Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.
Sunday, December 28, 2008
Wall E : Kisah Cinta Klasik Masa Depan
Erk. Malunya. Semestinya kalian dah tengok cerita ni, masa dia tayang kat pawagam. Tapi saya tak tengok lagi. Kalau saya nak tengok, satu keluarga kena pergi tengok. Tiket mestilah mahal, kalau dah sampai bawak satu family. Keluarga saya tak banyak duit. Jadi jarang GILER tengok wayang.
Wall E - kisah cinta klasik masa hadapan. Saya memang salute giler cerita nih. Rasanyer even orang yang pekak dan bisu pun boleh tengok cerita ni, lepas tu mengalirkan air mata. Except certain part ada jugak perbualan antara manusia masa depan dengan robot. Cerita ni memang syok, feeling habis, dan saya harap satu dunia tengok cerita ni. Haha. Sungguh menyentuh hati.
Ceritanya agak slow pada mulanya, namun seharusnya perlu dihayati bagi menimbulkan kesan mendalam pada babak seterusnya. Memang biasa lah, kebanyakan drama-drama korea misalnya, turut guna taktik macam ni. Contohnya My Girl, Sassy Girl Chun Hyang.
Memang patut kalau Wall E turut tersenarai dalam senarai box office. Juga paling penting, terima kasih Wall E kerana tak membazirkan masa saya.
Tentang apa cerita ni? Wall E adalah tentang situasi yang dibayangkan berlaku pada masa hadapan. Bumi tidak lagi sesuai untuk manusia. Movie ini berkisar tentang cinta sejati (saya check kat web rasmi Pixar), tapi yang menariknya antara robot. Sedangkan robot pun boleh bercinta. Dan movie ini disampaikan dengan menggunakan konsep pantomim (kurang penggunaan suara). Rasanya, budak berumur 4 tahun pun faham jalan cerita Wall E. Anda semua MESTI TENGOK!!!!
Berapa saya bayar untuk cerita ini? Dah tentu free. Semua percuma dengan torrent. Kalau anda pun berminat nak tengok cerita ni, anda mesti ada satu bittorrent client, dan anda boleh download torrent file yang berlambak ada di internet. Ya, download movie-movie percuma dengan bittorrent.
Untuk download Wall E dengan menggunakan torrent, sila pergi link di bawah
Download file Wall E (torrent)
Untuk download subtitle nyer, anda boleh pergi link di bawah
Download subtitle untuk Wall E (direct download)
Labels:
cinta
Friday, December 26, 2008
Dalam hati benci tumbuh, sedangkan perjalanan hidup menyuburkan cinta
dalam hati ada rasa benci
meluap-luap, membuak-buak
seolah-olah cinta
sesuci mana pun tak mampu
padamkannya
Pagi ini saya bangun seperti biasa, awal. Heh. Saya tipu. Sebenarnya tidaklah seperti biasa, cuma kebelakangan ini saya dapat bangun awal, dalam pukul 5pagi, dan di sini, 5 pagi subuh pun belum masuk lagi, maka sempatlah saya untuk solat isyak. Amaran : jangan lewat-lewatkan sembahyang. Saya memang kena disiplinkan diri, tak boleh lewat-lewatkan sembahyang lagi. Nasihat ini ditujukan khas buat saya. Juga kepada kalian. Kemungkinan saya dapat bangun awal kebelakangan ini setelah saya membaca buku Powerful Sleep : Secrets of The Inner Sleep Clock oleh Kacper M. Postawski.
Pagi-pagi lagi orang dah buat hati saya sakit. Mungkin saya memang sensitif. Saya baru selesai solat Subuh, kerana mudah sangat saya ni beralih tumpuan, saya terus menghadap komputer. Walhal saya sebelum itu seolah-olah terdengar bunyi sesuatu. Bunyi cerek air, menandakan air dah siap masak. Saya dengar mula-mulanya, kemudian saya ingat orang yang masak air tu lah akan peka. Akan pergi tutupkan. Saya terus menghadap komputer, dengan monitor Acer AL1916 berukuran 19". Serious skrin itu sangat besar.
