rasa macam tak berguna pulak study betul-betul untuk MCQ.

Exam kedua, O&G - jawab dengan Elena Pavlovna yang dikatakan cikgu yang selalu ada problem dengan pelajar. Tapi saya tak cuak sangat mungkin sebab saya tengok dia macam ok je. Masa saya jawab dengan dia, dia memang buat saya macam tak tahu apa-apa la. Siap tanya lagi, "siapa cikgu awak dulu?" Saya jawab, Margarita Viktorovna. "Pelajar Margarita tapi tak boleh jawab soalan ni?" aaaaaaaaaaaaa malunya saya (sambil buat mata terbeliak sket). Tapi dia baik je, bagi clue dan buat saya macam budak tadika...sebut sepatah-sepatah sampai saya boleh teka habis jawapan "Ad...? nex....?" Adnexectomy!!
Dia bagi 4, lepas tu dia cakap saya kena improve knowledge. Ceh, alhamdulillah, ingat dapat 3. Dengarnya ada budak Malaysian lain yang jawab dengan dia pun dapat nasihat macam tu jugak.

Exam ketiga, Surgery - subjek yang saya memang blur jenis-jenis operation yang ada apa semua. Rasa betul-betul belajar surgery pun masa last semester sebab dapat Vasili, cikgu yang dikatakan cikgu paling psycho kat Volgo. (kecoh lebih je sebenarnya, setiap kali dapat cikgu susah, itulah cikgu paling psycho kat Volgo) Tapi last-last jawab masa exam dengan cikgu senang. So tak ada apa yang menarik sangat. Ada budak lain dapat dengan cikgu susah, siap dapat markah 3 dan amaran kemungkinan untuk fail.

Exam keempat, Therapy - untuk exam therapy dan surgery, kami kena jumpa pesakit, tanya dia segala benda kemudian letak diagnosis. Untuk Therapy ni, saya susah sikit, salah jawab ubat, awal-awal lagi dah dapat markah 3 untuk history case patient. Mmg down la...dah tulis banyak ubat pun dapat 3? Nasib jawab teori bukan dengan cikgu tu, dengar cerita budak yang jawab dengan cikgu tu masa exam memang kena psycho...lama gila. Saya jawab dengan cikgu tua, apa dia cakap masa explain soalan saya, saya pun tak dengar sangat. Tengok muka dia macam nak tak nak je dengar saya jawab. Saya fikir, hai cikgu ni...dah tengok markah 3 untuk history case saya, tengok average mark saya 3.8 je, takkan nak bagi 3 terus. Last-last cikgu tu cakap, "ah layanlah saya bagi awak 4". whooaaa. cool.

Exam kelima, zadacha/clinical cases - ada masa lebih kurang 6 hari untuk mantapkan persediaan selepas exam keempat. Exam lain selang masa 1-2 hari je. 2 hari sebelum exam saya dah macam cacing kepanasan. Saya ulangkaji pun macam tengok-tengok je selak soalan, ugh, selalu tanya diri sendiri, ingat ke semua ni? Alhamdulillah dapat jawab dengan 'trio' tiga orang cikgu yang bagi saya baik...Therapy -Rogova, (muka dia macam sejuk mata memandang sket walaupun mak orang), Surgery - cikgu perempuan tua, mungkin 50-an, O&G - Margarita Viktorovna. Margarita cakap macam ni, "kenapa awak macam tak tahu sangat ni pasal o&G? saya kalau boleh tak nak bagi markah 3, sebab ni GOS exam, kalau awak boleh jawab soalan saya ni, saya bagi awak 4." Saya terjawab salah soalan tu....tapi dia baik jugak, masa dengar keputusan diumumkan, rupa-rupanya dia still letak markah 4. huahuahuahua

Ok, itu sahaja. Dua hari lagi akan ada Hari Graduasi, harap reduplah time tuh. Malas rasanya nak berpeluh-peluh.

Selamat meneruskan perjuangan anda semua.


Saturday, June 16, 2012

Countdown


Hari tu saya cakap dengan seseorang, saya memang dah nak berhenti update blog ini lagi.
Muktamad and decided.

