javascript:void(0)
Don't believe everything i've said, heck, don't believe anything. Learn to differentiate facts and personal opinions. Do your OWN research, then, CHOOSE what to believe.

Wednesday, January 10, 2024

Perasaan Yang Tertinggal

Pagi ni, hari Rabu. Biasanya ada meeting dengan tim. Meeting dengan Akif dan juga Syazwan. Husna sekarang ni tengah cuti, berpantang. Patutnya lebih kurang 2 bulan lah. Likely hujung bulan ni habislah cuti berpantang. Mungkin mula awal bulan 2 akan dapat mula bekerja semula. Buat masa sekarang Syazwan lah yang akan handle bahagian customer service, bahagian platform memaizu. Dan juga Akif akan membantu dari segi Whatsapp. Pada asalnya nak bercerita tentang tim, apakah perkembangan. Selepas habis meeting tadi, balik ke rumah dan ada yang melihat satu buku yang dipesan melalui TikTok sudah pun sampai. Buku tersebut bertajuk Anekdot Jalanan.

Kita juga berbincang dalam meeting tadi persiapan untuk program pada malam ini iaitu kelas saham intraday. Kelas seni intraday saham. Intraday trading saham. SITS. Jadi masing-masing memang dah ada tugasan masing-masing, ada checklist yang perlu dibuat. Kita cuba nak buat satu program seperti ini sebulan sekali sekurang-kurangnya. Dan ini pun kita juga perlu melihat pada masa akan datang. Misal kata bulan puasa, bulan raya biasanya kita akan dormant sebab bisnes saham bukan seperti bisnes jual kuih raya, jual baju raya yang pada bulan puasa ataupun musim perayaan akan mendapat permintaan yang tinggi.

Biasanya sebelum meeting, kita akan ada sesi tazkirah. Jadi untuk kali ini, Wan memulakan tazkirah dengan berkongsi tentang satu isu ataupun perbincangan yang sedang hangat ataupun baru berlaku. Iaitu satu perbahasan atau mungkin pergeseran antara Ustaz Azhar Idros dan geng Maza, mungkin Dr. Rora, berkaitan antara benda yang dibangkitkan adalah mungkin Ashabul Khafi. Dan ini pun sebenarnya bertitik tolak daripada tak silap kenyataan Perdana Menteri. Jadi daripada situ, ada orang korek-mengkorek rakaman perbualan sebelum-sebelum ni. Jadi, itu adalah antara sebahagian tazkirah ataupun perkongsian yang diceritakan oleh Wan. 

Bercerita tentang tazkirah. Kalau dulu sebenarnya di Mahisam pada mulanya, waktu kita meeting, kita tak ada pun nak buat sesi tazkirah ni sebenarnya. Cuma apabila mungkin bermula pada tahun 2020, ketika kita mula berpindah daripada Taman Tasik Utama, berpindah semula ke berhampiran dengan Asam Pedas Park Mine, sewa satu ofis yang besar, bilangan staf pun makin ramai, saya melihat bahawa dalam usaha untuk kita maju sebagai satu syarikat, satu organisasi, kita juga perlu majulah dari sudut mungkin spiritual ataupun keagamaan ataupun kerohanian. Jadi apalah salahnya untuk dalam meeting sebelum apa-apa menjadikan sedikit sebanyak satu sesi tazkirah. Jadi budaya itu sebenarnya walaupun selepas penutupan syarikat, saya ingat ia adalah satu budaya yang baik untuk diamalkan.

Selepas Wan berkongsi memberikan tazkirah, saya pun turut memberikan sedikit perkongsian. Saya tak mengulas selanjut tentang apa yang diceritakan tentang isu semasa Ustaz Zahid Rose, Dr. Mazhar, dan sebagainya. 

Sebaliknya, saya hanya menceritakan tentang kesinambungan minggu lepas di mana saya ada menyentuh sedikit sebanyak tentang tamadun Melayu. Bagaimana saya ada katakan dari sudut pandangan saya sendiri, tamadun Melayu adalah sesuatu yang kabur bagi saya. Walaupun memang ada belajar sejarah, namun demikian sejarah sebelum daripada penubuhan tanah Melayu, sejarah pada waktu itu berkaitan dengan tamadun Melayu, kesenian kebudayaan Melayu sebagai contoh agak kabur. 