Kemudian bunyi cerek pun berhenti. Saya bukan sedar pun, berhenti atau tidak, telinga saya dah tertutup untuk sekeliling, apabila saya berhadapan dengan desktop saya. Kemudian seorang housemate yang saya percayai adalah dalang sebenar yang menjerang air itu berdiri di sebelah saya.
"Kenapa tak tutup air?"
Kata-katanya mudah jer, tapi pandangannya nampak sangat tak puas hati. Sakit betul hati. Ni ada yang kena penumbuk pulak pagi-pagi ni. Tapi saya tak tumbuk, sebab saya akan menyesal kalau tumbuk orang. Sebab? Sebab ia akan nampak seperti saya buli budak. Saya tak tahu, tapi mungkin satu rumah ni tak puas hati dengan saya. Saya ingat saya dah gembira duduk kat rumah ni, tapi semuanya seperti kata pepatah disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
"Kau anak sulung kan?"
-haah
"Anak sulung apa ko nih. Tak boleh harap."
Di atas adalah antara kata-kata yang dilemparkan kepada saya.
Aduh. Adakah hanya saya sahaja atau orang lain pun akan turut sakit hati bila dilempar perkataan sedemikian rupa? Saya tak simpannya dalam hati, beberapa jam kemudian saya tak rasa apa-apa dah, tapi bila perkara lain berlaku, seperti pagi ini, saya akan teringat-ingat. Oh, bukan salah saya kalau ingat, saya pun tak boleh control saya nak lupa bahagian mana, atau ingat bahagian mana.
Itu satu. Sebelum pergi ke kelas, baru keluar dari tandas untuk bersiap-siap.
"Aku amik balik eh buku lecture"
- oh ye ker...
"Kenapa pulak ye ker?"(ianya seperti dia nak cakap - suka hati aku lah, aku punya buku)
Saya terdiam. Apsal pulak budak ni, tau la buku ko, cakap la elok-elok sket.
- Jadi, buku ko tu kawan ko nak pinjam eh? Sampai bile? Aku sebenarnye...tak siap salin lagi...
"Tak tahu. Ko doa-doakan la ye kawan aku sempat salin."
Isk. Terhiris lagi. Dialog ni memang tak guna, kalau saya salin kat sini pun bukan dapat nampak tidak berhati perut punya tindakan tu. Harap kalian dapat bayangkan. Gunalah imaginasi kalian sedikit. Itu pun saya dah tukar 'saya' kepada 'aku'. (Yup, budak ni memang cakap 'saya' dan sesetengah orang panggil dia aye.) Cikadak punya aye. Haha.
Saya pergi ke kelas Russian dengan hati yang berat dan bernanah. Saya tersekat-sekat jawab masa cikgu tanya. Lepas tu cikgu tu marah lagi, dia kata saya tak prepare utk kelas. Tapi sebenarnya saya dah prepare, cuma baru pagi tadi. Yang ini mungkin salah saya, sebab tak concentrate. Jadi tak dapat hafal dengan perfect. Lupakanlah. Cuba lagi lain kali.
Hari ini kelas separuh hari. Pukul 1230ptg nanti ada ucapan dari rektor universiti. Tapi saya tak nak pergi, satu kelas saya tak nak pergi. Ucapan New Year dan Selamat Hari Natal. Daripada saya dengar ucapan baik saya main game atau hadap desktop. Diulang :hadap desktop.
Kami pun pergi ke bangunan morph (morphological building) kerana di sana lah kelas Pathological Anatomy kami berada. Kami pergi dengan menaiki tram. Sedang saya berjalan menuju tram, sempat mata saya menjeling ke arah seorang akak senior.
'Oh, tahun 6th year rupanya, baru saya tahu.' Saya ingat dia budak private yang belajar dentistry, tapi perubatan jugak. Bagusnya dia. Seorang gadis yang tidak menonjol. Maksud saya, menyerlah; tidak popular dan ada publisiti murahan.
Kami pun tiba di kelas.Tapi ingat, hari ni kelas separuh hari. Cikgu datang dan bagi kami credit, credit untuk amik exam. Selesai satu subjek. kami dibenarkan balik. Cikgu Path Anat kami memang baik pun. Nanti saya akan cerita pasal dia. Lain kali.