Satu post dah pun dibuat, tinggal lagi 2 post yang dirancang....dan mungkin satu lagi sebagai penutup cerita. Asal-asalnya nak tukar alamat blog je, lepas tu still update dan dirahsiakan, tapi nanti takut ada jugak orang try google dan jumpa. Tak apalah, saya biar sahajalah blog ini. Saya buat blog baru tempat saya boleh tulis sesuka hati. Dan tak ada orang kenal.

Tiga kali lagi.

Bertemu dengan Jin






Di atas adalah gambar saya, Kuzman dan Hop (a.k.a Fadhli). Tak pernah-pernah ada kawan saya yang semangat nak hantar saya pergi Volgograd, Rusia di airport sebelum ni, jadi saya rasa terharu + kekok sket. Saya memang tak ramai kawan sangat pun agaknya...atau saya memang jenis yang 'detach' dari orang lain.

Kuzman, ketua asrama saya sewaktu di MRSM kuala Klawang,Negeri sembilan. Hop sekali dengan saya di MRSMKK dan MRSM jasin. Dia suka pakai seluar londeh dulu, tu sebab orang panggil dia hop. Bajet hoppers. LOL.

Antara ayat-ayat hop yang saya masih ingat sampai sekarang, dia pernah cakap kat saya, "Aku tenang dowh tengok ko Maher...ko macam ada aura tenang.." LOL. Bajet habis mamat ni, entah-entah ko cakap macam tu kat semua orang...hahaha

Dan dia jugaklah yang selalu lepak kat bilik saya dan terbaca rahsia saya minat kat siapa. Macam haram. Sampai sekarang pun dia boleh kenakan saya lagi.

Kuzman, dia pulak pernah cakap macam ni kat saya, "kau je lah antara orang yang rapat dengan aku. Satu sekolah ban aku masa mrsmkk dulu, ko rilek je kawan dengan aku.."

Untuk Kuzman, aku nak cakap, "Aku tak tau pun ko kena ban atau ramai orang tak suka ko. Ko bukan siap jadi ketua asrama lagi ke? Apa yang di'ban' nyer.....aku biasa aje pun dengan semua orang...aku rasa aku selalu buat hal sendiri ada la..."

Dalam dunia ni, kalau kita ada at least tiga orang kawan yang selalu dengan kita dari kecik sampai tua nanti, itu adalah sesuatu yang sangat berharga dan boleh kata kita dah dapat semua keseronokan dunia.
Tak ingat siapa cakap. Kawan ribu-ribu di facebook, itu tak bermakna apa-apa pun.


******************************************************************************************************************

Intro

Satu benda yang saya yakin saya tak pernah sebut sepanjang tulisan saya di dalam blog ini adalah, di MRSM KK, dari tingkatan 2 hingga tingkatan 3, saya memegang jawatan sebagai biro agama dalam badan wakil pelajar (BWP).

Saya datang bukan dari latar belakang keluarga yang islamik sangat. Tapi saya berminat dalam bab-bab agama, dan cuba nak jadi lebih baik. Kebetulan, niat saya itu membuatkan saya terkedepan sedikit berbanding orang lain (nampak baik), maka saya pun berjaya jadi biro agama.

Kalau ada masa dalam seluruh kehidupan saya yang paling saya suka, itulah masanya. Masih tak tercemar sangat, dan berusaha memperjuangkan diri dan masyarakat ke arah lebih baik. Namun kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lampau.


Baiklah, saya akan memulakan cerita saya.

Maka sekitar tahun 2003, ketika saya berada di tingkatan 3, mrsmkk digemparkan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi-jadi. Ada yang mengaitkannya dengan kemasukan pelajar-pelajar non-muslim - cina, india (sebelum ini hanya untuk pelajar bumiputra sahaja) ke mrsmkk. Adapun mrsmkk memang terkenal sebagai satu tempat yang agak keras. Macam-macam cerita sebenarnya yang telah diwariskan turun temurun.

Antara gangguan yang semakin menjadi-jadi itu adalah, di asrama puteri, seorang pelajar dikatakan telah melihat bebola api berterbangan yang berkeupayaan menembusi dinding sesuka hati.

