javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Saturday, June 16, 2012

Bertemu dengan Jin






Di atas adalah gambar saya, Kuzman dan Hop (a.k.a Fadhli). Tak pernah-pernah ada kawan saya yang semangat nak hantar saya pergi Volgograd, Rusia di airport sebelum ni, jadi saya rasa terharu + kekok sket. Saya memang tak ramai kawan sangat pun agaknya...atau saya memang jenis yang 'detach' dari orang lain.

Kuzman, ketua asrama saya sewaktu di MRSM kuala Klawang,Negeri sembilan. Hop sekali dengan saya di MRSMKK dan MRSM jasin. Dia suka pakai seluar londeh dulu, tu sebab orang panggil dia hop. Bajet hoppers. LOL.

Antara ayat-ayat hop yang saya masih ingat sampai sekarang, dia pernah cakap kat saya, "Aku tenang dowh tengok ko Maher...ko macam ada aura tenang.." LOL. Bajet habis mamat ni, entah-entah ko cakap macam tu kat semua orang...hahaha

Dan dia jugaklah yang selalu lepak kat bilik saya dan terbaca rahsia saya minat kat siapa. Macam haram. Sampai sekarang pun dia boleh kenakan saya lagi.

Kuzman, dia pulak pernah cakap macam ni kat saya, "kau je lah antara orang yang rapat dengan aku. Satu sekolah ban aku masa mrsmkk dulu, ko rilek je kawan dengan aku.."

Untuk Kuzman, aku nak cakap, "Aku tak tau pun ko kena ban atau ramai orang tak suka ko. Ko bukan siap jadi ketua asrama lagi ke? Apa yang di'ban' nyer.....aku biasa aje pun dengan semua orang...aku rasa aku selalu buat hal sendiri ada la..."

Dalam dunia ni, kalau kita ada at least tiga orang kawan yang selalu dengan kita dari kecik sampai tua nanti, itu adalah sesuatu yang sangat berharga dan boleh kata kita dah dapat semua keseronokan dunia.
Tak ingat siapa cakap. Kawan ribu-ribu di facebook, itu tak bermakna apa-apa pun.


******************************************************************************************************************

Intro

Satu benda yang saya yakin saya tak pernah sebut sepanjang tulisan saya di dalam blog ini adalah, di MRSM KK, dari tingkatan 2 hingga tingkatan 3, saya memegang jawatan sebagai biro agama dalam badan wakil pelajar (BWP).

Saya datang bukan dari latar belakang keluarga yang islamik sangat. Tapi saya berminat dalam bab-bab agama, dan cuba nak jadi lebih baik. Kebetulan, niat saya itu membuatkan saya terkedepan sedikit berbanding orang lain (nampak baik), maka saya pun berjaya jadi biro agama.

Kalau ada masa dalam seluruh kehidupan saya yang paling saya suka, itulah masanya. Masih tak tercemar sangat, dan berusaha memperjuangkan diri dan masyarakat ke arah lebih baik. Namun kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita tidak boleh kembali ke masa lampau.


Baiklah, saya akan memulakan cerita saya.

Maka sekitar tahun 2003, ketika saya berada di tingkatan 3, mrsmkk digemparkan dengan gangguan-gangguan yang semakin menjadi-jadi. Ada yang mengaitkannya dengan kemasukan pelajar-pelajar non-muslim - cina, india (sebelum ini hanya untuk pelajar bumiputra sahaja) ke mrsmkk. Adapun mrsmkk memang terkenal sebagai satu tempat yang agak keras. Macam-macam cerita sebenarnya yang telah diwariskan turun temurun.

Antara gangguan yang semakin menjadi-jadi itu adalah, di asrama puteri, seorang pelajar dikatakan telah melihat bebola api berterbangan yang berkeupayaan menembusi dinding sesuka hati.

'Pagar' asrama

Kes itu mendapat perhatian seluruh sekolah. Maka tindakan pun diambil. Cadangnya nak minta Dato' Harun Din dari Darus Syifaa' untuk memagar kawasan. Tapi last-last, proses 'memagar' kawasan dilakukakn oleh pelajar sendiri di bawah tunjuk ajar ustaz.