Kebetulan hari ini hari Jumaat. Zuhur masuk pukul 12tghari, dan saya merasakan macam tak sempat ni nak pergi masjid yang agak jauh itu. Angin pulak bertiup amat kencang, suhu 6 darjah boleh jadi seperti tahap beku ais, 0'C. Mungkin saya hanya bagi alasan, sebab nak balik rumah dengan cepat. Padahal saya tak tahu bencana apa yang menunggu kat rumah. Akhirnya saya dapat tiba di masjid tepat pada waktunya. Free pulak tuh, terima kasih kepada saudara Uzair. Semoga anda dimurahkan rezeki. Kalaulah saya tak kejar teksi itu bersama aye si cikadak pagi tadi itu, mungkin saya tak dapat naik free. Berguna jugak aye si cikadak ni. Haha. Jangan marah ye.
Tiba di rumah kami terima satu berita buruk. Air mengalir kat dapur, lubang sinki tersumbat oleh ikan yang ada orang letak kat situ pagi tadi. Akibatnya, banjir kat kawasan dapur. Tapi dah dibersihkan sket. Cuma yang membimbangkan, bangunan kat Rusia nih bukan boleh percaya. Air dari atas memang boleh menitik ke bawah. Ke rumah orang lain.
Tidak lama kemudian pintu kami diketuk dengan kuat. Benar sangkaan kami, air dari rumah kami menitik, bukan sekadar menitik, tetapi membasahi dengan lebatnya rumah di bawah itu. Wau, first time saya alami pengalaman macam ini. Setelah berkira dan meminta maaf, kami perlu membayar 3ribu rubel untuk kos repair. 3ribu rubel, berdasarkan rate hari ni melalui Yahoo Currency Converter nilainya bersamaan RM359.14. Cis. Hilang free-free je duit.
Rezeki...
Walau macamana tertekan sekalipun duduk di rumah ini, susah payah, saya paling suka internet rumah berbanding internet hostel. Hostel got no unlimited internet. Tapi kvartira (kvartira = apartment) ada. Selepas berkenalan dengan torrent, saya dapat melihat dunia dengan lebih luas. Haha. Pernah jugak terbayang nak guna torrent lepas tu bukak gerai jual cd cetak rompak,high quality, gerenti laku punyer. Tapi tak elok la. Duit haram tu.
Saya banyak download movies, ebooks (ebook Dummies yang jual kat kedai tu, satu 60-100ringgit, saya boleh dapat lebih 400buah FREE dengan guna torrent) tapi jarang bukak dan tengok. Kali ni saya bukak Wall E dan saya tengok.
Cerita tentang Wall E bersambung dalam pos seterusnya. Sekian.

Sunday, December 14, 2008
Antara Dua Dunia : Saya Tersepit!
Lagu 'Antara Dua Dunia' nyanyian TooPhat dan Siti Nurhaliza tidak ada kaitan kali ini. Cuma saya ingin memberitahu kalian tentang keadaan saya sekarang ini, tersepit di celah-celah, antara dua dunia.
Dua dunia itu luas maksudnya, ia mungkin dua darjat, ia mungkin dua pihak yang selalu berantakan, ataupun ia adalah dilema manusia itu sendiri. Mungkin bagaimana manusia itu keliru dalam memilih arah tuju hidup mereka, untuk mencari apakah personaliti atau diri mereka yang sebenar.
Ia mungkin konflik. Terlalu banyak perkara dalam hidup ini yang bisa membuatkan manusia itu bertelagah sesama sendiri. Latar belakang keluarga, pendidikan, peristiwa-peristiwa dalam hidup, semua itu mampu membentuk diri manusia menjadi seperti yang sekarang ini.
Saya betul-betul sakit kepala sekarang ini. Saya mempunyai masalah konflik dengan rakan, dan saya juga mempunyai masalah perang dalam diri saya sendiri. Perang antara kebaikan dan kejahatan.
Tentang rakan saya, marilah kalian dengar dengan teliti apa yang akan saya ceritakan ini. Saya mempunyai seorang rakan, dan ternyata dia adalah seorang yang senyap. Saya tidak katakan yang senyap itu tidak baik. Namun senyap jenis kawan saya ini adalah senyap yang buat kepala saya jadi sakit, dan hati saya seolah-olah seperti dihempap benda berat.