'Pagar' asrama

Kes itu mendapat perhatian seluruh sekolah. Maka tindakan pun diambil. Cadangnya nak minta Dato' Harun Din dari Darus Syifaa' untuk memagar kawasan. Tapi last-last, proses 'memagar' kawasan dilakukakn oleh pelajar sendiri di bawah tunjuk ajar ustaz.

Sebelum itu saya hendak mengingatkan, saya hanya menceritakan, segala amalan-amalan yang ada kaitan di dalam cerita ini tidak bermakna ia sahih, mungkin boleh jadi bidaah, khurafat dan sebagainya, jadi sila buat kajian sendiri.

Bagaimana proses memagar kawasan itu dilakukan?

Setiap pelajar tertentu, biasanya rakan surau iaitu ajk saya selaku biro agama, termasuk saya sendiri, diberikan beras, garam dan diajar untuk membacakan ayat-ayat tertentu kemudian ditabur di setiap sudut dalam bilik-bilik yang terdapat di asrama. Setelah semua itu dilakukan, ada pelajar-pelajar yang mengambil inisiatif untuk azan pula di asrama.

Namun adakah gangguan tersebut berhenti?
tidak.

Ada yang kata, kitorang salah step. Kitorang patut azan dulu di asrama kasi halau keluar hantu/jin barulah pagar. Ini tidak, pagar dulu mestilah terkurung dalam tuh. Aduh.


Kemuncak kejadian.


Kejadian mencapai kemuncaknya apabila di asrama putera, seorang rakan batch saya, Amir mengaku telah dirasuk hantu/jin.

Dia kerap dirasuk, dan setiap kali dirasuk, untuk 'fix' dia supaya tidak bergerak dari tempatnya memerlukan kekuatan lebih kurang 10 orang pelajar. Saya pun terlibat jugak menyumbangkan kekuatan, tapi saya hanya letak tangan bodoh-bodoh sahajalah. Dan kejadian ini berulang beberapa kali.

Pernah juga beberapa kali, ketika dirasuk, Amir (Jin/hantu) akan memberikan nama-nama pelajar lelaki yang bakal jadi sasaran untuk dirasuk seterusnya. Ternyata, cerita-cerita berkaitan gangguan ini menjadi lebih seronok dan mungkin menakutkan untuk didengar pelajar-pelajar.

Saya pula, dengan bajet tahunya, setelah berbincang dengan pelajar-pelajar lain telah mengambil beberapa tindakan bersama-sama ketua asrama iaitu Kuzman. Antaranya adalah, kami berpendapat bahawa adanya hantu di asrama adalah disebabkan komik-komik dan patung-patung (pujaan non-muslim ataupun jenis bantal peluk) yang ada di asrama. Maka diarahkan benda-benda tersebut untuk dikumpulkan di tengah-tengah asrama. Benda-benda tersebut kemudian diletakkan di luar pintu asrama. Jadi selepas itu, ramailah yang jadikan tempat itu sebagai tempat lepak untuk membaca komik. Ceh.

Ada juga masanya, buat majlis bacaan yasin beramai-ramai. (Saya yang sekarang ini pasti akan mengatakan perkara itu bidaah). Saya la yang ketuai bacaan itu, di masa-masa lain, ajk saya pula. Fuh, poyo habis. Gangguan masih lagi berlaku.


Ustaz Kamal, sewaktu mengajar dalam kelas saya pernah memberitahu, kalau nak cuba berdialog dengan jin, bacalah surah Al-Jin. Saya pun berbincang dengan Kuzman, dan kami mengambil keputusan untuk membaca surah Al-Jin bersama-sama pada suatu malam (dalam pkul 12tgh malam). Tempatnya memang special sikit. Suatu kawasan yang terletak antara asrama putera dan blok akademik (kelas), ada satu batu besar.

Batu besar.

Kebiasaanya untuk sesuatu bangunan itu dibina, ia mestilah simetri kan? Sistem parit patut dibuat lurus tanpa bengkang-bengkok. tetapi, di kawasan batu itu, parit dibina melencong sedikit. Secara lojiknya, boleh sahaja batu itu dicabut dan diisi dengan simen ke kalau ada lubang yang besar, tapi perkara itu tidak dapat dilakukan. Dikatakan bahawa batu tersebut menutup satu lubang terowong yang amat luas yang menghubungkan ke bukit tempat pelajar-pelajar biasa bersukan. Diceritakan lagi bahawa terowong itu adalah tempat tentera-tentera Jepun pancung dan siksa orang.