Jadi dalam proses itu, ada juga saya search di YouTube History of the Malay dan saya ditemukan dengan satu video YouTube yang di-upload oleh satu channel. Mungkin channel seorang individu berkaitan dengan tamadun Melayu. Siapa orang Melayu? Datang daripada ini lebih kurang cerita datang daripada benua pertengahan dunia, migrasi ke semenanjung. Orang Melayu pun ada sebahagiannya yang migrasi ke Aceh, Sumatera, ada yang selatan Sri Lanka, ada juga di Filipina, ada juga ke Taiwan. 

Kajian Genome Project pun menunjukkan antara kesimpulan yang dapat saya terbitkan daripada menonton video tersebut adalah Nenek Moyang orang Taiwan dan juga Nenek Moyang orang Melayu sebenarnya adalah satu kelompok masyarakat yang sama. Jadi kat sini apa yang dapat saya sampaikan ataupun simpulkan adalah sejauh mana kita hendak melihat satu cut-off point yang memisahkan kita orang Melayu dengan orang lain. Adakah hebat sangatkah bangsa Melayu? Perlu sangatkah menekankan asal-usul Melayu? Yelah mungkin ada yang mengatakan bangsa Melayu adalah bangsa beragama Islam tapi kalau nak mengkaji sejarah ketama adunan sebelum orang Melayu beragama Islam orang Melayu.

Nenek moyang sebelum-sebelumnya  ada yang beragama Hindu, ada yang beragama Buddhism dan tak kurang juga yang mengamalkan Paganism ataupun Animisme. Jadi jika di situ di mana letaknya satu kelebihan menjadi bangsa Melayu.

Cuma yang menarik, saya berminat untuk mengkaji sejarah adalah mungkin juga mencari kesenambungan. Sebagai contoh, sekarang ni pun tengah perperangan di antara Israel dan Palestine. Sebenarnya bukan tak wajar dipanggil satu perperangan pun. Sekiranya perperangan tu definisi perang adalah antara dua pihak ataupun dua organisasi yang sama kuat. Tetapi ini adalah satu penindasan di mana Israel sebagai oppressor dan Hamas sebagai yang tertindas dan sedang membuat penentangan ataupun resistance. Jadi tu tak wajar dipanggil sebagai sebuah perang sekalipun. 

Jadi dalam proses tu, kita cuba nak mencari jika 1948 sebagai contoh adalah waktu di mana negara Israel ditubuhkan, berlakunya Nakbah. Maka apakah sebenarnya yang sedang berlaku di tempat-tempat lain seluruh dunia? Dan tak lain juga, saya tertarik untuk belajar sejarah sebab kita pun nak relate dengan kehidupan nenek moyang kita di kawasan Tanah Melayu ketika pada event-event besar seperti ini sedang berlangsung di negara-negara lain. 