Saya tidak kesah jika kalian lemparkan kata-kata kesat, penuh amarah tepat ke muka saya. Ya, saya saya memang akan menjadi sangat marah, namun saya tidak akan menyimpannya, dan mungkin saya pula yang akan kagum dengan kalian kerana dapat menyuarakan isi hati kalian walaupun mungkin kalian takut dengan saya yang sangat kuat dan dikenali sebagai "Tangan Kanan Besi" ini.
Tapi lain halnya dengan orang senyap. Mereka memendam perasaan mereka. Maafkan saya jika saya menakutkan kalian semua, tapi saya lebih suka jika kalian berterus terang kepada saya. Kalau ayah saya, dah lama orang senyap ini kena lempang. Sedikit sebanyak, saya pun rasa nak lempang orang. Tapi syukurlah, saya pun sudah belajar bagaimana nak menerima orang lain, walaupun hati saya akan terus sakit. Hati pahlawan sejati itu sentiasa sakit. Kalau tidak sakit masakan cerita-cerita tentang pahlawan sejati akan berkembang?
Baiklah, saya tidak dapat mendedahkan kepada kalian tentang siapa orangnya, juga saya berharap agar tidak ada antara kalian yang akan ingat kalianlah orangnya, sebab, mungkin saya hanya mereka-reka cerita ini sahaja. Oh ya, saya juga telah mendedahkan kepada kalian yang saya pernah kena lempang, tentang isu ini akan kita bincangkan lain kali (tolong jangan komen apa-apa pasal benda ni lagi, saya akan terangkan kepada kalian, sebab antara kalian ada sahaja yang dapat didikan yang berbeza).
Seperti yang sudah saya katakan, saya juga sakit kepala dengan perang antara kebaikan dan kejahatan ini.
Saya ada dosa saya sendiri, sehinggakan saya rasa kalaulah kalian tahu, pastilah kalian tidak akan menerima saya. Dan dosa adalah juga salah satu sebab mengapa saya juga tidak dapat mendiskriminasikan orang lain yang juga jahat, sebab merasakan yang saya pun tidak ada beza pun dengan mereka. Kita ini adalah benar-benar orang yang kasihan.
Apa itu dosa? Perhatikan.
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Jadi saya memang tak akan cerita tentang dosa di sini. Tapi kalaulah dosa itu adalah sesuatu yang dibenci jika orang lain tahu, bagaimana pula yang melakukan dosa terang-terangan? Kesian giler.
Sesetengah orang memang akan ada sesuatu yang mereka tidak akan bagitahu walaupun mereka dekat nak mati.
Kebaikan dan kejahatan itu ibarat cahaya dan bayang-bayang, mereka akan terus wujud dan berperang. Semakin terang cahaya, semakin gelap dan pekat bayang-bayang. Suatu tempat yang diterangi cahaya, ketahuilah bahawa di suatu tempat yang lain pula diselubungi kegelapan.
Mari kita berusaha perbaiki diri. Mari kita berhenti mengutuk orang lain sehingga lupa diri sendiri.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim).

Tuesday, December 9, 2008
Mengapa Saya Menulis Blog?
Saya sebenarnya memang sudah membuat sebuah blog, cuma saya jadikannya rahsia. Lagipun, saya tidak selalu update blog tersebut, dan tambahan pula blog saya itu bukan saya paparkan pun untuk tontonan umum. Ianya rahsia, dalamnya ada gambar-gambar yang sangat saya suka.
Kemudiannya saya mula membuat blog yang lain, lalu saya jadikannya 'public'. Hakikatnya, saya mengisytiharkan blog ini pun adalah sebab saya percaya yang saya mampu gunakan blog untuk dapat duit sampingan. =p
Saya berfikir-fikir balik. Duit yang diperoleh bukan sebanyak mana, dan pastilah saya tidak akan selalu mengemaskini blog hanya untuk duit yang tidak sebanyak mana itu.
Tapi saya fikirkannya kembali. Tidak wajar saya berhenti separuh jalan, dalam setiap perkara yang saya lakukan. Dan sebenarnya dalam hati, saya suka untuk menulis. Saya kemudian temukan maksud dan tujuan saya menulis blog.
Cerita.
Saya ingin bercerita kepada kalian tetang hidup. Saya akan kumpulkan kembali, kisah-kisah hidup, susah senang perjalanan yang telah saya tempuh, dan juga akan harapan-harapan saya pada masa akan datang.