Jadi kami pun duduk. Setelah rasa tenang sedikit, kami pun baca surah Al-Jin. Meliar juga mata saya tengok sekeliling, mana la tau jumpa apa-apa. Habis surah Al-Jin dibaca, kami memandang sekeliling. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Kami berdebar-debar. Tidak puas hati, Kuzman ajak saya pergi ke tengah-tengah blok akademik.

Di bawah cahaya bulan (kalau tak silap), Kuzman pun menepuk tanah dan menjerit,
"Hai jin, keluarlah kamu!!!"

tahi!!!. Meremang betul bulu roma waktu tu. 'Kejadah ko berani sangat ni Kuzman', hati saya berbisik.

Kalau tak silap, kami ada pacak kayu juga kat tengah-tengah tu. Tapi bila saya cerita balik kat Kuzman, dia tak ingat pun. Entahlah. Lepas pacak kayu tu,tunggu punya tunggu, bayang jin pun tak nampak.


Mengadukan kepada ustaz

Saya pun tanyalah ustaz balik, kenapa tak ada apa-apa pun yang berlaku? Ustaz kata kena baca surah Al-Jin tu sorang-sorang la, baca berdua buat apa. Ugh. Saya beritahu Kuzman apa Ustaz kamal cakap, dan akhirnya, kami mengambil keputusan malas nak buat. hahaha. ke takut.

Itulah ceritanya. Cerita ni macam tergantung kan? Cerita ini berlaku dekat-dekat kami nak musim exam PMR. Amir yang kerap dirasuk itu alhamdulillah selamat juga menduduki PMR. Jadi setelah itu kami pun terus meneruskan kehidupan kami masing-masing di tempat lain sebab mrsmkk hanya ada sampai form 3 sahaja.

MRSM Kuala Klawang tetap dalam kenangan. Itu tak masuk lagi cerita/gosip/kabar angin geng tertentu (apon/lembut) yang dikatakan tengok video lucah gay di asrama. Bongok betullah siapa yang buat cerita..haha.

Friday, June 15, 2012

selesai


Syukur

Alhamdulillah sebab dah habis final exam. Habis sudah pengajian selama 6 tahun di VSMU ini. Segala turun naik, saat-saat mendebarkan, tekanan, suka duka berkaitan pembelajaran di universiti dah pun berakhir.

Perancangan

Ada beberapa perkara nak buat di blog ini. Pertama, seorang kawan lama Kuzman suruh buat tulisan cerita pasal pengalaman panggil jin di MRSM KK. Kedua, nak buat video (bodoh2 sahaja) 6 tahun di VSMU dalam masa 1-3minit. Letak semua gambar dalam satu video lepas tu fast forward laju-laju. Ketiga, buat entri pasal exam. Cerita selok beloknya apa semua....

Kemudian, saya akan berhenti update dalam blog ini lagi. Harap maklum.


Hipokrit

Sedang belajar untuk jadi hipokrit. Memang sesuatu perbuatan yang dibenci, tapi.......ah lantaklah. Bila seseorang itu melakukan sesuatu, dia seharusnya berani untuk menerima kesannya. Jadi hipokrit. Cakap tak serupa bikin. Menipu. Dan untuk kali ini, alasannya adalah perlindungan. Menjadikan topeng-topeng sebagai perlindungan.
Jangan mencontohi saya. Kadang-kadang, orang kalau jadi baik sangat ni, lagi sakit akibatnya.


Pesanan

Saya akan cuba ingat pesanan seorang member ni. Hariz. Kalau kau cuba hendak memahami sesuatu perkara yang kompleks, ada dua akibatnya. Yang satu adalah gila, manakala yang satu lagi adalah lebih teruk daripada gila.

