Bila yakin telah tiba,
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Di penantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Di pencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari
Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna
Lagu ni best giler!
pertama kali dengar masa melawat blog seorang doktor...http://jojar.blogspot.com/
Sekarang, siapakah yang dimaksudkan dengan bidadari dalam lagu ini? Jika diperhatikan mungkin ditujukan kepada wanita solehah yang berada di dunia. Diberikan contoh Zulaikha dan Yusuf, Adam dan Hawa. Tentang seseorang yang cuba mencari diri sendiri sebelum menemukan bidadari...menuju Tuhan. Ini lebih menepati lagu tersebut.
Boleh jadi juga bidadari yang dimaksudkan adalah bidadari syurga, hadiah buat pemuda yang dah menemukan diri mereka sendiri. Teringat saya kepada karangan Harun Yahya, tentang balasan syurga. Syurga itu pun pada hakikatnya bukanlah matlamat tertinggi, bahkan orang yang memasuki syurga masih mempunyai perjalanan mereka - mensyukuri anugerah Tuhan dan kemudian apabila saatnya telah tiba, untuk menatap wajah Tuhan. Tapi seperti biasa, kita tak boleh membayangkan zat Tuhan. Tidak boleh sama sekali. Tidak ada yang serupa denganNya.
Saya juga teringat tentang karangan Fariduddin Attar, Musyawarah Burung tentang bagaimana manusia yang sudah mati, perjalanan mereka menuju Tuhan tidak terhenti. Manusia diibaratkan seperti seekor burung di dalam peti yang tertutup. Apabila manusia itu mati barulah peti itu terbuka dan burung itu akan memulakan perjalanannya. Maka adalah penting untuk manusia menyediakan bekal dan keinginan untuk bertemu Tuhan - kerana itulah yang akan menggerakkan burung tersebut. Andai berputus asa, maka burung tak akan dapat terbang sama sekali.
Akhir sekali, persoalan yang masih berlegar-legar di kepala saya adalah...adakah seseorang itu harus berusaha sampai menemukan hakikat diri sendiri baharulah boleh menjemput bidadari ataupun tidak?
3 comments:
err.. bukan seismic eah nyanyi nasyid nih? hahahha.. kebetulan la maher.. ak 2 3 ari ni dgaq lagu ni, tetiba ko wt post plak.. hahhaha.. kebetolan2..
assalamualaikum..mnarik2..dan tbe2 rse lgu ni sgt besh =D..persoalan ko pun cam mnarik jer..kne cari hakikat dri dlu ker??baru menjmput bdadari??
agak la, kebetulan jugak...ak ad dgr lagu nih, lps tuh tgk kat status ko..menjemput bidadari..kebetulan la jgk....
persoalan tuh...tk tau ap jawapannya...kalo dlm al-quran ad sebut laki-laki yg baik untuk perempuan-perempuan yg baik......jd mgkin kita kena jadi baik dulu..
tp ad jgk ayat yg ckp dan kahwinkanlah org2 yg bujang di antara kamu (lbh kurang) jd benda ni tk pastila..blh jadi bnda baik kalo tangguh2 byk mmbawa keburukan...jd kenalah segerakan walaupun tk baik sgt
papehal,tny la ustaz ke ape
Post a Comment