Sebelum itu saya hendak mengingatkan, saya hanya menceritakan, segala amalan-amalan yang ada kaitan di dalam cerita ini tidak bermakna ia sahih, mungkin boleh jadi bidaah, khurafat dan sebagainya, jadi sila buat kajian sendiri.

Bagaimana proses memagar kawasan itu dilakukan?

Setiap pelajar tertentu, biasanya rakan surau iaitu ajk saya selaku biro agama, termasuk saya sendiri, diberikan beras, garam dan diajar untuk membacakan ayat-ayat tertentu kemudian ditabur di setiap sudut dalam bilik-bilik yang terdapat di asrama. Setelah semua itu dilakukan, ada pelajar-pelajar yang mengambil inisiatif untuk azan pula di asrama.

Namun adakah gangguan tersebut berhenti?
tidak.

Ada yang kata, kitorang salah step. Kitorang patut azan dulu di asrama kasi halau keluar hantu/jin barulah pagar. Ini tidak, pagar dulu mestilah terkurung dalam tuh. Aduh.


Kemuncak kejadian.


Kejadian mencapai kemuncaknya apabila di asrama putera, seorang rakan batch saya, Amir mengaku telah dirasuk hantu/jin.

Dia kerap dirasuk, dan setiap kali dirasuk, untuk 'fix' dia supaya tidak bergerak dari tempatnya memerlukan kekuatan lebih kurang 10 orang pelajar. Saya pun terlibat jugak menyumbangkan kekuatan, tapi saya hanya letak tangan bodoh-bodoh sahajalah. Dan kejadian ini berulang beberapa kali.

Pernah juga beberapa kali, ketika dirasuk, Amir (Jin/hantu) akan memberikan nama-nama pelajar lelaki yang bakal jadi sasaran untuk dirasuk seterusnya. Ternyata, cerita-cerita berkaitan gangguan ini menjadi lebih seronok dan mungkin menakutkan untuk didengar pelajar-pelajar.

Saya pula, dengan bajet tahunya, setelah berbincang dengan pelajar-pelajar lain telah mengambil beberapa tindakan bersama-sama ketua asrama iaitu Kuzman. Antaranya adalah, kami berpendapat bahawa adanya hantu di asrama adalah disebabkan komik-komik dan patung-patung (pujaan non-muslim ataupun jenis bantal peluk) yang ada di asrama. Maka diarahkan benda-benda tersebut untuk dikumpulkan di tengah-tengah asrama. Benda-benda tersebut kemudian diletakkan di luar pintu asrama. Jadi selepas itu, ramailah yang jadikan tempat itu sebagai tempat lepak untuk membaca komik. Ceh.

Ada juga masanya, buat majlis bacaan yasin beramai-ramai. (Saya yang sekarang ini pasti akan mengatakan perkara itu bidaah). Saya la yang ketuai bacaan itu, di masa-masa lain, ajk saya pula. Fuh, poyo habis. Gangguan masih lagi berlaku.


Ustaz Kamal, sewaktu mengajar dalam kelas saya pernah memberitahu, kalau nak cuba berdialog dengan jin, bacalah surah Al-Jin. Saya pun berbincang dengan Kuzman, dan kami mengambil keputusan untuk membaca surah Al-Jin bersama-sama pada suatu malam (dalam pkul 12tgh malam). Tempatnya memang special sikit. Suatu kawasan yang terletak antara asrama putera dan blok akademik (kelas), ada satu batu besar.

Batu besar.

Kebiasaanya untuk sesuatu bangunan itu dibina, ia mestilah simetri kan? Sistem parit patut dibuat lurus tanpa bengkang-bengkok. tetapi, di kawasan batu itu, parit dibina melencong sedikit. Secara lojiknya, boleh sahaja batu itu dicabut dan diisi dengan simen ke kalau ada lubang yang besar, tapi perkara itu tidak dapat dilakukan. Dikatakan bahawa batu tersebut menutup satu lubang terowong yang amat luas yang menghubungkan ke bukit tempat pelajar-pelajar biasa bersukan. Diceritakan lagi bahawa terowong itu adalah tempat tentera-tentera Jepun pancung dan siksa orang.