Wednesday, June 13, 2012

siapa


kalaulah kita dengan mudah boleh tahu siapa
apa agaknya kesan pada kita?

kerahsiaan, kemisterian memang sentiasa mengkagumkan.
keikhlasan lebih kerap datang dari sesuatu yang rahsia,
dan kalaulah kita tahu siapa,
mungkin jika tidak banyak sekalipun, kita pasti boleh
memberikan sedikit penghargaan kita bukan?

sebab kesetiaan, digabungkan dengan kerahsiaan, adalah sesuatu yang patut dihormati dan dikagumi. dalam banyak perkara.

buat yang macam lems sket, ini adalah entri penghargaan kepada pengunjung setia, mungkin juga kipas-susah-mati blog ini.
at least adalah kot dua tiga orang. huahuahuahuahuahua
sampai bila-bila pun tetap jadi misteri agaknya.

Saturday, June 9, 2012

ubat


kalau sesuatu itu adalah ubat,
bagi penyakit yang selalu merosakkan hidup seseorang
mudah-mudahan,
diilhamkan kepadanya untuk tetap menghargai kebaikan ubat itu
walau apa pun yang berlaku.

yang telah menenggelamkan
yang melemahkan
yang menjadi alasan untuk segala kehilangan
yang buat putus asa
yang menghilangkan keyakinan
yang merosakkan hubungan dengan orang lain

di dunia ini, dari hujung timur ke hujung barat
wujudkah ubat itu?
ubat yang menyembuhkan segala yang sakit.

pesakit, apabila kehabisan ikhtiar
akan menghadapi hidup dengan sikap acuh tak acuh sahaja.

kalau suatu hari nanti
apabila pesakit telah menemukan ubatnya
mudah-mudahan pesakit tidak akan lupa diri
dan dalam keadaan yang lebih teruk,
memberikan kutukan-kutukan pula kepada ubatnya.

Wednesday, June 6, 2012

perang






tetiba je video semut.

Tuesday, June 5, 2012

penamat Kitab Cinta


Saya memang suka sangat dengan drama kitab cinta ni. Tapi entah macam mana, saya tak habis tengok, seingat saya, saya tengok sampai episod second last atau pun episod last, yang penamatnya tergantung.

Rupa-rupanya ada telemovie yang dikatakan merupakan kesinambungan dari drama Kitab Cinta yang ditayangkan di TV Al-Hijrah itu. Telemovie tersebut memakan masa 1jam setengah. Memang best. Lantak la orang nak kata apa dengan ending tersebut, tapi telemovie tersebut berjaya buat saya rasa 1jam setengah tu macam beberapa minit sahaja.

Watak Aaron Aziz yang tiba-tiba muncul. Wali yang dari awal cerita sampai habis macam hampagas [hampa + tong gas] (tetapi tetap jadi watak kesukaan..lol). Salah seorang penonton memberikan komen di youtube, "ha, baguslah watak aaron aziz muncul, biar nur fazura dengan dia je. Penat aku tengok Wali ni.."




Dan macam biasalah, kalau kita suka jalan ceritanya, lagu yang keluar pada waktu-waktu tertentu akan mempunyai 'effect' yang lebih dahsyat daripada biasa. Nak pulak lagu tu dah lama tak dengar. memang gila.

Yang tersisa
Hanya gambarmu
Di meja kamarku
Diiringi dua puisi
Tentang lara hati...


Ok best. Selamat tinggal kitab cinta.


Monday, June 4, 2012

semakin hampir


exam dah habis dua, ada lagi tiga akan menyusul.

Semoga Allah mempermudahkan.

Kita pun tidak tahu apa yang ada di luar sana, sesudah segalanya ini berakhir, tapi kita, tetaplah berharap Allah membantu kita untuk melepasi ujian-ujian ini.

Final exam ni, macam UPSR, PMR, SPM. Kadang-kadang memori-memori exam lepas dalam seluruh hidup diusahakan untuk terlintas dalam kepala, supaya boleh mencari-cari teknik paling baik dan juga ketenangan hati yang paling tinggi. Mencari-cari titik keyakinan. Supaya tak rasa risau atau gelabah sangat.

Pergh. Serius tak bajet cikgu boleh bagi markah macam tadi. Ini yang buat rasa semangat nak belajar untuk exam seterusnya pulak ni. (dan semangat, janganlah hilang. juga jangan tinggi sangat, kalau tak nanti buat orang rasa nak main game dan tengok movie)