Andai kata saya berjaya dalam hidup, harapnya kisah ini menjadi panduan.
Andai kata saya gagal, harapnya kalian tidak akan mengikuti jejak saya.
Saya juga ingin bercerita tentang perasaan. Perasaan yang selalunya susah diluahkan, dan terlalu abstrak. Tentang manusia itu adalah satu makhluk Tuhan yang selalu sahaja menyembunyikan perasaan mereka. Dan mereka pula percaya pada kehebatan lakonan mereka.
Kagum.
Kagum akan bagaimana kata-kata itu mampu disusun, sehingga menjadi begitu menarik sekali.
Bagaimana kata-kata itu bisa sahaja menyentuh hati manusia. Biarpun sepatah perkataan.
Sepatah perkataan yang bila diucapkan, ditulis dengan menyertakan seluruh hati dan perasaan setulusnya, akan membuatkan kata-kata itu begitu bermakna sekali. Amat.
Saya juga kagum akan bagaimana cerita-cerita yang dikarang dapat membawa kita meneroka dunia luar kotak pemikiran kita. Fantasi. Khayalan. Dan tentang realiti hidup yang tidak pernah kita sedar.
Saya percaya sedikit sebanyak begitulah hasrat saya apabila saya menulis blog ini. Baiklah, masa untuk blogging!

masyarakat dan tamadun
Friday, December 5, 2008
Review : Cerita Melayu Minggu Ini
Jauh dari tanah air tidak bermakna langsung tidak mengikuti perkembangan semasa. Bahkan, lebih ramai pelajar-pelajar di luar negara yang lebih faham tentang isu-isu di Malaysia berbanding mereka yang berada di Malaysia sendiri. Tapi bukan saya. Dan post kali ini tidak ada kaitan pun dengan isu-isu semasa.
Semalam saya ada menonton sebuah cerita melayu. Mungkin sebab jauh dari kampung halaman (saya memang tinggal di kampung ok?... Kg Padang Balang, Sentul, KL) maka saya sangat seronok menonton cerita melayu. Namun saya tidak menyanggah beberapa pendapat yang mengatakan cerita melayu adalah sampah. Ya benar, tapi itu hanyalah sebahagian sahaja. Sebahagian cerita melayu yang lain, masih boleh diyakini akan potensinya untuk pergi lebih jauh (ayat ni menarik : pergi lebih jauh).
Baiklah, cerita melayu minggu ini : Ihsan. Saya cadangkan kepada anda semua agar cepat-cepat menonton filem ini, jika anda masih belum berbuat demikian. Sedikit sebanyak akan buat hidup kita ini terisi dengan perkara-perkara yang berfaedah, dan buat kita merenung dalam diri kita, walaupun mungkin untuk kadar sesaat.
Ihsan – cerita tentang seorang anak yang berpendidikan tinggi, yang datangnya bukanlah dari golongan berada. Selepas pulang dari luar negara, dia mula bekerja sebagai peguam. Namun hidupnya tidaklah semulia mana. (memang tak mulia, saya tak nak spoil cerita kat sini)
layankan screenshot
Untuk melihat, anda boleh pergi ke link di bawah :
http://www.youtube.com/watch?v=fUCRB-dcRWw
Sememangnya cerita-cerita melayu agak tipikal, berendam air mata, kisah-kisah kedurjanaan, kisah-kisah kampung dan sebagainya. Pastilah cerita-cerita ini tidak semoden Gossip Girl, House, Heroes, Charmed dan lain-lain lagi, namun saya berpendapat cerita-cerita melayu seperti ini sebenarnya lebih jauh terkedepan lagi, lebih futuristik. Pengajaran yang diperoleh dari cerita-cerita seperti ini bukan berkesan untuk seketika sahaja, sebaliknya selagi mana diingat, dan diperhatikan baik-baik, ianya adalah bermanfaat sehingga berpuluh-puluh generasi akan datang.
Cerita-cerita ini dapat banyak ditemukan melaui channel hazel2k di Youtube :
http://www.youtube.com/user/hazel2k
Dalam hati saya tertanya-tanya, bagaimana pula sifatnya hazel2k ini? Tapi tak mengapa, memandangkan saya pun tidak mengenalinya, saya hanya dapat mengucapkan tahniah kerana dapat datang dengan idea meng’upload’kan cerita-cerita melayu seperti ini.
