javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Thursday, May 28, 2009

Cerita tentang Kupu-kupu

Dipetik dari mantiq At-Tayr (Musyawarah Burung) , karangan Faridu'd-Din Abu Hamid Muhammad bin Ibrahim,

Suatu malam, kawanan kupu-kupu berkumpul, disiksa hasrat hendak menyatukan diri dengan lilin. Kata mereka, "Kita harus mengutus salah satu dari kita yang akan membawa keterangan pada kita tentang sasaran cinta yang hendak kita cari itu."



Maka salah seekor di antaranya berangkat dan tiba di sebuah puri, dan di dalam puri itu ia melihat cahaya sebatang lilin. Ia pun kembali, dan sesuai dengan pengertian yang diperolehnya, ia menceritakan apa yang telah dilihatnya. Tetapi kupu-kupu arif yang mengetuai pertemuan itu menyatakan pendapatnya bahwa utusan itu tak mengerti apa-apa tentang lilin.

Maka kupu-kupu lain pun pergi ke sana pula. Ia menyentuh nyala lilin itu dengan hujung sayapnya, tetapi panas pun menghalaukannya. Oleh karena laporannya tak lebih memuaskan dari laporan yang pertama, maka kupu-kupu yang ketiga pun pergi pula. Yang seekor ini, karena dimabuk cinta, melontarkan diri ke dalam nyala lilin itu; dengan kaki depannya ia berpaut pada nyala lilin itu dan menyatukan dirinya dengan senang pada lilin itu. Dipeluknya lilin itu sepenuhnya, dan badannya pun menjadi semerah api.

Kupu-kupu arif, yang mengawasi dari jauh, melihat bahwa nyala lilin dan kupu-kupu utusan itu tampak satu, dan katanya, "Ia telah dapat mengetahui apa yang ingin diketahuinya; tetapi hanya dia yang tahu, dan tak ada yang dapat menuturkannya."



Cerita tentang kupu-kupu ini adalah sebahagian sahaja daripada banyak cerita yang terdapat dalam Musyawarah Burung itu. Membaca cerita tentang kupu-kupu, masing-masing akan mempunyai tafsiran yang tersendiri. Namun apa yang hendak disampaikan tak ada bezanya dengan yang ingin disampaikan oleh Al-Ghazali, Rumi, Ibrahim bin Adham dan Rabiatul Adawiyah. Ada orang yang membacanya akan melihat seekor kupu-kupu yang bodoh - tak lebih dari itu. Ada yang membacanya mengkagumi cinta sang kupu-kupu pada lilin. Ada pula yang lain akan memahami bahawa, kadang-kadang, yang sudah pun sampai kepada tujuannya, takkan bisa mengungkapkan rahsia-rahsianya kepada yang masih belum sampai kepada tujuan mereka. Kupu-kupukah yang memang ingin ditonjolkan oleh Fariduddin, atau sifat manusia?

Ahli-ahli sastera menganggap beliau penyair hebat dan kebanyakan manusia pun cubalah untuk menjadi sepertinya tanpa memahami makna tersirat di sebalik kata-katanya. Lalu jadilah karya-karya ahli sastera kosong tak berjiwa, ditambah sangkaan yang mereka berjaya menghasilkan sesuatu yang sama dengan kata-kata penyair hebat itu.

Cerita yang ingin disampaikan oleh Fariduddin adalah cerita betul. Cerita yang sepatutnya perlu difahami oleh setiap manusia. Ah, pedulikan samada kau ahli sastera atau tidak, meminati puisi ataupun tidak. Cerita ini harus difahami semuanya. Fahamilah apa yang ingin disampaikannya, dan rujuklah al-Quran dan sunnah - kau takkan menemui percanggahan, jika kau benar-benar memahaminya. Bahkan, fahaman kau terhadap kata-kata Tuhan akan meningkat, dan akan lebih tersentuh hati membacakannya.

Bacalah. Dengar dan perhatikan baik-baik.

3 comments:

norashikin rahmat said...

saya dah cuba baca buku Musyawarah Burung oleh Fariduddin Attar, tapi ia sangat susah difahami.. mungkin terjemahan yang saya baca lain versinya daripada yang awak baca. awak baca buku ke atau PDF yg diperoleh daripada internet?

Pengembara said...

sy google kat internet, dan ini lah versi yang sama dengan yang saya pernah baca. mungkin ada benda yang tak difahami, tp pd pndapat sy at least kita boleh tengok pada apa yang kita boleh faham....

http://images.mfmml.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/SSwTZgoKCE8AAEYeULo1/Buku%20Musyawarah%20Burung.pdf?key=mfmml:journal:25&nmid=138757125

norashikin rahmat said...

ok. PDF yang saya jumpa lain dan sangat kompleks berbanding yang ini. versi yg awak bagi lebih baik dan mudah difahami.. alhamdulillah, terima kasih encik maher..