Jadi kami pun duduk. Setelah rasa tenang sedikit, kami pun baca surah Al-Jin. Meliar juga mata saya tengok sekeliling, mana la tau jumpa apa-apa. Habis surah Al-Jin dibaca, kami memandang sekeliling. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Kami berdebar-debar. Tidak puas hati, Kuzman ajak saya pergi ke tengah-tengah blok akademik.

Di bawah cahaya bulan (kalau tak silap), Kuzman pun menepuk tanah dan menjerit,
"Hai jin, keluarlah kamu!!!"

tahi!!!. Meremang betul bulu roma waktu tu. 'Kejadah ko berani sangat ni Kuzman', hati saya berbisik.

Kalau tak silap, kami ada pacak kayu juga kat tengah-tengah tu. Tapi bila saya cerita balik kat Kuzman, dia tak ingat pun. Entahlah. Lepas pacak kayu tu,tunggu punya tunggu, bayang jin pun tak nampak.


Mengadukan kepada ustaz

Saya pun tanyalah ustaz balik, kenapa tak ada apa-apa pun yang berlaku? Ustaz kata kena baca surah Al-Jin tu sorang-sorang la, baca berdua buat apa. Ugh. Saya beritahu Kuzman apa Ustaz kamal cakap, dan akhirnya, kami mengambil keputusan malas nak buat. hahaha. ke takut.

Itulah ceritanya. Cerita ni macam tergantung kan? Cerita ini berlaku dekat-dekat kami nak musim exam PMR. Amir yang kerap dirasuk itu alhamdulillah selamat juga menduduki PMR. Jadi setelah itu kami pun terus meneruskan kehidupan kami masing-masing di tempat lain sebab mrsmkk hanya ada sampai form 3 sahaja.

MRSM Kuala Klawang tetap dalam kenangan. Itu tak masuk lagi cerita/gosip/kabar angin geng tertentu (apon/lembut) yang dikatakan tengok video lucah gay di asrama. Bongok betullah siapa yang buat cerita..haha.

7 comments:

avid said...

masa amir kena rasuk, aku bersiri kat luar dengan lebih kurang 20-30 budak yang blur. aku dengar cerita 10 orang pegang dia pun masih tak boleh nak bagi dia tak bergerak. haha.

Cuiya Razak said...

ahahhaha.. x seram tp klaka.

aura ketenangan di situ..
keh keh keh

Pengembara said...

jap, avide ni sape eh?

laGardenia : seram la...tak baca betul2 ni....hahaha

Unknown said...

hahahahahaha LOL maher LOL! btw pleaselahhh jangan tutup blog please la. dah nak habis dah generasi bloggers volgograd, ko pulak nak grad. adehhhh!!!

avid said...

@ maher

aku bilal kau masa kita menang pertandingan khutbah dulu. budak rakan surau yang menyimpang bila masuk form 3. hahaha.

-muzam

Pengembara said...

@hafidz : ala bro, ak bkn ad kat volgograd lg... jd ap yg ak tulis nnt mgkin dh tk relevan lagi dah....tkpela, kalo terasa nk baca, bc je lah post lama2....hahah sama je pun isinya dr dulu smpai skg....

@avid : makaihh!!! Ak tk ingat ko tlg jd bilal beb. Tp ak plg ingat ko lah posmen ak.. .hahaha....sbb ko la ak slh sngkut kt org dan gaduh dgn syahmi jam.....lol....mnyimpang la sgt.. smua org ada masanya mnyimpang jgk...heheh

norashikin rahmat said...

lama jugak fikir pasal post ni. baru harini teringat kakak cube f3, hajar, pegi join tabur garam kat mana ntah.. banyak2 tempat dalam aspuri, yang paling seram kat blok C sebab ada mitos bunyi bola melantun2 ke setiap pintu bilik waktu malam. Tp masa menginap kat blok C untuk setahun tak ada pun berlaku such things. (sy memang terhijab kut dari terjumpa makhluk menyeramkan)~