Oh ye. Marilah kita beramai-ramai subscribe channel ini. Betul-betul best!

filem
Tuesday, December 2, 2008
Isu ‘Practical Work During Summer’ Selesai?
Sememangnya saya menunggu ketibaan hari Ahad minggu ini. Dalam 2 minggu kebelakangan ini kecoh diperkatakan di mana-mana; di seluruh Bandar Volgograd tentang isu praktikal pada musim panas (bunyinya seperti percutian musim panas yang menarik, namun percayalah, ianya langsung tak menarik) yang membawa kepada banyak bantahan.
Tiada siapa tahu bagaimana boleh ada cadangan untuk mengadakan praktikal. Ada yang mengandaikan bahawa MMC salah faham - tidak tahu bahawa praktikal pelajar-pelajar sebenarnya telah dicantumkan ke dalam silibus semester, dan ada juga yang mengaitkan dengan practical hours pelajar-pelajar sebelum ini yang agak tidak berkualiti.
Sebelum ini ada juga ura-ura yang menyatakan bahawa Blue, presiden MSA (Malaysian Students Association) menyokong praktikal sewaktu musim panas, namun tidak dapat dibuktikan (bunyinya macam saya memang nak buktikannya……=p). Perjumpaan pada hari Ahad itu adalah bermatlamatkan usaha-usaha bantahan sahaja.
Hakikatnya jika perkara itu benar-benar berlaku, sudah tentu kredibiliti beliau dipersoalkan.
Perkara ini sememangnya akan mengundang mala petaka buat semua.
Semua orang akan mula menuding jari.
Syukur, kejadian itu tidak berlaku (dan saya tidak perlu menulis isu kontroversi itu di sini). Pihak yang bertanggungjawab telah pun sepakat akan mengadukan perkara ini kepada pihak universiti dan seterusnya kepada MMC (Malaysian Medical Council). Namun persoalan yang akan timbul selepas ini, apakah mereka akan efektif dalam menjalankan tugas mereka? Dan bagaimana pelajar-pelajar lain akan dapat peka kepada perkembangan proses bantahan ini?
Dalam keadaan ini, sesetengah pelajar memilih untuk tunggu dan lihat.
Fikir mereka, masa akan menjawab persoalan mereka.
“Seorang mahasiswa itu, sifatnya harus dinamik. Ia harus bijak mencantas dengan tenang, kritikan-kritikan dan tohmahan-tohmahan laknat yang tidak berasas. Pandangannya harus bisa membuka mata manusia, dan buat mereka sedar tentang apa-apa yang telah mereka terlalai dalam kehidupan mereka.”
Mahasiswa yang saya maksudkan adalah umum, tidak terhad kepada pelajar-pelajar universiti sahaja. Ia merujuk kepada semua manusia yang ada pengalaman atau pendidikan, atau cukup orang-orang yang mencintai ilmu.
Nampaknya seperti saya ini semamngnya hanyalah seorang yang hanya tahu cakap, walhal pelaksanaannya belum nampak. Di luar sana, ada sahaja golongan manusia yang memperlekehkan orang lain, memandang sebelah mata sahaja pandangan atau suara-suara mereka hanya kerana mereka banyak melakukan kesalahan. Bagi golongan seperti ini, orang lain itu tidak layak bersuara.
Tidak boleh begitu. Saya kira, pendapat setiap orang itu harus didengar dan diperhatikan baik buruknya. Saya fikir tidak ada salahnya jika seorang pensyarah menghormati seorang pencuri kerana pendapatnya yang bernas. Dan saya fikir tidak patut pula untuk kita menghukum seseorang baik atau jahat, sebab kita ini pun bukannya baik sangat (atau mungkin anda rasa anda baik? Anda betul ker baik ni?).
Nampaknya sampai di sini sahajalah dahulu entri saya untuk kali ini. Penat pula kepala saya ini berfikir. Ingat, jangan melabelkan orang lain sesuka hati. Moga kita berlapang dada sentiasa.
Labels:
isu-isu
Subscribe to:
Posts (Atom)