Itulah antara benda yang menarik minat saya berkaitan sejarah dan tak lupa juga di sekolah menengah MRSM. Saya memiliki cikgu-cikgu sejarah yang cukup baik, cukup bagus. Antaranya cikgu Anis Suhailin yang ada mengajar sejarah bagaimana dia mengajar untuk menulis buku sejarah, apakah poin-poin penting. Jadi bagi saya sejarah adalah satu jalan cerita yang menarik dan menakjubkan. Dan ada juga dalam perbincangan kita dalam meeting main saham tadi bila disebutkan berkaitan sejarah memang ada pihak yang mungkin tidak percayakan sumber-sumber yang ada sebab sumber-sumber itu bukannya Al-Quran dan Hadis. Tetapi jika hanya mengambil Al-Quran dan Hadis maka tak ada sumber lain yang dianggap bernilai maka adakah tidak ada keperluan untuk belajar sejarah. Kita perlu tahu dan saya tegaskan sekali lagi bahawa sejarahnya adalah satu ilmu yang mungkin memang ada kecenderungan ataupun bias. Ada juga yang mengatakan Winners write the history maka nanti yang kalah sejarahnya akan dilupakan. Jadi saya ingat sejarah ni mungkin apa yang kita boleh buat selagi apa yang kita boleh kaji kita kaji mana yang jernih kita ambil mana yang buruk kita jadikan teladan dan menggunakannya seperti mana kita melihat kepada riwayat-riwayat Israeliat mana kita tidaklah membenarkannya kita juga tidaklah juga menafikannya.
Pulangnya saya daripada meeting tadi. Saya, buku yang dipesan daripada TikTok sudah pun sampai. Buku tersebut bertajuk Anekdot Jalanan yang ditulis oleh ZRA. Dan barulah saya tahu apakah maksud ZRA iaitu Zainal Rashid Ahmad. Dia juga ada satu YouTube yang saya kira banyak penonton ataupun pendengar. Yang mana nama YouTubenya adalah ZRA Stream. Saya cukup kagum dari segi kepetahan dia berbicara. Dari segi kebijaksanaan dia melontarkan pandangan dan pendapat. Dari segi mendalamnya, pengalaman yang dia ceritakan. Dan pastilah benda lain yang saya suka adalah kesanian. Dia berbahasa Lenggok, bahasa beliau memang memukau. Dan kadang-kadang saya sedikit semayang mungkin bagaimana inspirasi saya untuk menulis semula di dalam blog ini. Mungkin cuba berusaha untuk mencari perasaan yang telah lama tertinggal. Jadi dalam buku ini saya ingat bila saya baca tulisan pada bahagian belakang sekali. Saya kira saya memang terpaku dan kagum. Berikut kata Zainal Rashid Ahmad, ZRA. Hidup bukan selalu mengenai melihat masa depan yang hebat. Hidup juga untuk merasai hari ini yang menyakitkan. Rasa kalah hanya menghantar kita pulang ke ruang kenangan. Tempat untuk mengutip semula segala kekuatan masa lalu. Tanpa dirancang, kita terlihat kehidupan manusia dalam bilik-bilik sempit. Kita ternampak puluhan anak-anak kecil bermain di pedestrian jalan. Begitu banyak kedukaan.
Tak kurang juga ada juga slogan dia yang ketika dia bercakap antara video yang keluar mungkin di TikTok ataupun di YouTube adalah frasanya Berdamai dengan masa lalu Sebelum ni sebenarnya saya ingat nak kongsikan juga bagaimana ada satu pempengaruh ataupun influencer namanya Alif Sattar bertanggungjawab ataupun mengajak ramai orang untuk kempen subuh seperti Soled Jumaat
Dalam satu wawancara dengan Alif Sattar, Alif Sattar memberitahu bahawa dia ditanya apakah komen beliau tentang mungkin Alif Tiga yang ada kontroversi dengan Aisyah Hidjana, kawin lagi satu. Jawapan Alif Sattar sebenarnya adalah berkaitan dengan Aib. Dia pun tidak berminat untuk membicarakan tentang Aib orang lain sebab setiap orang mungkin ada Aib masing-masing. Dia pun risau sekiranya Aib dia digembar-gemburkan sebagai contoh. Perkara-perkara yang menyakitkan, perkara-perkara yang memalukan, dan mungkin masih lagi memberikan kesan sehinggalah ke hari ini. Dan mungkin itu yang kita akan cuba buat setiap hari adalah kita akan sentiasa mungkin cuba untuk berdamai dengan masa lalu.
Pada situasi yang lain pula, dalam sebuah masjid yang mana saya sempat untuk solat zuhur, walaupun sebenarnya itu pun bagi ke masjidlah satu benda yang jarang buat saya, di satu sudut saya terlihat seorang umat Islam nampak dari jauh seperti seorang Cina sedang duduk, tunduk menunggu waktu zuhur dan cuma hati saya terdetik. Mudah-mudahan agama Islam akan bertambah subur di bumi Malaysia, tetapi dalam masa yang sama bertanya kepada diri sendiri apakah kita telah cuba buat yang terbaik untuk kita mencapai Reda Allah dan dapat dimasukkan ke dalam syurga. Apakah kita sudah banyak membuat kebajikan dalam dunia ini?

No comments: